Monday, March 31, 2014

Contoh Kertas Kerja Kem Bestari Solat (KBS)




Contoh Kertas Kerja Kem Bestari Solat (KBS) 2013.


KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 1, 2 & 3 (SIRI I)
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR BERGEMA
TAHUN 2013/1434 H

  1. PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat, maka pihak JAPIM telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Telok Gadong  telah mengambil inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. 
Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.

  1. OBJEKTIF
2.1  Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.
2.2  Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan solat dengan betul.
2.3  Menyuburkan kembali budaya kehidupan secara berjemaah yang menjadi satu amalan yang amat digalakkan.
2.4  Mengembangkan daya siang yang positif di kalangan murid Islam disamping merapatkan Ukhwah Islamiyyah sesama mereka.
2.5  Memantapkan kenyakinan murid-murid tentang amalan fardhu.
2.6  Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu.


  1. Kumpulan Sasaran
3.1  Murid Islam Tahun 1,2 & 3
3.2  Jumlah penyertaan 527 orang murid

  1. Tarikh / Tempat pelaksanaan
4.1  18 Mei 2013 (Sabtu)
4.2  Dewan SK PASIR BERGEMA

  1. Struktur Ahli Jawatankuasa
(Rujuk Lampiran 1)

  1. Tentatif Program
(Rujuk Lampiran 2)

  1. Anggaran Perbelanjaan
(Rujuk Lampiran 3)
             
  1. PENUTUP

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa diharap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) ini memberi kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.



Disediakan oleh,

……………………………………………
(EMMA ZARA BINTI YAAKUB)
Setiausaha Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.

Disemak oleh,

…………………………………………………………..
(NUR MISHA LAILA BINTI MOHD ISMAIL)
Penyelaras Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.


Disahkan oleh,

…………………………………….
(MOHD ZAIN BIN SAIRIDEN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.



................................... :-)


Untuk Contoh Laporan/ Dokumentasi Kem Bestari Solat boleh Klik Sini >> laporan/dokumentasi Kem Bestari Solat <<<

Masih Misteri


lautan hindi..oh dalamnye.. bagaikan seekor kuman di dasar air ini.



Kehilangan MH370...

semakin melihat perkembangan..

semakin merasakan tipisnya harapan menemui kotak hitam..

apakan daya..

namun.. mereka masih berusaha..

mencari dan menyelamat...

hanya kepada Allah kita serahkan..

semoga dipenghujungnya.. ada kebenaran yang tersingkap..

ameenn..


penangkapan dr. morsi ketika kerajaan digulingkan..

lagi satu berita yang menyedihkan adalah...
ahli ikhwanul muslimin seramai 529 orang 
yang dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh
kerajaan tentera mesir yang kejam...!

Allahu.. 

matinya mereka sebagai syuhada'... amin..

namun kekejaman pemerintah jahat mesir ketika ini tidak dapat dimaafkan oleh semua penduduk Islam sedunia!

Sunday, March 9, 2014

Pray for MAS MH 370 Air Craft


Salam..

biarpun tiada saudara mara yang terlibat..
namun atas rasa perihatin. simpati dan empati,
aku dapat merasakan betapa pilunya hati waris-wari keluarga
yang menantikan kepulangan insan-insan yang mereka sayang...

dengan segala usaha sama yang dijalankan kini dari negara serantau,
semoga hasil pencarian ini akan merungkai misteri kehilangan pesawat ini,
spekulasi, anggapan dan tanggapan yang diberikan
menimbulkan pelbagai versi..

apa yang penting, segala usaha diteruskan,
tawakkal dan terus berdoa dengan tidak putus agar
pesawat MH370 ini ditemui..


...


saya dapat tahu apabila sedang menonton TV9, Nasi lemak kopi 0 hari sabtu, 8 mac 2014.
pelik dan pelik..kapal terbang yang besar tu boleh hilang tanpa kesan...
lantas, saya mengikuti perkembangan MH370 melalui berita2 semasa di TV 1, TV3, TV Astro awani dan internet.

hmm.. 



anggapan pertama saya.. adakah disebabkan kawasan laut itu ada 'something'?.. you know.. macam segi tiga bermuda dan segitiga famosa tu.. 
lepas tgk pesawat tu yang tiba2 hilang dari radar tanpa sebarang komunikasi.. sama macam kes-kes pesawat hilang kat perairan berhampiran segitiga bermuda-bahamas, terakhir tahun 1974. wallahu'alam...

tapi tak tahula yang kat malaysia ni..
jadi, kite tunggu ajelah berita2 yang disampaikan dari semasa ke semasa..

apa-apapun...kita mendoakan yang terbaik agar misteri ini terungkai..dan operasi mencari dan menyelamat dapat menemui jalan penyelesaian..

amin..

Allah.. perkenankanlah doa-doa kami. 

amin.

*antara berita2 yang melaporkan*
1- pesawat hilang komunkasi dari pusat kawalan subang jam 2.40 pagi
2-bertolak dari KLIA (12.34 pagi) dan sepatutnya sampai ke Beijing jam 6.30 pagi -8 mac 2014
3-lokasi terakhir hilang 120 batu nautika dari kota bharu-laut china selatan
4- tompokan minyak ditemui diperairan vietnam 8 mac 2014 (malam)-sekitar jam 10-tv1 (masih dianalisis)
5-tompokan minyak lagi 100 batu nautika dari kota bharu-minyak warna kuning- Astro awani ( masih dianalisis)
6-kemungkinan rendah pesawat hilang disebabkan rampasan pesawat atau pengganas.
7-kemungkinan berlaku kerosakan engine, atau kegagala  fungsi dengan tiba-tiba.

-wallahualam-

radar-MH370 sebelum hilang..

Wednesday, March 5, 2014

Most Stunning Infamous/ Unknown Islands on Earth!


Below are the most beautiful infamous/ unknown islands captured by google earth. 
we believe there are more out there in the ocean! Amazing shapes and gorgeous.. 

ada yang macam bentuk amoeba, ada yang macam membran plasma pulak bila diperhatikan... macam-macam bentuk yang unik dan cantik. Maha Suci Allah.. pulau-pulau ini terletak jauh di laut pasifik, laut utara pasifik, laut arab, artik dan antartika.. apa yang menarik ialah, kat tengah-tengah laut pon ada juga orang/penempatan kat pulau tuu.. wahhh... 

jom tengok~













































sumber: google earth

Sunday, March 2, 2014

Tuhan, beri kami Air..

laut yang meluas..namun bumi ketandusannya..


kemarau. ketiadaan air. kering.. perubahan iklim panas sejuk yang melampau. buat pertama kalinya Malaysia mengalami masalah air yang boleh dikatakan krtitikal.

Selangor-Negeri Sembilan sedang mengalami proses catu air.

menurut laporan.. kalau 3 bulan x hujan, malaysia ni boleh kemarau! nauzubillah..

namun..alhamdulillah..Allah Maha Penyayang.. Dia beri juga kita air.. di Kuala Lumpur dilaporkan hujan., syukur.

kat johor sini, takde hujan pula akhir2 ini. memang panas sangat. malam-siang. kadang2 je nampak mcm mendung.. tapi tak turun hujan pon.

semoga Allah menurunkan hujan rahmaatNya pada negeri2 yang ketandusan air.

Ini juge salah satu tanda akhir zaman. Bumi kering, panas, xde air...

Biar kering bumi,
jangan kering hati.

Biar tandus halaman,
tapi basah iman.

mudah-mudahan.
amin ya Rabbal 'alamin.


"betapa air itu sangat memberi nikmat.. jangan membazir"


air sejuk....sedapnye..