Friday, November 25, 2016

Apa Guna Ade Medical Card...tapi Tak Tahu Guna.. haih...


assalamualaikum,
25 November 2016..

sudah 18 hari kaki saya masih berbalut.. dan masih lagi memakai tongkat.

kemalangan kecil yang berlaku tempoh hari masih terkenang-kenang... huhu.. padahal cume la jatuh basikal.. '(^o^)

Pemegang Medical Kad- Takaful Ikhlas

Sebenarnya saya ada kad takaful ikhlas (medical card). Baru setahun. Yang saya tahu medical card ni berfungsi bila kita warded. huhu, saya bukannye baca sangat pon fail takaful tu..tulisan panjang2 macam karangan.. (uh..pemalas). Sebab masa kejadian tu, saya ingatkan seliuh bengkak biasa je.. tapi memang sakit la. terpaksalah drive jugak kereta dengan keadaan kaki yang sakit.. (tapak kaki kanan... dah la kene tekan pedal minyak dan break...sakit gile)

Terus singgah klinik yang berhampiran- klinik Pagoh. Doktor Cek. kata doktor kene x-ray.. sebab nak pastikan patah ke, atau bengkak.. sebab sakit sangat. Malangnye klinik tu takde perkhidmatan x-ray.. kene pegi kat klinik lain- klinik Asia, Bukit Pasir. La.. jauhnye.. jadi, tanpa berfikir panjang, saya call kawan saya.. 

-2 orang kawan datang ambik, naik kereta dia..bergerak ke klinik asia, Bukit pasir.
-buat x-ray.
-pegi semula klinik pagoh.
-doktor cek x-ray.
-doktor kata tulang retak/patah..


tulang patah di bahagian kelima tulang metatarsal.. 

oh no!!. (dalam hati)..

-doktor tulis surat. Suruh refer ke hospital muar.
.. masa ni saya tak terfikir langsung dah pasai kad medikal tu.. ikut flow je.. 

-pegi hospital muar. cek BP..  gile tinggi.. 189/92 :'D.. nurse kata bacaan tinggi sebab awak tahan sakit. haha.. 

-naik kerusi roda..yang....bunyi roda dia.. bising gile.. satu hospital dengar kot.. haha.. 
-daftar ..
-pegi kat ruangan zon kuning.
-nama di panggil.. masuk dalam wad.. ada ramai pesakit dan doktor.
-doktor cek ( based on the previous x-ray)..then, dengan muka yang tenang dan selamba, doktor tu kata tulang awak patah. nanti simen, tak payah wad.

:'D.. waduh.. 

-lepas simen, amik ubat.... balik.. dah malam.. singgah farmasi dekat2 ngn TF Muar tu, beli tongkat. singgah makan.. sebab 2 org kawan ni dah lapo sangat dari petang uruskan saya ni..huhu.. 

-balik rumah.. rehat.. penat gila.. tdo...

keesokan hari nye... baru la call ejen takaful.. haha.. (itupun kawan sekerja yang ingatkan.. seriously, saya ingatkan tak perlu ..sebab dah pi hospital muar ni dan dapat surat utk datang temujanji doktor minggu depannye.. )

-saya pon call la ejen tu.. ( sebenarnye tuan rumah yang saya sewa sekarang.. hee..).
-beliau kata... sebenarnye saya boleh je terus pi KPJ... sebab saya ada medical kad tu.. 

haha.. yela.. mana la saya tahu... sebab benda jatuh ni memang tiba-tiba. 

-saya tanya, boleh claim tak..sebab dah bayar kos utk x-ray, injection n lain2.. 
-beliau kata, boleh claim.. kumpul semua resit2 kos perubatan... bila dah sembuh nnti claim. Katanya lagi, even kalau anak dia demam panas pon pi KPJ.. duduk wad.. makan boleh order.. n so on..

haha.... yela, benda dah jadi, first time pulak tu, we can't expect this happen.. Takdir.

apa-apapun, anggap la ini satu pengalaman dan pengajaran..

kesimpulannye:

1- Malang tak de bau.
2- Jangan main basikal semasa anda memakai pakai baju kurung.  tengah panas plak tu.
3- any accident call agent insuran. yang teruk2 la. bagi saya kalau setakat demam, selsema, batuk tu tak payah la.. klinik kat pagoh ni bersusun...
4- cakna dengan medikal kad anda.. er... 
5- carilah kawan yang boleh tolong kawan masa susah.. huhu

Saturday, November 12, 2016

Berkaki 5.. :)

Assalamualaikum..

hari ini sudah masuk hari ke-5, saya bertongkat macam nenek tua.. :'D..
hari-hari yang dilalui memang mencabar stamina..
kene jalan 1 kaki nak pi bilik air, ruang tamu dan lain-lain..
ini pun dah rasa sakit bahu sebab membawa beban berat badan yang bukannya ringan.. huuu...
walaubagaimanapun, kita kene tabah jua.. walaupun kadang2 termengalir juge la air mata..

semuanya berlaku dalam sekelip mata,
..

okla..

>__<

ganbatte kudasai!

insyallah sembuh nanti nie.aminn

Saturday, April 2, 2016

Akhirnya..!! Program Transformasi Minda 2016`~



Assalamualaikum,
alhamdulillah, setelah 2 tahun lebih berkhidmat, saya mendapat panggilan ke program transformasi minda bagi pengesahan dalam perkhidmatan.. >_<


apa yang saya tahu, bermula tahun 2016 pelaksanaan program transformasi minda (PTM) telah diambil alih oleh institut perguruan.. takde lagi buat PTM ni kat hotel2...huhu.. bertuah sungguh kawan serumah saya yang dapat PTM kat hotel tahun lepas.. rasanye memang batch last kot.. dan tahun 2016 saya plak..PTM kat ipg ( maktab).. dalam otak ni just fikir harap2 dapat lulus je! amin..insyaallah.. ^_^...

ok.. serba sedikit tentang PTM kali ni:-

  • IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
  • 27 mac - 31 mac 2016.. (bye2 skolahh~~~ )
  • Peserta seramai 121 orang  dari daerah Muar, Batu Pahat, Pontian, Mersing, Kluang, Segamat.
  • penginapan wajib di asrama.. walaubagaimanapun bagi yang rumah dekat atau ada hal penting lain yang menyebabkan tak dapat duduk asrama kene maklum pada penyelaras ptm/ fasi.
  • jadual padat... dari 6.45 pagi - 10. malam.. ( memang macam budak maktab dah.. huhu)
  • slot ceramah dan aktiviti berkumpulan ( pembentangan kumpulan)
  • sesi soal jawab sepanjang slot ceramah
  • ada malam kebudayaan/ persembahan setiap kumpulan ( 10 kumpulan)
erm.. ramai yang tertanya-tanya dan risau tentang ujian penilaian dan kefahaman PTM ni.. huhu.. don't worry geng,..
  •  soalan die 20 soalan aneka pilihan je (A,B,C,D).. walaupun nmpk sikit tapi penting gak tau. soalan2 tu semuanya di ambil dalam slot2 ceramah/ slide yang disediakan.. yang penting dengar, faham, baca, dan cari-cari la contoh2 soalan die. :)
  • sebenarnya ada 3 kali ujian...

  1. pre-test : nak uji kefahaman sedia ada... datang2 PTM je.. hari pertama terus buat ujian pre-test ni
  2. ujian penilaian dan kefahaman.. : ni ujian yang sebenar 
  3. post- test : soalan 100% sama dengan pre-test.. nak tengok balik pencapaian, adakah markah makin tinggi daripada pre-test atau rendah (uji balik kefahaman)
kesemua ujian2 di atas adalah objektif/ aneka pilihan A,B,C,D = 20 soalan setiap satu..
  • markah keseluruhan 100%.
  • ujian penilaian kefahaman 20%
  • 80% lagi sebenarnya dinilai sepenuhnya dari aspek kehadiran, disiplin, penglibatan, kerjasama, penilaian rakan-rakan terhadap diri kita sepanjang program 5 HARI PTM.. so.. sepanjang program PTM tu buat sehabis baik. tu je.. insyaallah boleh lulus.. amin, amin..
  • so jangan risau sgt eh soalan 20% tu.. apa yang kita blaja dalam slot ceramah tu, tu yg keluar nye.. heee.. 
throwback..PTM hari tu..
  • kumpulan saya ialah kumpulan 7 : 12 pillars.. (mula2 letak nama sunquick bandung..haha)
  • kumpulan saya terdiri daripada 12 orang... 3 org dari daerah Muar termasuk saya.. so.. disitu la, kami berkenalan satu sama lain.. dari x kenal jadi kenal, dari x mesra jadi mesra, dari bukan kawan jadi kawan.. huhu..
  • ahli-ahli kumpulan saya... mcm2 karakter yang mencuit hati:- 
  1. Cikgu Azhar b. Che derahman( ketua kump- steady, cool)
  2. Cikgu Mahyuddin b. Ibrahim (maybe ustaz-cool, outspoken)
  3. Cikgu Shamsir ( asai kedah, trade mark "apa-apa keputusan..saya setujuu.. " keh3)
  4. Cikgu Anita.. a.k.a Kak Anita.. ( ajar english :)- ibu-ibu )
  5. Cikgu Nissha a.k.a ..kak nissha :)- suara mantop!
  6. Cikgu Zurimi a.k.a kak zurimi (j-qaf-muar-bukit kepong..pen. ketua kump- "siti rasa..siti rasa.. hehe)
  7. Cikgu Assyura..a.k.a kak syura ( jqaf gak-pontian)
  8. Cikgu Hidayah..a.k.a Hidayah ( pemulihan- outspoken..aktif :))
  9. Cikgu Kalashini.. a.k.a Kala ( BM-SJKT.. friendly, :D )
  10. Cikgu Zainora ..a.k.a kak zai ( ajar apa eh..alamah terlupa..huu.. sopan2 gitu)
  11. Cikgu Athiah.. a.k.a athiah ( lemah lembut orangnye :> )
  12. ..ok..last sekali... saya la.. no komen :P
kita semua mendoakan agar semua peserta PTM siri 1/2016 kali ini berjaya dan lulus dengan cemerlang dan dapat disahkan perkhidmatan/ jawatan.. amin :)

ok~

korang boleh klik link kat bawah ni untuk Slide2 sepanjang PTM.. ( but then, masa slot ceramah tu, kebanyakkan slide lecturer upgrade sikit-cantik)

 :lihat bahan rujukan.. download segmen 1, 2 dan 3..

bagi yang dapat PTM ipg kampus hussein onn (iptho), lecturer juge gunakan web schoology sebagai medium interaksi.. ( kat sana nanti baru lecturer tunjuk/ bagi no pin/kod)


ok, harap membantu :)

good luck!

Monday, February 22, 2016

Sambutan Maulidur Rasul SK Paya Redan 2016


Assalamualaikum,
baru- baru ni, sekolah kami ada buat sambutan Maulidur Rasul, agak terlewat kerana ada kekangan masa,  namun alhamdulillah, tanggal 16 Februari 2016 yang lalu- Selasa, dapat juga sekolah kami melaksanakan program tersebut.

Sepanjang  2 tahun saya berada di sekolah itu, ini kali pertama Sambutan Maulidur Rasul dimeriahkan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Finalis Daie Milenia, Ustaz Azam Al-Kankari. Terbaik! murid-murid memang sangat suka dengan cara penyampaian Ust Azam yang santai dan bersahaja sambil menerapkan semangat cintakan Rasul kita :D, 

Cikgu-cikgu asyik tergelak je bila Ust Azam buat kelakar..hehe.. murid-murid apatah lagi. Tapi memang solute la, cara Ust Azam tarik perhatian murid.. bukan senang kan nak bagi murid ni fokus dengar ceramah selama 2 jam.. huhu.. murid sekolah rendah, al-maklumlah :D

Ok, saya kongsikan sikit gambar-gambar sekitar majlis sambutan maulidur rasul di sekolah saya yang bertuah ni.. :-D 

Perarakan sekitar kawasan kampung
 cikgu kamarudin a.k.a cikgu Din bersama murid-murid 

hensem berbaju melayu sambil pegang sepanduk dan bunga manggar..;D 


dah macam hari raya pon ada, comey-comey baju ehh  

 masuk laluan ladang sawit.. xpe, Cikgu Mibashar ada tu, jaga kanak-kanak :D

 Berjalan sambil berselawat.. sambil2 hirup udara pagi yang segar


Ustaz Azam al-Kankari bersama Guru Besar, En Zulkefli, katanye Guru besar pernah ajar ust Azam masa kecik2 dulu?..hee..kira jejak kasih la ni


 semasa memberi ceramah tentang sayangkan Nabi.. opss..ade gak murid yg main, tapi lepas tu Ok dah :-D

 fokus-fokus


rupenye ada jual produk sendiri..ok, saya pon dah rasa, sedap dan rangup ..hee

last sekali, 
cikgu2 ada sesi bergambo dengan ust Azam..~~


sepanjang beliau, beberapa input yang beliau tegaskan kepada murid-murid tentang cara sayang dan cintakan Nabi Muhammad saw.. Antaranya:
1) Ikut Perintah Allah.. terutama sekali Solat. Jangan tinggal Solat dengan sengaja. Jaga aurat.
2) selalu berselawat ke atas Nabi :)
2) Buat baik dengan Ibu bapa.. Hormat.
3) Buat baik dan membantu guru

contoh pamplet yang saya hasilkan utk program maulid :)

simple je..tunjuk 1 side je la.. x lawa sgt hee~

sekian, 
syukran jazilan