Sunday, April 5, 2009

Al-Quran itu..~



Al-Quran.. sumber segala ilmu, di dalamnya terdapat pelbagai ilmu-ilmu yang merangkumi ilmu sains, matematik, geografi, astronomi dan pelbagai lagi. Selain darpada memuatkan konsep ketawhidan, akhlak dan syariah, al-quran turut juga mengandungi pelbagai kisah-kisah teladan, perkara-perkara qhayyibat yang menjadi teladan umat manusia. tidak cukup dengan itu, gaya bahasa yang dinukilkan di dalam al-Quran adalah gaya bahasa yang mengalahkan sastera arab agung. Sangat menakjubkan, bahkan Allah swt sendiri telah berfirman bahawa al-Quran ini merupakan as-syifa', iaitu penyembuh kepada penyakit-penyakit batin, kerohanian, khususnya.
Inilah kitab Huda, petunjuk yang Allah kurniakan kepada umat manusia, yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul akhir zaman, Muhammad saw melalui malaikat Jibril..

lalu, berapa kali kah kita mentadabbur al-Quran dalam seharian hidup kita?
kita sibuk dengan kerja-kerja pejabat, kerja-kerja assigment di pusat pengajian, kerja-kerja berpesatuan, malahan kerja-kerja dakwah sekalipun.. namun mentadabbur jarang sekali disebabkan kesibukan-kesibukan itu.. walauapapun yang berlaku, beleklah al-Quran, bacalah dan renungilah ayat-ayat Allah.. disitulah kita temui khazanah dan mutiara-mutiara muhasabah..

usahla terbiar al-Quran itu berhabuk tanpa di baca
dibiar sepi di hujung rak buku atau hujung almari
atau di dalam laci yang berkunci..
di baca di hayati hanya apabila musibah menimpa diri
waktu senang, ia dilupakan, dan dipandang sepi
dek leka dengan kehidupan duniawi yang menggembirakan hati

diri ini terlalu berdosa.. kadang-kadang walau kita kerap kali membaca al-Quran pun, masih lagi terjebak dengan dosa yang dilakukan sehari-hari.. lemahnya iman, lemahnya keinsafan.. dan apatah lagi yang tidak pernah menyentuh dan mencium mashaf suci itu.. iaitu al-Quran, apakah mereka kuat menghadapi fitnah dunia.. wallahualam..

" bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya" ( terjemahan surah al-alaq: ayat 1-5)

oleh itu, bacalah al-quran.. al-Quran sumber hidayah, al-Quran sumber ilmu, al-Quran sumber motivasi.. ;-I muhasabah diriku juge.......

No comments: