Friday, July 5, 2013

Dr. Morsi: Wahai Mesir, Kamu Puas Hati Sekarang?

      

      Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

            Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

            Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

            Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

            Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

            Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

            Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

            Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

            Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

            Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

            Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

            Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi,  dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

            Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!













artikel ini diambil daripada : Ibnurijal.blogspot.com

#gambar2 daripada: facebook

Thursday, June 27, 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2013


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA
2013

AKAN MENGEGARKAN JIWA ANDA 

DI P.W.T.C, KUALA LUMPUR

PADA 29 JUN INI...

SAKSIKAN DENGAN PENUH KEIMANAN..

WASSALAM


SALAM MENUJU RAMADHAN... 

Sunday, June 23, 2013

Ady Putra..melamar aku? What the paradise..




entah macam mana sejak beberapa bulan lalu, saya tersuka dan terjatuh hati pulak menonton drama slot akasia yang disiarkan kat tv3 tu tu.. 
ini semua gara2 pengaruh rakan sebaya yang suka tengok cerita tu.. kang dah jadi addicted plak... 

setia ke hujung nyawa, sedetik cinta.. 
#( rindu abu dhabi x tengok..sbb mcm x best.. masa tu kire dah taubat la x nak tgk slot akasia.. dahla maghrib2..adoiii).. 

tp bila keluar yg baru ni, teduhan kasih.. alahai macam best la pulak.. dah layan balik.. 

beberapa minggu lepas, saya pon pergi la mencari novel teduhan kasih kat kedai MPH.. cari punye cari,  tak jumpe.. rupe2nya dah habis stok, terus tak jadi nak cari dah lepas tuu.. tengok kat Tv jer la.. tapi dah agak, mesti last sekali happy ending punye.. 



.........................................................................................................................................

pada suatu malam, terjumpe plak dengan pelakon utama teduhan Kasih tu.. --> Ady Putra.. 
ade ke patut dia ajak saya jadi heroin dalam drama tu,? berlakon? ...

 atau.. 

betul2 ajak kawin mcm cerita teduhan kasih tu.. 

kemudian, saya pun ke rumah beliau yang mcm banglo tu... then, time tu plak.. tiba2 nak solat subuh jap dalam rumah tu.. tercari2 mana la ruangan yang sesuai.. dah lepas je solat kat situ, terdengar plak desas-desus yg family beliau x berapa suka org yg agama2 ni,.. (means.org yg solat?..biaq betul)..

sampai hati.. jadi, lebih baik CANCEL je terima lamaran beliau tu..


tibe2..


Eh.. terbangun dah..


ceh.. Rupe-rupenye hanyalah mimpi aku semata-mata.. ingatkan betul-betul la..hoho..

tula, asyik tengok drama teduhan kasih.. kan dah bawak sampai ke mimpi..


>_<... 

apa2pon, cerita tu ada juga la yg side positifnye.. paling x suke mak tiri effa, kaklong dan si ayu tu.. geram betul bila tengok.. kadang tu terpikir gak, ade ke orang mcm tu kat Malaysia ni.. hasad dengki, dendam yang tak berkesudahan.. nauzubillah.. moga2 tak tergolong la dalam kelompok2 mcm tu..

yang si ady putra a.k.a ehsan tu, baik tu memang baik.. tapi sayang, nilai2 agama sangatlah rapuh.. tak solat, clubbing, minum arak..dendam gak dengan mak die.. tu semua sebab dari kecik dia terbiar.. family tak jaga dia elok2.. 

effah tu memang baik..solat.. dan baik la sangat sampai org pijak kepala dia, kene maki hamun pon layan kan jer... tapi lama kelamaan dia dah mula tabah dan berani tepis semua2 tu.. cume.. dia belum terbuka hati nak tutup aurat dengan sempurna.. Opps.. jangan lupe.. solat itu wajib. dan tutup aurat pon wajib. Walau seseorang tu baik mcm mana pon.. kalau tak tutup aurat, sayang la.. kan lebih baik dia tutup aurat sepertimana dia solat kan.. tutup aurat itu bukan kompromi ok :) 


satu je yang pelik.. si ayu tu sepatutnye jadi la cerdik sikit kalau nak kenekan effah tu.. hehe.. 
kan dah dapat tahu yg effah duduk satu rumah dengan ehsan, kenapala tak report pegawai agama jer.. 
biar malu effah tu..kan? .. tapi si syu takkan buat, sbb kalau dia buat mcm tu, sah2 lah effah dan ehsan kene kawin sedangkan ayu tak nak diorg kawin..


hurm.. lagi satu............ sangat la TIDAK PATUT bila effah duduk serumah dengan EHsan walaupun ada Makcik tu.. hurm.. kan dah kire duduk satu bumbung.. kalau kat alam realiti, memang dah lama la kene tangkap dengan pengawai agama..

apa2pun.. cerita je.. hanya rekaan.. tp x mustahil ada gak kisah2 yg ala2 mcm teduhan kasih kat dunia ni..


sekian.. 


:P


Ambil yeng Jernih
Buang yg Jerebu.. a.k.a Keruh..


jaga kesihatan di musim jerebu ni.. 

Wednesday, June 19, 2013

Setelah Kesekian Lama..

Assalamua'alaikum... 

setelah sekian lama..
masa itu berlalu juga akhirnya
menyimpan pelbagai suka dan duka
mengharungi ranjau sebagai seorang baru
dalam mendidik generasi Z...


Alhamdulillah..
setahun setengah sudah pun berlalu, dalam menjalani kehidupan berstatus guru praktikum di S.K Telok Gadong..
9 Jun 2013, tarikh akhir di institut perguruan,
mengharungi kelas, assignment, praktikum, peperiksaan..
dan kini menunggu rezeki penempatan posting..

semoga semuanya berjalan lancar..
insyaallah..


                                  hadiah hari guru dari SKTG :) #kenangan#


kawan yang membantu dalam senang dan susah#kenangan# sama2 sebagai guru praktikum :')


 murid tahun 1 buat persembahan#kenangan# >_<


 rakan-rakan sekels IPIK Q3.2 :)#kenangan# opps..3 org jejaka tak de dalam gambar ^^,


suasana dewan peperiksaan..IP-PAI#kenangan# ^o^




masa darjah 1: nak jadi pramugari (kononnye..haaha)
sekolah menengah: nak jadi doktor.. (pergh)
universiti: nak jadi apa nth, saintis (ala-ala saintis,,dah rasa 1 tahun lebih)
then.. be a teacher.. (best kot)

^__^ 

Tuesday, January 8, 2013