Monday, September 7, 2015

Memori Luka Semalam

satu purnama yang lalu
kau muncul dalam hidupku
membuatku tersenyum, membuatku ceria
berkongsi kita seribu cerita
kisah kau dan aku

masa silammu
kisah silamku
menjadi sebuah sejarah
yang menyentuh jiwa

sepenuh hati aku menunggumu
dihujung waktu
untuk bersamamu
setia menanti

sayangnya kini
kau menjauh
menjadikan ku tak menentu
kesilapanku.. masa silammu
menjarakkan kita
biarpun kini aku masih menunggu
sesuatu yang tak pasti..

silapku kerana mencintaimu
disaat kau terluka akan sejarah mu yang lalu
pedih hatiku
luluh jiwaku
sedikit pun kau tidak peduli
ya..sedikit pun kau tak peduli...

dan kini..
sejauh ufuk timur
aku pergi menjauh
agar kau tidak terbeban
oleh perasaan..

hanya dari kejauhan
ku sampaikan salam rindu
duhai angin bawakan salamku..
padanya..

satu purnama itu
menjadi memori
kau dan aku
walau ku tahu..
mungkin diri ku kau lupa
sepenuhnya..

-anamusafir-

No comments: