Wednesday, October 7, 2009

FRIEND is KAWAN..



K A W A N

Salah satu doa Nabi Muhammad s.a.w yang sering kita ucapkan ialah agar kita di akhirat kelak berhimpun bersama para Nabi, syuhada dan orang-orang yang soleh. Ini kerana sesungguhnya mereka adalah sebaik-baik kawan dan pendamping.

Kawan, menurut orang tua-tua lebih dikenali sebagai saudara. Alasannya, kebanyakan masalah yang dihadapi seseorang, sering ditolong dan diselesaikan dengan bantuan kawan. Namun, seorang kawan bukan hanya dapat menolong dan bermanfaat bagi seseorang, tetapi sering kali juga kerana kawan, seseorang itu terjerumus ke lembah hina.

Seorang ahli hikmah ada mengatakan: sesiapa yang berkawan dengan 8 jenis manusia ini, maka akan bertambah pula 8 akibatnya….

Pertama :  sesiapa yang berkawan dengan orang yang kaya, maka akan bertambah kecintaannya kepada dunia..

Kedua :  sesiapa yang berkawan dengan orang miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan redha akan rezeki yang diberikan kepadanya.

Ketiga :  sesiapa yang berkawan dengan para penguasa, maka akan bertambah kebongkakan dan kesombongannya.

Keempat :  sesiapa yang banyak berkawan dengan wanita, maka akan bertambahlah kebodohannya dan nafsu syahwatnya.

Kelima :  sesiapa yang bergaul dengan anak-anak, maka akan bertambahlah sifat suka bermain dan bergurau senda.

Keenam :  sesiapa yang suka bersahabat dengan orang-orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa dan melambat-lambatkan taubat.

Ketujuh :  sesiapa yang bergaul dengan orang-orang yang soleh, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

Kelapan :  sesiapa yang berkawan dengan ulama’, maka akan bertambahlah ilmu dan sifat berhati-hatinya.

Ramai orang yang menyimpulkan bahawa kawan yang paling baik adalah kawan sejati. Kawan sejati adalah kawan yang berada diwaktu suka mahupun duka. Pada dasarnya, Islam tidak menolak konsep ini, namun suka duka dalam Islam tetap mempunyai 2 sisi: iaitu dunia dan akhirat. Persahabatan yang sejati dalam konsep yang utuh ini, mungkin akan tercipta apabila didasari oleh cinta kerana Allah. Mudah-mudahan kita mempunyai kawan dengan dasar yang mulia ini. Amin..





No comments: