Wednesday, January 12, 2011

Pudarnya Cinta..


sesuci dan selembut kucing ini..


Warna-warna cinta,
Yang terlukis di hatimu,
Sematkanlah senyuman..
Agar mewarnai.. jiwamu yang tulus..
Seperti sang pelangi..selepas gerimis..

@>--- kredit kepada penyanyi nasyid lagu di atas.

Memang cinta itu indah. Memang cinta itu membawa 1001 senyuman. Memang cinta itu mewarnai hati yang kusam.  Ikhlas, Suci dan Murni. Segalanya tampak tersangatlah indah. Ceria.

Setelah sekian lama… Cinta yang di anggap cantik, menawan dan indah bak mutiara itu mulai lusuh warnanya. Pudar. Hilang bau wanginya. Kelam dan Kusam. Hilang cerianya.

Cinta tadi berakhir dengan 1001 ganda dua kelukaan dan keperitan. Cinta tidak lagi menjadi penawar hati pilu dek tercabut lukisan cinta pada hati. Untuk apa bercinta tetapi menyakitkan?

Buanglah cinta itu. Ia palsu. Ia khianat. Ia durjana kerana  cinta yang di bina itu merobohkan benteng agama. Kerana cinta itu terlaknat tanpa sebarang ikatan suci. Kerana cinta itu mengenepikan titah Tuhan dan titah RasulNya.

Nah.. memang tepat sekali andai ianya hancur. Tuhan tidak meredhai. Lantas, apa lagi yang hendak digapai. Renungkan diri, carilah ERTI CINTA SEBENAR. Tatapilah kalam cintaNYA.. 

Serta, Yakinlah cinta itu tidak akan menemui ketenangan andai  di mulai dengan salam berbaur kenistaan.


No comments: