Sunday, January 27, 2019

i can't believe it....

terkejut gila!! unbelievable .... 

Monday, January 21, 2019

Cerita Hot & Spicy Malaysia Baharu 2018/2019


Assalamualaikum wbt

sejak akhir-akhir ni, menjelang tahun baharu, banyak benda-benda di kaca TV yang menarik perhatian rakyat Malaysia termasuklah aku. Kita tahu, ramai antara kita mempunyai pelbagai persepsi dan pandangan yang berbeza terhadap isu-isu yang dipaparkan di kaca TV/ Berita mahupun di media sosial.

Bagi aku, ada beberapa isu yang menarik perhatian aku pada hujung tahun 2018 hinggalah ke tahun 2019..


1) PERKAHWINAN YDP AGONG SULTAN MUHAMMAD V 

hmm..pergh.. yang ini sememangnya isu yang paling hangat! penutup tahun 2018 memang hot. sekitar akhir November kisah ini sudah tular di media sosial. First time dapat tahu, melalui wassap, aku seakan-akan tak percaya.. "Whatt??!!" Biar betul Agong kita ni.. in the first place, aku memang ingat benda ini Hoax je.. tipu..edit.. Pelbagai komen positif dan negatif daripada rakyat Malaysia terhadap isu ini.. dan rupa-rupanya berita mengejutkan ini benar.. walaupun pada masa tu takde pengumuman rasmi diraja, tapi akhirnya ianya betul2 terjadi. 

Secara jujurnya, aku agak terkilan, sebab YDP Agong tidak menyebarkan dan mengumumkan perkahwinannya. Dan kita pulak dapat tahu daripada Negara lain.. (Rusia semestinya). Pada fikiran aku, ini benda baik..walimatul urus, YDP Agong kan.., kenapa perlu sembunyikan daripada rakyat.? terasa seperti kami ini rakyat Malaysia tidak perlu tahu, walhal beliau YDP Agong kami. Automatically, aku teringat macam ni agaknye perasaan ahli keluarga kita bila kita berkahwin tapi tak bagitau mak ayah.. seolah-olah membelakangkan keluarga sendiri. huhu

Tapi, nak tak nak.. kita doakan aje yang terbaik buat beliau kan. Lagipun, kita tidak berada di situasi tersebut. hmm.. mestilah ada sebabnya. Jadi segala rasa sedih dan terkilan tadi diakhiri dengan perasaan berbaik sangka dan berlapang hati. 

Anyway, surihati YDP Agong cantik sangat  (^_^) ( muallaf, bekas ratu cantik Rusia) semoga perkahwinan kekal sampai akhirat, amin!


2)PERLETAKAN JAWATAN YDP AGONG SULTAN MUHAMMAD V 

OK. NO komen.. terkejut perihal kawin belum habis. Yang ni pulak .. Semuanya atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dimaklumkan secara zahir kepada rakyat jelata. 

tapi ada sesuatu di situ.. i got some information from my friend. There are reasons for this kind of news. It make sense for me. Amanah, tanggungjawab.. satu benda yang bukan mudah.. permainan dan percaturan politik negara pula sekarang nampaknya semakin berdansa-dansa.. hurm...

pasti ada hikmahnya.. semoga pemangku Agong ( Perak ) dan bakal YDP Agong yang baharu  dapat memikul amanah dengan baik. amin.


3) KEADILAN UNTUK PEMERGIAN ARWAH MOHD ADIB (AHLI BOMBA)

Duhai Keadilan.. di mana pembunuh sebenar kes ini? Masyallah, apa sudah jadi Malaysia? Isu ini sangat hangat kerana melibatkan kaum/ agama.

aku rasa sedih atas apa yang berlaku.. kejadian yang berlaku akhir tahun 2018 lalu, sangat tragis dan menunjukkan begini ke sikap rakyat Malaysia? Merusuh, membuat kerosakan, malahan sampai membunuh orang yang berusaha untuk mengamankan kita?

kepada perusuh-perusuh pada malam itu.. mana kamu letak akal2 kamu?.... kalau ye pon tak puas hati sangat, janganlah sampai pihak berkuasa pon kamu hentam sama.. 

Takziah buat keluarga Arwah Mohd Adib.. aku yakin, pemergian beliau tidak sia-sia, malah menjadi perbualan hangat dan inspirasi buat semua rakyat Malaysia.. semoga Allah terus merahmati beliau dan kita semua.


4) KEHILANGAN GURU DAN KEMURUNGAN

Sekitar 2 minggu di Bulan Januari 2019, cerita ini masih baru. Alhamdulillah guru berkenaan telah dijumpai. Seorang guru pendidikan Islam.. dan seperti yang kita tahu kemurungan atau depresi ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Faktor dalaman dan faktor luaran pastinya punca masalah ini berlaku. 

Komen-komen negatif para netizan haruslah ditolak tepi. Komen2 yang jelek itu sepatutnya tidak patut dilontarkan atas dasar kemanusiaan dan maruah seorang Islam. Well, aku pasti ramai yang tahu komen yang macam mana kan. hurm............

menurut laporan, 200 km satu hari ( pergi balik rumah- sekolah).. satu jarak yang .....hmm..serius jauh. siapa2 pun mesti penat dan letih kalau  hari-hari macam tu. 

tapi apa yang bermain difikiran aku sekarang.. pada saat berita ini tersebar, aku terfikir,, mengapa tidak pindah rumah yang lebih dekat dengan sekolah? pilihan ada, bukannya takde.. maybe mereka sekeluarga boleh duduk menyewa rumah yang berhampiran  sekolah. 

Hurm.. aku difahamkan suami guru itu ada bisnes.. mungkin situasi ini boleh dipertimbangkan.. sebab aku tak faham.. kenapa suami sanggup biar isteri kerja ulang alik jauh mcm tu, maybe suami perlu mengalah? hehe.. entahlah.. disebabkan aku pun tidak berada pada situasi sebenar, aku hanya beranggapan itu mungkin salah satu cara penyelesaian terhadap jarak tempat kerja tadi.

Apa-apapun, kita semua doakan yang terbaik untuk guru terbabit, dan dipermudahkan urusannya..amin2 


5) HAL-HAL LAIN

Banyak hal-hal Politik yang kurang menggembirakan.

Aku harap sangat2.. institut di raja Malaysia masih kuat dan bertahan!

ISLAM kekal agama RASMI negara!

Integriti kakitangan awam dijaga! ( jangan buat perkara tak sepatutnya....)

Hak Bumiputera dan Keistimewaan Orang Melayu dikekalkan!

Dakwah Islam dan Nilai-nilai murni di mana-mana!

Semua Kaum di Malaysia saling hormat-menghormati!


aku tidak mahu rasa rasis.. 
tetapi sejak akhir-akhir ini.. 
kenyataan-kenyataan pemimpin Malaysia Baharu ini..
ditahap membimbangkan,

i named it:

- isu LGBT
- isu icerd
-isu pemberita tak perlu tutup aurat untuk tarik perhatian penonton (ugh)
-isu pemakaian atlet
-isu pertikaian Islam agama rasmi
-isu sekolah- banyak sgt subjek agama
-isu rusuhan, sampai x jumpe pembunuh sebenar, (buta agaknye)
-isu hak sama rata kaum ( mcm icerd tu )

padahal, rakyat kita yang berbilang bangsa ini
setiap hari struggle untuk mengekalkan keamanan
mengekalkan rasa hormat

kecuali lah.. ada segelintir rakyat negara ini
yang memang betul2 rasis..


SYARIAT ISLAM sahajalah panduan umat sekarang..

Kita boleh mencontohi SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA MADINAH..
                                                   *PIAGAM MADINAH*

MADINAH pun berbilang kaum dan agama..

tapi NABI MUHAMMAD SELAKU KETUA NEGARA 
BOLEH MENTADBIR.. BERPANDUKAN ISLAM..AGAMA YANG ALLAH RAHMATI

..jadi... why not MALAYSIA,  jadi lah seperti MADINAH  ..

#ISLAMPEACE

- anamusafir87-

Wednesday, January 16, 2019

2019 and still counting

2018..

201...

2019...

and still counting

to be honest,
2019 is just a number..
everyday is just a "day" that i must go through.. 

and we are getting old by time

:) 

lalui sahaja lah setiap hari...