Wednesday, May 12, 2010

Lunch our~ My new pLace..

muka-muka lapar (kot?) hehe.. we're waiting for food.. pRof zahurin belanja semua..

bergambar bersama prof zahurin (tudung coklat) , n minoo (tudung hijau) dan semua yg terbabit :)

salam..
11 may 2010, merupakan hari kedua saya berada di jabatan farmakologi, (lab farmakogenomic). tugasan sebagai seorang pelajar LI, telah bermula pada hari itu. Agak mencabar, dan memang mencabar la bagi saya, sebab pengalaman pertama approach orang utk mintak sampel saliva mereka. huhu.. Prof zahurin letakkan saya di bawah student Phd nya iaitu Minoo. Minoo sedang menjalankan kajiannya terhadap tindakbalas sejenis drug (anti epilepsi) terhadap pesakit epilepsi (sawan).Seterusnya, tesis beliau berjaya dipublishkan.. alhamdulillah.. dengan kejayaan tersebut telah mengharumkan nama jabatan terbabit. Oleh kerana itu, Prof pun mengadakan jamuan lunch untk minoo dan semua staff2 lab farmakigenomic bersama beberapa pensyarah lain.
saya yang baru masuk ni..? hehe.. malu gakla nak join sebenonya, tapi dah di ajak sama.. so.. rezeki jangan ditolakkan? huhu.. Lunch sempena kejayaan minoo tersebut di sambut di KLGCC..(Kuala Lumpur golf and country club), bukit kiara.. saya pon pertama kali la jejak kaki kat situ.. nampak la padang golf yang beso. (ala2 sawah padi kot).. tak tahu nak makan apa, saya just follow je kawan saya ( zihan dan ern chi ). hehe.. menu: ayam bersalut telur+spagetti+cheese.. (sedap gak) n haha.. lucunya saya order air milo ais jer.. yg lain2 sume mcm order air jus2.. kire ok la tu kan milo ais, sedap gak.. 
cmtula pengalaman hari ke-2 saya kt tempat baru... huhu.. hari2 yang mendatang belum tentu lagi..smoga Allah mudahkan urusan saya dan juga kawan2 saya yng LI kat tempat lain.. rindu la kat kawan2 sume.. isk3..

all the best!~insyaallah..

Sunday, May 9, 2010

Setahun Bersama mu..



salam..

tiba-tiba saja saya ingin coretkan beberapa perkara setelah membaca blog cik permai (merangkap hosmate saya..) sudah setahun berlalu kami tinggal bersama.. dan baru tadi, (maghrib), cik permai sudah berangkat utk pulang ke negeri darul amannya.. pasti sunyi tanpanya. teringat segala kenangan2 bersama. bahkan bukan cik permai sahaja.. malah kesemua ahli hosmate saya.. 

yang pasti, pencarian tempat berteduh yang bermula awal tahun 2009,telah menemukan kami berlima..(hosmate, asiyah, masthurah, kak kinah (cik permai), dan kak syikin).. yang sudah setahun tinggal bersama.. (kecuali : 1/2 tahun- izzati, dan 1/2 tahun- hajar). yang pasti, kesemua susah senang serta kenangan terukir selama setahun itu akan diabadikan dalam memori indah saya. 

setiap pertemuan pasti ada perpisahan. itu pasti! entahla.. tiada ungkapan lain yang pasti disebut setelah berlalunya perpisahan melainkan K.E.N.A.N.G.A.N.. kerana hanya kenangan itu yang pasti akan membuatkan kita tersenyum dan menangis.. tidak dinafi dalam persahabatan akan ada yang terguris dan terhiris hati dan sanubari dek sikap dan tingkah laku kita tanpa disengajakan.. sepanjang hidup bersama, sememangnya sikap bertolak ansur, bermaaf-maafan serta berlapang hati perlu ada bagi mengekalkan persahabatan... jika tidak, pasti saja hubungan akan terus renggang..

setahun itu belum tentu cukup untuk dinikmati kerana ianya terasa amat sekejap.. belum puas untuk menghabiskan waktu-waktu bersama, belum puas untuk bergurau senda, belum puas untuk tersenyum dan sebagainya... entahlah.. pastinya inilah taqdir yang ditentukan Allah.. mungkin dengan sekejapnya masa ini, akan membuatkan kita lebih saling rindu.. hehe.. hmm.. insyaallah..

masih segar dalam ingatan, waktu saya dan asiyah menumpang disebuah bilik seorg sahabat di kolej xx.. hampir 2 minggu kami menumpang.. maklumlah, tak dapat kolej.. kami dah cuba beberapa, malah lebih 3 buah kolej utk mohon, namun hampa, masih tiada penerimaan.. baru terasa betapa susahnya waktu itu.. taqdir Allah lagi, kolej xx itu melakukan serbuan 'ganas' (hehe) ke atas penghuni2 kolej nya, utk check la siapa yang takde permit sah macam kami ni ( menumpang, tapi sebenarnya bukannye nak susahkan, sementara itu kami mmg berusaha, kami sedar, takkan la pihak2 kolej tak paham..kami ni student.. kami ada hak...waktu tu kuliah pon dah start.. huh...mcm luahan perasaan plak )..malang berbau.. memang berbau sebab dah tertulis di azali.. saya telah tertangkap.. terpaksala turun naik pejabat.. yg sedihnya sahabat yang menumpangkan kami pon turut sama..kene bayar denda. 
sedih.. akhirnya, usaha utk tunggu kolej mati begitu sahaja. dah tawar hati.. n alhamdulillah.. Allah bagi rzki, kami dapat rumah sewa di pantai permai.. dan waktu itulah kami mulakan hidup baru.. serumah dgn kak kinah, masthurah dan kak syikin.. waktu itu hanya berlima. tak lama kemudian tmbh 1 lagi.. sem depannye, tolak 1, tmbh 1 lagi iaitu hajar.. kehadiran hajar menambah serikan lagi kehidupan kami berlima.. saya suka hajar, dia seorang adik yang baik dan comel. ;))..ah..semuanya baik2.. saya syg sume.. :'-/..

kenangan:
asiyah: baik, suka bagi nasihat, kdg2 suka buat lawak2,cermat sangat..huh.., rajin puasa, hehe.. study kuat time exam dan lain2..

kak kinah: suka bercerita, lucu dan lawak, strategist,kakak yang baik, banyak tahu hal2 ekonomi dan politik, study smart  hehe..

masthurah: kawan yang comel, meow2.. suka gaduh2 comel ngn kak kinah n asiyah, bila study fokusss.. (takot arr bila tgk. hehe)

kak syiken: pandai bercerita, lawak, lagi2 bila dgn kak kinah.. hehe, pandai masak dan pandai bergaya, tahan lasak

hajar: seperti yang saya nyatakan td, baik, comel, buat org tersenyum, pandai, dan sebagainya..

tak lupa gak izzati: baik, rajin sgt2 study hehe, pemalu.

p/s: pendek kata..korg mmg best!! (^_^)..~

sahabat...

semalam, hanyalah tinggal sebagai kenangan,
dan hari ini kenyataan..
dan esok..Allah lah yang menentukan..
semoga dirahmati Tuhan..

seandainya aku pergi..
usahlah tangisi pemergian ini,
kita pasti kan bertemu lagi,
suatu masa nanti..
hanya pada ALLAH yang Mengetahui..

-abadikan segalanya dalam diari kehidupan kita!-

lastly, semoga tercipta lagi sebuah pertemuan buat kita, mungkin 2 tahun lagi. 5 tahun lagi, 10 tahun lagi.. masa itu, pasti setiap dari kita telah menjadi "seseorang".. hehe.. ya, mungkin seorang yang berjaya dalam kerjayanya, seorang isteri (ngeee~), seorang individu hebat, seorang hamba Allah yang masih terus menyusuri hidup dan lain2.. insyaallah...hanya dgn izin DIA.. 

bunga itu..utk mu..

Ku Harap Cinta

 nafas cinta kota kaherah

di suatu hari yang sunyi,
sengaja lagu2 dipasang utk didengari.
tiba di satu lagu berjudul "ku harap cinta" cuba utk di hayati..
lirik lagunya bersahaja namun terkandung makna tersendiri..
terfikir.. mungkin lagu ini di tuju khas buat isteri atau suami yang sedang bergaduh dan inginkan damai..
mungkin juga buat seorang insan yang sudah lama ternanti cintanya,
umpama luahan seorang kekasih buat insan yang di dambakan
cinta manusia.. 
lagi2 cinta manusia..
ianya tidak dapat dinafi kerana apabila sudah meningkat usia dewasa, fitrah itu terlahir sendirinya.
namun apa yang pasti. ia harus dihargai dengan memilih jalan yang sepatutnya ditempuhi.
diri harus bersedia utk menghadapinya kerana ia adalah amanah yang dipikul saat akad dilafaz.

"Ku harap Cinta." nyanyian nasyid -Knowseeheart (ala2 "nasihat")

ku harap kau cuba memahami
luahan hati ini yang ingin dicintai
ku harap kau dapat menghayati
sentuhan jiwa ini yang ingin di sayangi

tiada balasan, yang ada hanyalah alasan
tiada jawapan, yang ada hanyalah persoalan

di manakah kejujuran
di manakah ketulusan
di manakah keikhlasan
di manakah kejujuran

kerana Tuhan hanya mahukan
kejujuran, keikhlasan..cinta..

+ end +


Wednesday, May 5, 2010

5 mei 2010, Alhamdulillah..akhirnya!

yeayyyy!!

salam.... alhamdulillah!.. alhamdulillah! jam 1.30 ptg td sudah berlalu..
akhirnya.. saya sudah berjaya! eh? hehe..
dah tamat peperiksaan buat terakhir kalinya di UM terchenta.. oh... huhu2..
hari ini, menjawab 2 paper.. jam 8.30 pagi dan jam 11.30 pagi.. tangan terasa penat...alhamdulillah dapat jua habiskan dakwat2 terakhir di atas kertas jawapan!
keputusan peperiksaan pula.. kite berserah je pada Allah.. Smoga Dia beri yang terbaik..
dan..
yang agak gentar.. 10 mei ini.. hehe. takutnya.. saya akan menjalani latihan industri di fakulti perubatan Universiti Malaya.. mudah2an Allah permudahkan perjalanan saya sepanjang praktikal ini.. dan semoga Allah beri saya ketabahan yang berpanjangan.. ameen............

Sekalung dan berkalung2 tahniah kepada mereka2 yang dah hbs exam.. dan kepada yg belum, teruskan perjuangan dan usaha2 terakhir anda! (^^,)..all the best~

Tuesday, May 4, 2010

+ Entri paling 'C.O.M.E.L' + kenangan..

(A)

(B)

(C)

(D)

(E)

(F)

A, B, C, D, E, F... mereka adalah.. K.U.C.I.N.G.. 
kucing2 peliharaan saya.. 
yang Allah kurniakan buat saya sekeluarga..
yang selalu menghibur hati saya..
tapi sayang sekali.. seribu kali sayang..
kucing2 saya di atas adalah sudah tiada lagi.. (ada yang mati , ada yang hilang misteri)..
hanya kenangan2 dan gambar2 menjadi pengubat duka dan rindu saya pada mereka..
kerana mereka suatu masa dahulu pernah menceriakan hidupku.. 
amat sedih bila kehilangan mereka.. 
mereka adalah dari generasi yang pelbagai.. 

A- abu nama diberi. kucing siam bermata biru.. kucing pertama peliharaan saya, sejak saya tingkatan 3 (2002) hinggalah ia pergi pada 2007... (thn 1 di UM)

B- si putih - kucing saya sejak 2003... dan pergi pada 2008.... sedihnye.. 

C- sayid - kucing yang dibela sejak 2007..hingga 2009...

D- Oren... kucing yg saya sayang.. oren.. 2003.. dan pergi pada 11 jan 2010.. sangat sedih..

E- si Belang - kucing belang yang cantik.. 2007-2008.. pergi meninggalkanku.

F- si putih kecil.. kucing yang hanya sempat kurang seminggu bersamanya.. ia adalah anak kepada oren.. lahir pada 4 januari 2010..tetapi mati pada Mac 2010.. 

dan ada banyak lagi2 kucing2.. tapi cume ada gambar di album.. hanya kenangan.. 

dan yang terkini..  hanya 3 ekor saja kucing yang tinggal.. sayang mereka.. :'-(


 si comel.. sangat comel.. jumpe di bawah kereta ayade.. dia mengeow2.. lapar agaknya.. lalu saya ambil bawak balik.(julai 2009). masa tu arwah tokki ada lagi.. (arwah tokki meninggal ogos 2009...)


 ni la kucing super duper senior.. si hitam.. dia ada sejak 2003..(kakak kpd si putih yang besar).. dia sgt setia..duk rumah jer, jalan2 pon sekitar umah.. manja..suka sgt mengeow2..

anak kepada si comel.. hasil drpd oren dan comel..
si hitam kecil ... adiknya si putih kecil itu telah tiada... dia sgt manja dgn maknye.. hmm.. ni la satu2nya waris kucing jantan ... semoga awak cepat besar hitam!! luv u..

+ huhu.. tak salah kan kalo terkenang pada kucing.. saja saya abadikan mereka dalam blog ini.. kerana mereka sudah menjadi sebahagian dalam keluarga kami....becoz we luv cat...+

+my home.... + ( itu mak saya.. :) )