Sunday, December 11, 2011

Jangan Lupa Namaku...

...
semenjak dua tiga menjak ni.. saya sangat suka lagu OST ramadhan terakhir, nyanyian kumpulan Pompa Bensin-Jangan lupa namaku.. 
saya suke lirik die.. entah pada siapa dia tujukan lagu ni.. saya cube kaitkan lagu ni dengan cerita ramadhan terakhir, mybe la sbb anak die sakit barah otak, atau sebab mak die tak tahu yg anak die sebenarnya ialah org gaji die..n etc.. tetapi, satu hari ada kawan saya kata (komen dlm facebook), alangkah indahnya kalau kata2 tu (lirik ni) daripada 'kekasih' kita yg dah lama pergi.. siapa ek.. 
setelah saya fikir.. baru saya tahu.. 
siapa lagi insan yang layak bergelar kekasih sejati untuk kita semua melainkan dia..
dia..insan istimewa, insan pembawa rahmat seluruh alam..Nabi kite, utusan akhir zaman.. Muhammad saw... dan memang lirik lagu pompa bensin ni, agak2 kene juga dengan Nabi dan kita.. :)


Andaikan Rasulullah, Nabi Muhammad saw katakan ini kepada kite:

Walau aku tidak bersamamu
jangan engkau lupakan diriku
walau aku tiada di sisimu 
jangan engkau lupakan namaku..
kerana..
aku mengingatimu..
kerana..
aku mencintaimu...

# kita tahu, Nabi junjungan kite telah lama pergi meninggalkan kita.. hmpir 1430 tahun (Hijrah) yang lalu.. namun, andai saja kite tahu.. sebenarnya Baginda tidak pernah lupa pada kite, sentiasa ingat kite..umat2 nya jauh jauh di akhir zaman ini. Baginda berpesan agar pegang 2 azimat yang paling agung agar kite tak sesat setelah Baginda tinggalkan kita..iaitu azimat Al-Quran dan sunnahnya.. Baginda cintakan kita, Baginda tidak lupa hinggakan pada akhir nafasnya, baginda menyebut ..''Umatku..umatku.."

Andaikan inilah apa yang kita rasa terhadap Rasulullah...:

Andai aku bisa bertemumu
dengan senyum.. ku tadah syukurku,
andai aku..bisa menyentuhmu..
air mata pasti deras gugur..
kerana..
aku merinduimu..
kerana aku sentiasa menyintaimu sepenuh hati...

# kita takkan dapat bertemu dengan Rasulullah di akhir zaman ini.. (melainkan hari kiamat.insyaallah!)..
tetapi andai saja kite mampu bertemu Nabi (macam rancangan Lau kana baina na..-jika Nabi bersama2 di kalangan kita).. apa kite buat?...
ada yg tersenyum  ,,bersyukur tak terkira dapat jumpa Nabi.. atau ada yg menangis..kerana kerinduan yang amat sangat.. andainya kite mampu bersalaman..memegang Nabi.. kerana Nabi juga tahu.. kita umatnya yang akhir ini tidak pernah merasakan kehadirannya di sisi.. 

dan, andaikan jika Rasulullah yang berkata ini

Walau kamu jauh di mataku..
jangan aku hilang dalam kalbu..
saat kamu samar mengingati..
jangan aku.. terus kau lupakan.
kerana... aku mengingatimu..
kerana aku..sentiasa menyayangimu sepenuh hati...

#mungkin kata2 ini sesuai buat kita yang selalu leka dan alpa.. Nabi tahu.. kita jauh dari Nabi.. tetapi Baginda harap kita tidak melupakan ajaran2 Islam.. tidak membuang Nabi dari hati kite.. kerana barangsiapa yang sentiasa ingat Nabi dan berselawat atas Nabi, Allah akan beri kita pahala..dan Allah akan berselawat juga ke atas kite... di saat kita hampir2 lupa kan Nabi..kerana tidak ikut ajaran2 sunnah..lupa kerana keseronokan dunia ini.. ingatlah..Nabi sentiasa ingat kita dan sayang kite... sepatutnya kita malu, manusia yang paling agung di sisi Allah tidak pernah melupakan kita, sedangkan kita insan yg biasa ini selalu lalai...

dan.. 

rangkap terakhir dari lagu ini adalah untuk diri kite kepada Nabi Muhammad sendiri..

Andai aku.. bisa memelukmu..
pasrah aku, tabah di ujimu.. (mungkin ujian keimanan kite.. adakah kite ni pengikut Nabi yg setia atau tak..)
andai aku.. bisa di cintai.. dengan rela menyerahkan hati..
kerana.. 
aku merinduimu..
kerana aku.. 
sentiasa menyintaimu...



wallahualam..
sama2 kite berdoa agar kite tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Nabi di padang mahsyar nanti.. 
ameen ya Rabbal 'alamin..

Friday, December 2, 2011

Berlari Menuju Syurga..


Ismail Qayyum, graduan lulusan Kyoto Universiti dalam bidang kejuruteraan merupakan seorang yang sangat berminat mempelajari ilmu agama daripada murobbi-murobbi Islam ketika beliau menuntut di Jepun. Walaupun masanya sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai presiden persatuan mahasiswa malaysia di jepun, namun ia bukannya menjadi penghalang beliau untuk menghadiri usrah-usrah dan mengetuai program-program pembangunan jiwa rohani sepanjang 4 tahun pengajiannya di sana..Sangat disenangi ramai kerana sifatnya yang tenang, peramah dan tidak sukar menghulur bantuan bagi yang memerlukan.



Proaktif, lincah, lantang bersuara dan pantang di cabar..itulah sebahagian daripada peribadi dan sikap Izuan Zackaria. Pengalaman sedih kehidupan waktu kecil menjadikan dirinya lebih berani dan kadang-kala bersifat pendendam terhadap orang-orang yang pernah menyakitinya di masa lalu. Kerjaya sebagai Pengarah Syarikat  di usia semuda awal 30-an menjadikannya golongan yang berpengaruh dalam bidang perniagaan. 



Hasanah Eisya, gadis berniqab yang separuh mati mempertahankan Islamnya ketika menuntut di Amerika, telah pulang bersama segulung ijazah sarjana setelah hampir 5 tahun di sana dek pelbagai cabaran yang di hadapi demi memperjuangkan haknya. Seringkali di hina sebagai pengganas oleh sebahagian anti-Islam, Eisya tetap bertahan di dorong oleh rakan-rakan dan keluarga dari jauh. Dia kerap menitip semangat itu juga melalui pembacaan dari blog peribadi Ismail Qayyum, graduan Jepun itu. Dalam diam, dia mahu setabahnya kerana masing-masing menuntut jauh di negara orang. 

sekembalinya di tanah air, tanpa di sangka Eisya terlibat dalam satu program motivasi anjuran Proactive Youth Organisation yang di taja oleh syarikat milik Izuan Zackaria, dan pengarah program nya Ismail Qayyum sendiri..

what will happen next?


(-_-)zzz

Friday, November 4, 2011

Happy Aidil Adha 2011 :)



(^____^)


Selamat Menyambut Hari raya Haji/AidilAdha/Qurban

SemoGa Amalan Kalian diterima-Nya

(^^,)v

-Anamusafir87-

Monday, October 24, 2011

Logo HALAL AntaraBangsa



Assalamualaikum wbt, 

I found something knowledgeable  about the Halal Logo International at HalalJakim website (Malaysia). Hence, I would like to share and spread this kind of important information for your attention as Muslim. I hope some of this information will give us guide (in buying product) and increase our common-sense to recognize the halal logos surround us. 


Malaysia Halal Logo ( of course it's look familiar to Malaysian today~ :) )

Australia







Austria



Argentina



Bangladesh 

(one of Hala Logo Bangladesh- Google)


 Belgium



Brazil



Brunei



 China



Chile




Denmark



France

( France Halal Logo- Google)

German



India



Indonesia



Japan



Holland/ Netherland






 New Zealand



Pakistan

 (Pakistan Halal Logo-Google)


Philippines 



Poland



 Singapore



South Africa




Taiwan




Thailand




Turkey
                                                                                                     



United Kingdom (UK, London)




United State (USA)




Vietnam





source: http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf


5:88
And eat of what Allah has provided for you [which is] lawful and good. And fear Allah , in whom you are believers.
Maidah : 88 )
-end-

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Saturday, October 15, 2011

Pembunuhan manusia pertama..


Pembunuhan pada hari ini bukan lagi perkara asing dalam tamadun manusia. Melihat erti pembunuhan dalam sisi negatif adalah sesuatu perbuatan yang terkutuk dan terlaknat. Seringkali perbuatan membunuh itu berlaku atas dorongan dendam dan amarah yang menguasai seseorang. Apabila perasaan itu tidak dapat dibendung, ia akan melahirkan cetusan niat jahat yang memuncak. Pendek kata, "Bunuh saja..habis cerita". Ungkapan ini sangat berbahaya sekiranya terlintas di hati orang2 yang inginkan kemusnahan saudaranya sendiri. Apakah ciri2 negatif ini telah di'genetik'kan oleh manusia terawal kepada tamadun manusia sepanjang abad ini?. Darah 'pembunuh' sudah mengalir dalam diri manusia sejak peristiwa hitam terawal di muka bumi ini..Walaupun begitu setiap perkara yang telah terjadi ada asbab dan hikmah yang tersembunyi. Allah, Tuhan yang Maha Kuasa tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..  Menyelusuri secara am kisah pembunuhan terawal tamadun manusia telah pun dinukilkan didalam al-Quran. 

Menyingkap firman Allah di dalam surah al Maidah, ayat 27 hingga 30 yang bermaksud..

                                             ......................................


Dan ceritakanlah (Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah kedua Putera Adam a.s, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka (qurban) salah seorang dari mereka berdua (Habil) di terima dan dari yang lain (Qabil) tidak diterima. 

Dia (Qabil) berkata, "Sungguh, aku pasti membunuhmu!"

Dia (Habil) berkata, "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertaqwa. Sungguh, jika engkau menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Sesungguhnya aku ingin engkau kembali dengan membawa dosa ku (dosa kerana membunuh) dan dosamu sendiri, maka engkau akan jadi penghuni neraka, dan itulah balasan bagi orang yang zalim"

Maka nafsu (Qabil) mendorongnya membunuh saudaranya, kemudia dia pun benar2 membunuhnya, maka jadilah dia termasuk golongan yang rugi.

Kemudian Allah mengutus seekor burung gagak menggali tanah untuk diperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. 

Qabil berkata, "Oh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal..

                                            ........................................

Berdasarkan ayat-ayat Quran di atas, kita boleh melihat dan mengambil pengajaran daripada kisah benar ini. 

1- Allah swt hanya menerima amalan hamba2Nya yang bertaqwa. Taqwa menjadikan seorang hamba itu bersungguh2 dan ikhlas dalam melakukan kebaikan. Ia tidak mengharapkan ganjaran manusia melainkan hanya dari Allah semata-mata. 

2- Perasaan dendam dan dengki boleh wujud jika tidak senang melihat nikmat orang lain melebihi diri sendiri. Perasaan negatif ini sudah tentu menjadi hasutan syaitan yang selalu membisik niat2 jahat  dalam hati anak2 Adam.

3- dalam kisah ini, Habil tidak sedikit pun menaruh dendam kepada saudaranya Qabil, walaupun dia tahu Qabil berdendam dan berniat jahat untuk membunuh, bahkan Habil mengingatkan Qabil akan azab neraka sekiranya pembunuhan itu di lakukan..Orang2 soleh tidak menginginkan kemusnahan saudaranya sendiri dan sentiasa menasihati dan memperingatkan tentang azab Allah di atas perbuatan yang buruk.

4-Orang2 yang membuat kezaliman adalah orang yang rugi kerana dosa kezaliman yang ditanggungnya akan mengakibatkan dia tergolong sebagai ahli neraka. Sekiranya mereka menyesal dan bertaubat, maka keampunan Allah itu sentiasa terbuka buat hambaNya..

5- antara hikmah peristiwa ini, Allah mengajarkan kepada manusia bahawa setiap manusia yang mati wajib di kebumikan melalui perlakuan burung gagak tadi..

wallahualam..ada banyak lagi pengajaran2 yang boleh difikirkan bersama. Sekadar perkongsian ringkas, semoga dapat memberi manfaat kepada umat sejagat.

untuk membaca lebih lanjut kisah Qabil dan Habil, boleh klik di sini : Pembunuhan Habil-Qabil

Last but not least, hentikanlah pembunuhan-pembunuhan kejam yang banyak berlaku dewasa ini. Rasanya tidak tercapai akal, mangapa manusia sanggup berbuat zalim kepada manusia lain. Bukan setakat bunuh biasa2.. bunuh bakar, bunuh kerat-kerat anggota, seksa-bunuh, bunuh campak dari bangunan dan etc etc.. Nauzubillah.. Sedangkan dalam kisah di atas tadi, Qabil menyesal di atas perbuatannya, bagaimana pula dengan masyarakat zaman sekarang? Semoga dengan rahmat Allah, keinsafan itu datang dalam setiap jiwa yang bernafas di bumi Allah ini.. amin..