Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Saturday, January 16, 2021

Cara membatalkan kad kredit CIMB BANK versi berat mulut.

google image


Assalamualaikum wbt.

Akhir Disember 2020, aku dapat surat dari CIMB Bank. Penyata bank. Penyata Kad Kredit bank!

Adoi.. Sebenarnya, memang aku ditawarkan kad kredit ni masa beli kereta tahun 2016 dulu,  ( kad kredit dipos ke rumah), tapi aku tak ingat, aku ada tandatangan ke tak kat borang masa tu.. 

Sebelum2 ni pun, banyak kali dapat notifikasi sms tentang pembayaran kad kredit. Masalahnya, aku tak pernah guna langsung kad kredit tu. Tak pernah. Bukan satu, tapi 2 kad kredit. Aku pun tak tahu mana kad tu skrg. Maybe aku dah buang? atau tersimpan kat mana2..

So, bila aku cek penyata tu, aku kene bayar caj yang dikenakan ke atas kad kredit. Mujurlah tak banyak. Tapi untuk elak ia bertambah2 ( dikhuatiri). Aku pun berniat untuk batalkan kad kredit tersebut.

yang bertuahnya, aku jenis yang pemalu dan malas nak call cimb, huhu.. jadi aku buat cara mcm org bercinta la.  Berbalas email .. hee..  

1- aku email kat cimb bank tu.. cru@cimb.com

   - nyatakan masalah dan niat di hati. Aku attach sekali penyata kad kredit.

2 - selepas 2 hari, Staff cimb reply email aku. 

   - staff bank bagi borang untuk  diisi .. nyatakan pembatalan kad kredit, nombor kad kredit dan tandatangan.

    - then, aku settle bayaran caj tersebut.

3 - aku print borang tu, isi, scan, dan reply email tu semula dan attach borang yang telah siap diisi. 

4-  staff bank sudah terima borang tersebut dan akan buat tindakan lanjut.


contoh borang yang diberi - isi no.8 ( pembatalan kad kredit)


p/s= sebelum aku hantar 2nd email (borang yg dah siap),  aku buat link kad kredit via cimb click dan aku jelaskan bayaran penyata kad kredit kat cimb click.


tapi, kalau kita rasa kurang yakin, boleh call pihak bank  atau terus berurusan di bank, tiada masalah :)

sekian~


Wednesday, February 19, 2020

Trip to Perth, Australia 2019

Assalamualaikum wbt,

setelah lama tak bersiaran, hari ni aku nak coretkan sedikit pengalaman manis melancong ke

Perth, Australia.
hehe.. besarnye font dia ek..

alhamdulillah, hujung tahun 2019, ( 7-11 disember ) aku dan kawan-kawan ( 3 sekawan ) joined trip ke Perth, selama 5 hari 4 malam.  agent pelancongan yang kami join ni sangat2 best!!

boleh klik kat sini -------------->  ARBA TRAVEL 

Arba travel adalah antara agen pelancongan yang popular di Malaysia. Alhamdulillah sepanjang kami berada di Perth, solat dan makanan halal sentiasa di jaga. Penginapan dan pengangkutan (bas) pon selesa. Penerbangan pula, kami diterbangkan dengan Air Asia X.

hotel - the season of perth yang terletak di tengah2 bandar.. sangat mudah untuk berjalan ke kedai souvenir di sekitar hotel. dan juga kedai2 makanan halal yang ada berdekatan dengan hotel.

cuma... fuh..satu je masalah aku bila kat negara orang putih ni.... tandas xde paip air.. haha.. agak mencabar.. jadi atas inisiatif sendiri aku bawak gayung dari malaysia. (kecik je warna biru).. kalau ikutkan nak bawak sekali paip dgn baldi ..mmm..biasalah..kite ni tipikal org malaysia..dah biasa bersuci kene ade benda tu. lebih yakin dari guna tisu. 

rupenye..australia ni sangat tegas dengan barang2 yang dibawa masuk ke negara mereka. Ade barang yang tak boleh dibawa masuk contohnya produk tenusu, ubat2 yang xde keterangan, biji benih tumbuhan...dan lain2..Masa dalam flight tu, pramugari akan bagi satu borang utk diisi.. / declare barang2 tertentu. borang tersebut hendaklah diserahkan pada petugas yang berada di airport.

contoh borang



contoh list barang yang kene declare..



sampai je kat airport perth, kami beratur untuk ke kaunter ketibaan. dan masa tu ada polis dan anjing datang/berlari ke arah kitorang... ( cek sekali lalu).. lepastu, kene soal gak, ada bawak barang2 terlarang tak and so on.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar, para petugas pon ok, senyum dan mengalu2kan kedatangan kami. 

dan pengembaraan kami pon bermula hari itu............ sepanjang 5 hari 4 malam kat sana.. mmg best..penat jgn ckp la.. banyak berjalan bila kat sana.. 

so enjoy the moments! 

Antara kenangan terindah sepanjang di perth, australia


caversham wildlife
macam-macam haiwan ada..antara yang famous ialah kanggaro, koala, wombat, walabi, burung2, reptilia dan lain2..






ada show ..shearing the sheep.. 




the margaret river chocolate 




ada lagi satu.. kilang madu..


blue boat house



ladang petik buah. 





ni masa sampai kat fremantle.. cari souvenir kat E-shed dan fremantle market.. dan makan fish n chip and lobster, ice-cream..sedap gile!




 fremantle market



e-shed






rainbow container


tengok sungaiii... 


sandune.. main luncur pasir



the pinnacles.. 


masjid ni ada paip air.. akhirnyaa..


king's park



makan kat kedai arab
ni kami pergi waktu hari free and easy


cuci2 mata.. sambil melontar duit a.k.a membeli belah


dan banyakk lagii yang best2..

apa yang best..angin malam kat perth ni..sejuk sangat..macam dalam aircond.. nyaman..
siang nye memang terik..tapi still beranginn..lagi2 bila kat pelabuhan fremantle...kuat sgt angin dia (tepi laut)...


last but not least...

no worries mate! ( slang aussie.)

driver bas- mr. Shannon. (kalau x silap la nama dia ni )- baik dan peramah

tour guide.. mmm ..suka sgt2 ngan beliau ni.. baik sgt2.. En Nuaym Budiman. huhu

tour leader.. Lina! marlina.. rindu die sgt2.. :) mature but comel hee

dann..

sahabat-sahabat kuuu...

Eda dan Fadhilah...!!

terima kasih banyak2 atas memori yang berharga ini.. sentiasa ada bersamaa....

<3 nbsp="" p="" sarangheo="">

Saturday, December 31, 2016

Puisi 2017..





2017..
esok yang bakal menjengah
akan meninggalkan cerita hari semalam
yang penuh dengan duka lara
masih wujudkah secebis keamanan
pada hari mendatang?


2017..
dengan kalimah suci..
kami akan berjalan ke arahmu
membawa seribu keazaman dan harapan
moga-moga disepanjang hamparanmu itu
kaki ini terus tetap melangkah
meniti liku-liku hidup
berbekalkan iman..


2017..
walau belum pasti ceritamu
kami semua tetap digenggaman Ilahi
bergantung harap hanya padaNya
biarpun mehnah berduri terpaksa diredahi
tabahkanlah kami ya Rabbi 
mengharungi hidup ini..
fitnah demi fitnah sukar sekali dilangkaui
melainkan pertolongan dariMu..


2017..
kau.. 
hamba Tuhan
seperti mana kami..
tundukkanlah hati ini untuk sebuah..
Redha Ilahi..


6.20 pm/ 31 Disember 2016



Are you ready?




Monday, November 28, 2016

+You get 'naked' on media social +


Assalamualaikum,
satu ketika, entah apa yang membuatkan aku sedikit meluat,
aku post statement kat fb.. tapi lepas tu aku padam balik..   
aku post kat group wassap pulak,
lepastu  ada kawan reply..
lebih kurang ayat die "kene bersederhana la.. dan pandang positif perkara itu"
ya, memang benar..
semuanye berbalik soal hati..

aku tahu.. aku tahu memang semuanye berbalik pada soal hati..
namun apakan daya,
hati manusia bukan semuanye putih bersih, termasuklah hati aku.. hu....

namun, setelah aku baca nasihat Dr. Fadhilah Kamsah ini,
aku sedar,
sebenarnya statement aku tu ada betul juga..
manusia zaman kini suka sangat 'tayang' kebahagiaan masing2

selalu.
kerap.
often.
always.
dalam media sosial.

walaubagaimanapon, aku tidak menafikan komen kawan aku tu.. "soal hati"
ya.. benar juga..

sebagai insan biasa, mari kita jaga hati..T_T.. dan fikirkan lah hati orang lain juga bila update di media sosial..

sekian. 

in other way.. you get naked on media social.. no privacy. Show everything that you have. Beware.

"Zaman Telah Berubah" Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah Untuk Ibu Bapa




Monday, December 7, 2015

Allah Cucuri Rahmat Allahyarham Pak Yus & Tunku Abdul Jalil.. amin..

Oh Allah...matikan kami dalam pengakhiran yang baik....

AL- FATIHAH


TAKZIAH KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM..

PAK YUS... KUMP. JAMBU

DAN..

TUNKU ABDUL JALIL, TUN LAKSAMANA JOHOR..

SESUNGGUHNYA..
DARI ALLAH KITA DATANG..
DAN..
KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI..

SEMOGA KEDUA-DUA ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT..

Sesungguhnya..
kami juga.. akan menyusul kelak.. 


Sunday, December 6, 2015

"Semuanya Naik.. Naik..Naik.. "

dulu kangkung ade gak Naik, skrang dah turun.. tapi kangkung tu apalah sangat.. kah kah..sinis.

Allahumma solli 'ala Muhammad..

aku ni.. bukannye pandai sangat bab-bab ekonomi semasa dan luar negara,
cume tahu la sikit-sikit sebab aku masih lagi pengguna tegar dalam negara..
semua barang aku beli, aku gune..

tahun demi tahun
harga barangan keperluan di pasaran selalu meningkat..
kalau turun pon... sikit la kot.. 

sebagai rakyat Tanah Tumpah Darahku,
aku melahirkan rasa dukacita terhadap segala yang berlaku dan bakal berlaku di negara ini,
nilai matawang yang jatuh serta faktor-faktor lain menyumbang kepada peningkatan harga yang semakin membimbangkan ramai pihak 

malah bukan itu sahaja, ura-ura pengurangan subsidi bagi sesetengah barang keperluan asas juga meresahkan pengguna terutama bagi yang berpendapatan rendah

aku pun tak tahu..
nak salahkan negara.. kenapa berlaku sebegini.. macam mana menteri bijak pandai ni uruskan kewangan rakyat..amanah tu..

atau.. 
sebagai rakyat yang bijak pandai mesti memikirkan solusi terbaik untuk mengatasi masalah ini..
perlu lebih merancang kewangan bulanan dengan cemerlang
perlu buat kerja sampingan untuk menampung beban
perlu berjimat-cermat dalam semua hal

tapi..
tak adil kalau kita je rakyat buat macam itu
sedangkan menteri2..atau orang atasan tidak mempraktikkan perkara yang sama
....
gaji kau berapa.. kau memang sedap duduk la..
...
kau tak tengok orang bawahan..

alangkah memalukan pemimpin zaman sekarang...

tengok saja Umar Khattab
tengok saja Umar Abdul Aziz...
google la sendiri corak pimpinan mereka..
pimpinan terpuji dan disanjungi...

tepuk dada
tanya iman di hati

wallahu'alam.


bersedialah menghadapi Tahun 2016....

ALLAH..bantulah kami....

Wednesday, August 6, 2014

Aidil Fitri Kurang Seri..


Salam Eid Mubarak!

berlalulah sudah ramadhan,
sebulan berpuasa,
tiba syawal kita rayakan 
dengan rasa gembira....



Apabila mendengar lagu raya ini
perasaan seolah-olah bercampur baur
disamping disalut rasa riang di hari raya
terpalit perasaan duka dan kesedihan yang tak tertanggung 
melihatkan dunia islam yg dibanjiri darah saat ini

tidak cukup dibulan mulia darah2 umat palestin ditumpahkan,
waktu takbir raya berkumandang juga darah umat palestin 
masih lagi berceceran di tanah suci...

entah sampai bile kekejaman zionis akan berakhir..
masih belum puas mereka meratah daging2 insan yang tidak bersalah..
namun apa yg penting,
bukan sampai bile kekejaman itu akan berakhir
namun bila lagi seluruh negara Islam bersatu menentang zionis laknatullah??