Wednesday, October 27, 2010

enTRi : Tak tau nak tulis apa, tapi tulisla jugak..

 -fire!fire!...cat fire....- sekadar gimik-

salam hari rabu 27 oktober 2010....

hari ini hari rabu. hari demi hari berlalu dan setiap hari saya melihat kalendar, membelek buku kalendar milik ku yang dibeli pada awal tahun 2010 nie. Nampaknya.. tidak lama lagi tahun 2010 ini akan berakhir.. oh, sekejap je rasanye. Dah lebih 10 bulan kita berada di era 2010. Sepanjang tahun  ni, banyak peristiwa dan pengalaman baru berlaku dalam diri. Ada yang manis, ada yang pahit, dan macam-macam lagi.. bukan saya sorang je, semua orang juga mengalaminya..

...  sesuailah dengan tajuk entri ni: tak tahu nak tulis apa, tapi tulis la juga... daripada tak tahu nak tulis apa, saya tulis jugakla apa yang terlintas di serebrum sy nie..

muQoddimah:

Tahun ini merupakan fasa-fasa peralihan saya dari zaman belajar ke zaman pekerjaan.. (mungkin sesuai ditulis pra-pekerjaan-->zaman pra-pekerjaan sebab kerja sekarang ini sementara jer.. )Kalau di tanya zaman mana paling best? masa belajar ke kerja???? saya jawab..

Kerja!!! hehe.. sebab tak payah nak membaca untuk exam. Boleh tido lena, tak payah stay up.. haa.2.jangan jeles student2 semua.. Tapi siapa kata kerja tak de exam? kalau kerja kerajaan ada la exam  untuk improve ke level yang seterusnya..

tetapi kalau di tanye hati naluri kita.. pastila jawapan paling best ialah zaman belajar. Belajar. Belajar. Menuntut ilmu. fi sabilillah bagi yang niat ikhlas kerana Allah..hmm.. sebenarnya bukan mudah untuk berkata.."saya tuntut ilmu ni ikhlas, kerana Allah shj.. noktah!", kerana hakikatnya, Dia sahaja yang tahu.. 

Kalau semua mahasiswa menuntut ilmu kerana Allah, tak de la mahasiswa yang perangainya macam orang tak belajar... tak beradab, tak tunaikan hak Allah dan manusia.. malas solat, malas ngaji, kedekut ilmu.. tahunya cume nak berjaya atau lulus exam..

Kalau semua mahasiswa menuntut ilmu kerana Allah xde la yang malas ponteng kelas, tak siap assignment, tak hormat guru, mengumpat guru, tipu mak ayah, berpoya-poya dengan kawan2..

Kalau semua mahasiswa menuntut ilmu kerana Allah, tentulah mereka tidak riyak dan bangga dengan ilmu yang ada, berdebat-debat nak tunjuk ilmu siapa lagi banyak, memperlekehkan orang lain sebab rasa hebat dan top serta bermacam2 lagi la.. 

Mungkin kita pernah buat benda-benda di atas.. sebab tu kita belajar pun tak berkat, ilmu yang dapat menjadikan kita semakin sombong atau ilmu yang dapat tak di amalkan malah menjadikan kita  semakin jauh dari Pencipta kita.. hmmm.. 

Inilah mehnah dalam menuntut ilmu wahai kawan2.. saya pun adakalanya begitu. Sukarnya membentuk niat kerana Allah... manusia memang tidak sempurna.. kita kena selalulah perbaiki diri dari semasa ke semasa..Insyallah.. Kita ambik contoh macam mana para cendiakawan Islam dulu, mereka sangat menjaga adab dalam menuntut ilmu, ibadah pulak tak tinggal. Mereka ikhlas mencari ilmu dan menyampaikan ilmu kepada orang lain. Sebab tu Islam dulunye gemilang, cemerlang dan terbilang di mata dunia..

:)

Kerja pulak macam mana? (hmm.. macam ni la.. keluar pagi balik petang..) bergantungla kepada jenis pekerjaan yang korang buat.. bab kerja ni sama juge la mcm belajar. kalau belajar kerana Allah,  bekerja pon kerana Allah. insyaallah, mudah2an.. kita kene doalah banyak2 supaya Allah pmudahkan urusan kita ni.. 

emm.. tak tahu pulak nak tulis apa dah.. xde bakat menulis la. ha2.. 

 "moo..moo...makan lembu jadi sihat dan kuat!~"

Oh ya, tak lama lagi hari raya haji akan tiba.. bulan november kan? ( 17 nov ini,) so.. selamat menyambut aidil adha kepada segenap manusia semua.. jangan lupa sejarah Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Peristiwa besar dalam sejarah Islam tu. jangan pulak ada yang sembelih ayam buat korban..kesilapan besar tu. he2..nak sembelih kene haiwan yang disyariatkan untuk disembelih sempena hari tersebut. tak ingat? bukak buku  teks pendidikan syariah islam tingkatan 5 balik.. 

kepada yang rombongan haji pula, selamat bakal menunaikan ibadah rukun Islam ke-5, the ultimate of pillar in islam.. haji merupakan ibadah 2 in 1: teori dan amali, kite pergi sendiri ke tanah suci, 
kita rasai sendiri suasana di situ..peristiwa barakah di situ. 

-->pertemuan adam & hawa di arafah,
-->laluan tempat siti hajar berlari2 (safa dan marwa),
-->tempat  nabi ismail di sembelih dan ditukar kepada kibash.. 
-->tempat nabi ibrahim dan keluarganya membina kaabah..
-->tempat lahirnya Nabi kita Muhammad saw dan banyak lagi.. you just name it..

itulah the ultimate ibadah.. Allah bagi kita peluang untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah...
Allah bagi peluang kita rasa sendiri pengorbanan seorang ibu kepada anaknya..
Allah bagi kita peluang merasai pengorbanan seorang ayah kepada keluarganya..
Allah bagi kita peluang merasai kasih sayang seorang suami, seorang isteri, seorang ayah, seorang ibu dan ketaatan seorang anak..subhanaallah...
Allah bagi kita peluang merasai kepanasan rindu di tanah arafah.. 
Allah bagi kita peluang berjumpa dengan saudara2 seagama kita dari pelbagai bangsa..
Allah bagi kita peluang menatap kaabah rumah istimewa Allah..
Allah bagi peluang kita ziarahi makam Nabi.. dan banyak lagi.. you just name it...

kerana itu ibadah haji ini sebenarnya mampu mengubah seseorang menjadi lebih baik..insyaallah.. Haji yang mabrur dan diterima adalah idaman setiap muslim.. InsyaAllah..

:)

baitullahu akbar, Kaabah

PenuTop:

last but not least.. berhati-hati di jalan raya..Anda mampu mengubahnyer! :D~..

hehe.. then, selamat maju jaya semua... hilangkan resah, tambahkan barakah.. Ape yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari diri saya sendiri.. haii..mcm bagi speech kat depan pulak :) Isi bertabur ..so amikla mana yg baik.. insyaallah....

sekian dari -anamusafir yang dhoif-