Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Saturday, August 5, 2017

Kisah Aku, H****** dan Anjing.

sekadar hiasan

terkenang..

pada waktu itu..

2008 ( kalau tak silap). Masa tu, aku baru tahun 2 di Universiti. Waktu tu, petang.. baru habis kuliah. Aku berjalan keluar dari bangunan fakulti, berhampiran surau, aku lihat ada 1 kenderaan pacuan 4 roda parkir di situ. Ada seorang makcik sedang masukkan barang2 dalam kenderaan dia. Entah kenapa, aku saja pi jenguk.. Oh, macam kenal je barang tu. Produk kesihatan yang tengah hot waktu tu. H*******e. Lalu berlakulah sesi sapa-menyapa. Makcik tu kata dia hantar barang tu kat Lecturer sini. Kirenya,, Customer dia la. Lepastu, entah macam mana, makcik tu promote pulak kat aku. Aku pun setuju la nak cuba produk tu.

Makcik tu ajak datang rumah dia. Senang dia nak ceritakan tentang produk itu. Dia boleh buat measurement sekali tinggi dan berat aku waktu itu. Aku pun setuju. Makcik tu kata dia duduk area PJ je.. tak jauh. Aku pun ikut makcik tu naik kenderaan dia. fuh.. kalau difikirkan semula, berani pulak aku keluar dengan orang yang baru sangat kenal. Tak tahu mana datang keberanian dan kepercayaan aku pada waktu tu. 

Sesekali kami bersembang juga dalam perjalanan tu. ( Eh..lupa dah sembang apa ). Ok..akhirnya sampai la aku di rumah dia.. ( perumahan, 2 tingkat). Oh..besar rumah ni.. Aku pun bukak pintu kereta tu, dan nak turun la.. 

tiba-tiba...



Apakah??!! aku terkejut . terdiam. terkaku. mata aku terpaku pada susuk hitam yang menghampiri aku waktu itu. berkaki empat.. berkolar.. datang ke arah aku. Oh Tidak. Ia seekor Anjing hitam yang besar! huhu.. aku takut nanti anjing tu gigit aku, mcm mana?! aduhh..nak lari mana ni..

tiba-tiba.. makcik tu halau-halau manja..supaya anjing tu tak datang kat aku. 

Seriously?? Anjing makcik tu? haiwan peliharaan.. Oh my... aku memang rasa blank waktu tu. aii..menyesal plak ikut makcik ni pegi rumah dia. Aku rasa was-was..tapi since aku rasa aku dalam keadaan kering, dan anjing tadi pon kering..aku rasa aku xde kene najis mughollazoh. Anjing tadi masuk rumah. aku pon ikut makcik tu masuk rumah gak...hmm..

Hati aku macam berbelah bagi. Aku abaikan dulu. Makcik tu dok teranglah produk tu..bla bla bla.. timbang berat, kolestrol, macam-macam la. So, aku pun amik la product tu. Jadi aku pon beli la produk tersebut.. harga dia..boleh tahan mahal. Tapi waktu tu aku tak kisah, sebab nak cuba. Kot-kot boleh kurus. haha. Tiba-tiba perhatian aku teralih pada seorang gadis yang baru lepas solat kot. dia pakai telekung. Mungkin anak makcik tu. Makcik tu suruh gadis tu bagi anjing tadi tu makan.. Oh..aku macam tak boleh nak 'brain' apa yang aku tengok. gadis tadi berjalan ke arah anjing (rasanye..) dan nak bagi anjing tadi makan..

aku rasa nak cepat-cepat balik. Makcik oh Makcik.. hmmm.. 

Last sekali, dia offer cookies kat aku.. makcik tu pon ada jual cookies. Tapi aku cakap tak pela. Aku tak nak. lain kali je. then, pada lewat petang, makcik tu pon hantar aku balik semula ke Universiti..

dalam perjalanan balik tu, makcik tu cerita perihal anjing tadi. maybe dia tengok muka aku macam terkejut. dia kata dalam bab anjing tu dia mazhab maliki. anak dia belajar oversea ( tahu semua pasal hukum anjing ni) katanye bekas yang anjing makan tu, kita boleh basuh gitu je. tak payah samak.
(cuci 6x air mutlak, 1x air tanah).. 

sebenarnya waktu tu aku memang tak terkata apa. yelah, aku ni belajar pon tak habis. Tapi aku tahu, kita kat malaysia ni kan ikut mazhab syafie.. mengikut mazhab syafie anjing boleh dipelihara dengan tujuan keselamatan, seperti menjaga rumah atau kebun-kebun. Itu pun anjing tersebut perlu ada tempat dia di luar dan diikat... bukan sebagai haiwan peliharaan ( tidak diikat dan bebas keluar masuk rumah). 

Malangnye aku tak dapat nak luahkan pada makcik tu apa yang aku rasa.  hmm.. aku harap 1 hari nanti makcik tu dan keluarganya diberi petunjuk yang sebenar-benarnya.

Last but not least, pasal produk yang aku ambik tu..memang berkesan, ada la perubahan yang aku nampak. Berkurang sikit la kilogram aku. hehe.. tapi aku tak teruskan consume, sebab harga pon mahal dan tak terbeli dah.. bukan sebab anjing tu, tapi sebab kewangan..


.....


Eh. cerita produk H ni sikit pula, yang banyak nya pasal anjing da.. huhu..

Apa-apaun, itulah salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika itu. Dan yang lebih specialnya..peristiwa tersebut terjadi pada hari lahir aku. :-p .. 

Aku tak benci anjing tu ok. ia pon binatang juge. Cume dalam islam ada garis panduan terhadap apa yang halal dan haram. itu saja.

No Animal Abuse. Sekian.


Wednesday, February 26, 2014

Seandainya Engkau Perempuan...

"kecantikanmu bukan milik umum.."


saya harap mereka berubah kearah kebaikan:

berhijab,

berhijab,

berhijab,

saya akui..

kecantikan mereka, wajah mereka, tubuh mereka, keanggunan mereka, keayuan tutur kata and what so ever..

saya tahu, bila seseorang tu berubah, dia akan menjadi lebih baik, lebih mulia .. kerana nikmat penghijrahaan yang Allah bagi...

terharunya bila ustaz ebit lew penah berkata dalam rancangan dikir zikir, tv Al-hijrah..

-nabi muhammad, para sahabat..dan orang dahulu bersusah payah nak bawa Islam kepada kita (generasi sekarang), mereka sanggup mati demi agama Islam (agar tersebar di dunia).. tetapi kita (hari ini) senang sekali menghancurkan Islam.-

sedih tau.

sedih.

para wanita, tolongla.. 

tutup auratmu yang cantik dipandang itu. tubuh kamu bukan untuk tontonan umum..

ya Allah.. bagaimana lagi hendak disampaikan..

hanya Allah je yang memegang hati-hati kami.

buka kanlah pintu hati kami agar menerima kebenaranMu.

Sunday, November 21, 2010

SMS yg membawa PADAH..



Assalamualaikum.. 
Pe kabar semua? Sihat ke harini.. banyak makan daging??? he2...raya haji la katakan,murah  rzki dapat daging korban.. so, hari ni saya nak share satu peringatan yang penting buat kita semua. Artikel ringkas dari Facebook.... Bagi remaja yang sedang bercouple atau sedang berjinak2 nak bercouple atau yg belum bercouple, meh la baca ni skejap buat peringatan bersama... Prevention is better than cure rite?..

sumber:http://www.facebook.com/profile.php?id=100000047910970#!/note.php?note_id=129296287128935&id=144555412229389
 
Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....

*****************************************************************
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni..  tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI... 
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

Tuesday, November 2, 2010

Takutnya...kesian Wanita itu..

-hiasan..-

assalamualaikum, 
salam hari selasa 2 november 2010...
sekadar mahu berkongsi petikan artikel di bawah.

nauzubillah..semoga kita dijauhi daripada perkara berikut.. 

Rasulullah saw ada bersabda, menurut riwayat Muslim:
" Sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang membuat maksiat... mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya..."

Rasulullah saw bersabda lagi..
"Hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan dari umatku, di seksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan, lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung rambutnya serta mendidih otaknya..."

kemudian baginda bersabda lagi..
"wahai anakku, adapun perempuan yang di gantung dengan rambutnya adalah kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (bukan muhrim) "..


Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.

Daripada terjemahan hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa:
Perempuan Islam yang sengaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum selain dari suaminya atau muhrimnya, akan diazab dengan siksa yang amat dahsyat bermula dari azab kubur hingga ke azab siksaan api neraka yang amat menyiksakan.

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.

Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

nauzubillah...

sumber: http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1090

erm.. demikian lah antara seksaan yang akan diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan auratnya. Ini yang di gambarkan oleh Rasulullah saw, kalau yang sebenarnya lagi la mengerikan dan tak sanggup hendak menanggungnya.. Ini bukan fantasi, tetapi realiti yang sebenar2nya..

Oleh itu, kepada kaum wanita, semoga ini memberi peringatan kepada kita semua. Bila lagi masanya kita mahu menutup aurat seperti yang di sarankan agama? Setiap hari kita sentiasa di intai2 oleh malaikat pencabut nyawa..setiap detik bayangan maut selalu mengekori kita. Bimbang jika tidak sempat bertaubat sebelum maut bertandang.


jangalah di dunia ini berasa bangga dengan kecantikan yang ada..tetapi di akhirat kelak  menangis tidak terkata.. 

menyesal dahulu pendapatan...menyesal kemudian tiada gunanyer..


yg dhoifah-anaMusafir-

Wednesday, June 16, 2010

+Kisah Hawa ModeRn..+

 hiasan je nih..
salam...
hmmm.... saya seakan mengeluh sendiri, agak runsing...tetapi tidak tahu mana pokok pangkalnya..hati seakan2 sayu..
wanita...
perempuan..
gadis..
makhluk ciptaan Allah yang indah.. sopan santun, cantik, lemah lembut...tetapi...

entahla.. sebenarnya saya berhasrat untuk menulis dan meluahkan rasa hati terhadap wanita2 yang tidak menutup aurat.. saya sedih... bila ada kawan2 kita, rakan2 kita, sanak saudara kita atau sesiapa sahaja wanita yang beragama Islam yang tidak sempurna cara menutup aurat mereka.. tidak bertudung.. berbaju ketat, berlengan pendek tetapi bertudung, berseluar ketat.. dan mcm2.. bukan hendak di kata diri lebih alim dan baik dr mereka.. tetapi.. saya sedih sebab sy tidak dapat menyampaikan dakwah Islam kepada mereka... saya tidak pandai bertutur berhikmah, menasihati mereka... saya tidak mampu mengungkapkan kata2 sedemikian walaupun hati saya mendesak2.. alangkah indahnya sekiranya nikmat menjaga aurat itu sama2 kita rasai.. kita hayati.. kita berpakaian bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk... (cth: tunjuk baik atau alim), tetapi kita sedaya upaya lakukan yang terbaik seperti mana yang ALLAH suruh.. Allah suruh wanita pakai tudung labuh hingga menutup dada, kita buatla.. Allah suruh kita pakai pakaian yang tidak menampakkan shape badan..kita buatla.. Allah suruh kita jaga tutur kata kita, kita buatla.. itu semua kan suruhan Allah.. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2NYA.. bukannya perintah2 itu mengongkong kita....

saya rasa sedih bila ada alasan yang diutarakan apabila wanita2 ini di minta pakai tudung atau menutup aurat.. ada yang kata.. belum sampai seru la, belum bersedia.. hmm.. entahla.. mungkin kerana saya tidak berada di tempat mereka, jadi saya tidak tahu apa yang mereka rasa.. rasa kekekokan, rasa kejanggalan apabila bertudung.. tapi apa yang saya yakin...semua2 yang berlaku ini adalah menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dan keluarga dalam mendidik anak mereka.. jika dari kecil lagi anak2 perempuan kita tidak di asuh supaya menutup aurat, kita khuatir apabila dewasa atau remaja kelak mereka sukar untuk di lentur.. bak kata pepatah.."melentur buluh biarlah dari rebungnya...".. situasi lain, apabila sampai satu saat, anak2 gadis mereka mula berjinak2 untuk tidak memakai tudung dan menutup aurat, ibu ayah mereka hanya biarkan dan berkata.. "biarlah.. mereka dah besar, dah boleh pikir baik buruk.." inilah perkara yang tidak sepatutnya diucapkan oleh org yang melahirkan kita.. Sepatutnya mereka risau dan tidak putus2 menasihatkan dan mendoakan agar anak2 gadis mereka berubah... 


hmm... saya teringat sirah ketika zaman Rasulullah saw.. di saat ayat Quran mengenai hijab/ tudung wanita diturunkan..(menyeru agar kaum wanita menutup kepala dan bahagian dada mereka..) dengan segera, wanita2 arab (madinah kalo x silap), ketika itu mencari kain untuk menutup kepala dan badan mereka.. dan juga para suami serta merta mencari kain untuk menutup aurat isteri mereka.... Lihatla betapa kentalnya dan patuhnya iman mereka pada waktu itu.. orang islam dahulu patuh kepada ALLAH... taat kepada Rasul..
bagaimana pula dengan sekarang?? di suruh pakai tudung.. tapi bermacam alasan di beri.. sungguh berbeza iman kita dengan iman umat Islam zaman dahulu.. :(
bersabo la bila rasa nak buat maksiat.. jihad diri....

itula bezanya kita.. tetapi hati saya lagi sedih.. zaman sekarang ni yang bertudung pun terbabit dalam kes2 yang memalukan..... berdua2an.. berzina dan sebagainya... sangat memalukan kaum wanita bertudung yang lain, yang tidak buat perkara seperti itu.. nauzubillah... lantas seolah2 membawa fitnah kepada wanita yang lain.. lalu adalah kata2 yang tidak sedap di dengar.. "yang bertudung pun buat tak senonoh!! ".. ish2 malu.. mmg malu...inila satu lagi penyakit.. menutup aurat sepatutnya akan menjaga imej dan akhlak kita.. namun apa yang terjadi sebaliknya.. ia bukanlah berpunca dengan "menutup aurat" itu, tetapi sikap wanita2 islam sekarang yang tidak menghayati prinsip2 ISLAM.. sesungguhnya Islam itu adalah cara hidup yang terbaik, tetapi kita yang tidak tahu menghargai dan menghayatinya dalam kehidupan.. kita mengambil Islam separuh-separuh mengikut hawa nafsu.. inilah yang terjadi sekiranya nilai2 Islam tidak dicernakan sepenuhnya...

wallahualam.. semoga apa yang berlaku menjadi iktibar dan pedoman bersama.. kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan iman kita di jalan yang diredhaiNya...


"Allahumma ya Muqollibal Qulub.. thabbit qulubana 'ala deenika wa to'atika..Amin...."

Thursday, May 20, 2010

+lagi2 Aurat..tak Bosankah??~ +

salam.. kali ini saya bawakan satu artikel yang saya copy bulat2 dr web www.zaharuddin.net. Artikel yang bermanfaat, tak rugi kalu baca! selamat mendalami agama.. smoga Allah membuka pintu2 hati kite utk menerima petunjukNYA..amin.


Aurat : Apa Sudah Jadi ?
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :- 
 
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?. 

 
BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
 
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti. 

 
BANTAHAN KAUM WANITA
 
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur" 

 
PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID
 
Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami  beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :
"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"
Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.
Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini. 
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) 

 
ANTARA LAWAK & HUKUM
 
Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) 

 kesalahan menutup aurat..


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
 
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :- 
 
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 
 
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini...

 
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam) 

 
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
 
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
  

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.  
Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)

 
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
 
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a)       Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b)       Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c)        Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
  
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard'  pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e)       Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)


DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
 
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"  (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar,  8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ;  Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ? 
 
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman 
Kuala Lumpur
23 Muharram 1428H
11 Feb 2007
 

Monday, March 1, 2010

Kamal Ataturk Hero Penyelamat Wanita?

salam sidang pembaca sekalian, post kali ini saya ambil dari salah satu artikel yang dikirimkan ke email saya, saya harap anda semua dapat membaca dan mengambil pengajaran dan peringatan dari email berkenaan, syukran, :) smoga manfaatnya kita dapati bersama
Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki


TOKOH revolusi Turki, Mustafa Kemal Ataturk pernah berkata, perubahan sosial hanya boleh berlaku melalui tiga perkara.


Pertama apabila pendidikan diberi kepada wanita. Kedua apabila kebebasan diberi kepada wanita dan ketiga, apabila lelaki menukar pemikiran apabila hidup bersama wanita.


Bertitik tolak dari itu, Turki berubah dengan sekelip mata. Kini, golongan wanita di republik ini semakin melakar kejayaan dalam pelbagai sektor dari bidang akademik sehinggalah ke bidang politik.


Kesempatan berada di kota Istanbul baru-baru ini membuka mata saya betapa tokoh revolusi negara ini, Ataturk, seorang tokoh yang amat disayangi rakyatnya, berjaya mengubah sistem sosial Turki terutama dalam membuka peluang kepada wanita.


Tokoh Revolusi Turki


Ataturk, pengasas dan presiden pertama Turki itu, dilahirkan pada tahun 1881 di Salonika, Greece dan memulakan kerjayanya sebagai seorang askar.


Setelah kejatuhan Empayar Ottoman, beliau mengetuai Pergerakan Turki Nasional dalam peperangan untuk mencapai kemerdekaan dan membuat pembaharuan pada sistem politik, ekonomi dan budaya negara ini.
Ketua Pengarah Hal Ehwal EU di Kementerian Perdagangan Luar Turki, Husnu Dilemre berkata, Attaturk merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.


"Beliau merupakan pengasas Turki dan hero kami.Kami merupakan negara yang pertama di Eropah dan dunia yang memberikan hak kepada wanita untuk mengundi orang pilihan mereka. Negara Eropah lain yang dikenali kononnya menegakkan hak asasi manusia sebenarnya mengikut jejak Turki," katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Dilemre berkata, perubahan bukan sahaja dapat dilihat menerusi kemajuan golongan wanita malah ia turut meningkatkan tahap pendidikan serta menerapkan nilai demokrasi.


Selain itu, revolusi yang dibawa Ataturk turut merubah struktur pemerintahan Turki dari sebuah empayar menjadi sebuah republik.


Pesanan Ataturk yang dipegang hingga kini


Pendidikan ketika itu antara fokus utama Ataturk.


Beliau mahu melihat golongan wanita bukan sahaja pandai menjaga anak-anak, membuat pakaian dan menguruskan rumahtangga malah dapat menyumbang kepada ekonomi negara.


Ini dapat dibuktikan melalui kata-katanya yang menyeru wanita supaya bekerja keras untuk menimba ilmu.


"Wahai wanita: menangilah peperangan menerusi pendidikan, nescaya lebih banyak yang boleh kau sumbangkan kepada negara berbanding kami. Kepada kamulah, kami merayu.


"Kepada lelaki: sekiranya golongan wanita tidak dapat berkongsi dalam perkembangan sosial negara, nescaya kita tidak akan mencapai pembangunan sepenuhnya. Kita akan kekal ketinggalan dan tidak berupaya untuk melayan atas syarat yang sama dengan tamadun Barat," kata Ataturk ketika itu.


Mengenangkan sumbangan besar beliau kepada negara, setiap tahun pada 10 November dan tepat pukul 9.05 pagi, seluruh negara akan berdiam diri dan semua kenderaan akan berhenti selama seminit bagi menghormati pemergian beliau pada tahun 1938.


Kejayaan wanita Turki


Ataturk percaya wanita perlu diberi hak untuk mengundi dan dipilih menjadi pemimpin kerana demokrasi menetapkan ada kepentingan yang perlu wanita pertahan dan ada tanggungjawab sosial yang perlu wanita laksanakan.


Ini terbukti apabila beliau mengumumkan pada 5 Disember 1934 bahawa Turki memberikan hak kebebasan berpolitik sepenuhnya kepada golongan wanita.


Tindakan itu ternyata lebih awal berbanding beberapa negara Eropah yang lain. Selain itu, hak sama rata untuk wanita dalam perkahwinan turut diwujudkan. Hasil daripada dasar itu, lahirlah beberapa tokoh wanita yang prolifik antaranya Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki; Sabiha Gokcen, juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali, doktor wanita pertama di Turki.


Ataturk sumber inspirasi


Sabiha Gokcen, wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat perang di dunia juga ialah anak angkat kepada Ataturk.


Ataturk yang pada ketika itu mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang, mendorong minat Sabiha untuk menceburi bidang itu yang dimonopoli golongan lelaki.


Sepanjang kariernya bersama Tentera Udara Turki, Sabiha berjaya menerbangkan sebanyak 22 pesawat dan mencatat jumlah jam penerbangan sebanyak 8,000 jam, yang mana 32 jam melibatkan pertempuran aktif dan misi pengeboman.


Selain itu, beliau juga berjaya melatih empat juruterbang wanita di bawah didikannya.


Sehingga kini, namanya disebut seantero dunia dan merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang dipilih untuk poster 20 juruterbang terhebat dunia yang diterbitkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1996.


Harapan generasi muda


Ketika berada di ibu kota Turki, penulis sempat berkenalan dengan Ayse Denknalbant, pelajar tahun akhir kedoktoran bidang Arkeologi di Universiti Istanbul dan bertanyakan perasaannya tentang tokoh itu.


Ayse menyifatkan perubahan yang dibawa Ataturk, bukan sahaja membawa kemajuan kepada republik ini, tetapi seluruh strata sosial Turki sehinggakan golongan wanita ketika itu yang agak terbatas pergaulan dan tingkah laku, berjaya keluar dari kepompong itu.


"Bagi kami, perubahan yang dibawa membuka peluang yang luas bagi kami untuk mempelajari dan meneroka bidang yang sebelum ini hanya dikuasai lelaki," kata pelajar berusia 32 tahun itu.


Katanya, sebagai negara Islam, Turki boleh berbangga kerana pembangunan yang dicapai setakat ini turut disumbang oleh golongan wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang hasil reformasi republik hampir 80 tahun lalu.


Walau apa pun bentuk kejayaan yang dicapai oleh wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melupakan tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.


Sambil memetik kata-kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya di Turki: "Wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi, tetapi ciptaan Allah yang istimewa."


Itulah kekuatan wanita Turki, yang ironinya lakaran kejayaan mereka bermula daripada usaha seorang lelaki -- Mustafa Kemal Ataturk. - Bernama


Sumber: Utusan Malaysia, 16/02/2010


Tolonglah! Kamal Attaturk BUKAN hero untuk wanita!!


Masya Allah! Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa artikel di atas adalah artikel yang ditulis oleh seorang yang buta sejarah. Inilah propaganda media yang keliru, menganggap bapa peruntuh sistem khilafah sebagai bapa kemodenan Turki, dan firaun moden ini dijoloki sebagai pencetus kepada kebebasan wanita. Memang benar, beliaulah pencetus kepada kebebasan, dalam erti kata sebenarnya, umat Islam ‘dibebaskan’ dari ikatan syariahnya, malah dipaksa untuk menerima sistem pagan sekularisme apabila beliau mengisytiharkan secara rasmi dalam tahun 1924 bahawa Daulah Khilafah Islamiyyah telah runtuh dan digantikan dengan Republik Sekular Turki! Malah beliau turut menyatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang lapuk dan perlu digantikan dengan peradaban Eropah yang kononnya canggih. Maka, undang-undang syariah digantikan dengan undang-undang Switzerland yang telah diterjemah secara verbatim.


Beliau juga memaksa azan dilaungkan di dalam bahasa Turki, memaksa penggunaan topi Eropah, melarang umat Islam di Turki dari mengerjakan haji, menukar tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf-huruf Arab, memberi kebebasan kepada wanita termasuk untuk mendedahkan aurat mereka, mengharamkan pendidikan agama di sekolah-sekolah, mengharamkan pakaian khas bagi wanita Turki ‘sharshaf’ (seperti abayah hitam),  melarang sejarah kegemilangan kerajaan Islam yang lepas daripada didedahkan kepada orang ramai dan juga mewasiatkan bahawa selepas kematian beliau, Turki hendaklah dipimpin oleh British. Dialah yang menutup beberapa buah masjid , malah mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja! Tahukah anda, Turki yang 99% rakyatnya beragama Islam, adalah negara pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian tudung ke atas wanita-wanita muslimah di sekolah-sekolah agama, universiti-universiti, pejabat-pejabat kerajaan malah istana presidennya sendiri, jauh lebih awal daripada negara-negara barat seperti Perancis, Belanda dan Britain!


Biarpun mengaku kononnya ia merupakan negara pertama yang memberikan hak untuk mengundi dan berpolitik kepada wanita, hak tersebut ternyata dinafikan jika yang bersuara itu adalah wanita muslimah yang bertudung! Merve Kavakci contohnya, adalah muslimah Turki yang memenangi pilihanraya parlimen di Turki tetapi kehadirannya ke bangunan parlimen untuk mengangkat sumpah disambut dengan cercaan dan penghinaan kerana muncul sebagai wanita pertama bertudung di dalam parlimen Turki!. Tidak cukup dengan itu, beliau dihalau dan dipecat dari menjadi anggota parlimen Turki. Suleiman Demirel (ketika itu PM Turki) menyebutnya sebagai agen provokator dan 11 hari setelah diusir, kewarganegaraan Turki Kavacki dicabut. Dia dituduh sebagai penyebar permusuhan di tubuh masyarakat Turki serta sosok yang akan menghancurkan sistem pemerintahan Turki. Mahkamah Konstitusi Turki pula bertindak menutup partinya bahkan 5 orang anggota parlimen Turki dari parti itu turut dipecat. Parti yang diwakili oleh Kavakci dan 5 anggota parlimen itu adalah Parti Fazilat.


Kejahatan golongan sekular bukan sahaja kepada Kavakci, namun ibu bapanya turut merasai diskriminasi itu. Ibunya dipecat dari jawatannya sebagai profesor di Universiti Attaturk kerana tidak mahu menanggalkan tudung yang dipakainya dan bapanya pula, Yusuf Ziya Kavakci yang merupakan dekan pengajian Islam di sebuah perguruan tinggi turut dipaksa berhenti kerana dukungannya kepada wanita bertudung. Amat malang sekali apabila, Kavakci juga dipaksa menghentikan program kedoktorannya di Universiti Ankara. Perlakuan ini berlaku kerana peraturan sekular Turki yang mengimani bahawa “wanita bertudung akan mencegah penyerapan ilmu pengetahuan”.


Vural Savas, kepala kehakiman Turki ketika memutuskan untuk mengharamkan Parti Fazilat menyebut, “ Parti Fazilat adalah ‘vampire’ …tugas Merve Kavakci terlihat ingin menghancurkan sistem yang sudah ada”. Beliau turut menyamakan Kavakci dengan pengebom berani mati bangsa Kurdi.


Ya! Inilah dia rupa bangsa Turki versi Kemalis (Kamal Attaturk)! Tiada politik, tiada pendidikan, tiada peluang bersuara untuk wanita hanya kerana nilai tudung yang mereka pakai!


Hanya setelah lebih kurang 83 tahun wanita-wanita muslimah di Turki terseksa oleh peraturan zalim manusia yang berpegang kepada ideologi sekularisme ini, barulah parlimen negara itu meluluskan pindaan perlembagaan yang menarik balik peraturan pengharaman tudung. Itupun setelah melalui debat dan kontroversi berpanjangan kerana terpaksa berhadapan dengan pengaruh sekularisme yang diperkenalkan oleh Mustaffa Kamal.


Wahai pihak media, sangatlah besar penipuan yang kalian lakukan kepada umat Islam! Tidakkah kalian pernah menjengah kehidupan sebenar wanita di ‘negara antara dua benua’ itu? Fenomena Honour Killing yang pernah menggegarkan selatan Turki cukup untuk membuktikan betapa wanita-wanita mereka hidup dalam keadaan ketakutan dan tanpa pembelaan negara. Salah satu laporan media di penghujung 2007 melaporkan lebih kurang 158 wanita dari Selatan Anatolia terpaksa meminta bantuan daripada  badan pelindung wanita (KAMER) kerana pelbagai jenis kekerasan domestik, termasuklah ancaman dibunuh untuk melindungi kehormatan keluarga! 23.4% darinya, diancam untuk dibunuh kerana menolak perkahwinan yang diatur keluarga, menolak untuk mengadakan seks dengan abang ipar atau ayah, menolak pelacuran, enggan mematuhi kehendak ayah, abang atau suami walaupun dalam perkara yang bercanggah dengan agama, membantah pemerkosaan ayah ke atas anak perempuannya, malah boleh diancam untuk dibunuh hanya kerana memotong percakapan lelaki! 17% yang lainnya pula diancam bunuh tanpa sebab! Ayah dan suamilah yang berhak untuk memilih cara pembunuhan yang mereka kehendaki ke atas anak perempuan atau isteri mereka. Inilah yang menjadikan Turki negara Honour Killing terbesar di dunia. (sumber:  http://www.ansamed.info/en/news/ME03.YAM19190.html). Maka, masih layakkah kalian meletakkan negara sekular Turki sebagai negara yang membebaskan wanita-wanitanya?


Wahai pihak media yang memutarbelitkan fakta!!


Cukuplah penipuan yang hanya menunjukkan kejahilan kalian tentang sejarah! Cukuplah selama ini umat Islam dihidangkan dengan sejarah yang tidak boleh diterima akal manusia waras, meletakkan seorang pembelot agama Allah dan musuh Rasulullah SAW dan umat Islam sebagai hero.


Wahai umat Islam, khususnya para muslimah! Kenalilah tokoh boneka Barat yang benar-benar telah meletakkan umat Islam ini di kancah penderitaan. Dialah yang menyebabkan kalian terpaksa hidup di dalam sistem yang meng’halal’kan pelacuran, mempermudahkan jalan kemaksiatan seperti zina dan hedonisme, meletakkan anak-anak umat Islam dalam belenggu gejala sosial yang tidak putus-putus dan memperbanyakkan populasi pencuri, perompak, perogol, pembunuh dan anak-anak luar nikah!. Dialah yang menyumbang kepada pembunuhan ibu-ibu kita, saudara-saudara kita, kakak-kakak kita, adik-adik kita dan anak-anak kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Bosnia dan seluruh belahan dunia lainnya, kerana kehilangan perisai pelindung kita, iaitu Daulah Khilafah Islamiyyah!.


Wahai pemimpin umat Islam! Sesungguhnya bukan sedikit kehancuran yang dilakukan oleh tangan Mustafa Kamal laknatullah 'alaihi, hanya kerana kuasa yang ada di genggamannya. Dan sesungguhnya, kesan-kesan kerosakan dan musibah dari idea-idea perubahan yang diterapkan di negaranya itu masih lagi berlanjutan walaupun beliau sudah kembali kepada Penciptanya. Maka, bermuhasabahlah kalian! Kalian juga akan dipertanggungjawabkan atas setiap amanah, tindakan, keputusan dan sistem yang kalian terapkan di atas muka bumi Allah ini! Adakah kalian memilih untuk terus menjerumuskan diri dan umat ini ke lembah kejahilan sistem kufur sekular-kapitalisme ini, lantas menempah tiket ke neraka Allah, atau mengubah secara total sistem ini agar sesuai dengan kitabullah dan sunnatullah, lalu mengecap sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat?


Dari Abu Ya’la ra. bahwasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tiada seorang pemimpin yang memikul amanah Allah berupa rakyat kecil, lalu mati ditengah-tengah rakyat yang ditipu olehnya, kecuali Allah mengharamkan baginya Syurga” [HR. Bukhari dan Muslim]


Dalam riwayat lain: “Tiada seorang penguasa yang mengatur urusan umat Islam, lalu tidak bersungguh-sungguh menasihati / mengaturnya (sesuai dengan syariat Islam) dan tidak memperhatikan keperluan mereka, kecuali tidak masuk Syurga bersama mereka” [HR. Muslim]


Wallahua’alam


--
jumpa ana di : jebbat.blogspot.com