Sunday, July 5, 2026

Kerana Seulas Durian (MK) *bukan cerpen* (o_O)

sumber gambar: Google (Musang King)

Assalamualaikum wbt

Aku nak cerita sikit pasal durian. Aku bukan penggemar tegar durian, tapi kalau ada tu, boleh la jamah sikit. Tahun ni pula musim durian agak luarbiasa.. lambakan buah durian menyebabkan harga durian murah gila, lebih-lebih lagi durian jenis mahal seperti musang king, black thorn, udang merah dan lain-lain. Seronok pula tengok gelagat rakyat Malaysia yang memborong durian penuh dalam satu guni, bakul, plastik dan lain2 seperti yg kita tengok dalam internet.. hehe.. macam-macam pesen..

Isi durian disusun dalam tray. sumber gambar: Cikgu A

Al-kisahnye, satu hari di awal Julai, sekolah aku ada buat pesta makan durian..kenDURIAN namanya.. πŸ˜†, kawan aku ni, cikgu A, dia lah yang organize kenduri ni- deal dengan peniaga durian (untuk cikgu2, pekerja dan Staf sekolah). Sape-sape nak menyumbang kendurian ni, boleh sumbangkan RM20 untuk 1 slot. Aku pon sumbang la 1 slot.. ada cikgu yang menyumbang 2,3,5 slot.. terpulang pada cikgu. Menyumbang sambil makan bersama-sama.. Peniaga durian tersebut juga turut membuat promosi jualan durian MK, 4 biji RM50.

sumber gambar: Cikgu A

Masa tu, lepas habis koko, cikgu-cikgu pon pergilah makan durian kat kantin. Selain durian, turut disediakan menu sampingan iaitu pulut, santan dan gula merah@kabung (kalau x silap)..Aku hanya ambik seulas durian, saiz sederhana..Aku makan le seulas MK tu.. memang sedap, manis dan ada pahit-pahit gitu.

ni la Cikgu A, 😽~ photo by: Cikgu MZ

cecikgu makan durian, nyam-nyam~ photo by: Cikgu MZ

Aku makan dengan perut kosong tengah hari tu. Pagi tadi, aku sarapan tauhu goreng bawak dari rumah. Balik rumah petang tu.. perut aku terasa sakit sangat..sampai ke malam rasa sakitnye.. ekceli bukan exactly bahagian perut..tapi rasa sakit di sebelah kiri, area usus/buah pinggang kot.. mcm memulas2.. macam orang sakit senggugut.. pahtu bila makan sikit utk isi perut, aku membuang pulak.. haih.. apakah ini..? Angin seulas MK tu menari-nari dalam abdomen aku ke?😫.. malam tu aku wasap GB, bagitau yang aku nak MC esok..tak sihat.. GB reply..haa sebab makan durian bnyk sangat la niπŸ˜‚.. kemon GB, kite makan seulas je tau..bukan sebiji..hehe

Esok pagi, aku MC..tak gi sekolah... sebab masih sakit lagi.. pegi klinik, beli ubat, dan dapat surat MC..

Esoknya pula.. (berapa banyak esok daa..πŸ™Š), aku pergi sekolah macam biasa.. Allahu akbar.. sakit tu datang lagi wei.. tak tahan.. lepas habis kelas pagi tu, ..aku pergi ke surau dan duduk dalam tu sorang-sorang sambil menahan sakit..Sejam lebih juga aku menahan kesakitan.. pahtu aku pergi tandas.. tak de pula membuangnyer. 

Balik dari sekolah, aku makan ubat yang ibu aku belikan. Ubat yang aku beli masa MC haritu aku tak makan pula..haa..apo laπŸ˜…

Macam tula kisah kerana seulas durian.. entahla.. aku tak tahu adakah betul-betul sebab makan durian tu..atau ade sakit lain.. Ni dah hari yang ke-4.. Alhamdulillah ade kurang sikit, tapi masih rasa tak selesa di bahagian yang sakit tu..angin ke atau ape entah.. minggu depan nak kena pergi klinik lagi la nampaknye kalau masih sakit lagi..

Terima kasih Cikgu A, buat program santai-santai makan durian sambil mensyukuri nikmat Tuhan.. MasyaallahπŸ˜™ hehe.. yang takde sakit2 tu, seronok boleh makan berulas-ulas, tapi yang ada makan ubat2 tu..makan durian sikit2 je, buat rasa-rasa boleh la kan.. 😁 Semoga semuanya baik-baik sahaja..

Esok dah Isnin~
sekolah... ok bye! Sekian..

minyak sapu~πŸ˜”..😌

Monday, June 29, 2026

MEREDAH KESEBALAN

Bila hari itu menjengah tiba
sukma bagai tiada rasa
walau jasad wujud menyapa
namun hati tidak seirama
mata buta telinga tuli
mulut meratip tak hirau keliling

sungguh sebal mencengkam diri
hilang wibawa amarah kelat
sekali dihempas ombaknya tinggi
malangnya tenang sebentar cuma
seakan mengejek lautan gelora

bukan sekali
mungkin seribu kali
mata buta telinga yang tuli
walau tak semua
namun sebalnya menyelubungi
hati tak tembus cahaya sakti
seakan berkahnya tidak diredai

pudar keghairahan untuk memberi
tidak disambut tidak dihargai
sopak dan kudis peradaban jati
penat mengharung sebalnya generasi
yang tiada percikan cinta nurani

barangkali hanya diri
gagal melukis seindah alam
gagal meraih nikmat pejuang
melepaskan bodoh ke belakang
mengejar cahaya penerang jalan

entahlah
entahlah
tuding itu pasti menikam sendiri
tapi hati tak betah ingkari
rasa lelah letih dengan sebal ini
kadang kuat kadang roboh sabar diri
sakit menghunus ke benak sanubari

biarlah masa menyedarkan hati
menjentik benaknya sebal ego
sedar diri hanya sebuah bekas
yang kosong perlu disi air kehidupan..


Nukilan Anamusafir
8.49 malam
14 Muharram 1448H

Saturday, June 6, 2026

6 Jun 2026 / 06.06.2026


 

Assalamualaikm wbt

6.6 - ni bukan pasal shopee 6.6, hehe.. time ni tibe2 saja nak taip kat sini. 5 bulan sejak posting 1 Januari yang lalu.

Sepanjang 5 bulan ni, macam-macam cerita seharian silih berganti.. hal sekolah, hal keluarga, puasa, hari raya, cuti sekolah, hari raya haji dan lain-lain

Esok 7 Jun, last day cuti pertengahan tahun (cuti sekolah).. lusa pulak sekolah dah.. tapi perasaan nak pegi sekolah tu mcm perasaan budak2 yang masih lagi nak cuti.

entah la.. tak tahu nak taip apa, padahal bnyk benda terjadi.. tapi malas nak taip. yang pasti tahun ni merupakan tahun ujian bagi aku, mcm tahun 2016 dulu.. tapi kali ni lain mcm.. bertimpa2 dalam 1 masa. hurm.. 

Terima kasih ibu ayah yang sentiasa ada disisi.. semoga Allah beri kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua. amin.. bai..

Thursday, January 1, 2026

2026.

 31 Disember 2025.. seawal jam 10.00 malam dah dengar bunyi bunga api.. dekat2 jam 11.00 malam pon ada bunyi bunga api lagi.. kat luar lagi la.. langit gelap bercahaya2 dengan warna warni bunga api.. cantik ;).. dah nak 2026 dah jap lagi... 

walaupun dah tahun baru, keadaan rasa masih sama. seadanya.

Sedikit kenangan sebelum 2026 ni..

Minggu terakhir 2025 ni, aku tutup dengan Percutian singkat mengejut di Beseri, Perlis.

2 hari 1 malam.. Makcik & Pakcik sedara aku ajak ibu dan aku pergi ke sana sebab mereka nak hantar barang kat anak mereka(sepupu aku). 

Kitorang bertolak pada 25 Dis (Khamis) pergh,, jem gila.. RnR penuh dengan orang. Perjalanan dari Selangor ke Perlis mengambil masa kira-kira 8 jam. 

26 Dis (Jumaat), bertolak balik ke Selangor pon jem jugak.. hujan pula tu..memang mencabar..

Apa-apapun, kat Perlis best...lapang je.. sawah padi, makan best, rehat kat hotel pon best, pergi rumah sepupu, mak mertua sepupu.. semua best. Dalam susah ada ketenangan kat situ.

Tq Makcik n Pakcik sbb ajak berjalan..hehe.. dapat la tengok negeri orang waktu cuti ni. Ini kali ke-3 aku jejak kaki kat Perlis.

Pertama kali, masa aku belajar kat Nilampuri.. masa tu cuti apa entah..x ingat.. aku x balik kg. Kawan ajak ikut balik rumah dia kat Kangar, Perlis.

Kali ke-2, masa sepupu aku kawin. Sepupu yg tadi tu la.. dia dapat org Perlis. Jadi masa majlis kawin kat Perlis, kitorg (ibu, ayah, dan sedara mara sebelah selangor) bertandang ke sana.

Kali ke-3.. ha.. yg ini lah.. Kenangan yang takkan dilupekan..

Terima kasih untuk kenangan ini ^_^


Tuesday, June 10, 2025

PROGRAM KORBAN PERDANA 2025

Program Korban Perdana 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir 2 tahun rasanya blog ni tak terupdate.. Sekali-sekala kita update la sikit aktiviti terkini kan..πŸ˜‰

hari ini, sekolah ada buat program korban perdana sempena Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah, tahun ni, sekolah buat korban 2 ekor lembu. Insyaallah, dapatla warga sekolah merasa daging korban tahun ni. 

Sejak semalam, guru-guru sibuk menguruskan daging korban; memotong, membungkus untuk murid asnaf, merebus dan lain-lain. Kerja-kerja merewang telah bermula sejak petang semalam. Semua guru dah ada tugas masing-masing. Tugas aku pula menyiapkan buku program digital dan membuat penanda buku untuk barisan pentadbir. Selalunya, aku akan print buku program, tapi kali ni macam tak sempat.. jadi penanda buku tu aku letak QR kod saja, dan kita boleh scan buku program digital. Rasanya lebih mudah untuk saat-saat kecemasan..😁


Tak nampak macam penanda buku sangat, sebab lebar saiznye..huhu. Tapi bolehla untuk letak dalam buku.. Simple je benda ni, mudah nak buat. Template pula, guna template dalam Canva..senang.. macam-macam gambar ade, cantik-cantik designnye. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin
Semoga ibadah Korban yang dilakukan ini mendapat keredhaan dan diterima oleh Allah swt
Amin..

p/s: sambil2 update blog, tengah pulun menyiapkan kursus SIPP AI ni..dari semalam gigih nak siapkan..banyak pula video nak kene dengar ni.. k bye~