Saturday, December 21, 2013

Musang Pandan : Memoir Si Mumu



assalamualaikum~

ok..

dah berbulan2  tak update blog, sekarang terasa nak update blog ni.. haha.. 

hmm.. spesis haiwan apa plak kat atas ni??..

nampak macam kucing/anjing.. tapi sebenarnye bukan.. inilah Mumu a.k.a Musang Pandan/Luwak yang kitorang ( aku dgn anak sedara) jumpe beliau kat belakang rumah pada malam2 yang hening, sunyi sepi, sejuk, gelap... ~~ kitorang ingatkan tikus! sebab beso la juga kalau dibandingkan dengan tikus.. tetapi.. ekor beliau panjang sangat.. takkan tikus kan.. so.. rupe2nye setelah disahkan oleh pak sedara, beliau adalah seekor anak musang.. kesian sbb entah macam mana anak musang ni boleh tersesat, tertinggalkan oleh mak die kot..




setelah itu, bermula sesi pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan exotic ini. I named him  Mumu.. (Musang= Mumu), Terasa macam nama lembu kan? (muuuuuuuuuuu..muu..) hehe.. but nope! he's a palm civet cat! so, kitorang sekeluarga sangatlah gumbira sebab dapat berkenalan dengan beliau ini.

Pemuliharaan- rawat/ pulih : Kerana, we found, there was a wound at his back... dekat pangkal ekor die. seriously, luka dia berlubang. and ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak maggots!!! memang geli yang teramat bila mak saya  letak iodin dan minyak gamat dalam luka tu menyebabkan ulat2 lalat tu bergerak2 dan terkeluar2! banyak sangat! hmm..kesian sgt2 kat mumu.
kemudian, kitorang bawak pi klinik haiwan.. doktor keluarkan semua ulat2 tersebut dan beli ubat utk Mumu..

(sebelum itu, dah pi klinik dah.. tp masa tu ingatkan Mumu ada cacing, sbb die berak keluar benda putih2 n bergerak... doktor bagi ubat cacing je.. )

pahtu, beli susu haiwan, dan lain2..

selepas itu, kitorang pon rawat la Mumu. Cuci luka die, letak ubat, sapukan krim.. 
bagi die susu, pisang, betik...

Pemeliharaan- bela.. of course la, kitorang kene bela die dulu sementara die tgh sakit.. nak lepaskan kat hutan, kecik lagi.. usia die mungkin dalam 3 minggu. Letak die dalam sangkar, bagi kotak, kain, kayu (untuk die panjat2)... dan alhamdulillah.. Mumu semakin sehat, aktif bermain, suka gigit2 jari orang, suka panjat2... dan suka berak n kencing,..haha.. makan pon dah banyk... manja dan suka tido siang2..

#Sedikit Info mengenai Musang Pandan#

- salah satu spesis musang di asia. Dikenali juga sebagai Musang Luwak. (yang ada kopi daripada tahi musang tu..spesis ini la)

- haiwan nokturnal : aktif pada waktu malam

- habiskan banyak masa kat pokok (habitat)

- haiwan Omnivor: makan daging ( cicak, katak, ayam, telur, serangga) , dan juga buahan2 di hutan.

- boleh adaptasi dengan persekitaran: hutan, kampung, bandar..

- tempoh matang setahun, dan boleh hidup selama 20 tahun

-dikenali sebagai Musang Pandan, sebab dekat perut die, ada satu kantung, yang mengeluarkan bau seolah2 bau pandan.

- salah satu spesis haiwan terancam dan dilindungi. tak boleh jual beli musang, kalau dapat tahu akan didenda RM 20,000. Lesen pelihara beliau adalah RM10 setahun.. Permohonan di jabatan perhilitan.

=sumber: google kat internet + jabatan perhilitan selangor=




JADI......... selepas dapat tahu info ni.. hurm.. barula kitorang tahu.. kalau nak bela kene ada lesen.. haha.. tapi kalau kat kampung2 ni, mybe la orang lepas kan jer.. 

disebabkan kitorang pon x leh nak bela, sbb saya pon akan balik johor tak lama lagi, Mak pon tak larat nak bela haiwan ni, so kitorg decide nak jual atau hantar perhilitan.

mula2 x tahu jual-beli musang x boleh.. sebab tengok kat internet ramai gile kot orang jual2, beli2 musang.. sebab minat/hobi .. hmm.lagipun yang beli tu takkan la nak aniaya kan.. haha.. tapi bile buat further research, sebenarnye tak boleh jual beli haiwan yang dilindungi ni.. jadi, kitorang pon dah putuskan untuk hantar ke jabatan perhilitan.

10 Disember.. setelah hampir sebulan jaga Mumu, kitorang pon hantar beliau ke jabatan perhilitan shah alam.. sedih tu memang sedih.. tapi kitorang fikir, ini mungkin yang terbaik. Orang perhilitan bagitau, lepas ni musang akan dihantar ke Rescue Centre kat Sg. Tengi, Sabak Bernam.. kat sana memang tempat perlindungan haiwan.. kalau haiwan2 ni dah boleh berdikari, diorang akan lepaskan ke habitat asal.. hmm... jadi kitorg yakin, insyaallah itulah yang terbaik.. mudah2an staff2 perhilitan dapat menjalankan tanggungjawab tu..hmm.. 

:) Mumu.. we miss you.. uuuuuuuuuuu.. 

nanti ada masa.... kitorg datang melawat...entah bile... tp.. mudah2an kite dapat bertemu untuk kali ke-2. insyaallah.


Mumu..

Terima Kasih Allah..kerana beri kami pengalaman yang cukup berharga.. :)


Mumu! :D



16 comments:

ceah said...

Hai..saya bela musang ni jugak dan ada lesen . Hm tetiba rasa nak tahu jangka hayat spesis ni sbb takot nk hilang dia..saya punya musang dah setahun lebih..kalau rajin boleh la follow ig saya..saya ada post gambar dia ehehhe tq untuk info tentang musang pandan ni..ig saya ceahxx

+AnamuSafir+ said...

ceah, terima kasih atas komen anda..
hehe..musang pandan saya ni dah lama dah dibebaskan ke jabatan perhilitan 2013. tula.. sebab mesti berlesen kan;)
iq awak apa, saya xdpat follow huhu

Unknown said...

Hi blh sy tau cara u dptkn lesen musang dan kos yg perlu ditanggung

+AnamuSafir+ said...

minta maaf unknown, saya tak tahu prosedurnya dan x ambik lesen untuk jaga musang pandan.. yg ni pon, lepas jumpe dan rawat musang ni..saya n family serahkannya kepada pihak jabatan perhilitan :)

Mona said...

Lesen RM10 setahun
Chip RM45.00

Unknown said...

Assalamualaikum kepada sesiapa yang nak jual musang panda jantan dengan harga rendah boleh whatsapp saye eh ni nombor whtspp sye 0176407051

Unknown said...

Assalamualaikum kepada sesiapa yang nak jual musang panda jantan dengan harga rendah boleh whatsapp saye eh ni nombor whtspp sye 0176407051

Senah kemal said...

Sy baru jumpa sepasang musanh ,masih kecik . Mmg niat nak bela . Boleh tunjuk ajar untk dpt kan lesen x

Keluangman1997 said...

Ade facebook x

Keluangman1997 said...

Saye ade pelihara sekor musang pandan .. pelihara dri kecik smpai sekarang dah besar .. haha .. mmang best pelihara musang ni .. sifat nyer pndai bermain jugak mcam kucing

Unknown said...

Musang berak kt mana ye...ada yg ckp musang xde lubang buntut...musang berak kt mulut betol ke fakta ini

Unknown said...

Ada anak musang yang nk jual tak

Unknown said...

Siapa nk mohon lesen utk bela musang, kita kena ada 2 lesen untuk bela dia..step dia :
1. G perhilitan mohon lesen tangkap
2. G vet utk pasang cip
3. G perhilitan utk mohon lesen simpan

Kalau ada soalan boleh wasap 019 2511 320

Unknown said...

Tak la..hihi

Unknown said...

Jual pada saya 0176778407

Unknown said...

Sy ada sekor..umo dh 2tahun