step by step..
Assalamualaikum,
masa terus berjalan, detik terus berlalu.. sedar tak sedar dah 66 hari aku dalam proses penyembuhan.. hari terakhir buat x-ray (5 januari), alhamdulillah tulang yang patah tu dah sambung.. baru je bersambung. Masih baru. Doktor pesan kat aku agar sentiasa berhati-hati. Jangan sampai jatuh lagi, kalau tak boleh patah semula. Mungkin juga kaki aku akan mengalami trauma dan sengal2..sebab masih dalam proses lagi..
alhamdulillah, aku dah mula jalan sikit tanpa kasut air cast tu, tapi still rasa sengal dan kebas2 sikit.. aku jalan sikit2 dalam jarak yang pendek. Setakat ni masih lagi lebih konfiden berjalan menggunakan kasut air cast tu sebab kurang pressure kat kaki. walaupun begitu, aku tetap gak kene jalan tanpa kasut tu.. practice make perfect kan..
setelah 2 bulan 6 hari, baru hari ni aku cube untuk drive kereta. Lama kaki ni tak tekan brek dan pedal minyak. Petang tadi, aku try la naik kereta.. tak tekan minyak pon.. cume kawal break je..kereta auto jalan sendiri. Tapi aku guna kaki kiri... (kaki kanan yang sakit tu).. lepas tu aku try pulak kaki kanan, tapi belum cukup kuat.. aku bawak kereta kat halaman rumah je..pusing-pusing situ.. pahtu tanpa sedar, tengah reverse kereta.. aku terlanggar POKOK!. huhuu... adoii. mujurla pokok kemboja je..xde la besar sgt pokok tu.. aku dah rasa macam budak yang baru2 belajar kereta je.. hehe....
tak lama lagi.. aku dah nak mula keje... hmm.. macam mana la nanti.. lagi seminggu plak tu kene masuk kerja balik. aku doa harapnye Allah mudahkan kerja aku ulang-alik tempat keje. amin.. keje plak merantau kat johor nun.... huh. mesti aku jadi homesick nanti.. dah 2 bulan lebih dok kat rumah..
Bila ingat semula kisah aku jatuh tahun lepas... rasa macam kejap je... macam baru je berlaku.. 2 bulan tu..kire baru la kan. huhu... aku teringat, susah payah nye waktu tu.. kaki bersimen, kaki bernanah sikit sebab bersimen.. kulit aku sensitif sikit. ada eczema.. Masa tu aku rasa down sangat.. pernah aku menangis sorang2.. sekelip mata je Allah tarik nikmat berjalan.. dah nama pun suratan takdir. setiap musibah kan adalah penghapusan dosa.. :")... (tapi..hari2 mesti ada je dosa yg dibuatnye..huu...)
Bila kite ditimpa musibah/sakit/ujian .. kita kene ingat, Allah akan bagi semua tu ikut kemampuan hambaNya.. jadi sebenarnya kita memang kuat. Jangan putus harapan. Kene sangka baik.. Dan fikirlah ada orang lain yang berkali-kali ganda hebat ujian dan musibahnya.. bila fikir macam tu, insyaallah kita akan rasa lebih tenang.
walk slowly der...
akhir kata,
terima kasih Allah..
terima kasih kawan2,
terima kasih mak ayah,
terima kasih ahli keluarga,
dan sesiapa sahaja
yang sentiasa mendoakan
kesihatan dan kesejahteraan aku..
cewah..macam tulis surat pulak dah :P
adiOs...~
No comments:
Post a Comment