Friday, February 4, 2022

8 tahun sudah berlalu.. Selamat Tinggal Johor

Assalamualaikum, 
Dah lama aku tidak update laman blog ini.. serba sedikit kisah aku di akhir tahun 2021.

Disember 2021, 
keputusan eg-tukar telah keluar. Memang hampir setiap tahun, aku isi permohonan pertukaran, namun jawapan hanya sama. Permohonan tidak diluluskan..dan aku just OK je. yelah, dah biasa dengan keadaan semasa di tempat bertugas kan. Awal tahun 2021 lepas pon, sebenarnya aku isi last minit permohonan eg-tukar tu.. rasanya lagi beberapa hari tarikh akhir, baru aku isi..huhu.. dan..dengan izin Allah.. permohonan itu berjaya.Alhamdulillah.. tak sangka..rasa macam "biar betul?".. 

Hari keputusan tu keluar, rakan2 satu sekolah masing2 tanya..tapi aku mmg xdpt buka masa tu. ada problem sikit. Semua mcm tertunggu2 aku dapat ke tak.. nervous.. Habis sekolah, otw drive balik..aku nangis.. rasa mcm apa aku nak buat ni kalau dpt ..huhu..sedih gila..sbb rasa mcm xnak pindah pulak.. dah syg sekolah n kawan2..hurm.. 

Tekaan aku betul..bila aku cek website sekitar jam 3 petang..keputusan pertukaran diluluskan.. jiwa aku rasa mcm ditekan2.. (dramatik pulak). tapi aku fikir, mungkin dah sampai masanya aku pulang ke pangkuan keluarga..ibu ayah.. Aku call ibu, bagtau ibu aku dpt pindah, disamping kene bahan tu (haha), ibu bagi kata2 semangat gak..dan pahtu dalam jam 6 lebih, baru aku wasap dan maklumkan pada guru besar. dan seperti biasa..gb maklum dlm group.. 

Bertubi2 kawan2 ucap thniah.. dan ada yg sedih atas berita ini. yup..aku pon sedih..bercampur baur..sedih dan hepi, finally dapat... 

Aku dpt call dr kawan sekolah, Kak azi..Dia xsangka aku dpt pindah..dalam hp, suara dia sedih, :')..farhana pon call gak..:') keesokannya.. kak marlia call aku gak.. cikgu farhan, kak ros.. ust khairuddin ppd pon ada call.. semua ucap thniah.. beri semangat.. kak lah pon call gak..beri kata2 semangat.. kak maz, kak salha.. semua la.. sedikit sebanyak perasaan beransur pulih.. 

Hari last sekolah tu, aku bagi ucapan akhir kepada murid dari kelas ke kelas..dan ucapan di perhimpunan..( masa ni sebak sgt), lepas sekolah, ada jamuan sikit kat kagawa grill.. hadiah pulak..huh..penuh satu kete..memandangkan aku naik myvi..mmg penuh :'D..haha..penat wei mengangkat n susun hadiah kat rumah dengan kawan aku, eda..(eda..selalu ada time aku pindah rumah..my bff sejak Uni)    

Rabu, 15hb, ibu ayah dtg..trip angkut barang.. dan 22hb..last, aku angkut barang dan balik selangor..Hari pertama/kedua kat rumah..petang tu aku rasa sebak sgt..aku nangis lagi..aku call kak salha..borak ngn dia..sampai lega sikit.. :')

Dan dipendekkan cerita.. 

3 januari 2022..
Aku lapor diri di sekolah baru. Alhamdulillah jarak sekolah dari rumah ibu ayah dalam 10-15km. So, aku dah tak menyewa lagi..sekarang duduk dengan ibu ayah. 

10 januari baru start sekolah (berikutan banjir teruk di selangor). Sekolah baru aku ni masuk tv, sebab Menteri pendidikan buat lawatan ke sana. tapi aku mengajar sesi petang..so xdptla nak femes hehe. (Menteri pon penah datang sekolah aku kat johor, november 2021 haritu) 

Pejam celik 2x.. dah bulan februari. Dekat sebulan gak aku kat sekolah baru, dan so far alhamdulillah..perlahan2 sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Guru besar pula pencen 15 hb januari lepas.. skrg dah dpt guru besar baru. so..ala kulli hal, hidup perlu diteruskan.. Niatkan kerja kerana Allah..insyaallah dapat pahala..doakan yg baik-baik.. semoga segalanya aku dapat hadapi dengan tenang dan lebih matang!..amin..


"Hidup umpama mengayuh basikal (daki bukit). Adakala kayuhan kita laju sebab nak kejar, adakala kayuhan lambat sebab penat. Jangan sesekali jatuh dan berhenti..selalunya bila jatuh, susah nk mulakan semula" - ayat ex GB masa aku lapor diri. gb xtahu aku ni pernah tau jatuh basikal dulu hehe.. tp masa jatuh tu, aku gagahkan diri bangun tau..siap drive lagi..pi klinik kat pagoh tu (>o<) *kak salha la ni bgtau, patut aku ckp kat gb.."saya dulu pernah jatuh basikal..hehe"

sayonara pagoh..miss u a lot ^-^


No comments: