Friday, December 2, 2011

Berlari Menuju Syurga..


Ismail Qayyum, graduan lulusan Kyoto Universiti dalam bidang kejuruteraan merupakan seorang yang sangat berminat mempelajari ilmu agama daripada murobbi-murobbi Islam ketika beliau menuntut di Jepun. Walaupun masanya sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai presiden persatuan mahasiswa malaysia di jepun, namun ia bukannya menjadi penghalang beliau untuk menghadiri usrah-usrah dan mengetuai program-program pembangunan jiwa rohani sepanjang 4 tahun pengajiannya di sana..Sangat disenangi ramai kerana sifatnya yang tenang, peramah dan tidak sukar menghulur bantuan bagi yang memerlukan.



Proaktif, lincah, lantang bersuara dan pantang di cabar..itulah sebahagian daripada peribadi dan sikap Izuan Zackaria. Pengalaman sedih kehidupan waktu kecil menjadikan dirinya lebih berani dan kadang-kala bersifat pendendam terhadap orang-orang yang pernah menyakitinya di masa lalu. Kerjaya sebagai Pengarah Syarikat  di usia semuda awal 30-an menjadikannya golongan yang berpengaruh dalam bidang perniagaan. 



Hasanah Eisya, gadis berniqab yang separuh mati mempertahankan Islamnya ketika menuntut di Amerika, telah pulang bersama segulung ijazah sarjana setelah hampir 5 tahun di sana dek pelbagai cabaran yang di hadapi demi memperjuangkan haknya. Seringkali di hina sebagai pengganas oleh sebahagian anti-Islam, Eisya tetap bertahan di dorong oleh rakan-rakan dan keluarga dari jauh. Dia kerap menitip semangat itu juga melalui pembacaan dari blog peribadi Ismail Qayyum, graduan Jepun itu. Dalam diam, dia mahu setabahnya kerana masing-masing menuntut jauh di negara orang. 

sekembalinya di tanah air, tanpa di sangka Eisya terlibat dalam satu program motivasi anjuran Proactive Youth Organisation yang di taja oleh syarikat milik Izuan Zackaria, dan pengarah program nya Ismail Qayyum sendiri..

what will happen next?


(-_-)zzz

2 comments:

Anonymous said...

awk kenal sy ke?hahahah,knapa nama watak & imej ismail qayyum 2 mcm sy yer.. :D

+AnamuSafir+ said...

eh. watak tu hanya khayalan n rekaan semata2.. kalau tersama tu..kebetulan je:) sama mcm muka awak ker. hehe.. wah.. ada yg real ker gmba tu, boleh la berkenalan. tgk cket gmbar, betul ke sama. hee:P