Sunday, October 28, 2012

Pilihlah Pasangan Hidupmu!

gambar hiasan (al-fadil ustaz don & isteri)


Pilihlah pasangan yang baik untuk anak-anak kamu!

duhai muslimin dan muslimat..

  • ketika di zaman kanak-kanak, pilihlah institusi (sekolah) yang menitik beratkan soal 2 dunia! (iaitu hal ukhrawi dan duniawi)


  • ketika di zaman remaja, pilihlah sahabat-sahabat  handai yang mempunyai hala tuju yang sama dengan mu dan tergolong dalam Islam! (iaitu yang tujuan hidup berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah)


  • ketika di menara gading, pilihlah dan sertailah persatuan yang bermatlamatkan Al-Quran dan hadith! dan jalannya yang tidak terpesong ( iaitu masa mu digunakan untuk menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk sekeliling)


  • ketika di alam pekerjaanmu, pilihlah kerjaya yang membolehkan engkau menyampaikan risalah Tuhan (iaitu pekerjaan yang boleh menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran)

  • ketika hendak mendirikan rumahtangga, pilihlah pasanganmu yang hatinya berpada Allah (iaitu yang meletakkan Allah pada segala-galanuya)..


  • dengan demikian.. seluruh solatmu, ibadahmu, hidupmu dan matimu adalah menuju keredhaan Allah semata-mata...


insyaallah..


inspirasi daripada: Dr. Zakir Naik

Monday, October 15, 2012

Hotel Taman Puteri...:) (Puteri Garden)






sempena selesainye tugas kami guru2 yg terlibat dalam mahrajan j-QAF peringkat negeri selangor 6 Okt lalu.. Guru Besar kami, Encik Zabidin telah belanja kitaorg makan kat sini!...sungguh terharuuu... Alhamdulillah dan terima kasih Cikgu! 

p/s: laporan masih dalam proses... 

Saturday, October 13, 2012

..::Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri::...

Mahrajan?
Mahrajan?
ape ke benda nye "Mahrajan"..
mula-mula dengar "mahrajan"mcm dengar bahasa zimbabwe jer.. rupe2nye bahasa arab, mufrodat kepada ihtifal..ha.ha. :) Kalau sek.men dulu, org panggil Amal Islami.. sekarang lain dahh..

Jadi, untuk Mahrajan j-QAF peringkat negeri SELANGOR kali ni telah di jalankan di Sek. Agama Men. Hisamudin Kg. Jawa pada 6 Oktober 2012, Sabtu lalu. Banyak Sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk la sekolah kite. Sekolah kitorg jadi AJK Fotografi dan Dokumentasi. So, tugas kitorang mcm pihak media la.. hehe.. ambik2 gambar, video dan buat laporan.

#Sebenarnya, kite penah bersekolah kat Samth.. paling x leh lupe, kedudukan asrama perempuan dulu betul2 depan kubur..huhu. buka2 tingkap dorm je, nampak kubur seberang jalan.. insaf2. Sekarang mcm dah lain je   sekolah ni..dah bnyk sgt pembaharuan.. Yela, duduk Samth cume 3 minggu jer (2000) dan lepas tu masuk SamBest 2000-2004;)

Antara acara yg dipertandingkan dalam Mahrajan ini ialah:

- Tilawah Lelaki
-Tilawah Perempuan
-Kuiz
-Kalam Jamaie a.k.a Choral Speaking

Sekolah kitorg dapat hantar 2 org murid untuk pertandingan Kuiz.. alhamdulillah ada gak wakil, walaupun x menang .it's ok la, dah cube kan~

Secara Keseluruhannye, Daerah yang menang untuk Mahrajan peringkat Negeri Selangor adalah Daerah Klang! huhu.. thniah2..

#one more thing, masa kat Samth tu, kite ada jumpe 'seseorg' yang mcm penah kenal sgt dulu2.. tp nape ntah mcm x ingat n x pasti betul ke org tu.. org tu ada pndang kite tapi sekilas pndang jer,.. hmm... n masa majlis penutup..org tu jadi  Pengacara Majlis .. :)

sapa eh.. dok pikir2... dah ingat nama..tp mcm xpecaya.. rupe2nye..bila tgk balik video.. memang sah la. beliau adalah Ustazah kite dulu kat Sekolah Rendah. hee.. SKBK.. patutla kenal. tp skrg ustazah tu, (murid2 sekolah dulu panggil Ibu Hawa,) mengajar kat sek.men ..

Last but not least, untuk mahrajan ni, terima kasih banyak2 kepada Cikgu Zabidin (guru besar yg sgt dedikasi! :) )Cikgu Mazhaniza dan guru2 j-QAF Kak Ila, Kak Tini, Kak Ita, Kak Ina, Ust Azman, Ust Yasri, Kak Norrima yg bnyk tunjuk ajar n nasihat! =) dan thanks juga kat teman seangkatan-guru pelatih j-QAF merangkap Housemate Kak Umi & Aishah.. jasamu ku kenang,,hehe :) walaupun penat waktu tu, kitorg enjoy! ;P... n di gelar wartawan Al-Hijrah oleh Ostaz2 kat sana sebab kitorg pakai baju koprat sekolah.. haha.

Sekilas Gambar~~

 antara krew2 "al-hijrah" yang terlibat :P

hani & muhaimin, peserta Kuiz skolah kami :)

 2 org jurugambar di import khas~ :P

 kalam jamaie~~~~

 ha.. ni la ustazah kite dulu.. ustzh awe @ ibu awe/hawa
(makin cantik la skrg: ^^, hee.. )

penyampaian hadiah- :)

Wednesday, August 29, 2012

Syawal & 31 OGOS 2012..

kasut-kasut manusia pada hari raya pertama..

Assalamualaikum..

sedar tak sedar..kita dah pun berada di bulan syawal 1433 hijrah. 11 hari dah kite berada di bulan syawal ni. Setelah seminggu bercuti di kampung, tibe lah masanya saya memulakan tugas seperti biasa di sekolah.. haih.. mood "home sweet home" belum hilang lagi.. tapi tak pe, hari jumaat ni cuti Merdeka pulak, so...confirm la balik rumah ! :-p.. insyaallah.

Sebulan puasa di bulan ramadhan, rasanya macam sekejap je.. Seolah-olah masa kini amat pantas berlari.. dan sekarang dah masuk bulan ogos.. tak lama lagi berakhirlah tahun 2012 ni kan?..

okla, about raya tahun nie, bagi saya persiapan raya kali ni biasa-biasa. Kuih raya just beli jer, tak de yang home made. Saudara mara pon ramai yang balik to another kampung pada hari raya pertama, so tinggal my family dan family moksu je pada pagi raya hari tu. kitorang beraya kat rumah toklang.. Just nice je la.. meriah la juga.. selain tu, ramai juga saudara mara toklang yang datang menziarah.. 

Petang tu pulak, saudara mara sebelah ayah datang.. ramai sangat, dekat 5-6 kereta kot.. :-p.. rendang daging, ketupat dan sayur lodeh semuanya licin habes.. haha.. dahsyat2.. apapun seronok la dah habis..nanti tak de la susah nak panas kan jer @ basi... hee.. 

last but not least..

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN la ye.. kepada sape2 yang ada terbaca post ni.. huhu.. (ade ke? :-p)

dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN- NATIONAL DAY-MERDEKA (YeaY!) PADA 31 OGOS 2012 NANTI.. 


merdeka! merdeka! merdeka! 

merdeka itu bukan sekadar bebas dari penjajah, 

merdeka itu bukan sekadar pertahan tanah pusaka, 

merdekakan lah jiwa dan mindamu dari doktrin-doktrin songsang, 

merdekakan lah dirimu dari budaya asing yang meracun, 

kerana merdeka itu lebih berharga agar terlahirlah rakyat yang benar-benar faham erti merdeka, bukan hanya pandai melaung lafaz Merdeka. Letakkan Islam dalam laungan merdekamu agar ia kekal aman... 

 KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR.. tata~

Wednesday, August 15, 2012

Yang Pergi..Yang Datang

Ramadhan akan melabuhkan tirai..

Syawal bakal menyusul..

seribu kenangan syahdu..

kan tersemat dalam hati..


Semoga berjumpa lagi..bulan yg penuh kemuliaan..