Sunday, November 27, 2016

Contoh Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform 2016

Gambar murid camping di sekolah saya ;)_2016_

Assalamualaikum, di sini saya ingin kongsikan contoh RINGKAS kertas kerja Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat Sekolah Rendah. :) semoga bermanfaat.


PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN XXX  2016

1) PENGENALAN
Aktiviti  perkhemahan ini merupakan program yang lazimnya dilaksanakan pada setiap tahun. Program ini menjadi perkara asas kepada penilaian ilmu dan pengetahuan awal kepada murid berkaitan perkhemahan. Aktiviti perkhemahan ini penting kepada murid  supaya mereka dapat memiliki pengalaman  perkhemahan di kawasan sekolah.

2) FALSAFAH
Gerakan aktiviti perkhemahan ini merupakan satu misi bagi melahirkan individu yang cemerlang berteraskan profil berikut:
·         Disiplin                          Usaha
·         Komitmen                     •  Daya tahan
·         Pengorbanan                •  Keyakinan diri
·         Berani                           •  Tawakkal

3) MATLAMAT
“MEMBINA KEYAKINAN DIRI KE ARAH MEMBENTUK KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG CEMERLANG BERTERASKAN KEPIMPINAN GENERASI BARU”

4) TARIKH
26 dan 27 Mei 2016 (Khamis dan Jumaat) di SK XXX

5) OBJEKTIF
1.     -Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran bagi menghadapi kehidupan yang mencabar
2.     -Membentuk keyakinan diri yang tinggi dan mampu meraih kejayaan
3.    - Mewujudkan amalan hidup yang baik dan saling menghormati sesama manusia.
4.     -Membentuk sahsiah dan jati diri unggul.

6) SASARAN
Murid tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6).

7) METODOLOGI LATIHAN
·         -Interaksi dan orientasi
·         -Penerapan amalan nilai murni
·         -Semangat berpasukan (team building)
·         -Tunjuk cara dan ceramah

8) KOS PERBELANJAAN
Berikut adalah cadangan sumbangan yang boleh diberikan bagi menampung kos aktiviti perkhemahan:

Bilangan murid                                      = 125 orang
Peruntukan daripada pihak sekolah        = RM 800.00
Sumbangan lain (peserta/guru)               = RM 720.00
JUMLAH                                               = RM 1520.00

Sumbangan ini diperlukan oleh pihak pengurusan perkhemahan bagi menampung perbelanjaan makan dan minum peserta..Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

bil
Perkara
Kuantiti
Jumlah
1
Makanan
Minum petang & makan malam
Minum malam
Sarapan
Makan tengah hari

RM 6.40 X 125

RM 800.00
3
Hadiah ( hamper)
RM 20 x 10 kumpulan
RM 200.00
5
Lain-lain peruntukan
(polisterin/plastik/lilin dan lain-lain)
RM 100.00
RM 100.00
6
Jumlah

RM 1520.00


*jumlah wang sebenar yang diperlukan mungkin melebihi anggaran bajet yang disenaraikan.

No comments: