Seorang
lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam
persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap
pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi
pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff
muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki
ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran,
malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun 2012, Mursi dilantik menjadi
presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang
hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura.
Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat
menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al
Quran.
Presiden Mesir menyahut perlantikan
ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas
berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah
berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir
yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak
surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau
bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang
lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza,
bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau
dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para
sukarelawan Gaza.
Morsi tidak cukup dengan itu,
mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya
dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada
di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya
itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar
keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan
itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi
berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana
mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas
untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh.
Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..”
setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel,
alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang
pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
Namun! 3 julai 2013 merubah
segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya.
Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini
membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan
penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan
bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah
presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala
kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya
ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi
apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan
kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi
adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata.
Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu
dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan
penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam
dunia ini??
Selepas ini, penempatan tenteran
israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan
talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir
dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah
pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi
balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini,
kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar
timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun
perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir
ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
Sejarah hanya berulang semula, Umar
Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri
kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga
Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung
selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat
tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri.
sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita
pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik
konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah
kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan
kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak
membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd
Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun
Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya..
peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan
kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung
saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan.
Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati
pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah
tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas
hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir
kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam
dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi,
dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu
semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang
kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi
dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati
sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si
bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka.
Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak
lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang
kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia
islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang
kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!
artikel ini diambil daripada : Ibnurijal.blogspot.com
#gambar2 daripada: facebook