Saturday, January 16, 2021

Cara membatalkan kad kredit CIMB BANK versi berat mulut.

google image


Assalamualaikum wbt.

Akhir Disember 2020, aku dapat surat dari CIMB Bank. Penyata bank. Penyata Kad Kredit bank!

Adoi.. Sebenarnya, memang aku ditawarkan kad kredit ni masa beli kereta tahun 2016 dulu,  ( kad kredit dipos ke rumah), tapi aku tak ingat, aku ada tandatangan ke tak kat borang masa tu.. 

Sebelum2 ni pun, banyak kali dapat notifikasi sms tentang pembayaran kad kredit. Masalahnya, aku tak pernah guna langsung kad kredit tu. Tak pernah. Bukan satu, tapi 2 kad kredit. Aku pun tak tahu mana kad tu skrg. Maybe aku dah buang? atau tersimpan kat mana2..

So, bila aku cek penyata tu, aku kene bayar caj yang dikenakan ke atas kad kredit. Mujurlah tak banyak. Tapi untuk elak ia bertambah2 ( dikhuatiri). Aku pun berniat untuk batalkan kad kredit tersebut.

yang bertuahnya, aku jenis yang pemalu dan malas nak call cimb, huhu.. jadi aku buat cara mcm org bercinta la.  Berbalas email .. hee..  

1- aku email kat cimb bank tu.. cru@cimb.com

   - nyatakan masalah dan niat di hati. Aku attach sekali penyata kad kredit.

2 - selepas 2 hari, Staff cimb reply email aku. 

   - staff bank bagi borang untuk  diisi .. nyatakan pembatalan kad kredit, nombor kad kredit dan tandatangan.

    - then, aku settle bayaran caj tersebut.

3 - aku print borang tu, isi, scan, dan reply email tu semula dan attach borang yang telah siap diisi. 

4-  staff bank sudah terima borang tersebut dan akan buat tindakan lanjut.


contoh borang yang diberi - isi no.8 ( pembatalan kad kredit)


p/s= sebelum aku hantar 2nd email (borang yg dah siap),  aku buat link kad kredit via cimb click dan aku jelaskan bayaran penyata kad kredit kat cimb click.


tapi, kalau kita rasa kurang yakin, boleh call pihak bank  atau terus berurusan di bank, tiada masalah :)

sekian~


Coretan 2020 tinggal kenangan~

google image


 Assalamualaikum wbt.

dah 2 minggu kita berada di tahun 2021, dan tak terasa betapa sekejapnye tahun 2020 berlalu. Ekoran daripada pandemik covid-19 yang melanda dunia awal 2020, blog ini pun seakan terbiar sepi tidak terupdate. Banyak perkara yang unexpected berlaku tahun 2020.. dah macam dalam movie dah aku tengok. hurm..

Bagi murid sekolah pula, syok la ek..sebab tak sekolah lama selepas PKP Mac 2020 tu. haha. aku pun terbabit sama la memandangkan aku pun seorang guru yang setahun jagung. Tapi apa yang bestnya, tahun 2020 lepas, aku dapat berpuasa ramadhan sepenuhnya di kampung halaman. Cuma, takdela semeriah tahun lalu dengan bazar ramadhan dan lain-lain. Solat terawikh pula, aku memang buat kat rumah je. Hari raya pun sambut ala kadar, tapi tetap meriah juga dengan kehadiran sanak saudara. 

Lepas tu, KPM nak bukak sekolah bermula julai 2020, dan aku kena balik ke negeri tempat aku bertugas. So, bye2lah rumah.. sedih gak la nak balik tempat kerja kan. Tapi kene balik awal dari tarikh bukak sekolah tu, sebab nak kene prepare kelas.. ikut SOP dan sebagainya. Banyaklah benda yang kene buat untuk biasakan diri dengan norma baharu ni. 

Masa pun berlalu... dan 8 november 2020 tu, kene PKPB pulak. dan sekolah pun di tutup..aku ingatkan akan bukak balik lepas habis tempoh PKPB..last2 KPM umum terus cuti sampai tahun depan (2021). Memang kalutla, ada satu hari je lagi time tu sebelum esoknya 8 November. Tapi aku tetap gak kene settle kerja2 yang tertangguh waktu PKPB tu. Terpaksa datang gak sekolah untuk settle beberapa kerja, tapi  tu pun x settle sepenuhnya sebab balik kampung cuti akhir tahun.

Januari 2021..

kes covid-19 makin meningkat hingga mencecah 3000 ke atas.. dan sekali lagi PKP dilaksanakan di negeri2 yang tinggi kes covid termasuklah tempat aku ni. So.. sekolah yang dijangka buka 20 Januari ini tetap juga berjalan tetapi tidak bersemuka. Bermakna..guru-guru kene mengajar online menggunakan medium yang bersesuaian. 

Jujurnya, masa PKPB hari tu (Nov 2020), belajar dari rumah.. aku rasa belajar face to face lagi best dari online ni. hehe.. tapi nak buat mcm mana kan.. kite follow je saranan KPM untuk kebaikan semua. tak habis2 ngadap henfon, homework murid dll. tapi kalau tgk movie xpulak rasa penat. kah2..


:-D.. 2020.. adios..

si corona ni masih lagi ada.. bile dia nak pulang ke rahmatullah pon, aku tak tau! huhu

#kitajagakita