Tuesday, June 5, 2012

Habuk Habuk Rindu

assalamualaikum.

fuh.. berhabuk.. berhabuk..

banyak sawang labah-labah..

kiri dan kanan..

dah berapa lama tak jenguk blog nie..

tak baik betul pemilik blog nie..

hehe..

sungguh tipu! mana ada blog berhabuk dan bersawang..

khayalan semata-mata..

"di sepanjang lembaran maya ini".. i miss u so much!!

sejak bergelar guru pelatih ni, sangat2 xde masa nak update blog nie.. hmm.. al maklumla takde internet kat rumah sewa... kalau dulu lain la.. 24 jam internet. but now..everything has change.. haa..betul ke BI aku nie..

22 hingga 25 mei yang lalu, kitorg pelajar2 j-QAF ambilan januari 2012 telah ber'camping' 4 hari 3 malam di camp site, sitiawan perak. Lama sangat tak join aktiviti lasak mcm ni..so camping ni memang cool dan menarik sangat bagi org yang dah lama tak camping mcm aku nie.. tetapi yang menjadi dugaan buat diri ini ialah kesihatan yang tak berapa baik masa tu. i got fever a day before the camping. high fever. headache. and what so ever la. rasa macam tak nak pergi je.. tapi disebabkan kursus ni wajib.. B.I.G (Bina Insan Guru), maka saya pun pergi la jugak..

di pendekkan cerita, hari terakhir camping, demam lagi.. badan tak bermaya. 26 mei buat medical check up kat hospital dan disahkan suspek denggi. platelet menurun sehingga 69 dan 54 pada hari seterusnya. Masuk Wad. keperitan yang melanda waktu itu terus mengingatkan kembali kepada nikmat sihat yang tak terhingga. betapa nikmatnya SIHAT. alhamdulillah cuma 2 hari saja kat wad sambil di jaga oleh ibu dan ayah yang tak berputus asa dari pagi hingga malam. juga doktor2 yang baik. hmm..

 dan dapatlah cuti 4 hari serta tambahan 2 hari.. bermakna seminggu di rumah.. sepatutnya masuk maktab, sebab ada kuliah interaksi mei-jun. Bila dah sihat, 3 jun 2012 barulah pergi ke maktab, untuk menghadiri kuliah yang berbaki 4 hari je. hehe.. banyak betul tinggal kelas.

.. itulah cerita nya..

seindah biasa, 
menjalani hidup ini,
seperti hari-hari berlalu,
meniti titian semangat,
bersama rakan taulan,
di dataran hampar,
kembara kehidupan..

alhamdulillah.. hari ini, ibu selamat menjalani pembedahan membuang limpa (atas faktor kesihatan, terpaksa di buang). Tak dapat nak jaga ibu kat wad seperti mana ibu jaga masa aku kat wad haritu... hanya doa ku pohon agar ibu tetap dijaga dan dilindungi.  ayah dan pakcik makcik ada kat hospital.. Kuliah habis hari khamis, so lepas tu boleh la tgk ibu. hmm...

sape2 yang terbaca ni, doakanlah kat mak kite sekali yer.. :) 

Ok. nothing to update  for this moment.
i've few assignment to do..

sayonara blog. take care

bye.




2 comments:

ف.ر. said...

Salam ukhti Syairah..

:)

ni fa..

ingt lagi tk?

ish..rasa dah laammaaa gitu tak jumpa awk la syairah..

hari tu sms2 dgn maziah, maziah cakap awk jadi guru pelatih kan? kite terus mes awk..tulah mes terakhir rasanya hehe..

apa perkembgn anti eh ukhti?

:)

moga menjadi pendidik yg baik pd anak murid2

Fa

+AnamuSafir+ said...

waalaikmsalam fa, mestilah ingat awak:) pkembangan terkini..saya smkin kembang heheee... ala kulli hal alhamdulillah, ok2 jer di sini.. syukran ye, insyaallah smga fa juge jadi pendidik yg baikk..amin