Thursday, March 19, 2009

Kesedihan Ini.. duhai Wanita... mengapa tidak di hayati erti Aurat itu.....



2 malam yang lepas, sebaik sahaja aku melangkah keluar dari ballroom, crowne plaza mutiara hotel, (aku bersama seorang sahabatku),cepat-cepat menaiki teksi. Destinasi kami ialah kolej kediaman kami yang terletak di kampus kami.. sepanjang jalan pulang ke kediaman, aku termenung sejenak.. aku bagaikan terkejut buat seketika.. tiba-tiba airmata mengalir..sedikit.. dan lama-lama agak deras.. sendu sedan cuba aku tahan.. nasib baik pemandu teksi dan sahabatku tak menyedari.. hati aku tertusuk pilu.. sedihnya.. pemikiran aku menerawang.. sebaik sahaja teringatkan peristiwa itu, aku menangis.. mengapa?..
setelah sampai di bilik kediaman.. aku diam sejuta bahasa.. seperti biasa, aku membuka komputer riba, dan menyambung kerja-kerja assignmet yang belum siap.. semester ini, aku sengaja mengikuti dinner yang dianjurkan kolej.. ( masa first year, xpi.. ) sengaja mahu melihat apa dan bagaimana suasana dinner.. mana tahu boleh amik pengajaran.. dan sememangnya memang dah ada pengajaran.. di samping makan makanan yang agak tidak kamcing dengan perutku..( ala-ala chinese food,..fuh rm 95 terbang dengan makan 1 malam di hotel.. cm rugi..tp xpela..dah memang kene tolak pon duit tuh)..
erm.. pengajaran.. n pengalaman gak..
yang penting niat tu..~ niat makan?.. hehe.. ade la gak..
.......malam itu berlalu dengan sepi.. n sebelum tido, airmata itu tak mengalir dah..

pagi isnin..

seperti biasa.. kuliah yang aku paling gemari.. fiqh halal dan haram,di sampaikan oleh pensyarah, ustzah anisah. Wanita intelektual yang berketurunan kelantan itu sangat menarik hatiku ketika menyampaikan kuliahnya.. adakala lawaknye mencuit kalbu..
pagi itu, tajuk yang aku pelajari adalah berkenaan dengan Syarat-syarat berpakaian ( bab menutup aurat, lelaki n perempuan).. buku dan pena dikeluarkan, dan aku menyalin kalam-kalam serta slide yang ustazah bentangkan..
erm.. bab pakaian.. rata2 kalo yang belajar agama ni, semestinya dah tahu tntg hukum hakam nye kan.. ustzah menghuraikan etika berpakaian menurut pelbagai pandangan ulamak, yang terdiri daripada 4 mazhab yang mahsyur, serta dalil2 yang berkaitan..
sebaik sahaja ustazah sebut dalil ( hadith) mengenai 2 golongan yang akan di masukkan ke neraka.. aku jadi sebak..dan menangis tiba2.. (huh.. sensitif betul la aku ni... ) tapi aku cover2 la cket..

hadith tersebut:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda :”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.” (Hadith riwayat Muslim)


Keterangan :

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba ( atau lebih difahami dengan maksud, pemimpin atau penguasa yang zalim terhadap rakyat/orang bawahannya).. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar seperti bonggal unta.. I( mcm model2 jalan kat atas pentas--> cara jalan yang dibuat-buat untuk menarik perhatian).

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.


...insafnye bile dengar hadith itu..aku menangis lagi, kerana terkenangkan peristiwa malam td ( dinner) dan juga terkenangkan ramainya wanita-wanita diluar sana yang seperti disebutkan dalam hadith itu... nauzubillah.. sungguh.. aku tak terdaya untuk mengislahkan.. keluarga aku.. dan rakan-rakan aku sendiri yang sememangnya aku tahu mereka tahu tentang hadith ini, tetapi tidak follow....
kalau rakan-rakan yang memang dari fakulti lain itu, mungkin aku tidak terasa sedih sangat, tetapi rakan-rakan yang sememangnya dulu memang aku tahu sekolah agama sama-sama.. sama-sama matrikulasi.. sama-sama pernah merasai dalam biah solehah.. tetapi..tetapi.. kini.. wallahualam.. bukannya hendak kata diri ini lebih baik ..tidak!! kerana aku juga punya banyak kelemahan.. dan lebih-lebih lagi.. minggu depan , tajuk pembentangan kumpulan aku ialah tajuk AURAT...(debar la gak).

bagi diriku.. perkara2 baik yang kita dapat ketika di sekolah, ketika di matrikulasi ataupun di mana-mana, haruslah di istiqamahkan.. erm.. sama-samala berusaha ke arah itu..

#sahabatku.... pandanglah kembali ke dalam hatimu.. apakah ini jalan yang engkau pilih.. mengapa kau berubah sedemikian rupa..?? walaupun aku sememangnya jarang menegurmu.. bukankah kita pernah sama-sama merasai nikmatnya menutup aurat itu.. rambut itu mahkota wanita, walaupun mahkota..tetapi bukanlah ia untuk di tonton sewenangnya2.. tutupila ia... leher dan bahagian hadapan badan yang Allah jadikan itu aurat... bukanlah untuk di tayang sesuka hati.. tutupila ia.. sebagaimana engkau yang aku pernah kenal dulu..

aku tahu aku bukanlah insan terbaik untuk menilai semua ini.. aku hanya menyampaikan berdasarkan pemerhatian mata hati ini.. semoga Allah sahaja yang layak menilainya!!.. wallahualam...

----------------> i really miss biah di nilampuri..sekolah......... sejuknya mata memandang muslimah-muslimah yang lengkap menutup auratnya.. begitu juga dengan muslimin2 yang memakai pakaian sunnah.. kini di bumi yang aku pijak... erm, walaupun aku sedar.. di sinilah medan sebenar, inilah realiti masyarakat ISLAM masa kini...


..wallahualam.. - aku insan lemah- aku tahu- :(


2 comments:

ahibba allah said...

assalamualaikum,mintak maaf,musafir lalu nk tumpang bagi komen..sy turut setuju gn entry di ats..sy bukan dr opsyen agama,dan tidaklah sealim mana. tp sy alhamdulillah atas belas kasihan dan rahmat allah sy ade sedikit minat untuk agama dan masih memakai pakaian sopan dan alhamdulillah menjaga batas. tp skrg pun sush nk bermujahadah istiqamah dlm pakaian sbb classmate opsyen kajian sosial ni sumenye jnis2 trendy2..sy cube kekalkan gaya berpakaian skrg..yg jdi dilema skrg ni byk kedai2 atau fesyen2 busana muslimah skrg ni tp kalau diikutkan walaupun ade yg labuh tak la sesopan mane..ade yg labuh tp menmpakkan figure punggung dan peha dan ade juga yg labuh tp jarang..sy tak berani komen panjang ttg ini sbb sy bimbang pakaian sy pun tidak lengkp menutup aurat seperti yg sepatutnya. tapi betul tak(sy minta pndgn)hemat sy,kite,muslimah bukan perlu crik busana muslimah sekarng ni tp busana mukminah betul?boleh kita bergaya dengan cara yang baik,pada enti?

+AnamuSafir+ said...

salam..maaf..baru nak reply..
erm.. pertama2nya..alhamdulillah..kefahaman dan rasa usaha utk nak berusaha ke arah baik itu satu nikmat dan rahmat dr Allah.. saya doakan enti tetap istiqamah, walaupun persekitaran sangat mencabar.. disamping tu, sering2kanlah membaca buku2 agama n berkawan dgn org yg kita percayai:) yup..satuju pandangan enti tu..sekarang ni busana muslimah yg dikatakan 'muslimah' tu sebenarnya pon tidaklah mengikiut syarak sangat.. ia juga mcm satu trend..bagi saya, pakaian yg baik tu yg mengikut syarak, xketat, xjarang, x terlalu menarik perhatian sgt sehingga org lain pandang pon x berkedip2:) pakaian mukminah..em..amin.. semoga sama2 la usaha.. apa yg penting akhlak tu kan.. ( muhasabah)..