Wednesday, June 17, 2009

AL-FATIHAH BUAT PEJUANG ISLAM..FATHI YAKAN...



Dahulu, dunia dikejutkan dengan suatu kebangkitan pemuda Islam melangkah jauh membawa panji dakwah dan tarbiah, dan seorang murabbi mereka melangkah gagah seiring jalan.
Kini, dunia dikejutkan dengan suatu kesedihan pejuang dakwah yang tersentak pedih dan hiba, apabila seorang murabbi mereka 'rebah' kaku memulakan suatu perjalanan baru...
Al-Syaikh Fathi Yakan, kembali menemui Tuhan Penciptanya, pada 13 Jun 2009. Insya Allah, kini beliau sedang menikmati hasil daripada usahanya dalam menyampaikan dakwah kepada umat Islam melalui lidah dan penanya dan penanya lebih banyak bergerak ke suluruh pelusuk dunia berbanding lidah dan batang tubuhnya.
Moga Allah merahmatinya, beliau telah mengajar kita bagaimanakah sepatutnya pegangan kita kepada Islam secara perbuatan, bukan hanya kata-kata dan beliau telah melihatkan kepada kita jalan dakwah itu penuh ranjau dan duri, mustahil bersamanya bungaan mawar.
Jalan dakwahnya, contoh yang diikuti...

Tuesday, May 12, 2009

faith~



yakinlah kepada Allah dalam setiap perkara..
yakin dan percaya serta beriman.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan terbagus untuk kita...
~

Monday, May 4, 2009

Allah melaknatmu jika...


ALLAH sebagai saksi! Tidak dapat dibayangkan betapa bimbangnya kami terhadap diri mereka kerana akan mendapat seksaan Allah.. kami begitu ingin menyelamatkan kamu semua dari segala bahaya baik dunia dan akhirat. Inilah kewajipan seorang muslim kepada saudara seagamanya yang muslim.
Antara bahaya yang bakal berlaku kepada wanita yang tidak memakai tudung adalah seperti yang digambarkan oleh Nabi s.a.w:

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. menurut al-Haitsami di dalam majma’ al-Zawaaid: Rijal (perawi-perawi) hadith riwayat Ahmad semuanya sahih.


albonggolul unte~

Wahai kaum wanita yang tidak bertudung! Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan laknat? Laknat ertinya dijauhkan dari mendapat rahmat Allah. Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kaum muslimin melaknat jenis wanita yang disebutkan, iaitu wanita yang memakai pakaian tetapi tidak memenuhi cara menutup aurat yang disyarakkan. Dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 2128.

Dalam hadith ini terdapat beberapa sifat terperinci mengenai golongan wanita yang akan muncul itu. Antaranya:
1) memakai pakaian tetapi apabila dilihat orang seolah-olah tidak berpakaian kerana mendedahkan sebahagian tubuhnya yang lain hingga membangkitkan syahwat kaum lelaki seperti paha, lengan, rambut, dada dan sebagainya. Malah dia juga memakai pakaian yang nipis atau ketat hingga menampakkan bentuk badan. Inilah yang dikatakan berpakaian tetapi bertelanjang….

2) mereka berjalan sambil melenggang. Malah goyangan punggung dan dadanya membangkitkan syahwat lelaki.. nauzubillah…

3) kepalanya kelihatan lebih tinggi kerana dihias dengan pelbagai cara bersolek masa kini dengan memakai bulu-bulu atau rambut palsu. Kerana itu Nabi mengumpamakan seperti bonggol unta.

hadith di atas juga menjelaskan hakikat golongn wanita yang tidak akan memasuki syurga bahkan tidak mencium bau syurga. Padahal rahmat Allah meliputi seluruh isi kandungan langit dan bumi.

Oleh itu, kami lakukan semua ini bertujuan agar kamu semua mendapat kebaikan. Semoga Allah mengisi hati-hati dengan cahayaNya yang tidak pernah padam hingga kamu menang dalam pertarungan dengan syaitan jin dan manusia. Seterusnya, kamu berjaya melepaskan ikatan dan membebaskan diri kamu dari belenggu hawa nafsu, menuju alam kebebasan, kemuliaan, kehormatan,ketenangan dan kesucian..:)

Tuesday, April 28, 2009

MEMBENCI DUNIA YANG SONGSANG..

saat dunia yang kini menghampiri zaman akhirnya, pelbagai nista-nista dosa yang berlaku setiap hari. benci! benci! benci!... umat islam kini yang terleka dan dibuat ayunan dunia caturan kafirin, seolah-olah berada pada zon selesa.. tidak memikirkan keadaan ummat yang semakin hari semakin tenat!!..

umat islam masa kini terperangkap dengan jaring-jaring pukat yang dipasang yahudi laknatullah. hiburan melampau, pergaulan bebas, seks, berpacaran, berlambak sana sini bagaikan pasar lambak!! bersepah!! orang-orang yang belajaq agama pun hampeh!! 2 kali 10 dengan yang tidak belajar agama... hancusss.. apabila melihatkan anak muda mudi yang sangat sangat jauh terpesong dari landasan islam yang murni..

mereka bagaikan disuntik dos dadah yang membuatkan khayal dan lupa diri, lupa keluarga, lupa saudara, malah lebih teruk lagi, lupa Tuhan!! sanggup membuat apa sahaja menurut hawa nafsu persetan mereka..!! golongan-golongan remajawan agama pulak sangat takut untuk bergaul dan memberi tunjuk ajar serta nasihat pada golongan rosak seperti itu. kononnnya takut diri tercemar dan menunjuk wara' agar tidak terpengaruh.. tapi sama-sama hampeh apabila ada juga di kalangan golongan yang tunjuk thiqah itu turut terlibat dalam perkara-perkara maksiat harian yang mungkin disedari ataupun tidak..

hendak salahkan siapa?? yahudi?? israel?? yang memang selalu merancang dan merancang hendak memusnahkan dan menjauhkan ummat islam dari ajaran islam??? atau hendak salahkan pimpinan yang bangang kerana tidak pandai menjaga rakyatnya agar sentiasa berada dalam jalan islam? atau hendak salahkan diri yang bodoh kerana mudah terikut-ikut dengan jalan-jalan dosa yang terbentang luas? atau hendak salahkan iman yang nipis, tipis, dan yang mudah bergoyah dengan alasan "iman kan turun naik...standard la" ?? hendak salahkan siapa??!!! hendak salahkan siapa semua unsur-unsur negatif yang laknat tersebut meresap dalam jiwa ummat islam???

tunding menuding jari pada saat ummat islam kini tidak berguna lagi.. lihatlah kerosakan demi kerosakan.. hatta orang-orang yang belajar agama sekalipun duduk berdua-duaan, berpacaran, berdatingan, tidak melihatkan imej agama..malu!! buat malu sahaja!!! dengan bidang pekerjaan dan pembelajaran di universiti yang bercampur gaul lelaki dan perempuan, dengan pendedahan aurat wanita dari segenap usia, apa lagi yang tinggal unsur kebaikan dalam diri ummat islam?? setiap hari di akhbar2, di media2.. sering menjamu kita dengan hidangan kemaksiatan!! apatah lagi teknologi di hujung jari, dengan mudah melayari sarang-sarang noda.. apalagi kadar iman yang tinggal dalam jiwa-jiwa ummat islam...

sedarkah?? bukan masanya menyalahkan sesama sendiri, tetapi berbincang menangani masalah yang ada.. masalah ummat, masalah keluarga, masalah diri, masalah hati, masalah akidah, masalah , masalah dan masalah.. pendidikan agama yang berterusan mengikat hati-hati agar sentiasa mengingatiNya, lambakan kuliah-kuliah ilmu memberi suntikan renew iman dalam hati, bersabar dalam menghadapi maksiat, kadang jiwa itu sadar imannya lemah, namun berusaha untuk menguatkannya. rasanya berlambak sangat program-program yang membantu membinding semula keterikatan hati pada Tuhan sekalian alam..

tetapi berapa ramai yang mahu ikut?? berapa kerat?? golongan-golongan bodoh sombong di sana tidak memandang langsung!! peduli apa mereka dengan program-program ketuhanan lantaran terlalu asyik dengan lautan kemaksiatan.. cabaran! cabaran bagi golongan-golongan pendakwah untuk menyusun startegi mendekati dan menarik mereka-meraka yang jahil ini ke jalan kebenaran.. Sesungguhnya hanya Allah memberi hidayah...

menangisi zaman akhir ini.. menangisi ummat yang dahulunya izzah dengan tamadun yang tinggi, akhlak terpuji kini menjadi buih-buih lautan yang mudah pecah..
menangisi pemergian ulamak-ulamak yang syahid di medan juang.. menangisi mereka yang banyak berkorban untuk agama tetapi ummat islam kebanyakkan tidak menghargai.. malah berlabel sebagai terrorist, alat israel, jumud, ahli sesat...
menangisi dan geram pada pihak-pihak yang bodoh dan anti-Islam, pihak-pihak yang sentiasa sahaja menyekat dan membantutkan dakwah islam, tidak sedar yang mereka juga beragama islam, memang golongan yang tidak cerdik..
bila sahaja istilah bodoh dan bangang itu mereka tidak mahu terima kerana menganggap diri bijak pandai belaka.. kalau sudah nasihat lembut dan penuh berhikmah pun tidak mahu terima, terpaksalah guna pendekatan yang kasar untuk menghantuk kepala agar mereka sedar!

hanya titipan warkah melampiaskan keserabutan akal, di mana lagi keizzahan ummat masa kini..
tidak terlihat akibat banyaknya awan hitam yang menyelaputi..
wahai golongan yahudi zionis freemansonry laknatullahi abadan!!! ketawalah!! bergembiralah!! berpestalah kerana kau berjaya menyesatkan ummat Islam, berjaya memimpin sosok tubuh dan jiwa saudara-saudaraku ke dalam ideologi sesatmu dan berjaya menjatuhkan keizzahan islam 1924..dan berjaya menghentam palestin habis-habisan..berjaya..dan berjaya mcm2.. tapi ingat.. saat tibanya hari perhitungan, tunggulah di saat penyesalan yang amat sangat!!

walaubagaimana teruk pon keadaan ummat hari ini.. benih-benih Islam sejati tetap akan tumbuh dalam diri orang-orang suci.. doa-doa murni tulus sentiasa terucap di bibir-bibir hamba sejati.. air-air keinsafan akan tetap mengalir dalam jiwa yang dikotori.. dakwah-dakwah islam akan tetap bergerak di celah-celah biah jahiliah.. dan Allah itu akan tetap bersama.. kerana .. memang dunia ini di jadikan SYURGA bagi golongan KAFIR.. tetapi penjara dan medan cubaan bagi jiwa-jiwa muslim...

"ya ALLAH.. diri ini memohon ya Allah.. sesungguhnya aku juga termasuk dikalangan yang zalim..zalim terhadap diri... maafkanlah aku, ampunilah aku, bimbinglah aku, ahli keluargaku, rakan-rakanku, jiran-jiranku, serta orang-orang yang bersama dengan ku.."

sumber daripada : " al aqlu wa nazr min qalb wa fuad fi hazihi zaman, fikrah kesedaran, april 2009"

Monday, April 27, 2009

Setiap detik..

~Detik ini~...

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Allah

Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup

Tapi malangnya dicelah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah taala
Tuhan yang mencipta engkau

Dengan engkau membuat dosa dan meningalkan perintahNya
Selagi engkau hidup di waktu perlu makan,

Tuhan masih lagi memberi engkau makan
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat

Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan
Tuhan yang yang engkau makan

Di waktu engkau sakit kemudian Allah sembuhkan
Maka badan engkau sihat semula dan segar bugar

Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun

Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Allah
Di waktu engkau hendak berhibur
diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata

Di waktu engkau keletihan Tuhan tidurkan engkau
untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan

Selepas tidur badan engkau segar dan bertenaga semula
Tapi setelah engkau dapat tenaga engkau membuat dosa dan noda

Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan
Begitulah sepanjang hidup harian engkau

Allah taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepadaNya

Apakah engkau tidak malu kepada Allah?
Mengapa engkau tidak berfikir satu masa nanti engkau akan menemuiNya

Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?

Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?

Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau...

sumber- emailku~