Tuesday, July 1, 2014

Ingin Jatuh Cinta.. wah xD

Cinta Musang dan Tupai...



Cinta Rusa dan musang..


Cinta Dolphin dan Kucing..

dan yang terakhir..

2 bentuk cincin yang menyatukan 2 jiwa..
ini memang special..
boleh membawa sakinah, mawaddah dan rahmah
hingga ke jannah
insyaallah..amin
waiting for the choosen one












New Baby Born- a nephew -

alhamdulillah!

bile?

13 jun yang lalu la.. :->

nama baby : Wan Mohd Adam! cutenye, cutenye...

kenapa nama adam? :- > sebab.. 
sebab..

sebab kakak ipar saya suka nama adam. :) 


ibu tengah dukung baby adam.. tapi..nape ibu buat muke camtu? confius2
:->



...haiii..... 

Saya dan Ramadhan...

bagus jemaah kucing ni.. iftar sama2.. :-p

Assalamualaikum blog!

pejam mata, bukak mata, pejam mata, bukak mata.. dah 2 hari kite berpuasa... tahun ini kite berpuasa di negeri selatan, johor.. negeri kedua berjauhan dengan keluarga. dulu sekitar 2005-2006 berpuasa kat kelantan.

awal ramadhan tahun ni, iam do it alone.. sebab housemates balik kampung.. ( 4 hari cuti), so tinggallah saya keseorang di sini sehingga ahad 1 ramadhan.. bukan tak nak balik.. tapi ter'miss' peluang nak balik kampung.. aih.... 4 hari dok sorang.. not a big deal la.. just Ok je.

Hari sabtu maghrib 28 Jun tu dah start 1 ramadhan... malam tu kite sorang2 la solat terawikh kat rumah je.. surau dekat je.. tapi dah tinggal sorang, tak berani pulak la nak keluar malam...

hari pertama bersahur, 29 Jun,  makan roti coklat je dan air sejuk... huh.. what a simple dish.. 10 minit lepas sahur, azan subuh pun berkumandangg... then, petang tu, dalam pukul 6, masak nasi lemak yang tak berapa nak lemak pon.. ( sebab takde santan, cume taruk sikit minyak masak je..ceh.. tak rasa pon lemaknye.. haha) timun takde...ganti dengan sayur kacang panjang, sambal bilis, telur rebus..., pahtu masak bihun goreng plak... wa.. banyak plak den masak ni..  masak dari jam 6 petang sampai la lagi kire2 20 minit nak azan... 

Air pulak, air kopi ais secawan dan air sejuk bercawan-cawan.. dahaga!.. musim el nino kan.. musim panas..so air tu memang kene minum banyak... seperti biasa.. masak bagai nak rak, tapi tak habis pon... yang lebih tu makan lepas terawikh dan buat sahur ..

tengah2 berbuka sorang2 tu... housemate pon balik... ( sorg lagi x balik lagi.. CRK katanye).. 
malam ke-2 terawikh pon alone juge... huhu.. 

ah.. menyesal plak tak balik kampung awal ramadhan tu...~... 

oh ye! petang sebelum buka tu, lebih kurang jam 4.18 ptg.. i got a call from someone.. pegh.. terharula juge cuz dia masih ingat lagi kat kite ni.... haha... sape dia?-rahsie la..-

malam tu plak.. bergayut tepon aishah, member praktikum kat telok gadong dulu, ..sangat rindu kat die... lama kitorg borak..haha..mcm2... aishah posting kat sarawak.. jauh nye la.. rindu la kat die.. bile la dpt jumpe die.. 

...


hari kedua puasa.. SEKOLAH!!! hari isnin.. wah.. tak boleh la nak marah2 budak sgt.. nnti sakit tekak.. so hari ni kat skolah jadi baik je. hehe... 

lepas habis sekolah ... terus singgah pos office.. dalam jam 1.30.. niat di hati nak settlekan bil. tapi.. mak aiii.. panjang ye la kene beratur.. lama betul.. mcm fed up la.. tgk jam hampir jam 2... ape lagi.. balik je la .. malas nak tunggu lama.. 

sampai rumah.. keletihan.. call ibu, selepas call..penat..ngntuk.. tertidur....


sedar2... oh no.. dah pukul 4.34 petang! tak solat zohor lagiii.. aiseyy.. terlajak tdo... tup2.. azan asar dah.... terpakse la qodo zohor dulu, then solat asar plak... lepas asar, rehat jap.. dok pikir2... nak makan ape.. patut kah nak beli KFC hari ni? cuz hari ni ada hal nak settle pasal lesen moto-kereta.. dah lulus dua2..just nak combinekan lesen...

niat di hati kalau lulus kereta nak belanja cikgu tu KFC.. so.. petang td gak..5.30.. naik motor pi bukit pasir, beli KFC... 1 for his family and of coz la 1 dinner plate for me utk berbuka.....

so... hari ni.. kite berbuka dgn KFC dinner plate spicy !  sedap, kenyang. dan habis sebungkus air soya yang sejuk, beli kat pasar ramadhan selepas hantar kfc dan lesen kat cikgu tu. oh bukan.. kat isteri kepada cikgu memandu  tu. hee.. 


ok. 

dah habis coret2 hari ini. 

jap lagi tdo. zz

esok skolah.

hari ke-3 

puasa :)

bye2 blog.



RAMADHAN KARIM!

Monday, June 2, 2014

Lulus!

alhamdulillah.. 28 mei 2014- hari rabu..


setelah sekian  lama belajar...



akhirnya lulus juga lesen P kereta!

and i done well. no repeat,


:-> syukur...

Monday, March 31, 2014

Contoh Kertas Kerja Kem Bestari Solat (KBS)




Contoh Kertas Kerja Kem Bestari Solat (KBS) 2013.


KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 1, 2 & 3 (SIRI I)
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR BERGEMA
TAHUN 2013/1434 H

  1. PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat, maka pihak JAPIM telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Telok Gadong  telah mengambil inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. 
Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.

  1. OBJEKTIF
2.1  Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.
2.2  Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan solat dengan betul.
2.3  Menyuburkan kembali budaya kehidupan secara berjemaah yang menjadi satu amalan yang amat digalakkan.
2.4  Mengembangkan daya siang yang positif di kalangan murid Islam disamping merapatkan Ukhwah Islamiyyah sesama mereka.
2.5  Memantapkan kenyakinan murid-murid tentang amalan fardhu.
2.6  Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu.


  1. Kumpulan Sasaran
3.1  Murid Islam Tahun 1,2 & 3
3.2  Jumlah penyertaan 527 orang murid

  1. Tarikh / Tempat pelaksanaan
4.1  18 Mei 2013 (Sabtu)
4.2  Dewan SK PASIR BERGEMA

  1. Struktur Ahli Jawatankuasa
(Rujuk Lampiran 1)

  1. Tentatif Program
(Rujuk Lampiran 2)

  1. Anggaran Perbelanjaan
(Rujuk Lampiran 3)
             
  1. PENUTUP

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa diharap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) ini memberi kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.



Disediakan oleh,

……………………………………………
(EMMA ZARA BINTI YAAKUB)
Setiausaha Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.

Disemak oleh,

…………………………………………………………..
(NUR MISHA LAILA BINTI MOHD ISMAIL)
Penyelaras Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.


Disahkan oleh,

…………………………………….
(MOHD ZAIN BIN SAIRIDEN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.



................................... :-)


Untuk Contoh Laporan/ Dokumentasi Kem Bestari Solat boleh Klik Sini >> laporan/dokumentasi Kem Bestari Solat <<<