Friday, February 5, 2010

Sweet Time with You.. (^^,)

assalamualaikum.
hari yang indah, hari yang ceria..
petang semalam  telah terukir sebuah kenangan yang bagi saya.. sangat comel dan cute, he3..
semalam, setelah melalui saat genting, test Genetik Asas, saya pi berehat2 dulu la di surau, tapi before that,  saya pi teman ifti makan kat kafe fakulti sains,.. dan dikesempatan tu, sy menelefon ibu kat umah.. ibu pon br tgh nak masak makanan tgh hari, he3..
lopas tu.. saya pi la rehat di surau.. tup2. dapat msg dr seorg kawan, hani.. die nak pi umah saya di pantai permai, sbb kt kolej time tu xde ayak.. jadi sy pon balik la umah.. n akcelli.. petang tu juga, saya, ifti n afifah dah rancang nak pi midvalley, jenjalan dan memakan.. (he2, pkataan br).
so.. dipendekkan critanya,. after solat asar, sy pon bergegas la ke stesen U dgn menaiki bas rapid. tapi malangnya, sy tersalah amik bas.. bas tu pi kat stesen Kerinchi, jadinyer, after sampai tu, sy naik Lrt ke stesen U. dan tnggu diorg kt bus stop. n.. kwn2 saya pon dtg, he2. penambahan jumlah telah blaku di mana  sorg lagi kwn saya, iaitu asiyah (merangkap housemate) turut serta dalam aktiviti jenjalan di mid pada petang itu,.. :-D
n..kitorg naikla bas ke midvalley.. singgit jer, mmg murah tahap gaban..(naik dgn gumbire di hati)
sesampai jer.. kitorg jenjalan dulu.. tgk kasut, beg, baju. (ifti pulak beli jam tgh baru.. cntik2 hehe) hehe.. n kitorg bergambor bersama dgn hepi skali, huhu...
seronok la gak. mmg seronok pon. hee.. tmbh2 skrg tgh musim nk tahun baru china,,. berhias sakan la mid dgn warna2 merah.. kitorg pon bgambo lagi kat kat part2 mana yg sesuai n comel.. kemudian, dalam jam 6  ptg, kitorg pi food court, asiyah nak beli makanan,, coz dia posa hari tu:).. pahtu.. kitorg pi big apple., ifti beli donut. he2, kami share, 4donut utk 4 org.. sedap2. comel2 belaka donut2 tersebuh.. gagagaga....(ikut gaya ifti gelak, hehe)..
phtu.. kitorg pi KFC..port utk memakan segala makanan yg dibeli.. saya, ifti n pipah beli KFC. saya just beli bege jer, zinger bege yg digemari,,sodapnyer.. pipah pulak beli snake plate, hot spicy (bukan ular plak yer.. 'snake' hehe), sementara itu, ifti beli wegess, bege n 2 cup coslowww.. sedap 2x..
bila masuk waktu azan maaghrib jer.. asiyah pon mengimamkan bacaan doa buka posa n makan, heee (yg lain xposa..tp meraikan la yg posa.. dpt pahala tu, kan.. he3).. usai doa.. kitorg pon melantakla makanan yg dibeli.. hehe..nyamm3. alhamdulillah kenyang2 sumenyerr..
usai makan,,. kitorg pon cari surau utk solat maghrib, ni lagi satu malang. hehe.. cari2 xjumpe la pulak.. dok pusing2... n last skali. br la jumpe.. kt tingkt bawah je rupenyer.. after solat.. kitorg pi lagi kt tmpt yg jual2 kasut, coz ifti nak beli kasut.. waaa ifti,. jam baru, kasut baru. he3. shopping sakan ni.. he,. sementara asiyah plak beli sekotak limau sempena thn br cina .. (xdela, smpena nk makan limau lerr)..
lalala..~ seronok bjalan n bgamba.. n after tu semua ..kitorg tunggu ler bas rapid.. n Bas pon sampai ..kitorg balik dgn seribu kegembiraan, masing2 balik ke kediaman masing.. afifah pulang ke kolej, sy, asiyah n ifti pulang ke umah sewa..
he2.. tu aje la kisahnyee. comel kan??..(^^,)

moral of the story:
1- lepas hbs test atau exam, di galakkan la utk bjalan2 bg menghilangkan stress (yeke?? huhu)
2- nak jalan2 tu, ajak la kawan2.. jgn pi sorg2, bahaya.. hee.. pi tu dgn yg mahram, jgn plak dok pi jalan dgn pakwe ke.. awek ke.. xleh wt cenggituu huu..
3- surau adalah tmpt yg palig dikehendaki..oleh itu, carila surau2 pada waktu2 solat.. seronok2 juga, tp tanggugjawab yg wajib, solat tu jgn abaikan..
4- amik la gmba bnyk2 buat kenangan, he4..
5- ukhwah tersemai kasih tertuai bsama rakan2.. he..
6-sunat berpuasa pd hr isnin n khamis :-)
ok, sekian je dulu.. :) 

Selamat Meneruskan Kehidupan..~

Wednesday, February 3, 2010

BerTunang...@>----

 Khitbah atau  Bertunang di dalam Islam...
_________________________________________________________________________________________


A. ERTI KHITBAH / TUNANG
 
"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya???  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.
"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).
"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar  ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.
 
____________________________________________________________________________________________
   
B.  HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM 


Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini.
Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.
 
____________________________________________________________________________________________
 
C. DALIL ATAU BUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG
 
Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak. Contohnya ialah...
1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal  bagi kamu penjualan di atas penjualan  orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga anda semua faham.
2) Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".
2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.
____________________________________________________________________________________________
 
D. TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH / BERTUNANG
 
1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.
2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan / menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun.
3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.
4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham.
*** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.
_________________________________________________________________________________________
 
E. HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANG... (KHATIB-TUNANG LELAKI, MAKHTUBAH-TUNANG WANITA)
 
HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI(menimbulkan fitnah) BERSAMA DENGAN TUNANG???
Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad(ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah terjadinya maksiat. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).
Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:
[" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal. Iaitu:-
1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.
2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong  dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.]
*** mahram = mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan wanita itu)
***  'uruf =  adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

-artikel ini dicopy paste dr  http://muzakarah.tripod.com/tunang.html..

Sunday, January 31, 2010

huRuf2~

SAYA SUKA PEMANDANGAN PANTAI YANG INDAAH.....
:-) 

Bumi dan dUnia..

sering saja ahli pujangga berbicara
mengenai kehidupan dunia ini..
hidup di bumi yang meluas ini..
di bumi yang sfera, serta condong pada paksinya..
bumi yang berputar mengelilingi si matahari..
bintang dan lampu sistem suria...

dunia bukanlah sama dgn bumi..
dunia adalah kehidupan sementara..
yang di dalamnya terdapat bnyk perhiasan yang meggoda..
jalan-jalan yang menyimpang..
bukit-bukit cabaran dan laut yang beracun..
dunia ibarat fatamorganaa..
dapat dilihat..dapat pegang..makin dikejar makin tidak puas..
sampai satu saat.. manusia berlumba2 mengejar dunia..
hingga segala prinsip n pegangan agama terobek,,
kerana mencari keseronokan dunia yang fantasi..
dunia kan meninggalkan manusia dalam kealpaan dan kekeliruan..
dunia yang tak pernah adil.
dunia yang zalim..
dunia yang sesat..
dunia yang membisik..
dunia yang mempengaruhi..
di setiap lorong-lorong menuju kebaikan..
perhiasan dan godaan dunia akan sentiasa di tepian..
memanggil, mengajak, dan menarik perhatian..
yang terleka dan mudah terpesona.. bakal menuruti saja..

bagaikan sebuah pasar malam..
saat senja maghrib berlabuh..
yang sepatutnya manusia menghadap Illahi..
orang ramai masih bersiar2 di pasar..
terpukau dengan barangan yg dijual
emas.. cincin.. beg.. baju.. seluar..makanan..
dengan hrga murah.
dengan peniaga yang memancing pelanggannya..
saat langkahan kaki sesegera ingin menyambut panggilan azan..
kiri kanan.. penuh dengan perhiasan..
leka..
bahagia sementara..

bumi.. hanya satu objek
objek..
objek..
yg bakal jua tiada...
jika sampai masanya..
jika musnah bumi,..
musnah jugalah fatamorgana dunia
yang akhirnya manusia bakal
memasuki fasa terpenting..
alam yang berlainan
alam yang menggerunkan..
alam yang mendebarkan,,
alam yang jua membahagiakan,,
saat jutaan malahan tidak terhitung
jumlahan manusia dr generasi pertama hingga terakhir
berkumpul..menghadap Tuhannya..
demi sebuah perhitungan..
perhitungan yg sangat adil..
tiada seadil di mahkamah Illahi..

saat itu..
akan tiba..

wallahualam..
Tuhan.. ku mohon, thabatkan kakiku di jalanMU........

Friday, January 22, 2010

Menyorot Kenangan..sealine 2009





salam, today we are going to travel in the desert at doha, qatar. we called it  sanddew/sealine.. our travel was very-very far.. it may takes hours ( i cant exactly remember the rite time, he2) for us to travel  in the desert to reach at beach in sealine.. it was an adventure experience i ever had in my life! :-)
rombongan kami terdiri daripada 9-10 buah kereta, all are malaysian, kecuali satu family ni singaporian:-)



jemaah muslimin sedang bkumpul..


 jameelll~

 
bukit pasir yg tinggi~


 kereta pacuan 4 roda ummi tersekat dlm pasirr..hu2~

 
 last2..kete yg aku & iza naik pon tersekat.. hee~kelihatan cik efendi n azfar sedang b'usaha membetulkan kete ni.

 
 sementara tu...kitorg amik le gmba dulu~

 
seronoknye bgmba dgn unta n pkcik unta ni..he2


 tak ketinggalan juge nk bgamboo~

 
 at last, we made it!..pantai di pdg pasir..

 
hee...

 
 solat jumaat kt cni..:-)

 
 makan2... :-)

 
 :-D~

 
 Angin sgt kencg,,tgk rmbut baby abeedah..he2

 
 cubaan berani menuruni bukit pasir yg tinggi ~

 
he2, gmba sebelum pi travel..di rumah ummi :-)
naz bkata "mari beli..air mineral ajaib, mujarab2x" hee..

Wednesday, January 20, 2010

Studeeeeeeeeeeeent poWer!!

SALAM..

MUSIM PILIHAN RAYA KAMPUS BAKAL MENJELANG KEMBALI, BERMULA PADA 25 JANUARI..

SELAMAT MENGUNDI CALON2 ANDA!!

PRO-M vS PENGGERAK..

SEE, THINK AND DECIDE!!~

-iklan pendek PRK UM buat semua-