Tuesday, December 29, 2009

Kisah Cinta.. -FeelHoney....


 Qatar in Memory......

lagu di bawah ni untuk sahabat2 n kawan2 ku...

Kisah Cinta - Feelhoney

dulu kau berdiri
bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana?
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

c/o : air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku akan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

kumpulan nasyid femes kat UM.. feelhoney..

Lagu : Copyright Controlled
Lirik : Bie Feelhoney
__________________________
Mixing : SB Studio
Recording : SB Studio
HAK CIPTA TERPELIHARA (C) 2009

Kembali seperti biasa..,~

salam..
kehidupan di bumi malaysia akan kembali seperi sediakala dengan izinNya..
hari ni, aku berpeluang menghadiri satu simposium/seminar yang di anjurkan oleh jabatan sejarah, akademi pengajian Islam.. dan berpeluang juga melihat ust dr. abdullah abdurrahman, dari jami'ah qatar ( yang mengajar istima') memberi speechnya di balai Ilmu, Apium. :-) gembira dapat tengok ust, semestinya aku rindu pada qatar..
dan dikesempatan tu, sempat jugakla aku belikan hadiah utk ust, dari kami untuk ustz :-) semoga ustaz sentiasa dirahmati Allah, dan selamat dalam perjalanan pulangnya ke qatar.. aminn..

-anamusafir87-...

Wednesday, December 23, 2009

iam going back to malaysia


 
my beloved friends.. yeah~ hehe

kulluna qatar.. aiwah,, ~ :-)

i will miss u guys..~

salam..
pada 22hb disember, diadakan haflah kecil buat kami, makan2, bagi ucapan, soalan kuiz n sesi bergambar.. huuu..and
iam going back to malaysia on 24th december.. tinggal 1 hari je lagi.. uhhh....
hmm.. i will miss qatar n their people. hehe..
 :-) -Anamusafir87-

Tuesday, December 22, 2009

weekend in Qatar..



pada 10 dan 11 disember yg lalu, kami, (yg muslimat je) menghadiri beberapa haflah (pesta/majlis) yang menarik. malam 1ohb tu, kedutaan malaysia ade jemput kitorg makan malam@dinner kat umah kedutaan malaysia. Best juge.hehe.. yg penting dapat kenal rakyat2 jelata malaysia yang hidup di sekitar bumi Qatar ni.. hehe ( sebenarnya nak ckp, yg penting dapat makan FREE.. tapi xpelah.. hu4)..gurau jer. anyway, that was a great moment in my life... acece...
ni gambar dalam rumah kedutaan malaysia..cam sangat lawala..


ni kitorg bergambar dengan wanita2 kedutaan malaysia.. hu3..

dan pada keesokan harinya.. kitorg pergi jaulah (bersiar-siar) bersama ummi kesayangan kami, hehe.. ummi ni ialah seorang wanita malaysia yang hidup di Qatar.. suaminya merupakan seorg doktor di sini,bernama Dr. Azhar. anak mereka ni yang Iffah namanya tu ( dah mention dalam post sebelum ni).. hehe.
ummi bawak kitorg jalan-jalan kat tempat2 menarik di qatar ni. Antaranya di Suq (pasar) waqif dan suq...(xingat namanye), juga di kornish, (cm ni la kot ejaannye), juga di rawnaq pada waktu malam. memang best n seronokla jalan2 kat sini..


 
pemandangan di pekan qatar..

ni lah antara kedai yang kitorg serbu..  beli gula-gula, coklat, kekacang dan sebagainyer...tu pak arab tgh dok bermuamalat dalam berjual beli. he2

 
ceh.. cam semangat patriotik pulak.. iam qatari??? i dont think so.. hee.. just kidding ~
kitorg bergambar depan kedai cenderamata juga cndrahati, hidung dan lain2..

ni lah umi, dan juga iffah bersama babynya abidah.. hehe.. comel.. cyg antunna.. :-)

 kitorg jugak pi lawat burung2 yang dalam penjara.. hmm. sian diorg.. xdapatle nak tolong.. hu2

 
tapi.. mana aci, arnab2 ni xdikurung pon.. hehe.. sebab aranib (jama' arnab.. he3. gurau je) ni jinak & comel
pemandangan di kurnish... indahnya.. subhanaAllah.


 
 the biggest pearl in the world..i think so.. hehe. nila replika mutiara terfemes kat cni.. :-D

kenangn bersama di rantau kurnish... we will miss u.. hu23..

wa akhiran..alhamdulillah wa jazakallahu khairan kathiran li ummi wa iffah lianna hunna membawa kami berjalan-jalan di amakin mumti'h di sekitar qatar ni.. :-) we will always love u...

View of Qatariii..

jami'ah qatar.. cantik bangunannye.. mcm bentuk tabung untuk simpan duit.. heee

 
ini rumah kat tepi jalan.. tapi.. masyaallah.. sgtlah besar dan canteq jiddan2 syadidan!

 
city center dari kejauhan...

 
rumah tepi jalan lagi.. hmm..cantik.

ni bangunan dalan jami'ah (jami'ah = universiti kalo korg nak tahu ..hee)

pemandangan di jami'ah...

 
bunga di jami'ah.. lawa..

Friday, December 18, 2009

Berita 8 Disember 09, Universiti Qatar..




يتلقى دورة مكثفة في برنامج اللغة العربية للناطقين بغيرها
وفد من جامعة مالايا الماليزية يزور الجامعة


في إطار التبادل الثقافي بين جامعة قطر وجامعة مالايا الماليزية يزور الجامعة هذه الأيام وفد طلابي مكون من 10 طلاب وذلك لتلقي دورة تدريبية مكثفة في برنامج اللغة العربية خلال الفترة من 2 ديسمبر وحتى 24 الشهر الجاري وتتضمن هذه الدورة تعليم المشاركين فيها المهارات اللغوية الأربع :
الاستماع ، والتحدث ، والقراءة ، والكتابة ، مع التركيز على لغة وسائل الإعلام واللغة العربية المعاصرة .
وقد أوضح الدكتور عبد الله عبد الرحمن مدير البرنامج أن هذه الدورة تعتبر الثالثة التي يستفيد منها الطلاب في إطار هذه الاتفاقية العلمية منذ إبرام الاتفاقية عام 2008 .
وقد عبر المشاركون في هذه الدورة عن غبطتهم بالأجواء العلمية التي لمسوها وبما يقدمه أساتذة البرنامج من محاضرات قيمة ستنعكس إيجابا على مستقبل تعليمهم للعربية .



sumber:  http://www.qu.edu.qa/newsletters/campustoday/article.php?id=868

terjemahan di bawah ni, di buat oleh google translator.. huhu. ayat dia mcm tulus mulus n ikut sebijik2 makna arabic.. saya plak malas nk tukar, so enjoy reading! :-)

Mengikuti kursus intensif Program Bahasa Arab untuk Speaker Lain
Delegasi dari University of Malaya, Malaysia untuk melawat universiti

Dalam rangka pertukaran budaya antara Qatar University dan University of Malaya, Malaysia hari ini untuk melawat delegasi mahasiswa universiti yang terdiri daripada 10 murid agar dapat menerima kursus latihan intensif dalam Program Bahasa Arab selama tempoh 2-24 Disember bulan ini dan termasuk sesi ini mengajar peserta keempat keterampilan Bahasa:
Mendengarkan, berbicara, membaca, dan menulis, dengan fokus pada bahasa media dan Bahasa Arab hari ini.
Dijelaskan Dr Abdullah Abdul Rahman, pengarah program yang sesi ini adalah yang ketiga yang menguntungkan pelajar dalam rangka saintifik Konvensyen ini sejak akhir Konvensyen pada tahun 2008.
Para peserta dalam sesi ini dalam kegembiraan suasana saintifik dan menyentuh itu, termasuk profesor untuk menyampaikan program kuliah akan tercermin pada nilai positif masa depan pendidikan Arab.

jalan2 hari ketiga di qatar..


salam..
hari ketiga kitorg kat cni, just jalan2 kat landmark jer.. dalam landmark tu ada banyak shops, carefour pon ade,, hehe. kitorg pegi dgn kak farah, dialah yg bwk kitorg jenjalan dan mengenali budaya2 arab kat cni.. acee,, k. adiozz.. nanti ade masa, saya upload lagi, insyaallah..

Friday, December 11, 2009

LamBaian Qatar..


pemandangan hostel lil banat jami'ah qatar

salam.. kaifa halukum jami'an. hu3, dah hampir seminggu lebih 2 hari tak terupdate blog, alhamdulillah, ana bi khair di sini. 2 disember yang lalu, kami, jamaah qatar seramai 10 orang selamat berangkat ke qatar, dan tiba di qatar pada 3 disember.
:-) jemaah mesir pula ada lebih kurang 32 org kot, tak ingat la berapa.. kami pergi bersama-sama dari KLIA, naik Gulf Air,di temani oleh 2 orang ust,:-). Perjalanan dri KLIA ke Bahrain, mengambil masa kira-kira 7-8 jam. memang penat gila la dok dalam kapal terbang. Then, tibanya ke Bahrain, kitorg yang pi Qatar transit kat bahrain selama lebih kurang 4 jam sebelum berlepas ke Doha, Qatar. Then, yang jemaah Mesir plak akan bermalam di hotel bahrain semalaman sebelum diorg berlepas ke mesir pada keesokan harinya,. fuh, memang satu perjalanan yang panjang dan penat..
haha.. ayat mcam skema pulak. hmm.. 'ala kulli hal, alhamdulillah, rzki Allah, saya antara salah seorang la yang terpilih untuk mengikut Kursus Bahasa Arab di negara timur tengah. Rombongan kami di qatar ni, 10 orang je, 6 lelaki, dan 4 perempuan.. :


gambar kami, jemaah qatar bersama ustaz.. :-) erm. azri xde dlm gambar sebab dia yg ambil gambar, he4
( masa kat KLIA)

banin: - huh,, semuanya orang sabahan dan sarawakan.. diorang ni memang terer la bab-bab bahasa arab ni, hehe.. mereka ni terdiri daripada ( he2, saja introduce) , Selamat (ketua), Amin Mulya, Amin Ribang, Azri, Hasim dan Al-piJun@al fil jundiyy..

banat: yang muslimat plak ni 4 org. 2 sabahan, 2 lagi dari semenanjung.. nadzirah (timb ketua), nurul izah, suhaidah dan saya, hehe.. diorg ni sume terer arab. cuma saya aje la yang tak fasih lagi.hmm. yela.. dah 3 tahun tak belajar b.arab sejak habis belajar kat akademi peng,. islam nilampuri, kelantan dulu, ( sbb skrg amik sains gunaan).

di pendekkan cerita, memang best gakla dok cni, tambah2 pulak tengah musim sejuk ( tapi xde salji). sejuk sangat udaranya, waktu malam lagi le sejuk.. kitorg berehat dulu la kat hostel, 6hb dis baru start kelas.. hehe.. mcm2 pengalaman pelik dan memeningkan yang berlaku sepanjang saya dan kengkawan berada di sini. biasa la, kat negara orang, banyak benda yang tak tahu..


Azri bersama sorg adik arab yg comel ( semasa transit di bahrain)

kat cni plak, alhamdulillah ada sorg pelajar malaysia yang amik kursus bahasa arab gak, kak farah namanye, dia lulusan UIA, jadinya sepanjang di sini, kak farah le tempat rujukan kami,, huhu.. n kitorg jumpe sorang lagi pelajar malaysia yang belajar kt Uni qatar ni, Iffah namanyer,(amik kos dakwah) dah kawin dah pon.. sebaya ngn saya, aceece.ade anak sorg.. huhu2..

tentang kelas plak.. best la gak.. tapi ahyanan ana la afham apa yg lecturer ckp.. ckp arab laju gile.. huhu,.. tapi 'ala kulli hal.. kene jugakla biasa2 kan.. kire okla gak.. bolehla faham.. belajar pon cm hepi la gak. classmate saya plak dari pelbagai bangsa dan negara, ada yg dari pilipin, amerika, cape town, india, russia, british, indonesia n len2.. yg dr indoensia, Qanita namanye, dia mmg baik. hehe,. kitorg kwn baik gak la dgn dia, :-)

k, stkt ni je la dulu.. banyak lg le pengalaman menarik .. insyaallah, ade masa saya sambung lg~

adioss~ ma'as salamah :-D

Tuesday, December 1, 2009

CINTA,apabila FITRAH menjadi F I T N A H





Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, "cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"



Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai..aduss romatiknya!~

Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..


CINTA FITRAH SEMULA JADI

Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang 'ajaib' itu datang juga. Tidak kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.


CINTA YANG MEMBAKAR DIRI

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupe bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?


MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANG

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah 'orang' yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..Sabda Rasulullah saw :

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"


PERATURAN CINTA

Oleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telepon secara maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? …Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.



Dan ..last sekali………..



Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah..=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah…


sumber: sebuah artikel di majalah..


Sunday, November 22, 2009

FALSAFAH CINTA aku..

 
li shoran: oh sakura, aku cinta sama kamu, dah! ini bintang hati aku padamu
sakura: hah!~ bior betui.. makaseh ya.. cntik bintang ini..
(eh? he2.. xde kene mengena dgn saya..saje je)


Pernah jatuh cinta? Masakan tidak pernah kan? Cinta pada ibu, cinta pada bapa, cinta pada sahabat-sahabat, cinta pada ummah, pada Islam dan lain-lain lagi. Cinta-cinta sedemikian sememangnya tidak dinafikan kebenarannya. Walaubagaimanapun, entri kali ini, diri terpanggil untuk membicarakan soal cinta antara 2 hati, iaitu di antara priya dan dara. Cumanya, di sini, sekadar memperkatakan apa yang difahami sahaja. Tiada dalil atau hujjah disertakan di sini. Terpulanglah pada kalian untuk mengambilnya sebagai manfaat ataupun tidak. Entri ini adalah hasil perbincangan bersama seorang sahabat di kampus.  Oleh itu, apa yang ingin dikaitkan mengenai cinta di sini mungkin berkait rapat dengan realiti yang di alami oleh kita semua..
Terdapat 3 situasi apabila kita telah jatuh suka/hati/cinta pada seseorang..
Apabila kita jatuh cinta dan...
Situasi 1:
pada waktu yang sama, kita mengenali dia, berkawan dengan dia, lalu kita meluahkan padanya mengenai perasaan kita. Justeru di sini terdapat 2 kemungkinan:
pertama: mendapat feedback yang positif, iaitu, kedua-dua saling menyukai. Adapun dalam hal ini terbahagi lagi kepada 2 sub-keadaan:-
  1. masing-masing akan berusaha menjaga hubungan agar tidak melampaui batas, beristikharah dan berserah pada ALLAH serta tidak menjadikan alasan ’suka-sama-suka’ itu sebagai tiket untuk saling berhubung antara satu sama lain.
  1. Masing-masing bisa saja hanyut ditenggelami perasaan cinta nafsu yang membara akibat hasutan syaitan. Melakukan perkara yang menyalahi hukum syarak, berdating, berbual, bersms lama-lama dan sebagainya.
Kedua:  mendapat feedback yang negatif, iaitu, salah seorang (lelaki atau p’puan) menolak dan tidak mempersetujui. Ini mungkin akan medatangkan kesedihan bagi pihak yang ditolak. Walaubagaimanapun, terdapat juga 2 keadaan, sama ada redha dan tidak putus asa dari rahmat ALLAH, atau terus bersedih dan merasakan diri tidak dihargai. Apa-apapun dalam hal ini, pendekatan pertama iaitu redha haruslah di usahakan, kerana Allah sememangnya Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. ( la tahzan, innallah ya’lamu what is the best for u!)
Situasi 2:
pada waktu yang sama, kita tidak berapa mengenali dia, hanya sekadar mengenalinya dari orang-orang lain, atau sekadar memerhatikannya dari jauh ataupun mengenalinya tetapi dia tidak mengenali kita.. disini mungkin terdapat 2 tindakan kita :
  1. Pertama: berdoa dan hanya berserah kepada Allah akan perasaan yang timbul itu. Istikharah dan sebagainya yang mengikut syarak.
  2. Kedua: atau kita berusaha mengenali dia melalui jalan yang bukan syarak. ( keadaan ini seboleh-bolehnya di hindari).
Situasi 3:
pada waktu yang sama, kita memang bersahabat dan mengenali nya, namun kita bimbang seandainya diluahkan perasaan itu, persahabatan tersebut terus hilang. Oleh itu, kita terpaksa korbankan perasaan itu, asalkan persahabatan yang terbina itu tidak runtuh begitu saja. Dalam kes yang ketiga ni, tak pastilah sejauh mana kebenarannya. Tetapi apa yang saya lihat kini, memang ramai antara muda mudi sekarang, berkawan antara lelaki dan perempuan, secara alam maya (YM, FACEBOOK,FRIENDSTER, YAHOO GROUP, KOMUNITI, BLOG  dan segala jenis apa kejadah ni) atau di alam nyata ( mungkin sahaja kerana satu organisasi, satu team, satu kuliah, satu tempat kerja, jiran dan lain2)..Benda ini memang tidak kita sedari, kadang-kadang terdetik juga perasaan menyukai seseorang itu, tetapi lebih baik pendam saja, daripada kita akan terluka apabila perasaan tersebut diluahkan.
Walaubagaimanapun, keadaan ini berbalik pada keterangan di atas tadi iaitu hanya ALLAH sahaja tempat mengadu dan bermohon agar dijagai perasaan tersebut. (istikharah dan sebagainya yang dibolehkan syarak)
* maksud mengikut syarak/syariat dan dibolehkan syarak disini ialah:
-seperti berkenalan dengan cara yang dibolehkan (melalui org tengah, keluarga serta org yang thiqah), merisik, berkhitbah dan meminang. Melibatkan wali kedua-dua pihak, serta tidak wujud istilah COUPLE sebelum bernikah.
Sekian itu ajer. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang lemah itu dari diri saya sendiri. Ambil yang baik, campak yang Buruk. Terima kasih atas perhatian anda, (he3).




hiasan je..


AlhamduLillah..~



huhu..
assalamualaikum..
alhamdulillah.. dapat juga saya mengubah wajah blog ini..
just tukar templete jer.. tu pon pening n rambang mata serta telinga nak pilih templete mana yang sesuai,
n at last, ni la hasilnya..


ok. selamat bercuti pada sahabat2/kawan2 di ipta n ipts yang sudah hbs exam tu.
jaga diri bebaik.
jumpe sem dpn!~insyaallah

Thursday, November 19, 2009

Sifat MALU itu...




Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.


Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.


Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.


Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:


“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (HR Bukhari)




Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.


“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.


Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”


Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Muslim No.50)


Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Shahih Muslim No.53)


Muslimin-muslimat sekalian,


Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.


Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.


Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.


Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.


Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.


Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin. 

p/s: petikan di atas, di ambil dari fikrah.net
muge kite sume dpt manfaat.. mana2 yg salah, tolong tegur.. syukran.. 

Wednesday, November 18, 2009

AT LAST...syukur ('',)


Assalamualaikum wbt…

Ush.. sejuknya.. tak tertahan tulang-tulang aku.. tangan dah macam nak beku dok dalam dewan ni..
Penat arr tangan nak meneruskan penulisanku itu.. tak pe tak pe.. sikit je lagi..
Macam biasa, aku pasti sahaja akan siap beberapa puluh minit lebih awal dari masa yang diperuntukkan.. acece..
Semak-semak jap jawapan..
Hmm.. ni dah ok la kot.. konsep khalifah mannusia..
Pencemaran alam sekitar.. uh.. ok dah kot.. biar la..
Asas-asas diharuskan pembedahan ke atas mayat.. n contoh-contoh fiqh islam.. hmm..
Macam ok kot.. dah lenguh tangan ni..
Akhirnya...
Tepat jam 5 petang..
”candidate of bla bla bla.. please stop writting.. bla bla bla.. u are not allow to leave the exam hall until ketas jawapan di kutip .. n bla bla bla.. “..

Hahaah.. finally!! Masa yang ditunggu sekian lama dah tiba!!

Alhamdulillah.. yahoooo!! Takbir!! Hehe.. dah tamat sudah exam aku.. huh.. akhirnya.. wa akhiron.. intaha imtihaniii. Bestnyer…

Hujan pulak lebat menggila semasa tunggu kat luar dewan tadi.. dalam jam 2 petang tadi sampailah aku habis exam.. tapi masa dah habis kol 5 tu.. hujan mcm nak redha cket2la..

n.. pi pasar malam yang ada kat sebelah umah.. makan puas2.. he3..

kla. Tu je..

’ala kulli hal.. alhamdulillah dah hbs exam~

Sunday, November 15, 2009

Tangisan RINDU.... rinduu......


 
Tangisan Rindu

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang belalu terusku tunggu
dikalainsan terus trlena
hatiku ini ingin teus berjaga..

Dikala sepiku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
airmataku becucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam

Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
kutahucinta kuterbalas
kerna dialah pemilik cinta sejati
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentai rasa cintaku
citra rindudan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu

Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya

Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku
hanya untukMu.

Allahumma anta robbi
Zolam tu naf-si
Wa-ilam -ta'fiq-li
Wa-tar -ham -ni
La -aku-nan na minal-ko-si-rin

Allahummaantarobbi
a-an-ni-ni-ala -
Zikrika-Was-syu'rika
wa-husni-min-iba-datik

Allahumma antarobbi
tah-tim-ni-ya Allah
hus-hus ni ko-ti-mah
wa-la tah-tim-alaiya

Allahumma antarobbi
ta-qab-bal min-ni doa-in-ni
innaka-antas-samiul-a'lim
Wa-tub alaiya ya ALLAH in-naka
antas-samiul a'lim
 

tamat 
 
 Album :
Munsyid : Wildan
http://liriknasyid.com 
 
sebuah nasyid menusuk kalbu..
andai sahaja aku diberi pilihan untuk memilih 'hati' yang baru..
aku pasti akan pilih yang baru..
agar segala kesedihanku berlalu pergi..
agar segala kekusutan ku terungkai dan hilang..
agar segala beban perasaanku diringankan..
sekiranya diberi hati yang baru...
namun aku tahu.. hanya sekeping hati ini sahaja yang ku ada..
hanya ini..
hanya ini yang perlu kembali di cuci..
diformat balik..
di kemaskini.. dan bersihkan..
agar kembali pulih dari segala kelukaan...
ya ALLAH.. jadikanlah aku hambaMU yang bersyukur..
hmm..
aminn.................


-AnamUsafir87-...........

Friday, November 13, 2009

Siapa dia AL-FARABI??

 
 
 

 
12 Ciri Pemimpin Yang Berwibawa Mengikut Al Farabi,

Bapa Psikologi Moden.


01 > Kemampuan Fizikal – Mempunyai tubuh badan yang sempurna, sihat dan bertenaga atau berkemampuan supaya dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

02 > Daya Ingatan Yang Kuat – Baik hafalan (ingatan) mengenai sesuatu yang dia faham, lihat dan juga bukan seorang yang pelupa.

03 > Kecerdasan Akal – Baik kefahamannya dan dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan, serta mengetahui apa yang harus dilakukan.

04 > Bijaksana – Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu walaupun dengan reaksi saja, dia boleh memahami sesuatu perkara.

05 > Cintakan Ilmu Pengetahuan – Sangat suka atau berminat pada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dan tidak berasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

06 > Luas Pengetahuan Dan Peka Dengan Sesuatu Situasi Semasa – Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu perkara yang berlaku secara cepat, jelas dan tepat.

07 > Bersederhana – Tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal mengenai makan minum dan hubungan kelamin serta menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu yang hanya bersifat suka-suka.

08 > Cintakan Kebenaran – Memiliki sifat kebenaran dan mencintai kebenaran dan membenci sifat sebaliknya.

09 > Berhemah Tinggi – Memiliki jiwa yang besar atau berhemah tinggi hingga dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang remeh temeh.

10 > Tidak Membenci Kekayaan Dan Tiada Kepentingan Diri - Tidak berminat untuk mengumpulkan wang ringgit dan segala bentuk kekayaan dunia yang lain.

11 > Adil Kepada Semua Pihak – Bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan, tidak mudah dipengaruhi oleh perkara yang buruk, sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

12 > Berani Dan Berazam Tinggi – Mempunyai keazaman yang kuat dan berani mengahadapi sesuatu perkara yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak mudah semangat atau jiwa.
 
 
sumber:- http://www.masjidbangsar.blogspot.com/

hehe..sebab tu la org pilih nama blog ni farabi.. farabi kan mantop! tokoh ISLAM unggul,, n nama kelas saya dulu pon 5 alfarabi~ acece...

Saturday, November 7, 2009

Bicara Diri Sendiri - sembang santai-

Assalamualaikum..
baru semalam, satu paper exam telah berjaya dilunaskan.. alhamdulillah..
mood exam kali ini agak berlainan dari yang sebelumnya..
yerla.. dalam minggu exam ni pon, sempat pulak nak enjoy baca blog orang, update blog sendiri, baiki blog, tukar templete dan mcm2 lagi.. he3..( padahal tak habis baca lagi nih.. )
pahtu.. tgh2 malam.. lapar, masak jemput2 bawang.. @ cenkodok.. ( bahasa saya la).. n makan ngn kengkawan housemate ni.. sedap betul kami makan.. he3.. mestilah, sebab resipi original daripada cik anamusafir ni.. acece..
tentang exam ni pulak, memang dari dulu sampai sekarang, kalo nak exam je.. mesti terbawak2 dalam mimpi..
mimpi exam la apa lagi.. habis bocor rahsia soalan apa yang nak ditanye dalam exam. he2, xde la.. mimpi exam ni agak mengarut cket..
baru 2 hari lepas.. mimpi nak pi exam, dah sampai dewan ni, tapi jadi kalut  sbb lupe nak bawak slip peperiksaan.. aduss.. kalut nak balik.. cari bas.. ghupenye mimpi jer.. alhamdulillah..  dan banyak la lagi alamat2 mimpi bile nak datang exam nie..
hmm.. sebenarnya bukanlah mimpi yang jadi point utama nak tulis entry sekarang ni, he3.. saje je xde keje..
mOod exam kali ni lain.. yup lain.. mungkin sebab dah selalu sangat hadapi exam ( dari tadika sampai la sekarang), jadi perasaan takut tu xde la sangat.. alhamdulillah boleh relax lagi jiwa ni.. hmm.. tapi Tak bagus la juga kalo relax sangat, kene ada ketakutan la cket supaya kite rasa sungguh2 nak buat yang terbaik dlm exam kali ni.. Tapi bak kata kebanyakan orang, exam ni bukanlah segala-galanya.. Belajar ni bukanlah semata-mata hendak lulus exam. betul tak kawan-kawan?? ha.. yang penting setiap amalan itu bermula dengan niat.. kalu niat kita belajar untuk hanya segulung ijazah, maka segulung ijazah sahaja la yang kita dapat.. yerla.. takkan nak minta caunselor bagi 2,3,4,5 gulung ijazah masa konvo kan, mestilah satu keping yang digulung je, hu3...
pahtu, kalu niat kite belajar sebab nak mudah dapat keje bila dah graduan, maka keje la yang kita dapat..
dan kalu niat sebab nak mendapat ilmu Allah, agar diri lebih dekat padaNya, nak tolong agama Allah ni.. maka apa yang kita niatkanlah yang kita dapat.. amalan yang dilakukan adalah sama, iaitu belajar, tetapi tahap niat itu  adalah berbeza di sisi Allah.. sama ada nilai niat itu tinggi atau rendah..
sama la juga macam perkahwinan.. ada orang niat nak kawin ni semata-mata nak elak diri dari maksiat jer.. sebab dah tak tertahan sangat menanggung rindu asmara.. dan ada yang nak kawin, kerana dia faham  tentang konsep perkahwinan, dia nak mengembangkan serta melahirkan zuriat2 yang boleh mendokong agama Allah, nak bina baitul muslim wal mukmin, nak dapat ketenangan, keberkatan, dan kasih sayang, maka..kita sendiri boleh lihat niat yang kedua itu lebih bernilai dan perkahwinan itu sendiri akan lebih bermakna.. he2, ni kawan saya yang gitaula.. saya pun setuju juge dengan ayat ini setelah dipikir 2,3,4 kali.. insyaallah...

Perjalanan ini kadang-kadang di rasakan masih panjang.. tetapi sebenarnya sangat pendek@ semakin pendek.. kerana ia sangat2 menghampiri untuk mati.. hmm.. nth apa yang kita buat sepanjang tempoh 22 tahun ini... masih ada masa lagi ke nak fikir masa depan........... sempat ke nak fikir menda tu.. takut2 kita mati dulu mengadap Pencipta..wallahualam..

hidup ini terlalu singkat..
hidup ini terlalu singkat untuk membenci,
apatah lagi untuk menyakiti..
walau diri sering dilukai..
namun hidup perlu juga diteruskan..
sehingga kita bertemu noktah akhir yang bukan lagi koma..
pengorbanan demi pengorbanan yang kita lakukan,
biarlah jadi kenangan tanpa diingati..


hmm..apa-apa aje la.. mmg lumrah diri ku seringkali berfalsafah mengenai kehidupan.. he2 ;-).. kdg2 la..
kerana aku yang berfikiran abstrak.. 


okla. yang penting sekarang ni tumpulah pada exam,,cket je lagi. lagi 5 papers ..insyaAllah..


pasni aku nak terbang ke suatu daerah yang baru..
meninggalkan jejak-jejak ku di sini..
mencari tapak baru untuk langkahan yang seterusnya..
kerana aku seorang musafir.. (anamusafir),
maka langkahku tidak terhenti di satu2 tempat..
perjalanan dan pencarian masih belum tamat..
dan wajib diteruskan..
andai aku gugur diperjalanan ini..
sedekahkanlah alfatihah buat bekalan tambahan aku di 'sana'....


:-) 


~ .. adiOs...


serangkap pantun..


Tuai padiiii antara masaak,
esoOk jangaan layu-layuaann...
Intai/jenguk/lawat saya/blog saya antara nampak..
eSok Lusa kalo saya dah xde lagi.. jangan rindu-rinduaan.. 


he2.. ( sape la nak rindu kat org ni.. melainkan org2 yang sememangnya akan rindukan sahabatnye yg sorg ni, serta ibu ayah dan ahli keluarga yang paling utama.. yang sentiasa kenangkan anak diorg ni.. itu ajelah yang tinggal buat diri ini.. ) 


k.. sekali lgi.. adiOs..


wslm~





kHAt rekaan sendiri nih.. xde ciplak kat mana2..~


Tuesday, November 3, 2009

Saturday, October 24, 2009

Bahaya BerTUHANkan Bintang- Believing in Stars??



Kalau biasa kita gempar dengan orang yang memilih untuk tidak taat dan patuh pada Tuhan Maha Esa, satu-satunya Tuhan sekelian alam dengan cara keluar daripada Islam. Saya tidak dapat lari daripada kerisauan juga pada satu kerosakkan yang halus dan jarang disedari seorang Muslim. Saya pernah menyelak senaskah majalah golongan remaja yang dibeli adik saya dan masih menemui ruanganya.


Jati diri Muslim yang tidak terbina, ditambah lagi mudaratnya apabila diselitkan pula unsur yang berbahaya. Bahaya melebihi segala bahaya, kemudaratan pada aqidah. Pembaca yang merasakan diri mereka penganut Islam tanpa memahami apakah makna Islam itu sendiri paling mudah terjerumus ke dalam perangkap tersebut. Apakah kita benar Muslim?


Muslim bermaksud seorang yang Islam. Islam pula bererti seorang itu menyerah diri, patuh terhadap segala suruhan Allah Subhana wa Ta’ala dan menghambakan diri kepada-Nya. Seorang yang Islam bukan sahaja tidak menyembah dan menjadi hamba kepada selain daripada Allah Subhana wa Ta’ala. Malah seorang yang Islam tidak akan meletakkan Allah Subhana wa Ta’ala sama taraf dengan makhluknya atau meletakkan makhluk-Nya seiring dengan taraf Allah Subhana wa Ta’ala. Seorang yang Islam juga tidak akan secara langsung atau tidak langsung menyatakan makhluk ciptaan-Nya mampu melakukan tugas-Nya.
Itulah kriteria Islam, dan mereka yang melaksanakan kriteria tersebut disebut Muslim. Namun menyedihkan, ramai Muslim hari ini dalam tidak sedar melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang mengaku dia menghambakan diri, taat dan patuh pada Allah Subhana wa Ta’ala. Ramai terjerumus bertuhankan tukang ramal dan berimankan bintang-bintang.



BERHALA HALIMUNAN
Kalau diletakkan berhala di hadapan seorang yang mengaku Muslim mungkin tidak ada yang akan berani sujud menyembah berhala tersebut. Namun jangan terkejut kalau ada dikalangan yang tidak mahu menyembah berhala secara fizikal tetapi tidak merasa berat hati menyembah tukang ramal dan bintang-bintang secara tidak langsung. Bagaimanakah ini terjadi?
Sekitar kita masih ramai orang Islam yang masih ‘mengabdikan diri’ kepada ramalan-ramalan horoskop dan zodiak. Baik melalui tukang-tukang ramal di kaki-kaki lima atau ramalan-ramalan di dalam majalah, internet dan sebagainya. Barangkali ini ada kena mengena dengan sikap manusia yang takut pada sesuatu yang tidak diketahui seperti mana yang ditekankan E.R.W Fox dalam jurnalnya.1
Masa depan merupakan sesuatu yang tidak diketahui bagaimanakah rupa dan bentuknya. Atas sifat penakut yang tidak dapat diatasi itu maka seorang itu cenderung ingin menilik-nilik apakah yang menantinya pada hari-hari atau minggu-minggu seterusnya. Sehingga sanggup melanggar perintah Allah Subhana wa Ta’ala dan secara tidak langsung meletakkan bahawa ada manusia lain yang mampu mengetahui perkara ghaib selain Allah Subhana wa Ta’ala. Walhal Allah Subhana wa Ta’ala sudah berfirman di dalam al-Quran:

لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! [an-Naml 27:65]


Penggunaan ‘La’(tiada) diikuti dengan ‘illa’(melainkan) adalah satu cara menegaskan taraf yang istimewa dan ekslusif. Menjelaskan hanya Allah Subhana wa Ta’ala sahaja yang mampu tahu tentang hal ghaib. Maka sesiapa yang mengakui mengetahui hal-hal ghaib atau ada makhluk lain mengetahui hal-hal ghaib maka ia dikira tidak mengimani wahyu dari al-Quran.
Saya percaya, merasakan bintang-bintang mampu memberi kesan kepada kehidupan manusia ada hubung kait dengan kepercayaan purba bahawa bintang-bintang itu merupakan tuhan-tuhan. Kepercayaan bahawa bintang-bintang sebagai tuhan-tuhan dijelaskan Tamsyn Barton dalam bukunya mengenai astrologi purba:


For most school of thinkers, the stars' divine nature was self-evident. Indeed, their motion was difficult to explain if it was otherwise. The Epicureans, who denied that the heavenly bodies were divine, were forced to explain their movements by gusts of wind. In this case, their depiction of a universe of atoms in random motion was hard to substantiate, and regularity of the planets' motions was frequently cited by those who wanted to argue for a divinely ordered cosmos.2

Maka apakah tidak benar perkara ini bagaikan berhala halimunan? Menilik-nilik rezeki, masa depan, cinta dengan bintang. Sekalipun bukanlah perbuatan menyembah bintang-bintang atau tukang ramal tetapi ianya secara tidak langsung melakukan perbuatan menyamatarafkan makhluk dengan Allah Subhana wa Ta’ala dalam mengetahui perkara-perkara ghaib dan mempraktiskan amalan berunsur syirik!

Peminat kepada ramalan horoskop dan zodiak atau berjumpa tukang tilik sebenarnya sedang cuba-cuba memilih jalan mudah kononnya. Jalan mudah dengan harapan bahawa mereka dapat mengintai rahsia takdir, lari darinya atau mengubahnya. Ini ternyata perbuatan sia-sia. Bukankah Allah Subhana wa Ta’ala, Tuhan yang Mengetahui setiap perkara ghaib telah berfirman:

قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ
وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا
مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.[al-A’raf 7:188]




MENILIK HOROSKOP DAN ZODIAK
Menggunakan bintang-bintang untuk tilikan dilarang keras di dalam Islam. Selain dalil-dalil yang sudah disebutkan di atas. Terdapat dalil-dalil lain juga dalam menyatakan hal ini. Terutama sekali tentulah perbuatan meramal nasib itu sendiri merupakan kesalahan yang boleh membawa syirik dalam Islam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ليس منا من تطير أو تطير له ، أو تكهن أو تكهن له ، أو سحر أو سحر له

Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.3

Dalam hadis yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



من أتى كاهنا أو عرافا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على
محمد صلى الله عليه وسلم

Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.4

Bagaimana pula sekiranya sekadar suka-suka. Tidak semestinya percaya pada ramalan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan amaran:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.5

Hikmah larangan menilik suka-suka sekalipun tidak percaya, adalah kerana ianya membuka ruang kepada kita untuk terjerumus mempercayai tilikan. Sekiranya seseorang individu membaca tilikan kononya dia akan berjumpa pasangan hidupnya pada minggu-minggu tertentu, sekiranya Allah Subhana wa Ta’ala mentakdirkan dia bertemu dengan seorang yang memikat hatinya, tentu secara tidak langsung hatinya akan terdetik bahawa benarlah ramalan tersebut.
Dalam hal berkenaan menilik nasib dengan bintang pula, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من اقتبس علما من النجوم اقتبس شعبة من السحر زاد ما زا

Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.6




PERBEZAAN RAMALAN CUACA DAN RAMALAN NASIB
Mungkin ada yang tertanya pula, bagaimana pula ramalan cuaca, musim, gerhana dan sewaktu dengannya. Bukankah itu juga merupakan ramalan? Perlu jelas di sini bahawa ramalan yang ditegah Islam adalah ramalan terhadap hal-hal ghaib yang hanya Allah Subhana wa Ta’ala ketahui seperti rezeki, jodoh, musibah, kematian dan yang sewaktu dengannya. Kesemua ini tidak sama sekali dapat dihitung secara fizikal.
Adapun ramalan terhadap cuaca, musim dan yang sewaktu dengannya bukanlah perkara ghaib. Ianya mungkin ‘ghaib’ bagi yang tidak memahami ilmu sains. Sedang ianya tidak lain adalah berdasarkan pengetahuan keatas sunatullah yang sudah tetap hukumnya. Maka atas sebab itu ianya boleh dihitung dan dicongak.
Contohnya, pekerja A mampu membungkus 300 buku roti satu jam. Waktu sekarang adalah 12.30 tengah hari. Maka pada pukul 2.30 petang berapa buku roti akan siap A bungkus? Ianya tentu boleh diramal bahawa pekerja A akan siap membungkus 600 buku roti pukul 2.30 petang nanti. Ramalan sebegini tidaklah termasuk ramalan yang syirik.
Contoh berikutnya, pekerja A lahir pada tahun 1985. Beliau sudah hidup selama 22 tahun. Maka pada ketika umur berapakah beliau akan mati? Tentu tiada kiraan yang boleh dibuat untuk mengetahui tarikh kematiannya kerana kematian termasuk perkara ghaib yang tidak dapat dicongak. Seperti juga jodoh, rezeki dan lain-lain.
Begitulah perbezaan antara ramalan yang bersifat kira-kira dengan ramalan terhadap perkara ghaib. Mungkin akan lebih jelas lagi setelah difahami apakah perbezaan ilmu astrologi dan astronomi.



PERBEZAAN ASTROLOGI DAN ASTRONOMI..



Astrologi bermaksud:


noun the study of the movements and relative positions of celestial bodies and their supposed influence on human affairs.7
Dalam pejelasan maksud diatas jelas menyebut bahawa astrologi adalah kajian terhadap bintang-bintang dan pengaruhnya terhadap kehidupan manusia dan tentu sekali ini melibatkan takdir. S.J Tester menjelaskan bahawa astrologi boleh dibahagikan kepada dua. Astrologi 'keras' dan 'lembut'.
Astrologi keras membolehkan ramalan yang ampuh dilakukan terhadap sesuatu kejadian atau tindakan yang 'tertulis di dalam bintang-bintang'.8 Ternyata astrologi melibatkan ramalan nasib (yang merupakan perkara ghaib) melalui bintang-bintang.


Manakala astronomi pula dihuraikan bermaksud:



noun the science of celestial objects, space, and the physical universe.9
Jika dilihat daripada maksud astronomi pula, boleh kita ketahui bahawa astronomi adalah kajian terhadap sunatullah atau ‘divine law’ angkasa raya. Astronomi adalah sains pemerhatian dimana kita cuba menggabungkan kesemua cebisan-cebisan data yang dapat diperolehi melalui pemerhatian (ke ruang angkasa) dalam rangka melakukan sesuatu yang termampu dengan maklumat yang terhad.10
Anton Pannekoek menjelaskan astronomi merupakan keperihatinan terhadap fenomena di angkasa yang akhirnya menjadi keperluan. Apabila kaum nomad atau nelayan mula menjadi peniaga yang merantau maka mereka memerlukan 'petunjuk arah'. Maka digunakan segala objek di angkasa. Menggunakan matahari di siang hari dan bintang-bintang di waktu malam. Selain itu keperluan untuk mengira masa, mengira tarikh dan musim juga menyebabkan pemerhatian lebih diberikan terhadap fenomena di ruang angkasa.11
Apabila jelas perbezaan dua jenis ilmu tersebut yang kelihatan hampir sama, maka kita boleh faham mengapa Islam mengharamkan astrologi dan meraikan ilmu astronomi.



KEMBALI KEPADA ISLAM
Maka saya mengajak saudara se-Islam saya yang masih gemar membaca ramalan-ramalan horoskop dan zodiak atau yang suka menilik-nilik nasib. Kembali kepada ketaatan, kepatuhan dan kehambaan yang sebenar-benarnya kepada Allah Subhana wa Ta’ala. Syirik bukanlah dosa kecil yang boleh dipandang remeh. Ianya satu pengkhianatan. Pengkhianatan terhadap Tuhan yang memberikan kita rezeki dan meminjamkan kehidupan ini. Yang akan menjadi hakim mengadili kita kemudian hari.





>> sumber ini saya ambil daripada berikut:-


alFaisal
Cyberjaya
31 Disember 2007 / 21 Zulhijjah 1428
3.50 pm
http://demipena.blogspot.com






--------------------------------------------------------------------------
1 Fox ERW: Fear of the Unknown. West J Med 1987; 146:759-760
2 Ancient Astrology, Routledge 1994, ms. 111.
3 Dikeluarkan oleh at-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabir - no: 14770; Silsilah al-Ahadis as-Sahihah - no: 2195
4 Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan dinilai Hasan oleh Syu'aib al-Arnouth - no: 9532
5 Sahih Muslim - no: 2230
6 Dikeluarkan Abu Daud - no:3950; Ibn Majah - no: 3726; Silsilah al-Ahadis as-Sahihah - no: 793
7 http://www.askoxford.com/concise_oed/astrology?view=uk
8 A History of Western Astrology, S.J Tester, Boydell & Brewer 1987, ms. 2
9 http://www.askoxford.com/concise_oed/astronomy?view=uk
10 Galactic Astronomy, James Binney dan Michael Merrifield, Princeton University Press 1998, ms. 2
11 A History of Astronomy, Anton Pannekoek, Courier Dover Publications 1989.