Friday, November 25, 2016

Apa Guna Ade Medical Card...tapi Tak Tahu Guna.. haih...


assalamualaikum,
25 November 2016..

sudah 18 hari kaki saya masih berbalut.. dan masih lagi memakai tongkat.

kemalangan kecil yang berlaku tempoh hari masih terkenang-kenang... huhu.. padahal cume la jatuh basikal.. '(^o^)

Pemegang Medical Kad- Takaful Ikhlas

Sebenarnya saya ada kad takaful ikhlas (medical card). Baru setahun. Yang saya tahu medical card ni berfungsi bila kita warded. huhu, saya bukannye baca sangat pon fail takaful tu..tulisan panjang2 macam karangan.. (uh..pemalas). Sebab masa kejadian tu, saya ingatkan seliuh bengkak biasa je.. tapi memang sakit la. terpaksalah drive jugak kereta dengan keadaan kaki yang sakit.. (tapak kaki kanan... dah la kene tekan pedal minyak dan break...sakit gile)

Terus singgah klinik yang berhampiran- klinik Pagoh. Doktor Cek. kata doktor kene x-ray.. sebab nak pastikan patah ke, atau bengkak.. sebab sakit sangat. Malangnye klinik tu takde perkhidmatan x-ray.. kene pegi kat klinik lain- klinik Asia, Bukit Pasir. La.. jauhnye.. jadi, tanpa berfikir panjang, saya call kawan saya.. 

-2 orang kawan datang ambik, naik kereta dia..bergerak ke klinik asia, Bukit pasir.
-buat x-ray.
-pegi semula klinik pagoh.
-doktor cek x-ray.
-doktor kata tulang retak/patah..


tulang patah di bahagian kelima tulang metatarsal.. 

oh no!!. (dalam hati)..

-doktor tulis surat. Suruh refer ke hospital muar.
.. masa ni saya tak terfikir langsung dah pasai kad medikal tu.. ikut flow je.. 

-pegi hospital muar. cek BP..  gile tinggi.. 189/92 :'D.. nurse kata bacaan tinggi sebab awak tahan sakit. haha.. 

-naik kerusi roda..yang....bunyi roda dia.. bising gile.. satu hospital dengar kot.. haha.. 
-daftar ..
-pegi kat ruangan zon kuning.
-nama di panggil.. masuk dalam wad.. ada ramai pesakit dan doktor.
-doktor cek ( based on the previous x-ray)..then, dengan muka yang tenang dan selamba, doktor tu kata tulang awak patah. nanti simen, tak payah wad.

:'D.. waduh.. 

-lepas simen, amik ubat.... balik.. dah malam.. singgah farmasi dekat2 ngn TF Muar tu, beli tongkat. singgah makan.. sebab 2 org kawan ni dah lapo sangat dari petang uruskan saya ni..huhu.. 

-balik rumah.. rehat.. penat gila.. tdo...

keesokan hari nye... baru la call ejen takaful.. haha.. (itupun kawan sekerja yang ingatkan.. seriously, saya ingatkan tak perlu ..sebab dah pi hospital muar ni dan dapat surat utk datang temujanji doktor minggu depannye.. )

-saya pon call la ejen tu.. ( sebenarnye tuan rumah yang saya sewa sekarang.. hee..).
-beliau kata... sebenarnye saya boleh je terus pi KPJ... sebab saya ada medical kad tu.. 

haha.. yela.. mana la saya tahu... sebab benda jatuh ni memang tiba-tiba. 

-saya tanya, boleh claim tak..sebab dah bayar kos utk x-ray, injection n lain2.. 
-beliau kata, boleh claim.. kumpul semua resit2 kos perubatan... bila dah sembuh nnti claim. Katanya lagi, even kalau anak dia demam panas pon pi KPJ.. duduk wad.. makan boleh order.. n so on..

haha.... yela, benda dah jadi, first time pulak tu, we can't expect this happen.. Takdir.

apa-apapun, anggap la ini satu pengalaman dan pengajaran..

kesimpulannye:

1- Malang tak de bau.
2- Jangan main basikal semasa anda memakai pakai baju kurung.  tengah panas plak tu.
3- any accident call agent insuran. yang teruk2 la. bagi saya kalau setakat demam, selsema, batuk tu tak payah la.. klinik kat pagoh ni bersusun...
4- cakna dengan medikal kad anda.. er... 
5- carilah kawan yang boleh tolong kawan masa susah.. huhu

1 comment:

Jess @ Anjasmara said...

MEDICAL CARD : Tahukah anda? Hanya bagi yang LAYAK bole apply pelan ni? 😃 Mesti xpasti kan.. TANYA hari ini Ya ⚡ Pelan Berbaloi Prudential (PRUBSN) : Dari ●RM99 sahaja... Pelbagai pakej pelan menarik seperti : HIBAH / SAVINGS PLAN / RETIREMENT PLAN / EDUCATION PLAN / PRE-BIRTH PLAN dll..
.
CALL / Whatsapp hari ini, semak kelayakan anda terus ! ▪︎ 0.1.2.7.7.6.0.2.1.9
》www.wasap.my/60127760219/medicalcardpromo (JESS)