Friday, September 25, 2009

BeRaya di Kampung~ (^^,)

salam..
1 syawal menjelang tiba.. di pagi raya, saya dan saudara mara beraya di rumah toklang.. :-) hepi la dapat bersama.. tetapi sedih juga kerana xdapat beraya dengan arwah tokki.. suasana pagi agak dihujani mendung duka seketika.. selepas bersalaman dan makan cket kuih raya/juadah yg ade, kitorg pegi lawat kubur arwah tokki..
ni gambar-gambar ehsan dr kamera yana.. sebagai kenangan di hari lebaran, kepada nadiah, mira, awan, ami, sarah, moksu , cik awie n shafiq.. Selamat Hari Raya kitorg ucapakn! (^_^) jgn sedih2, kitorg x lupe korang di sana~



bersalaman dengan toklang.


suasana agak sedih..sebab arwah tokki tidak lagi bersama di pagi raya..
ni sume sedara mara saya.. dr kiri, hafiz, achik, makngah, maklong, ika, toklang, ayalong.. dn ijat (nampak kepale je)


 ayah bersalaman dengan ayalong =) hepi je ayah nie. hee


achik n ayah =)


toklang dan ayalong =)
  
 
3 org jejaka kecik..hehe.. epi, amsyar n ijat ( diorg ni drjh 6)


hee.. cam comel je budak 2 org ni.. ayie n mirul ( cm xhepi la plak)


yg ni baru macho.. cayala ayiee ;-p


comelnye.. (^^,)


sweet je cucu-cucu toklang ni =)


ni mak uda, dgn esah n yana.. sepupu2ku.. hee


wah..bestnye yana dpt duit raya =)


kuih raya- kuih raya.. aiseyy.. muka ayade x nampak semuala. =P


Hepi je bgambr di tingkap. he3 =)


 
ibu n makngah bersama sayur kegemaran mereka? he3 ( lobak n timun)~


peace..!~


mirul..wat pe tu? (^^,)


hi epi ~ ;-)

Tuesday, September 15, 2009

secubit kata-kata..~ =P

assalamualaikum..
herm.. selamat membaca kepada semua.. =D..
dah tinggal 5 hari je ramadhan..
apakah sudah ditemui malam alqadar?
wallahualam..
saya sendiri pun tidak tahu bila..
ada kata malam2 ganjil..tetapi Allah lebih mengetahui..
dirahsiakan malam itu agar umat islam berusaha untuk menemuinya..
seperti seorang kekasih yang menemui buah hatinya.. ( cewah..)
herm..
selamat menyambut hari raya semua..maaf zahir batin.
meriah atau tidak hari raya nanti bergantung kepada kemeriahan dalam diri kita..
paling tak suka ..bunyi bom mercun.. huhu.. saya tak minatla main2 mercun ni.. hehe..
kecik2 dulu ade ler main ( bunga api jer)..
ha.. baca tak kat bawah ni? bunga api, mercun bukan tuntutan islam? sbb menganggu orang, bunyi bising membuatkan orang sakit hati dan sakit telinga..
bagi yang sakit jantung.. erm.. jaga2la.. takut2 boleh meninggal..
kepada kanak2 di luar sana... fikir2kanlah sebelum main bom mercun tu.. anda mampu mengubahnya..

okla.. selamat meneruskan kehidupan...selagi roh masih di dalam jasad-

-anamusafir-

Selamat Menyambut Aidilfitri: menUrut pandangan Islam

Bila Syawal tiba, hendaknya ibadat yang kita lakukan dengan tekun selama sebulan di bulan Ramadan tidak terus dihentikan. Amalan yang baik dan bersesuaian eloklah diteruskan. Jika banyak bersolat dan bersedekah, kekalkanlah. Jika di bulan puasa kita mengurangkan perbelanjaan, tidak merokok, bangun awal dan lebih berdisiplin, teruskanlah kebiasaan ini ke bulan-bulan berikutnya, InsyaAllah akan kekal menjadi sifat yang tertanam dalam diri.


Mengingati kematian

Di penghujung Ramadan ramai umat Islam membersihkan kawasan perkuburan dan menziarahi kubur. Ada yang melakukannya secara sukarela sebagai sedekah, dan ada juga kumpulan yang melakukannya secara bergotong-royong. Ini amatlah baik, walaupun sebenarnya menziarahi dan membersihkan kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa. Menziarahi kubur menginsafkan kita tentang kematian, mengingatkan kita supaya membuat persediaan.

Tiada tuntutan sunnah menziarahi kubur pada awal Syawal. Bagaimanapun, kita melakukannya sebagai adat tradisi dan sebagai ingatan kasih-sayang kepada orang-orang yang telah pergi. Sekiranya menziarahi kubur, hendaklah menjaga adab ziarah kubur, antaranya menyampaikan salam kepada ahli kubur, berpakaian menutup aurat dan berdoa untuk ahli kubur.


Berbelanja untuk menyambut Raya

Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain.

Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga tiada sebab umat Islam perlu berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.

Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)


Menyambut akhir Ramadan

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir – memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa.

Setidak-tidaknya kalau tidak mampu bertakbir, biarkan takbir berkumandang di radio atau televisyen. Jangan biarkan televisyen dan radio mendendang dan menyiarkan irama dan paparan melalaikan serta program-program tidak berperibadi Islam.

Disunatkan banyak berdoa selepas bertakbir. Doa-doa di malam Aidilfitri dan di pagi Syawal ini sangat diperkenankan oleh Allah kerana kita baru sahaja selesai berpuasa sebulan penuh dan menunaikan zakat fitrah. Setelah menjalani Ramadan, hati kita insyaAllah adalah hati-hati yang beriman, mulut kita mulut yang bersih, minda dan jiwa kita juga bersih dan tenang.

Pada malam Hari Raya juga kita disaran melakukan qiamulail, membangunkan malam dengan ibadat. Membakar lemang dan merebus ketupat atau mengacau dodol bukan tidak boleh dilakukan, tetapi semuanya perlu dilakukan dengan tidak berlebihan dan tidak menghalang daripada melakukan amal ibadat yang wajib dan sunat.

Bunga api, mercun dan meriam buluh bukan amalan Islam, bukan juga adat tradisi Melayu. Tiada dalam Islam amalan yang berbahaya, merosakkan diri sendiri dan mengganggu jiran-jiran. Sparklers untuk kanak-kanak tidak mengapa asalkan ada pengawasan orang dewasa dan dilakukan dengan bersederhana.


Memeriahkan pagi Raya

Pada pagi 1 Syawal, disunatkan mandi sunat Aidilfitri, menjamah juadah sebelum pergi ke masjid atau surau, sebagai merasmikan akhir berpuasa. Kenakanlah pakaian serba bersih dan bagi yang lelaki, pakailah sedikit harum-haruman.

Disunatkan juga bagi wanita-wanita dan kanak-kanak untuk ke masjid atau surau beramai-ramai, untuk menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat Islam. Para gadis dan wanita keluarlah ke masjid atau surau dengan tidak bersolek, berwangi-wangian atau berhias-hiasan yang keterlaluan. Memadai pakaian yang bersih dan menutup aurat.

Diriwayatkan dari Ummu Atiah bahawa Rasulullah (saw) membawa keluar anak-anak gadis, dewasa dan orang-orang yang tua dan perempuan-perempuan yang uzur pada solat hari raya. Perempuan-perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. Salah seorang mereka berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana jika tiada tudung, lalu jawab Rasulullah, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.”

Tempoh akhir membayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Aidilfitri didirikan, kerana selepas solat Aidilfitri adalah waktu makruh menunaikan zakat fitrah, dan ia dikira sebagai sedekah biasa sahaja, sepertimana hadis Rasulullah: "Rasulullah (saw) telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan sebagai membersihkan ibadat orang yang berpuasa daripada perkataan-perkataan yang sia-sia dan kotor, dan untuk memberi makan golongan miskin. Barangsiapa menunaikannya sebelum solat (sunat Aidilfitri)), maka ia sebagai zakat yang diterima, tetapi sesiapa yang menunaikannya sesudah didirikan solat Hari Raya, maka ia merupakan sedekah". – (Riwayat Abu Daud)


Bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung dan rumah terbuka

Acara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim.

Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.” – (Surah An-Nisa': 1)

Jika tinggal jauh dari ibubapa, ziarahilah mereka di pagi Aidilfitri. Pohonlah keampunan dan ucapkan doa-doa kepada mereka. Jika ada yang telah memutus atau merenggangkan hubungan dengan ibubapa, bertaubatlah dan kembalilah kepada mereka. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibubapa.

Isteri hendaklah memohon ampun kepada suami, suami kepada isteri, anak-anak kepada ibubapa. Tidak kurang pentingnya merapatkan hubungan antara adik-beradik dan saudara mara, bukan sahaja yang muda menghormati yang tua tetapi juga yang tua mesti menghormati yang muda.

Seterusnya mesrakan hubungan dengan sahabat handai, rakan sekerja, jiran-tetangga dan seterusnya masyarakat setempat dan pemimpin. Adakan atau kunjungilah rumah terbuka untuk menikmati anugerah rezeki, beramah mesra dan mempereratkan hubungan serta persefahaman. Saling hormat-menghormati dan bermaaf-maafan membentuk keharmonian dan menjauhkan perasaan-perasaan tidak baik di antara sesama manusia.


Menjaga tatatertib dan batasan pergaulan

Dalam pada kunjung-mengunjung dan bersalam-salaman, sentiasalah menjaga batas-batas pergaulan, pandangan dan percakapan.

Menyambut Aidilfitri dengan keraian yang melampaui batasan bukan budaya Islam mahupun budaya timur. Pergaulan bebas, berhibur berlebihan, tari-menari lelaki dan wanita, apatah lagi pesta maksiat dan minuman keras tentulah bukan sesuatu yang disuruh malah sangat ditegah dalam Islam. Begitu juga menjamu selera hingga membazir dan mendatangkan mudarat, berseronok atau bermalas-malasan, tentunya tidak disukai agama. Islam membenarkan hiburan, tetapi hiburan yang sederhana.

Sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir.


Tempoh berhari Raya

Sama ada secara berjenaka atau serius, sesetengah orang menganggap Hari Raya adalah sambutan sebulan Syawal, kononnya kerana Ramadan disambut sebulan.

Pada definisinya, Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan sehari iaitu pada hari pertama dalam bulan Syawal, sebagai tanda berakhir Ramadan.

Hadis diriwayatkan Hazrat Anas (ra) bermaksud:

“Setelah Rasulullah (saw) tiba di Madinah, Baginda melihat penduduk-penduduk bandar itu merayakan dua hari dengan bertemasya. Baginda bertanya, sambutan apakah itu? Penduduk-penduduk tempatan menjawab bahawa mereka telah menyambut dua hari kebesaran itu sejak zaman Jahiliah lagi. Lantas Rasulullah bersabda: Allah telah memberikan kepada anda dua hari istimewa untuk menggantikan dua hari itu. Hari-hari itu adalah Aidiladha dan Aidilfitri.”

Berpandukan kepada hadis di atas, jelaslah bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disyorkan hanyalah sehari. Sebagaimana yang diketahui juga, kita disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, tetapi diharamkan berpuasa pada 1 Syawal – membuktikan hanya pada 1 Syawal kita disuruh meraikan akhir Ramadan.

Kerajaan negara ini memperuntukkan cuti umum dua hari bagi sambutan ini supaya kita dapat meraikannya tanpa tergesa-gesa, dan dapat mengunjungi lebih ramai saudara-mara, sahabat handai atau pemimpin.

Tuntutan hidup zaman global, penduduk yang bertambah, jarak perjalanan dari rumah ke rumah, penghijrahan dari desa ke kota serta tradisi balik kampung mungkin tidak mengizinkan Hari Raya disambut hanya sehari pada zaman ini.

Apapun, sebaik-baiknya aturlah jadual cuti, balik kampung, kunjung-mengunjung dan kembali bekerja secara bijak dan produktif supaya umat Islam tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima dan direstui Allah, dan tidak tercemar oleh keghairahan kita menyambut Syawal.
 
sumber: www.rakan.jkr.gov.my

Monday, September 7, 2009

saLam Ramadhan & Nuzul Quran

17 ramadhan 1430..
salam nuzul quran kepada semua umat Islam..
kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw pada malam yang mulia..
..subhanaallah..
assalamualaikum..
em, malam tadi, surah yasin menjadi pilihan bacaanku.. bersama surah selepasnya.. alhamdulillah..
rajin cketla baca quran ni ye..
em.. smoga Allah merahmati kawan2 semua, ibu ayah yang ada kat kampung dan semua org Islam..
ntah apa yang berlaku malam ni..blog ni mcm lama xupdate, n ade benda asing datang kat blog ni membuatkan blog nampak berserabut..
saya pon try2 la nak tukar templete baru.. tapi sygnya tak menjadi.. semua bloglist terpadam.. jadi return semula la pada templete yang lama ni, and ade tambah cket2 widget.
ha,,
jangan terkejut plak bila buka blog nie.. Lagu micheal jackson plak saya letak dalam blog ni..(nanti ade la yang kata saya x thiqah la plak.. ngaji kat akademi islam, tapi denagq  lagu micheal jackson.ceh. mcm la koma semua ni xpenah dengar lagu omputih ye.. hehe.).  You are not alone..
mcm sedap plak.. n macam ade kene mengena plak dengan diri ni .. cewah.. xde la..
em.. yela.. bila org yang tersayang pergi buat selama-lamanya.. (arwah tokki...).. tiada lagi di sisi.. tapi masih terasa dekat.. dekat di hati.. dan pergi juga seseorang yang disygi juga dalam diri.. 2 in 1 time..
tapi saya anggap itu sume ujian.. walau tiap kali teringat..pasti mengalir air mata.. lebih2 lagi bila teringat kat tokki.. em..
but.. u are not alone.. ye.. i am not alone.. masih ramai lagi insan-insan tersayang di sisi kita,, ibu, ayah.. saudara mara.. kawan2... em.. selagi diorg ade.. diri ni patut menghargai mereka.. buat apa kan teringat pada insan yang melukai hati ni.. ( cewah.. poyonye aku). xdela...gurau je....
tapi biasalah manusia macam diri saya ni, selalu buat kesalahan n kesilapan yang menyebabkan insan2 lain tersinggung.. oleh itu.. minta maaf banyak2 atas keterlanjuran kata-kata n perbuatan diri ni..semoga ukhwah tetap kan mengalir...em..
kini..
ramadhan dah hampir 10 malam terakhir.. pastinya ramai manusia2 soleh solehah di luar sana yang menanti2kan waktu itu.. demi mencari keampunan Allah.. mencari suatu malam yang barakah.. lailatul qadar.. yang nilainya bersamaan dengan seribu bulan.. masyaallah.. inilah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya..
kerana kita semua TIDAK PERNAH keseorangan.. yang penting kita ade DIA!..... em..
DIA..
DIA..
DIA.
sape lagi kalo bukan ALLAH
di saat diri ni menangis.. ku tahu Dia melihat...
di saat hati ini hancur remuk.. ku tahu Dia menyaksikannya..
di saat suara ini meraung pilu.. ku tahu Dia mendengarnya..
sebab Dia la segalanya....
aku? saya?
siapa aku...
aku yang nilai iman di hati yang naik n turun.. em...
kenapa aku jadi begini...
aku yang sering hidup dalam kenangan..
kenangan yang membawa aku jauh dari realiti..
satu tahap.. aku tidak mahu sesiapun menganggu hidupku,
aku tidak mahu terlibat dengan sesiapun..
aku nak sepi n sendiri..
tapi mmg aku tahu aku tak boleh buat begitu....
sbb aku takkan boleh lari dari realiti kini....
ah,. sukarnya mentafsir perasaan..
ceh.. mesti org yang baca tulisan ni kata ntah apa-apala aku ni.. hehe..
suka hati la nak tulis apa..
namun.. seorang sahabat sering nasihat. ramadhan bulan tarbiah...
sabar dan redhalah..
okla.. selamat maju jaya buat diri saya.. bagi sesiapa yang dah berjaya tu, xyah la saya wish kat korang.. (haha)..
FOREVER IN PEACE...