Monday, January 5, 2009

musim baru menjemput tiba

assalamualaikum pembuka bicara..

angin musim semester baru mula bergoyang. kelihatan ramai student-student mula melangkahkan kaki ke menara kampus. kenangan-kenangan dan masa berseronok-seronok di rumah ketika bercuti terpaksa dilepas pergi. kali ini perjuangan di medan akademik perlu diteruskan. kawasan jalanan kampus yang lengang kini semakin riuh kembali dengan kehadiran bas-bas, motokar, dan kenderaan-kenderaan lain. suara-suara pendidik bangsa juga sudah mula kedengaran di dewan-dewan kuliah seluruh fakulti.. namun sebenarnya disebalik keghairahan untuk study ini, satu lagi medan perjuangan harus juga diambil peduli.. dalam menentukan corak kepimpinan kampus masa kini, sebahagian pejuang-pejuang kampus tidak henti-henti memerah keringat mereka.. ini la perjuangan di dalam perjuangan.. Juga, pada detik saat tahun baru ini, khabar dari saudara seagama di luar sana menggamit perasaan.. justeru membakar semangat pejuang-pejuang kampus ini untuk tidak terus mengalah.. ..Apalah sangat jika dibandingkan dengan keadaan yang aman di sini.. hanya mungkin sekelumit dugaan dari kesengsaraan disana.. semoga pertolongan Maha Esa diraih oleh setiap pejuang agama walau di mana berada.. amin..
apapun yang berlaku.. perjuangan di medan akademik tetap diteruskan sempena menyambut musim semestar baru ini.. insyaallah.. itu juga satu amanah buat warga kampus di sini..
salam perubahan dalam penghijrahan..

No comments: