Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

Musang Pandan : Memoir Si Mumu



assalamualaikum~

ok..

dah berbulan2  tak update blog, sekarang terasa nak update blog ni.. haha.. 

hmm.. spesis haiwan apa plak kat atas ni??..

nampak macam kucing/anjing.. tapi sebenarnye bukan.. inilah Mumu a.k.a Musang Pandan/Luwak yang kitorang ( aku dgn anak sedara) jumpe beliau kat belakang rumah pada malam2 yang hening, sunyi sepi, sejuk, gelap... ~~ kitorang ingatkan tikus! sebab beso la juga kalau dibandingkan dengan tikus.. tetapi.. ekor beliau panjang sangat.. takkan tikus kan.. so.. rupe2nye setelah disahkan oleh pak sedara, beliau adalah seekor anak musang.. kesian sbb entah macam mana anak musang ni boleh tersesat, tertinggalkan oleh mak die kot..




setelah itu, bermula sesi pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan exotic ini. I named him  Mumu.. (Musang= Mumu), Terasa macam nama lembu kan? (muuuuuuuuuuu..muu..) hehe.. but nope! he's a palm civet cat! so, kitorang sekeluarga sangatlah gumbira sebab dapat berkenalan dengan beliau ini.

Pemuliharaan- rawat/ pulih : Kerana, we found, there was a wound at his back... dekat pangkal ekor die. seriously, luka dia berlubang. and ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak maggots!!! memang geli yang teramat bila mak saya  letak iodin dan minyak gamat dalam luka tu menyebabkan ulat2 lalat tu bergerak2 dan terkeluar2! banyak sangat! hmm..kesian sgt2 kat mumu.
kemudian, kitorang bawak pi klinik haiwan.. doktor keluarkan semua ulat2 tersebut dan beli ubat utk Mumu..

(sebelum itu, dah pi klinik dah.. tp masa tu ingatkan Mumu ada cacing, sbb die berak keluar benda putih2 n bergerak... doktor bagi ubat cacing je.. )

pahtu, beli susu haiwan, dan lain2..

selepas itu, kitorang pon rawat la Mumu. Cuci luka die, letak ubat, sapukan krim.. 
bagi die susu, pisang, betik...

Pemeliharaan- bela.. of course la, kitorang kene bela die dulu sementara die tgh sakit.. nak lepaskan kat hutan, kecik lagi.. usia die mungkin dalam 3 minggu. Letak die dalam sangkar, bagi kotak, kain, kayu (untuk die panjat2)... dan alhamdulillah.. Mumu semakin sehat, aktif bermain, suka gigit2 jari orang, suka panjat2... dan suka berak n kencing,..haha.. makan pon dah banyk... manja dan suka tido siang2..

#Sedikit Info mengenai Musang Pandan#

- salah satu spesis musang di asia. Dikenali juga sebagai Musang Luwak. (yang ada kopi daripada tahi musang tu..spesis ini la)

- haiwan nokturnal : aktif pada waktu malam

- habiskan banyak masa kat pokok (habitat)

- haiwan Omnivor: makan daging ( cicak, katak, ayam, telur, serangga) , dan juga buahan2 di hutan.

- boleh adaptasi dengan persekitaran: hutan, kampung, bandar..

- tempoh matang setahun, dan boleh hidup selama 20 tahun

-dikenali sebagai Musang Pandan, sebab dekat perut die, ada satu kantung, yang mengeluarkan bau seolah2 bau pandan.

- salah satu spesis haiwan terancam dan dilindungi. tak boleh jual beli musang, kalau dapat tahu akan didenda RM 20,000. Lesen pelihara beliau adalah RM10 setahun.. Permohonan di jabatan perhilitan.

=sumber: google kat internet + jabatan perhilitan selangor=




JADI......... selepas dapat tahu info ni.. hurm.. barula kitorang tahu.. kalau nak bela kene ada lesen.. haha.. tapi kalau kat kampung2 ni, mybe la orang lepas kan jer.. 

disebabkan kitorang pon x leh nak bela, sbb saya pon akan balik johor tak lama lagi, Mak pon tak larat nak bela haiwan ni, so kitorg decide nak jual atau hantar perhilitan.

mula2 x tahu jual-beli musang x boleh.. sebab tengok kat internet ramai gile kot orang jual2, beli2 musang.. sebab minat/hobi .. hmm.lagipun yang beli tu takkan la nak aniaya kan.. haha.. tapi bile buat further research, sebenarnye tak boleh jual beli haiwan yang dilindungi ni.. jadi, kitorang pon dah putuskan untuk hantar ke jabatan perhilitan.

10 Disember.. setelah hampir sebulan jaga Mumu, kitorang pon hantar beliau ke jabatan perhilitan shah alam.. sedih tu memang sedih.. tapi kitorang fikir, ini mungkin yang terbaik. Orang perhilitan bagitau, lepas ni musang akan dihantar ke Rescue Centre kat Sg. Tengi, Sabak Bernam.. kat sana memang tempat perlindungan haiwan.. kalau haiwan2 ni dah boleh berdikari, diorang akan lepaskan ke habitat asal.. hmm... jadi kitorg yakin, insyaallah itulah yang terbaik.. mudah2an staff2 perhilitan dapat menjalankan tanggungjawab tu..hmm.. 

:) Mumu.. we miss you.. uuuuuuuuuuu.. 

nanti ada masa.... kitorg datang melawat...entah bile... tp.. mudah2an kite dapat bertemu untuk kali ke-2. insyaallah.


Mumu..

Terima Kasih Allah..kerana beri kami pengalaman yang cukup berharga.. :)


Mumu! :D



Thursday, December 16, 2010

Kisah Kenangan..


Lewat malam itu, aku cube memikirkan sesuatu yang membuatku tersenyum, namun mungkin kerana perkara tersebut tidaklah mendatangkan faedah kepada ku pada masa terdekat ini, lantas aku jadi mengingat hal-hal yang memilukan hati. Sungguh bacaan hati memang tidak tertafsir, kadang-kadang aku juga jadi sedikit keliru. Emosi barangkali. 

Selalunya ada dua perkara yang bisa membuatkan hati aku sedih bila memikirnya; arwah atokku yang ku panggil tokki dan juga kucing-kucing ku yang dah hilang entah ke mana. hehe.. macam lucu je. Tapi mungkin kerana minggu ini sudah lama tidak mencuci mata dengan air mata, hati mungkin sedikit beku, dan kalau teringatkan perkara tersebut, mudahlah untuk menyebakkan hati dan perasaan. 

Terkenangkan kucing, kerana selama aku berada di rumah, aku selalu bermain dengan mereka, memanjakan mereka dan kadang-kadang marah cikit2 pada mereka..iyelah kucing, kadang2 nakal gak. Kalau bosan-bosan aku suka ajak kucing main dalam bilikku dan sering juga jadi peneman ku kala tidur waktu malam. Kadang-kadang rasa juge dia seolah2 mencium kite..hehe..suruh bangun la tu agaknyer.

herm... sedihnya bila kini aku tiada lagi kucing untuk bermain.. lumrah kucing meninggalkan rumah, mungkin pergi mengembara kot, atau mungkin sudah tiada lagi. Orang kata kucing kalau nak mati dia akan pergi dari rumah sebab tak nak tuannya sedih.. itulah yang berlaku kepada aku dan keluarga. Banyak kucing-kucing yang x de. hilang tanpa kesan. Misteri la juga. Lalu timbullah pelbagai spekulasi...Mungkin kucing ni dah jumpe tuan baru, mungkin sesat, mungkin di makan ular ke? (sebab belakang rumah aku kebun), mungkin juge..hehe.tak tahu la kemana.. Tapi memang sweet la bila ibu kata..tak pela, nanti kat syurga kita jumpe semula la dengan kucing2 kita.. memang sedih time tu. my mum also sedih bila ingat kat kucing2 ni.. Kucing yang terakhir hilang ialah si tatam (hitam), sedih..tapi apakan daya..dia dah pergi.. cume aku boleh berharap dia tak apa-apa dan akan balik ke rumah... 
lalu.. berderai-derailah air-air dari mataku.. 'saya rindu kucing saya'.. (Emo tahap tinggi. hehe)

kedua arwah atok..Tokki. apa yang istimewanya atok saya ni? hehe.. sebab dia atok saya la.. sebab itu saya anggap atok saya special ^^,. kalau atok orang lain, orang lain la anggap atok mereka special kan..he2..boleh ke jawab macam tu. ;) ( tadi gune 'aku' , sekarang 'saya' pulak..). Tokki, saya sayang tokki saya tapi saya tak pernah mengungkapkannya.. tetapi saya tahu saya sayang sebab saya rasa kehilangannya. Saya rindu nak salam dengan tokki. Dulu masa tokki sakit, tokki suruh urut2 sikit kaki dan tangan tokki..tokki kata, nanti kalau tokki tak ade, tak boleh urut dah.. sedih..saya menahan sebak. Masa tokki sihat, malam-malam tokki suka tidur kat anjung rumah, menikmati angin malam barangkali. Lepastu, kami (anak beranak) kata, tokki tak takut ke nanti ada puntianak.. huhu.. seram ler juger. Tokki kata dah biasa, tak takut tdo luar. hehe..

Tokki pekebun tegar. Tokki tanam nanas, kelapa sawit, rambutan dan lain-lain. Kalau nanas dah masak, tokki ambil dan jual kat pekan. Saya dan sepupu pernah tolong tokki jual nanas kat pekan. Kelapa sawit pula tokki upah orang petik dan jual kan, jadi hasilnya dapat la kat tokki dan keluarga. (jual secara kecil-kecilan saje).  Kalau dulu masa saya ada kat rumah, tiap-tiap pagi tokki datang kebun dan berkebun. Sebelum tokki meninggal, tokki tanam jagung. Hasilnya kami makan.. tapi sekarang dah xde orang nak tanam..
Tokki rajin pergi surau, waktu maghrib mesti pergi surau. Subuh pon ya juga. Tokki suka dengar ceramah agama. Tokki suka tengok bola juge. hehe.. 
aik.. rasa macam menulis karangan pendek bertajuk 'Atok saya' pulak..;). 

ibu pesan, selalulah sedekah al fatihah untuk tokki kat sana.. semoga Allah ampunkan dosa-dosa tokki.. amin.
erm.... tokki tak sempat tengok saya balik dari Qatar, saya beli bnyk barang2... kalau tokki ade, saya nak tunjuk..tokki ni gambar2 kite pi qatar..seronokkk.... hurm.. tokki tak sempat tengok kita grad.. tokki kita dah grad...dah dpt ijazah alhamdulillah.. tokki, kite dah keje sekarang.. kan best dapat belanja tokki sempena gaji pertama kita.. (emo kali kedua)

.... sebak memenuhi dada.. Sebenarnya bukan itu yang tokki harapkan. Bukanlah wang dan kemewahan yang tokki harapkan kini.. Tokki mengharapkan sedekah doa untuk menerangi 'rumah' nya sekarang... Itulah doa dari anak-anak yang soleh.. secara tak langsung, apabila teringat tokki..akan teringat juga mati. ya Mati itulah yang sepatutnya diingat... tokki dah rasa mati.. kita??..giliran kite...belum tiba.. tapi akan tibe bila-bila masa...
aku berharap dapat jumpe tokki di sana.. 

Semuanya dalam Kenangan..
yang berlalu telah berlalu..
yang mendatang hadapi dengan tenang...

akhir sekali.. walau macam mana pon Ingat Tuhan la yang paling utama. Ingat dosa-dosa. Airmata yang mengalir kerana takut pd NYA akan menyelamatkan manusia dari api neraka... mungkin ini lah main point yang paling penting kat sini.. 

end..-anamusafir87-

Tuesday, May 4, 2010

+ Entri paling 'C.O.M.E.L' + kenangan..

(A)

(B)

(C)

(D)

(E)

(F)

A, B, C, D, E, F... mereka adalah.. K.U.C.I.N.G.. 
kucing2 peliharaan saya.. 
yang Allah kurniakan buat saya sekeluarga..
yang selalu menghibur hati saya..
tapi sayang sekali.. seribu kali sayang..
kucing2 saya di atas adalah sudah tiada lagi.. (ada yang mati , ada yang hilang misteri)..
hanya kenangan2 dan gambar2 menjadi pengubat duka dan rindu saya pada mereka..
kerana mereka suatu masa dahulu pernah menceriakan hidupku.. 
amat sedih bila kehilangan mereka.. 
mereka adalah dari generasi yang pelbagai.. 

A- abu nama diberi. kucing siam bermata biru.. kucing pertama peliharaan saya, sejak saya tingkatan 3 (2002) hinggalah ia pergi pada 2007... (thn 1 di UM)

B- si putih - kucing saya sejak 2003... dan pergi pada 2008.... sedihnye.. 

C- sayid - kucing yang dibela sejak 2007..hingga 2009...

D- Oren... kucing yg saya sayang.. oren.. 2003.. dan pergi pada 11 jan 2010.. sangat sedih..

E- si Belang - kucing belang yang cantik.. 2007-2008.. pergi meninggalkanku.

F- si putih kecil.. kucing yang hanya sempat kurang seminggu bersamanya.. ia adalah anak kepada oren.. lahir pada 4 januari 2010..tetapi mati pada Mac 2010.. 

dan ada banyak lagi2 kucing2.. tapi cume ada gambar di album.. hanya kenangan.. 

dan yang terkini..  hanya 3 ekor saja kucing yang tinggal.. sayang mereka.. :'-(


 si comel.. sangat comel.. jumpe di bawah kereta ayade.. dia mengeow2.. lapar agaknya.. lalu saya ambil bawak balik.(julai 2009). masa tu arwah tokki ada lagi.. (arwah tokki meninggal ogos 2009...)


 ni la kucing super duper senior.. si hitam.. dia ada sejak 2003..(kakak kpd si putih yang besar).. dia sgt setia..duk rumah jer, jalan2 pon sekitar umah.. manja..suka sgt mengeow2..

anak kepada si comel.. hasil drpd oren dan comel..
si hitam kecil ... adiknya si putih kecil itu telah tiada... dia sgt manja dgn maknye.. hmm.. ni la satu2nya waris kucing jantan ... semoga awak cepat besar hitam!! luv u..

+ huhu.. tak salah kan kalo terkenang pada kucing.. saja saya abadikan mereka dalam blog ini.. kerana mereka sudah menjadi sebahagian dalam keluarga kami....becoz we luv cat...+

+my home.... + ( itu mak saya.. :) )

Tuesday, February 23, 2010

Selamat Hari Lahir..(^_^)...buat anamusafir

sanah helwah..

pada detik waktu jam 12.03 pagi, 23 february 2010.. ku menerima satu pesanan ringkas.. SMS..

"Menjadi yang terbaik!,
jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi,
jika tidak..
cukuplah jadi rumput,
tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi,
Abadikan dirimu pada Allah,
Hidupmu pasti sejahtera,
SALAM KELAHIRAN KE-23.SYG syera!(^^,)v"

from seorg shbt.. eda...

time kasih....:'-)

23 februari for 23 years old.. uniknye angka ini...

kini.. aku telah melangkah ke umur yg selanjutnya.. yang entah bila kan berakhir..
:) Allah Penentu Segala..

p/s: best juga kalo wish kat diri sendiri:) hehe.. enjoy myself~

Wednesday, February 10, 2010

SeLamaT HaRi LaHiR.. (^^,)


musim orang hidung berair, mata merah,fikiran merawang-rawang, otak bergegar pada paksi, batuk-batuk kecil dan besar.. aduhaii...
simptom ini terjadi sebelum berlakunya test mikrobiology dan berlanjutan sehingga test penyakit kronik.. memang ternyata bertambah kronik....huhu...

dan hari ini hari jadi ibu kesayangan.. SeLaMat HaRi LaHir Ibu..:) 10 Februari 1958:)
lucu pulak.. di saat orang menelefon ibu pada tengah hari tadi, orang wish happy birthday.. lepastu ibu terpinga-pinga, beday sapa pulak hari ni.. hehe.. laaa.. rupenyer ibu orang tak ingat hari ini beday ibu.. hehe.. ibu..ibu..n :)
kemudian orang memberitahu pda ibu, yang orang telah mengalami simptom hidung berair dan batuk2 kecil. hehe.. of course la orang kene pesan makan ubat..

Selamat Hari Jadi kepada manusia2 yang beday dia hari ini.
semoga sentiasa dirahmati Allah..aminn..

 
-cute-

Friday, January 8, 2010

Tahniah!! dapat Baby!!


tahniah kepada comel.. kerana selamat melahirkan 4 ekor anak pada 4 jan 20210 yang lalu.. he3. alhamdulillah

lucunya. al kisah.. pada hari isnin lalu, aku telah dimaklumkan oleh ibu, yang comel selamat lahirkan anaknya,. hehe. yg 'seronoknya', comel beranak kat bawah katil aku! waaa.. hbsla.. konfirm kotor punyer. huhu.. tapi ibu kata dah bersihkan dah. hehe..

ape2pon. congrate to comel. :-)

Friday, September 25, 2009

BeRaya di Kampung~ (^^,)

salam..
1 syawal menjelang tiba.. di pagi raya, saya dan saudara mara beraya di rumah toklang.. :-) hepi la dapat bersama.. tetapi sedih juga kerana xdapat beraya dengan arwah tokki.. suasana pagi agak dihujani mendung duka seketika.. selepas bersalaman dan makan cket kuih raya/juadah yg ade, kitorg pegi lawat kubur arwah tokki..
ni gambar-gambar ehsan dr kamera yana.. sebagai kenangan di hari lebaran, kepada nadiah, mira, awan, ami, sarah, moksu , cik awie n shafiq.. Selamat Hari Raya kitorg ucapakn! (^_^) jgn sedih2, kitorg x lupe korang di sana~



bersalaman dengan toklang.


suasana agak sedih..sebab arwah tokki tidak lagi bersama di pagi raya..
ni sume sedara mara saya.. dr kiri, hafiz, achik, makngah, maklong, ika, toklang, ayalong.. dn ijat (nampak kepale je)


 ayah bersalaman dengan ayalong =) hepi je ayah nie. hee


achik n ayah =)


toklang dan ayalong =)
  
 
3 org jejaka kecik..hehe.. epi, amsyar n ijat ( diorg ni drjh 6)


hee.. cam comel je budak 2 org ni.. ayie n mirul ( cm xhepi la plak)


yg ni baru macho.. cayala ayiee ;-p


comelnye.. (^^,)


sweet je cucu-cucu toklang ni =)


ni mak uda, dgn esah n yana.. sepupu2ku.. hee


wah..bestnye yana dpt duit raya =)


kuih raya- kuih raya.. aiseyy.. muka ayade x nampak semuala. =P


Hepi je bgambr di tingkap. he3 =)


 
ibu n makngah bersama sayur kegemaran mereka? he3 ( lobak n timun)~


peace..!~


mirul..wat pe tu? (^^,)


hi epi ~ ;-)

Friday, August 21, 2009

Perginya seorang atok...

assalamualaikum wbt..

kini..
aku tiada lagi orang yang bergelar datuk...
arwah tok shariff pergi meninggalkan kami sewaktu aku darjah 4.. tp masa tu..aku tak terasa sedih sangat sbb kecik lagi..

kini..

arwah tokki pula yang meninggalkan kami..

al-fatihah untuk tokki..
yang kembali ke rahmatullah pada 19 ogos 2009..
semoga roh tokki dicucuri rahmatNYA..
secebis kenangan..
arwah tokki penah main teka teki .. banyak2 benda, benda apa yang semua org sama je bunyinye.. lebih kurang gitula soalannya.. dan aku tak dpt jawab.. jwpannya ialah bunyi org menangis.. huwa..wa... bunyi org menangis kan mcm sama.. dah lama dah ni..xingat plak bila..
n.. yg paling terkesannya.. rumah aku memang terletak sangat berhampiran ngn kebun tokki.. jadi masa dulu-dulu, selalula tokki pegi kebun.. dulu kebun nanas.. sekarang ni dah tukar.. tanam pisang, tanam jagung.. ubi.. em.. teringat la kat tokki tebas2 kebun... tanam2 jagung..
..n sebenarnya.. selama 2 hari ni.. mcm terasa arwah tokki ade lagi.. tp aku tahu lambat laun kene terima hakikat jugak... em..
sedih bila tgk perubahan tokki masa sakit.. time tu.. tokki demam, sakit kuat gak la.. lepastu dah sembuh sehari.. masa sembuh tu la.. arwah tokki pegi kebun.. dan memang kerja kerasla tebas semak-samun.. sebab nak buat batas untuk tanam jagung.. memang pulun habis masa tu..
dan lepas tu sehari dua.. arwah tokki sakit semula.. demam lagi..time tu aku tgh cuti 3 bulan.. lama sangat sakit.. sampai la 19hb tu.. arwah tokki dah tenat sgt..
em..18hb malam.. hampir semua kaum keluarga terdekat, makcik pakcik, sepupu2 datang.. bacakan yaasin.. tokki dah tenat sangat.. pastu bawak pi hospital gak malam tu.. dalam kol 11 malam.. lepastu dalam jam 12 aku balik rumah.. tak sampai 30 minit kat umah.. dapat berita tokki dah xde ..( time tu kat hospital), jadi aku dan ayah pon pegi balik umah toklang..
tunggu jenazah tokki sampai.. dalam kol area 1-2 pg.. semua dah nangis2..
gtula.. sampai ke pagi tak tido...
baca yasin...
n pagi tu.. ramai la sedara mara, jiran2 datang.. baca tahlil.. n solat jenazah..
n kucup jenazah tokki buat kali terakhir..
dan hantar pi tanah perkuburan...em.. first time rasai keadaan ini...
dan 2 malam buat kenduri tahlil...
malam td la baru hbs tahlil..
alhamdulillah... kenduri tahlil berjalan baik...
semoga arwah tokki tenang di sana....
amin...
n kepada sepupu2 yang kat oversea.. mira, nadiah, syazwan, ami, sarah, shafiq.. diorg xdpt balik.. apapun semoga doa2 kalian akan sampai jua kepada arwah tokki.. amin...
k.. tu je ..
Rest in peace...

Monday, August 17, 2009

Pergi tak kembali..

salam mujahadah..
salam keinsafan...
pergi yang takkan kembali lagi..

13 ogos yang lalu, industri nasyid telah dikejutkan dengan berita kematian vokalis utama kumpulan nasyid rabbani, ust asri.. ( allahyarham ust asri..) - berita lanjut boleh la korang search sendiri kat internet atau baca akhbar..

al fatihah buat arwah,. juga takziah buat ahli keluarga arwah..

baru saja, saya teringat tentang konsert antara dunia, anjuran GAMIS 1 ogos lalu, yang ada menjemput kumpulan rabbani ini membuat persembahan di stadium melawati, Shah Alam.. kini arwah telah kembali ke rahmatullah..

* baru tadi saya membuka blog arwah.. asrirabbani.blogspot.com em.. sayu pula.. membaca coretan-coretan arwah.. blog hanya tinggal blog.. kini pemilik tersebut sudah tiada lagi.. tiada lagi posting yang bakal di update.. bagaimana kita? kita sekarang ni masih lagi mampu mengupdate blog krn roh masih lagi dikandung jasad.. tapi bila kita semua dah tak de kelak.. semua ini akan di tinggalkan.. -- teman sejati hanyalah amal....--- kita pasti akan bersendirian.. *

sungguh.. kematian itu datang dengan tiba-tiba... dan beruntunglah jika seseorang hamba itu telah sentiasa bersedia untuk menghadapi saat kematian yang entah bila datang menerjah..

allahyarham ust asri

sayu lagu ini..
ya.. seakan-akan lagu yang sedang berkumandang di dalam blog ini mengingatkan kepada kita tentang waktu yang bakal terhenti.. mengingatkan tentang kematian yang pasti datang.. em...

dan.. pagi tadi.. saya menerima satu sms.. " prof halim meninggal dunia.. alfatihah.."

saya terkejut. ust halim? ust yang ajar sejarah tamadun islam semasa saya tahun 1 dulu?.. ustz halim, pensyarah akademi pengajian islam UM...
al fatihah.. teringat kembali gelagat2 ustaz yang mencuit hati pelajar semasa mengajar kami dulu.. ust.. semoga roh mu dicucuri rahmat ALLAH.. jasa dan ilmu-ilmu yang dicurahkan semoga membawa berkat..
sayu bila terkenangkan ust halim..
al fatihah... dan takziah buat keluarga arwah.. semoga tabah menghadapi ujian ini...


allahyarham prof. dr. Abdul Halim bin Hj Mat Diah..


Friday, February 6, 2009

secebis kenangan..(^^,)

my cousinz

sepanjang tempoh menyepi tu, penulis balik ke kampung ( cuti midterm dan tahun baru cina, p/s: penulis tak sambut thn baru cina, tapi makan gakla buah oren..hehe).. banyak sekali kenangan dan saat indah bersama keluarga, alhamdulillah..
paling tak dilupakan, bersama sepupu yang comel, aizat (drjh 6) dan adiknya amirul (baru masuk darjah 1).. diorang ni rajin la datang rumah waktu petang2.. ehem2.. nak ngaji.. sebenonya penulis bukanlah terer sangat, tapi setakat ajar alif ba ta, an en un, ban ben bun tu ok la.. jadi kdg2 gak penulis ajarlah mereka berduaa ni.. aizat dah ngaji quran dah, alhamdulillah, dan amirul ni baru je muqaddam..( tapi comel la bila dia baca)..
selain itu, aktiviti kami ialah.. belajar sama-sama.. diorg ni suka la pulak kalau penulis bagi soalan matematik ke, soalan b.inggeris ke atau bahasa melayu, atau main lukis-lukis, ataupun teka-teki dengan diorg ni ..(maklumla kanak-kanak lagi).. seronok pulak dapat ajar secara xlangsung diorang ni.. hehe..(p/s: penulis takde adik)
selain itu, yang paling menariknya ( bagi penulis) bila penulis ajak amirul ni solat sama-sama ( selalunya maghrib la), so dia pon ikutla.. bagus kan, kecik2 dah belajar solat..:).. hehe.. dan juga sebelum solat tu, mestilah berwuduk,, so penulis pon suruhla aizat ni ajar adik dia wuduk.. then, kitorg solat sama-sama.. ( mcm sweet la)..
satu perkara yang agak lucu la.. tentang amirul ni.. ( sbb dia baru gak nak solat), masa tu solat maghrib, bila lepas sujud kedua rakaat kedua, penulis pun dudukla tahiyah awal.. amirul tu solat sebelah penulis je.. then tiba-tiba.. amirul bersuara perlahan sebelah penulis..

" ni dah tahiyat akhir ke.."..hehe..

terkejut gak penulis dalam hati, tapi tahan je la lucu..kan tgh solat.. :-> lepas habis solat, barulah penulis teraangkan..( yang td tu tahiyat awal..) mmg lawak la,, yang aizat ni pulak tergelak laa tgk gelagat adiknye..

dan bila dah balik kolej semula ni, teringat pulak kat diorg.. hehe.. rumah bersebelahan je:).. jiran bersaudara.. penulis harap sangat, agar nanti besar diorg ni jadi org yang berguna,,aminn:)..

itu je la antara secebis kenangan..

selain daripada tu, kawan penulis pon ade datang ziarah penulis, kawan semasa sekolah rendah dulu, sekarang belajar kat UPM, amik medic, ida nama dia.. dia dulu ex-PASUM, dan sedikit sebanyak, kami pon ade la dok bincang tntg isu-isu PRK kampus yang hangat baru-baru lepas.. :)..

-n-