Monday, August 17, 2009

Pergi tak kembali..

salam mujahadah..
salam keinsafan...
pergi yang takkan kembali lagi..

13 ogos yang lalu, industri nasyid telah dikejutkan dengan berita kematian vokalis utama kumpulan nasyid rabbani, ust asri.. ( allahyarham ust asri..) - berita lanjut boleh la korang search sendiri kat internet atau baca akhbar..

al fatihah buat arwah,. juga takziah buat ahli keluarga arwah..

baru saja, saya teringat tentang konsert antara dunia, anjuran GAMIS 1 ogos lalu, yang ada menjemput kumpulan rabbani ini membuat persembahan di stadium melawati, Shah Alam.. kini arwah telah kembali ke rahmatullah..

* baru tadi saya membuka blog arwah.. asrirabbani.blogspot.com em.. sayu pula.. membaca coretan-coretan arwah.. blog hanya tinggal blog.. kini pemilik tersebut sudah tiada lagi.. tiada lagi posting yang bakal di update.. bagaimana kita? kita sekarang ni masih lagi mampu mengupdate blog krn roh masih lagi dikandung jasad.. tapi bila kita semua dah tak de kelak.. semua ini akan di tinggalkan.. -- teman sejati hanyalah amal....--- kita pasti akan bersendirian.. *

sungguh.. kematian itu datang dengan tiba-tiba... dan beruntunglah jika seseorang hamba itu telah sentiasa bersedia untuk menghadapi saat kematian yang entah bila datang menerjah..

allahyarham ust asri

sayu lagu ini..
ya.. seakan-akan lagu yang sedang berkumandang di dalam blog ini mengingatkan kepada kita tentang waktu yang bakal terhenti.. mengingatkan tentang kematian yang pasti datang.. em...

dan.. pagi tadi.. saya menerima satu sms.. " prof halim meninggal dunia.. alfatihah.."

saya terkejut. ust halim? ust yang ajar sejarah tamadun islam semasa saya tahun 1 dulu?.. ustz halim, pensyarah akademi pengajian islam UM...
al fatihah.. teringat kembali gelagat2 ustaz yang mencuit hati pelajar semasa mengajar kami dulu.. ust.. semoga roh mu dicucuri rahmat ALLAH.. jasa dan ilmu-ilmu yang dicurahkan semoga membawa berkat..
sayu bila terkenangkan ust halim..
al fatihah... dan takziah buat keluarga arwah.. semoga tabah menghadapi ujian ini...


allahyarham prof. dr. Abdul Halim bin Hj Mat Diah..


Thursday, August 13, 2009

H1N1- SELSEMA BABI YANG DIGERUNI?

assalamualaikum warahmatullah..

sesekali nak tulis gak tentang isu semasa ni.. sekarang ni mcm-mcm la bencana, wabak yang terjadi.

baru2 ni ada ribut taufan melanda taiwan.. sebuah perkampungan ni hancuss berderai..
baru2 je ni gak.. dapat berita ust asri vokalis rabbani meninggal akibat serangan jantung.. innalillah..
dan penyakit berjangkit selsema H1N1 yang tidak ada lagi kesudahannya..
beginila.. bila dunia memang sudah akhir-akhir zaman.. banyakla berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan kita.. ye.. sememangnya semua yang berlaku adalah kehendak, Qada Qadar Allah swt..

menyentuh tentang wabak selsema babi ini.. nampaknya di Malaysia angka kematian telah meningkat dari 8 kematian ke 44 kematian.. makin menaik pulak jumlahnya.. nauzubillah.. mudah-mudahan kita semua selamat dari penyakit ini dengan sentiasa menjaga kesihatan diri, menjaga rohani, dan sentiasa berlindung kepada Allah.. walaupun begitu, sekiranya segala ikhtiar telah dilakukan, tetapi takdir Allah kene juga, kite mesti redha dan tabah menerimanya dan berusaha untuk mencegahnya dari terus merebak.

bagi pandangan peribadi.. selsema babi/ h1n1 ini adalah satu peringatan dan bala dari Allah swt kepada umat manusia semua..

di saat Allah melarang memakan babi.. manusia dengan gelojoh menjamah hidangannya..
malahan, di Amerika syarikat sendiri, mereka sanggup menubuhkan kelab "kissing pig".. kanak-kanak pun di ajar untuk jilat dan cium binatang alah ni.. secara x langsung, babi-babi yang selsema pon berjangkit la kat manusia,, n merebakla wabak ini,, nauzubillah.. ( xde binatang lain ke depa nak cium..)

dan tanpa sedar gak, ada makanan-makanan kita yang telah dicampur dengan unsur-unsur babi secara kimia.. kite mungkin tidak sedari, disebabkan itu, kita kene selalu berhati-hati dalam memilih makanan terutamanya makanan yang segera dan di kilangkan dari negara-negara yang diragui status halalnya.

...

Sunday, August 9, 2009

astaghfirullah, AURAT!



Aurat wanita dengan kanak-kanak

Anak kecil- thiflu, ialah anak lelaki yang belum baligh, yang belum mengerti tentang wanita dan auratnya. Sekiranya anak lelaki belum baligh dan belum mumayyiz, tiada dosa sekiranya dia masuk ke tempat perempuan, dan tidak ada aurat dengannya. Sekiranya belum baligh, tetapi mumayyiz: aurat wanita adalah antara pusat hingga lutut. Setelah baligh, mumayyiz dan ada syahwat: jika ajnabi, seluruh tubuh muka dan tapak tangan. Jika mahram kekal dan sementara, aurat wanita antara pusat hingga lutut.

oleh itu, mengenai aurat wanita dengan kanak-kanak lelaki, adalah dibolehkan untuk membuka aurat wanita di hadapan kanak-kanak yang belum baligh ( belum tahu tentang aurat wanita). tetapi kalau mereka telah baligh atau hampir baligh, dan kira-kira dapat membezakan dan merasakan sesuatu yang indah dan mengghairahkan, maka tidak dibolehkan lagi untuk mereka masuk ke tempat wanita yang tanpa hijab [1]

Aurat wanita muslim dengan wanita muslim.

-Semua anggota di antara pusat dan lutut.

- Haram mendedahkan anggota antara pusat dan lutut sesama wanita Islam.

-Tidak haram dedahkan anggota dari pusat keatas dan dari lutut ke bawah.

Batasan aurat antara wanita muslimah dihadapan wanita muslimah adalah sama dengan batasan aurat lelaki dengan lelaki. Walaupun batasan had aurat sesama wanita adalah di antara anggota pusat hingga lutut, ini tidak bermakna wanita sesama muslimah boleh membuka bahagian tubuh yang atas dengan sesuka hati, yang boleh menimbulkan fitnah. Seorang wanita Islam yang beriman mesti menjaga adab dan aurat mereka walau pun sesama muslimah agar diri aman dari fitnah.

Aurat Wanita Muslimah dengan Wanita Kafir

Ulama’ berbeza pendapat dalam masalah ini. 3 pendapat terkemuka dalam masalah ini adalah[2]

-Jumhur ulama’ berpendapat bahawa aurat wanita muslim dengan wanita kafir adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Hujah yang dinyatakan oleh para ulama’ ini adalah adalah kebimbangan bahawa wanita kafir itu mensifat dan menceritakan berkenaan wanita muslim kepada lelaki kafir.

-Mazhab Maliki berpendapat bahawa, aurat wanita muslim dengan wanita kafir adalah sama dengan aurat wanita muslim sesama mereka. Iaitu dari pusat sehingga lutut. Al-Maududi telah mensyaratkan agar wanita kafir tersebut mestilah wanita yang berakhlak mulia.

-Pndapat ketiga datangnya dari pendapat Mazhab Syafie yang mengatakan aurat wanita muslim dengan wanita kafir adalah selain dari anggota yang biasa terdedah ketika wanita melakukan kerja-kerja rumah

Aurat Wanita Tua Islam[3].

Perempuan tua yang dimaksudkan di sini adalah wanita yang tua dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin dan tiada lagi rangsangan seks samada pada dirinya sendiri, atau pada orang yang melihatnya. Aurat perempuan tua pada dasarnya mempunyai aurat sama seperti perempuan yang muda, iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Namun, bagi wanita yang tua (mengikut takrifan yang diberi sebelum ini) telah diberi sedikit keringanan/rukhsah berdasarkan ayat al-Quran :

Maksud: dan mana-mana perempuan tua Yang telah putus kedatangan haid, Yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; Dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui[4].

Menurut ayat ini, mereka diringankan untuk tidak memakai pakaian luar seperti milaya ( pakaian orang arab) yang menutup pakaian yang dipakai. Para wanita dibolehkan berbuat demikian dengan syarat mereka tidak tabarruj dan memperagakan kecantikan mereka.

Adakah kaki wanita Aurat?

Kaki di sini ialah: mula dari pergelangan kaki, buku lali, tumit, tapak kaki hadapan dan tapak kaki bawah hingga kehujung jari. Masalah kaki aurat ataupun tidak, adalah menjadi khilaf di kalangan ulamak:

- Mazhab Hanafi dan sesetengah Maliki : kaki bukan aurat, kerana kaki termasuk anggota yang dikecualikan dalam ayat:إلا ما ظهر منها , semuanya dikira anggota zahir. had kaki ialah sehingga buku lali sahaja. Walau bagaimanapun, sebahagian Maliki mengatakan kaki adalah aurat.

- Mazhab Syafi`e : kaki aurat, kerana aurat dalam dan luar solat adalah sama.

- Imam Ham bali : kaki aurat, berdasarkan hadis:

عن ام المؤمنين ام سلمه رضىالله عنها قالت: اتصلي المرأة في درع وخمار وليس عليها إزار؟ قال: نعم إذا كانت سابغا تغطى ظهور قدميها

Maksud hadith: Dari ummul mukminin Ummu Salamah r.a katanya: aku bertanya kepada Nabi saw, “bolehkah wanita solat memakai dira’ (gaun panjang), dan khimar (tudung) tanpa izar (sarung)?. Baginda menjawab, “boleh, apabila gaunnya cukup menutupi aurat sehingga ke hujung kaki”. (Riwayat Abu Daud)

Menurut mazhab syafie, kaki adalah aurat sepertimana di dalam solat. Ini kerana apabila seorang wanita itu solat, wajib melabuhkan kain sembahyang sehingga menutup kaki. Apabila terbuka auratnya ketika solat, dan dia mampu menutupnya kembali tetapi tidak berbuat demikian, solatnya terbatal dan wajib diulangi solat semula.

Mengenai pandangan imam hanafi, yang mengatakan kaki itu tidak aurat, adalah kerana kaki itu diqiyaskan sama seperti muka dan kedua tapak tangan yang zahir dilihat. Mengikut mazhab hanafi, ketika solat, tapak kaki adalah aurat, ertinya, seseorang wanita itu sah solatnya jika telapak tangan dan bahagian belakang kaki terbuka, tetapi batal solat jika bahagian belakang tangan dan telapak kaki terbuka, harus diulangi solatnya.[5]

Dalam permasalah aurat kaki di rumah, pula, dalam Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya: “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, ms.198)

Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya tersebut ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.[6]

Dalam hal, tetamu yang datang berkunjung ke rumah, adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk ditutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun, samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut. Ini kerana tidak ada sebarang masyaqqah (kesukaran) yang menjadi penghalang daripada menutup kaki tersebut, yang mana berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah yang menyukarkan.




[1] Muhammad Athiyah Khumais, ( 2007) Fiqh Wanita, , edisi terjemahan, Wholesale-mart business poin sdn. Bhd, Selangor, hlmn 227

[2]Alias Othman, Dr Anisah Ab. Ghani (2008), Islam yang Mudah, Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., hlmn 8-9.

[3] Ibid., hlmn 12-13.

[4] Surah An-Nuur 24 : 60

[5] Muhammad Athiyah Khumais, (2007) Fiqh Wanita, edisi terjemahan, Wholesale-mart business poin sdn. Bhd, Selangor, hlmn 213

[6] Perempuan tak pakai stoking di rumah? http://soaljawab.wordpress.com= 25 mac 2009.

Part 2.. to fresh graduates (^^,)

part 2

mengenai alam pekerjaan :-)

why companies don't hire fresh graduate?

- poor commad of english communication ( 55%)
- poor character, attitude or personality ( 37%)
-asking for unrealistic question, about salary and benefits. ( 33%)


criteria yang perlu ada pada seseorang pekerja:

soft skill
academic background
proficiency in english
interview perfomance
graduate fit with company culture


Rule in communications

kominunikasi yang spesifik
jawapan yang jelas serta tidak teragak2
n speech for yourself ( bercakap yakin dr diri sendiri)

last but not least,
Personal Branding make you..

> stand out
>unique
>distinctive
>memorable
>the right choice..

habis tara..

ade lagi..

8 steps to create your personal branding:

1) Find your passion ( kenali apa yang kita minat)
2)develope your brand proposition
3)define your mission
4)mission statement ( prinsip)
5)know the obstacles
6) package your brand
7)networking
8)make a pland and spread the word

Monday, August 3, 2009

continously stuck

bahagian kedua artiklel lepas akan di sambung pada hari lain.
hrp makulm .
:-)