Tuesday, May 12, 2009
Monday, May 4, 2009
Allah melaknatmu jika...
ALLAH sebagai saksi! Tidak dapat dibayangkan betapa bimbangnya kami terhadap diri mereka kerana akan mendapat seksaan Allah.. kami begitu ingin menyelamatkan kamu semua dari segala bahaya baik dunia dan akhirat. Inilah kewajipan seorang muslim kepada saudara seagamanya yang muslim.
Antara bahaya yang bakal berlaku kepada wanita yang tidak memakai tudung adalah seperti yang digambarkan oleh Nabi s.a.w:
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. menurut al-Haitsami di dalam majma’ al-Zawaaid: Rijal (perawi-perawi) hadith riwayat Ahmad semuanya sahih.
albonggolul unte~
Wahai kaum wanita yang tidak bertudung! Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan laknat? Laknat ertinya dijauhkan dari mendapat rahmat Allah. Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kaum muslimin melaknat jenis wanita yang disebutkan, iaitu wanita yang memakai pakaian tetapi tidak memenuhi cara menutup aurat yang disyarakkan. Dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 2128.
Dalam hadith ini terdapat beberapa sifat terperinci mengenai golongan wanita yang akan muncul itu. Antaranya:
1) memakai pakaian tetapi apabila dilihat orang seolah-olah tidak berpakaian kerana mendedahkan sebahagian tubuhnya yang lain hingga membangkitkan syahwat kaum lelaki seperti paha, lengan, rambut, dada dan sebagainya. Malah dia juga memakai pakaian yang nipis atau ketat hingga menampakkan bentuk badan. Inilah yang dikatakan berpakaian tetapi bertelanjang….
2) mereka berjalan sambil melenggang. Malah goyangan punggung dan dadanya membangkitkan syahwat lelaki.. nauzubillah…
3) kepalanya kelihatan lebih tinggi kerana dihias dengan pelbagai cara bersolek masa kini dengan memakai bulu-bulu atau rambut palsu. Kerana itu Nabi mengumpamakan seperti bonggol unta.
hadith di atas juga menjelaskan hakikat golongn wanita yang tidak akan memasuki syurga bahkan tidak mencium bau syurga. Padahal rahmat Allah meliputi seluruh isi kandungan langit dan bumi.
Oleh itu, kami lakukan semua ini bertujuan agar kamu semua mendapat kebaikan. Semoga Allah mengisi hati-hati dengan cahayaNya yang tidak pernah padam hingga kamu menang dalam pertarungan dengan syaitan jin dan manusia. Seterusnya, kamu berjaya melepaskan ikatan dan membebaskan diri kamu dari belenggu hawa nafsu, menuju alam kebebasan, kemuliaan, kehormatan,ketenangan dan kesucian..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)