Sunday, March 5, 2023

Mengimbau Kenangan SK Pekan 1 Labuan

Assalamualaikum, hola~

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (1) WP Labuan

SKPS WP LABUAN..

Aku, pernah bersekolah kat sini, dari tahun 1994 hingga 1996..

Jujurnya, kekadang rasa rindu, rindu nak tahu khabar kawan2 yang pernah sekelas dengan aku dulu. Masa dulu2, mana la ada social media kan? jadi aku hanya ingat beberapa nama sahaja.. 

Darjah 1 - 1994.. 1 Raya

Darjah 2 - 1995.. 2 Raya

Darjah 3 - 1996.. 3 Raya

Cikgu kelas aku namanya Cikgu Shamsiah Atar.. Cantik, putih dan tinggi orangnya. Orang Sabah, garang, tapi baik ^_^  Cikgu ajar Bahasa Melayu.. lain2 cikgu, aku dah tak ingat.. oh! ada sorang lagi, Cikgu Muzik..Cikgu Saiful namanya..kalau aku x silap :-D.. 

Mei 1996, aku bakal berpindah ke kampung halaman, Selangor. Sebelum tu, ada sesi bergambar satu kelas. Cikgu Shamsiah pernah berjanji akan mengirimkan gambar tersebut pada aku di Semenanjung.. tapi.. sayangnya, sampai sekarang tiada :'-(.. lama saya tunggu cikgu... Aku rasa cikgu terlupa dah pasal gambar tu..huhu. Tapi, kalau cikgu ada terbaca posting saya ni.. contactla saya :-> (masih berharap..hee)

Setahun lepas tu, cikgu ada kirim kad raya.. sampai sekarang aku simpan. Tulisan cikgu kemas dan rapi.. ^_^.. cuma gambar kelas je takde.. (^-^'') hihi

Antara nama-nama kawan sekelas yang aku ingat.. 

Umaimah 

Naimah

Siti Hajar

Meor Lutfi / Lutfi Meor.. 

Raimi

Izi Akmal

Hafizi

Rozana

Razak

Ezani

Azhar- maybe kelas lain, tapi x tau nape aku ingat dia ni 

Shazwani

Firdaus- (Perempuan) - kami dah pernah contact via FB

Ismawani- kalau x silap nama dia gini..

Rica- anak sedare cikgu shamsiah 

setiap nama ni aku ingat sebab ada kenangan tersendiri ^__^


Last, but not least.. Semoga korang semua baik-baik sahaja walau dimana berada :-) Take Care~


Saturday, March 4, 2023

Buat Video guna CANVA


Assalamualaikum, hai.. 
sejak bertukar ke sekolah baru ni, ni first time aku buat video guna Canva. Sebelum ni tak pernah guna aplikasi ni. Orang kata best guna Canva, tapi kita ni takde la pandai sgt, cume buat yang simple sahaja. Tugasan yang aku buat ni masa tahun 2022 (>o<)

video 1 (Hoki)


video 2 (Perkhemahan)

Kesimpulannya, mudah juga nak guna Canva ni. Banyak template2 yang boleh kita pilih untuk hasilkan video. Cara editing pun Ok. Cuma, aku guna yang free je, kalau nak lagi banyak effect/editing kena bayar.. (^_^) 

link website Canva: https://www.canva.com/en_gb/

 

2023..dan Hidup Aku!


"Setahun berlalu bagaikan air yang mengalir,

Jernih warnanya, namun keruh juga pernah,

Deras alirnya, namun perlahan juga ada,

Besar rintangannya, kecil juga pernah menduga,

Itulah liku-liku sungai yang bernyawa..

hidupnya tetap diteruskan, arusnya tetap berjalan..

sehingga nanti bertemu dilautan terbentang,

seluas mata memandang.." ^_^


sudah 3 bulan, 2023 menyingkap tirainya..

hey.. welcome to my world.. let's see what you can find here..

hehe..kalau ler tahun tu boleh bercakap.. haih..

masa ni memang cepat berjalan..macam arus sungai tadi..

kita dah pun di tahun 2023..


23.02.2023 yang lalu.. genapla umur aku 36 tahun.. Alhamdulillah, sikit demi sikit digit tu bertambah  ye.. >_< hihi..

36 tahun wei.. orang lain, anak dah 3-4 orang.. aku? ....naaaaahh.. still single in action huu..

takpela.. tahun lepas dah chill kan.. tahun ni.. chill la lagi.. (>o<''). Nikmati masa-masa muda.. :-p


banyak benda nak kene fikir bila dah start sekolah nanti.. busy busy.. jadi hiduplah seperti biasa. ^_^.

Anak sapa ni, cakap mak dia gemuk..x baik tau..haip.. hee