Monday, June 29, 2026

MEREDAH KESEBALAN

Bila hari itu menjengah tiba
sukma bagai tiada rasa
walau jasad wujud menyapa
namun hati tidak seirama
mata buta telinga tuli
mulut meratip tak hirau keliling

sungguh sebal mencengkam diri
hilang wibawa amarah kelat
sekali dihempas ombaknya tinggi
malangnya tenang sebentar cuma
seakan mengejek lautan gelora

bukan sekali
mungkin seribu kali
mata buta telinga yang tuli
walau tak semua
namun sebalnya menyelubungi
hati tak tembus cahaya sakti
seakan berkahnya tidak diredai

pudar keghairahan untuk memberi
tidak disambut tidak dihargai
sopak dan kudis peradaban jati
penat mengharung sebalnya generasi
yang tiada percikan cinta nurani

barangkali hanya diri
gagal melukis seindah alam
gagal meraih nikmat pejuang
melepaskan bodoh ke belakang
mengejar cahaya penerang jalan

entahlah
entahlah
tuding itu pasti menikam sendiri
tapi hati tak betah ingkari
rasa lelah letih dengan sebal ini
kadang kuat kadang roboh sabar diri
sakit menghunus ke benak sanubari

biarlah masa menyedarkan hati
menjentik benaknya sebal ego
sedar diri hanya sebuah bekas
yang kosong perlu disi air kehidupan..


Nukilan Anamusafir
8.49 malam
14 Muharram 1448H

Saturday, June 6, 2026

6 Jun 2026 / 06.06.2026


 

Assalamualaikm wbt

6.6 - ni bukan pasal shopee 6.6, hehe.. time ni tibe2 saja nak taip kat sini. 5 bulan sejak posting 1 Januari yang lalu.

Sepanjang 5 bulan ni, macam-macam cerita seharian silih berganti.. hal sekolah, hal keluarga, puasa, hari raya, cuti sekolah, hari raya haji dan lain-lain

Esok 7 Jun, last day cuti pertengahan tahun (cuti sekolah).. lusa pulak sekolah dah.. tapi perasaan nak pegi sekolah tu mcm perasaan budak2 yang masih lagi nak cuti.

entah la.. tak tahu nak taip apa, padahal bnyk benda terjadi.. tapi malas nak taip. yang pasti tahun ni merupakan tahun ujian bagi aku, mcm tahun 2016 dulu.. tapi kali ni lain mcm.. bertimpa2 dalam 1 masa. hurm.. 

Terima kasih ibu ayah yang sentiasa ada disisi.. semoga Allah beri kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua. amin.. bai..

Thursday, January 1, 2026

2026.

 31 Disember 2025.. seawal jam 10.00 malam dah dengar bunyi bunga api.. dekat2 jam 11.00 malam pon ada bunyi bunga api lagi.. kat luar lagi la.. langit gelap bercahaya2 dengan warna warni bunga api.. cantik ;).. dah nak 2026 dah jap lagi... 

walaupun dah tahun baru, keadaan rasa masih sama. seadanya.

Sedikit kenangan sebelum 2026 ni..

Minggu terakhir 2025 ni, aku tutup dengan Percutian singkat mengejut di Beseri, Perlis.

2 hari 1 malam.. Makcik & Pakcik sedara aku ajak ibu dan aku pergi ke sana sebab mereka nak hantar barang kat anak mereka(sepupu aku). 

Kitorang bertolak pada 25 Dis (Khamis) pergh,, jem gila.. RnR penuh dengan orang. Perjalanan dari Selangor ke Perlis mengambil masa kira-kira 8 jam. 

26 Dis (Jumaat), bertolak balik ke Selangor pon jem jugak.. hujan pula tu..memang mencabar..

Apa-apapun, kat Perlis best...lapang je.. sawah padi, makan best, rehat kat hotel pon best, pergi rumah sepupu, mak mertua sepupu.. semua best. Dalam susah ada ketenangan kat situ.

Tq Makcik n Pakcik sbb ajak berjalan..hehe.. dapat la tengok negeri orang waktu cuti ni. Ini kali ke-3 aku jejak kaki kat Perlis.

Pertama kali, masa aku belajar kat Nilampuri.. masa tu cuti apa entah..x ingat.. aku x balik kg. Kawan ajak ikut balik rumah dia kat Kangar, Perlis.

Kali ke-2, masa sepupu aku kawin. Sepupu yg tadi tu la.. dia dapat org Perlis. Jadi masa majlis kawin kat Perlis, kitorg (ibu, ayah, dan sedara mara sebelah selangor) bertandang ke sana.

Kali ke-3.. ha.. yg ini lah.. Kenangan yang takkan dilupekan..

Terima kasih untuk kenangan ini ^_^