Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Satu nama penulis novel yang tidak asing lagi bagi peminat novel seram/thriller.. Selain Maria Kajiwa, saya juga amat meminati novel yang ditulis oleh A.Darwisy dan Ramlee Awang Murshid.. (guna perkataan ''saya" pula la..selalunya ''aku''๐)
Oleh kerana dah lama tak baca buku novel, baru-baru ni, saya ada membeli 2 buah buku novel seram yang bertajuk...
BRAMFIELD HOUSE: Rumah Inggeris Bertiang Seri
dan
TAKRUT & STESEN TERAKHIR
Dua-dua novel ni ditulis oleh Maria Kajiwa..
Buku ni dah lama diterbitkan.. cuma saya je yang baru baca..๐
Setakat ni dah habis baca buku Bramfield House.. Jalan cerita best.. saya enjoy membacanya dari awal hingga akhir.. nak kata seram sangat pun tidak.. Ianya lebih kepada misteri rumah agam bramfield house tu.. Namun agak ralat kerana terdapat lebih kurang 3 atau lebih kesilapan ejaan/perkataan dalam novel ni.. seperti tertinggal satu huruf, jarak atau tanda bacaan. Kadang tu kena baca dengan teliti untuk faham semula (ayat berkenaan)๐ mungkin kesilapan masa editing kot.. Tapi keseluruhan cerita ni menarik dan berbaloi untuk dibaca.
Seterusnya buku Takrut & Stesen Terakhir.. Ada 2 cerita dalam novel ni.. Saya baru je habis membaca Kisah Takrut.. Stesen Terakhir masih dalam pembacaan. Setakat pembacaan saya, buku kedua ni lebih kemas editingnya.. ayat lebih menarik dan senang untuk diikuti rentak ceritanya.. Pada saya, Takrut lebih seram berbanding Bramfield House..Perincian gambaran hantu dan elemen seram tu lebih detail.. Kadang2 terbayang gak.. ๐ Tapi kalau dibandingkan dengan novel yang ditulis oleh A.Darwisy, gaya penulisan dan olahan elemen seramnya lebih mendalam dan terperinci..๐ป
Walaupun begitu, setiap penulis novel ada kehebatan dan sentuhan magis masing-masing. Para pembaca bebas memilih mana-mana novel seram yang sesuai dengan mereka๐
Untuk kedua-dua buku ini, saya rasa amat berpuas hati dan tidak rugi membelinya. Ini merupakan karya ketiga Maria Kajiwa yang saya baca.. Novel pertama beliau yang saya baca ialah Lengloi.. yang ni pun menarik dan seram juga sehingga saya terpaksa letak pita pelekat warna merah kat gambar depan buku tu.. ๐ Sebab..gambar kat kulit depan buku tu macam seram kalau dilihat lama-lama.. ๐
Kesimpulannyaa.. teruskan membaca kerana membaca amalan mulia.. ha gitu.. ๐ Terima kasih Maria Kajiwa! Terbaik๐
Ilalliqo'..~




