Saturday, December 28, 2013

Semua Naik, Ada aku kisah ke?

sedihnya nak tinggalkan tahun 2013..


Assalamualaikm..

#coret2 petang#

Menjelang akhir tahun 2013 ni, terdapat banyak isu-isu hangat yang menjadi bahan umpatan serta bualan di medium internet dan persekitaran.

antara yang terlaris sekali ialah isu berkenaan dengan:

1) Kenaikan harga petrol

.. yang sememangnya memberi impak yang super maksimum kepada kenaikan harga barang runcit dan harian, harga tiket pengangkutan awam dll.

2) Kenaikan harga gula juga mendorong kepada naiknya harga makanan/minuman di gerai-gerai runcit

3) Kenaikan taarif elektrik

4) Kenaikan tol lebuh raya

5) Pengenalan GST (Government service tax) pada barangan runcit.. 

6) Kenaikan darah? - stress.. haha.. 

7) kenaikan berat badan? oh.. tidak, Ini jarang sebab sekarang banyak produk pelansingan

tidak kurang hebatnya isu gosip hangat seperti:

1) Perkahwinan ibu tunggal termahal (kot) Rozita che wan dan Zain.. ceh.dah la zain sama besday ngn aku ni...patut die kawin ngn org yg sama besday ni..huhu..(kidding)

2)isu banjir di beberapa buah negeri yang paling teruk terjejas seperti Pahang dan Terengganu.

3) Isu 'bersyukur' prof muhaya - respon kepada kenaikan harga barang

4) Isu syiah Mat Sabu?Pas? yang sengaja digembar-gemburkan untuk mengalihkan perhatian rakyat thadap isu banjir?

5) Isu ikan naik beramai2 di lahad datu

6) Isu Penempatan guru2 setelah lulus SPP..hmm..


dan banyak lagi isu2 lain yang tidak diungkapkan di sini....

walau macam mana tensionnya kita dengan keadaan2  dan situasi2 yang menghimpit ini.. kita perlu banyak-banyakkan bersabar... kita cuba yang terbaik untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang ada sekarang ini.

Positif. Realistik. Rasional. Sedar diri. Pilihlah pilihan yang Paling Baik pada masa akan datang. Kita ada Hak. Sekarang kita telah lihat kecelaruan, kekusutan dan bebanan yang dihadapai oleh kebanyakan manusia masa kini. Dan..kita mampu mengubahnya dengan Usaha, Doa dan Tawakkal.

Kita sayangkan mereka. Kita tidak mahu lagi mereka sentiasa membuat kezaliman dalaman dan penganiyaan bawah sedar kepada kita. Kita mahu mereka kembali kepada Fitrah. Kita mahukan mereka berundur dan berehat supaya mereka dapat memuhasabah dan memunasabahkan kembali diri mereka

Kita mahukan mereka-mereka yang mempunyai kesedaran diri dan penghayatan dalaman yang tinggi untuk menerajui barisan hadapan saf kepimpinan kita. Berilah mereka yang kini berada di puncak negara akan peluang untuk berehat dan bertafakur. Bukannya lama. Hanya 5 tahun saja untuk mereka berehat..

......... eh?..

apa yang dicoletehkan ni..

hmmm..

apa-apa jela.. 

anyway... goodbye 2013... now we will make our new steps for 2014.. 

fi amanillah..abadan abada..


2014! I'm coming!! dorayaki, dorayaki, doremoonnn~


Thursday, December 26, 2013

Hypertrichosis dan 'Werewolves'

Woodcut of a werewolf attack, by Lucas Cranach the Elder (1512)- wikipedia

Assalamualaikum, ini artikel yang aku jumpe dalam bharian.. hmm.. betul ke werewolf ni wujud? jom baca.. ( saja tmbh ilmu..)

Menyalak kepada bulan, membunuh dan memakan daging manusia!


PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.

Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.

Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.


Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?

gambar 'google'

Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.

Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam. Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.

Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.

Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”

Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.

                                                    Penghidap Hypertrichosis

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

INFO: Serigala jadian

• Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.
•Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.
•Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.

Wednesday, December 25, 2013

Bintang yang akan Mati : MATAHARI


'sun spot'.. matahari pon ada spot/bintik2 tau. bukan muka manusia je ada bintik2

assalamualaikum.

ini gambar lama yang tersimpan dalam hard disk.

permukaan matahari. yep. matahari yang menjadi bintang solar pemancar sumber cahaya planet2 sistem solarnya.

terjumpa artikel lama yang tersimpan semat dalam hard disk aku..

diceritakan matahari ini adalah diibaratkan 1 per 70 kepanasan api neraka yang dicipta Allah. 
baru 1/70!... lagi 69/70= memang rentung dan x tinggal habuk apa pon.

panas permukaannya sahaja sudah menjangkau 5500-6000 darjah celcius.. kat bumi ni, air mendidih pada suhu 100 darjah celcius.. matahari 50-60 kali ganda lebih panas.


5000km?..sunspot tu luasnye 5000km.. 


masa dulu-dulu belaja jugak pasal matahari ni, sebagai general knowledge saja. Jumlah masa yang diambil oleh cahaya matahari untuk sampai ke bumi adalah 8 minit. Ianya sejenis bintang. ye..matahari kita ni bintang rupenye.. tak tahu bintang stage yang ke berapa. dan bintang kita ni satu hari nanti akan MATI . kalau matahari kita mati... tiada lagi proses fotosintesis berlaku,  kreb cycle tak de..haiwan, tumbuhan mati, hujan xde.. 

teringat pulak kat satu movie ni.. the Knowing ..




cerita tu memanglah nampak mengarut (sci-fiction) tapi apa yang menarik perhatian aku adalah pasal aktiviti matahari tu. Apabila si john (nicholas cage) yg berlakon sebagai ahli fizik tu dapat mengesan aktiviti matahari (sun flare ) pada tahap yang kritikal.. Kritikal sebab, sun flares tu akan meletop dan terkena kat bumi. bumi hancur. takut cerita tu, teringat mati plak. 



 lapisan matahari.. sun layers..


kesimpulannya,
nikmati kehidupan ini dengan penuh ketaatan
sebelum segalanya akan dipulangkan kembali 
:) 

jangan lupa belajar sains pandai-pandai..

sekadar peringatan


Tuesday, December 24, 2013

Kalimah Di Langit Biru



Assalamualaikum..

ini gambar lama..

di ambil pada tahun 2012..

masa ni tengah ada acara sukan kat padang SK Telok Gadong, Klang.. tempat aku buat praktikal dulu..

mula-mula mcm pelik je tengok awan atas langit tu...

pahtu, budak2 tu kata, nampak kalimah ALLAH kat atas.. then aku pon tengok kat atas langit..

subhanaallah! aah la.. awan-awan tu seakan-akan membentuk huruf2.. alif lam lam ha..

dengan pantas, aku pon ambik le gambar..

tak sangka.. ni memang kali pertama nampak secara live..

sesungguhnya Allah Maha kuasa, boleh buat apa saja.. KekuasaanNya dan KebesaranNya adalah alam ni..

wallahu'alam..


 kalimah Allah.. 

Saturday, December 21, 2013

Konvokesyen 2013

Pentas oh pentas~


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tanggal 20 November 2013, di dewan MAEPS Serdang, dengan rasminya, saya Anamusafir (huhu) telah menerima Diploma Perguruan KPLI dengan kepujian 3.66..

Seronok..
dapat jumpa kawan2 kat sana

Seronok..
dapat ambik gamba dengan keluarga

Seronok..
dapat skrol.. hehe


Seronok..
tengok orang lain ambik skrol atas pentas

Seronok..
dapat peluang macam nie

Seronok..
segala puji bagiNya.. 

dan.. Seronoknye..
lepas ni kene teruskan jadi tenaga pengajar.. haha

seronok sebenarnye jadi cikgu nie,
sebab budak2 comel

tak seronok sebab keje banyak..
tapi kita buat2 la seronok.. hee...

Dalam susah..kan ada Senang... =)



 my scroll :D 

Musang Pandan : Memoir Si Mumu



assalamualaikum~

ok..

dah berbulan2  tak update blog, sekarang terasa nak update blog ni.. haha.. 

hmm.. spesis haiwan apa plak kat atas ni??..

nampak macam kucing/anjing.. tapi sebenarnye bukan.. inilah Mumu a.k.a Musang Pandan/Luwak yang kitorang ( aku dgn anak sedara) jumpe beliau kat belakang rumah pada malam2 yang hening, sunyi sepi, sejuk, gelap... ~~ kitorang ingatkan tikus! sebab beso la juga kalau dibandingkan dengan tikus.. tetapi.. ekor beliau panjang sangat.. takkan tikus kan.. so.. rupe2nye setelah disahkan oleh pak sedara, beliau adalah seekor anak musang.. kesian sbb entah macam mana anak musang ni boleh tersesat, tertinggalkan oleh mak die kot..




setelah itu, bermula sesi pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan exotic ini. I named him  Mumu.. (Musang= Mumu), Terasa macam nama lembu kan? (muuuuuuuuuuu..muu..) hehe.. but nope! he's a palm civet cat! so, kitorang sekeluarga sangatlah gumbira sebab dapat berkenalan dengan beliau ini.

Pemuliharaan- rawat/ pulih : Kerana, we found, there was a wound at his back... dekat pangkal ekor die. seriously, luka dia berlubang. and ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak maggots!!! memang geli yang teramat bila mak saya  letak iodin dan minyak gamat dalam luka tu menyebabkan ulat2 lalat tu bergerak2 dan terkeluar2! banyak sangat! hmm..kesian sgt2 kat mumu.
kemudian, kitorang bawak pi klinik haiwan.. doktor keluarkan semua ulat2 tersebut dan beli ubat utk Mumu..

(sebelum itu, dah pi klinik dah.. tp masa tu ingatkan Mumu ada cacing, sbb die berak keluar benda putih2 n bergerak... doktor bagi ubat cacing je.. )

pahtu, beli susu haiwan, dan lain2..

selepas itu, kitorang pon rawat la Mumu. Cuci luka die, letak ubat, sapukan krim.. 
bagi die susu, pisang, betik...

Pemeliharaan- bela.. of course la, kitorang kene bela die dulu sementara die tgh sakit.. nak lepaskan kat hutan, kecik lagi.. usia die mungkin dalam 3 minggu. Letak die dalam sangkar, bagi kotak, kain, kayu (untuk die panjat2)... dan alhamdulillah.. Mumu semakin sehat, aktif bermain, suka gigit2 jari orang, suka panjat2... dan suka berak n kencing,..haha.. makan pon dah banyk... manja dan suka tido siang2..

#Sedikit Info mengenai Musang Pandan#

- salah satu spesis musang di asia. Dikenali juga sebagai Musang Luwak. (yang ada kopi daripada tahi musang tu..spesis ini la)

- haiwan nokturnal : aktif pada waktu malam

- habiskan banyak masa kat pokok (habitat)

- haiwan Omnivor: makan daging ( cicak, katak, ayam, telur, serangga) , dan juga buahan2 di hutan.

- boleh adaptasi dengan persekitaran: hutan, kampung, bandar..

- tempoh matang setahun, dan boleh hidup selama 20 tahun

-dikenali sebagai Musang Pandan, sebab dekat perut die, ada satu kantung, yang mengeluarkan bau seolah2 bau pandan.

- salah satu spesis haiwan terancam dan dilindungi. tak boleh jual beli musang, kalau dapat tahu akan didenda RM 20,000. Lesen pelihara beliau adalah RM10 setahun.. Permohonan di jabatan perhilitan.

=sumber: google kat internet + jabatan perhilitan selangor=




JADI......... selepas dapat tahu info ni.. hurm.. barula kitorang tahu.. kalau nak bela kene ada lesen.. haha.. tapi kalau kat kampung2 ni, mybe la orang lepas kan jer.. 

disebabkan kitorang pon x leh nak bela, sbb saya pon akan balik johor tak lama lagi, Mak pon tak larat nak bela haiwan ni, so kitorg decide nak jual atau hantar perhilitan.

mula2 x tahu jual-beli musang x boleh.. sebab tengok kat internet ramai gile kot orang jual2, beli2 musang.. sebab minat/hobi .. hmm.lagipun yang beli tu takkan la nak aniaya kan.. haha.. tapi bile buat further research, sebenarnye tak boleh jual beli haiwan yang dilindungi ni.. jadi, kitorang pon dah putuskan untuk hantar ke jabatan perhilitan.

10 Disember.. setelah hampir sebulan jaga Mumu, kitorang pon hantar beliau ke jabatan perhilitan shah alam.. sedih tu memang sedih.. tapi kitorang fikir, ini mungkin yang terbaik. Orang perhilitan bagitau, lepas ni musang akan dihantar ke Rescue Centre kat Sg. Tengi, Sabak Bernam.. kat sana memang tempat perlindungan haiwan.. kalau haiwan2 ni dah boleh berdikari, diorang akan lepaskan ke habitat asal.. hmm... jadi kitorg yakin, insyaallah itulah yang terbaik.. mudah2an staff2 perhilitan dapat menjalankan tanggungjawab tu..hmm.. 

:) Mumu.. we miss you.. uuuuuuuuuuu.. 

nanti ada masa.... kitorg datang melawat...entah bile... tp.. mudah2an kite dapat bertemu untuk kali ke-2. insyaallah.


Mumu..

Terima Kasih Allah..kerana beri kami pengalaman yang cukup berharga.. :)


Mumu! :D



Friday, July 5, 2013

Dr. Morsi: Wahai Mesir, Kamu Puas Hati Sekarang?

      

      Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

            Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

            Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

            Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

            Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

            Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

            Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

            Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

            Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

            Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

            Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

            Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi,  dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”

            Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!













artikel ini diambil daripada : Ibnurijal.blogspot.com

#gambar2 daripada: facebook

Thursday, June 27, 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2013


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA
2013

AKAN MENGEGARKAN JIWA ANDA 

DI P.W.T.C, KUALA LUMPUR

PADA 29 JUN INI...

SAKSIKAN DENGAN PENUH KEIMANAN..

WASSALAM


SALAM MENUJU RAMADHAN... 

Sunday, June 23, 2013

Ady Putra..melamar aku? What the paradise..




entah macam mana sejak beberapa bulan lalu, saya tersuka dan terjatuh hati pulak menonton drama slot akasia yang disiarkan kat tv3 tu tu.. 
ini semua gara2 pengaruh rakan sebaya yang suka tengok cerita tu.. kang dah jadi addicted plak... 

setia ke hujung nyawa, sedetik cinta.. 
#( rindu abu dhabi x tengok..sbb mcm x best.. masa tu kire dah taubat la x nak tgk slot akasia.. dahla maghrib2..adoiii).. 

tp bila keluar yg baru ni, teduhan kasih.. alahai macam best la pulak.. dah layan balik.. 

beberapa minggu lepas, saya pon pergi la mencari novel teduhan kasih kat kedai MPH.. cari punye cari,  tak jumpe.. rupe2nya dah habis stok, terus tak jadi nak cari dah lepas tuu.. tengok kat Tv jer la.. tapi dah agak, mesti last sekali happy ending punye.. 



.........................................................................................................................................

pada suatu malam, terjumpe plak dengan pelakon utama teduhan Kasih tu.. --> Ady Putra.. 
ade ke patut dia ajak saya jadi heroin dalam drama tu,? berlakon? ...

 atau.. 

betul2 ajak kawin mcm cerita teduhan kasih tu.. 

kemudian, saya pun ke rumah beliau yang mcm banglo tu... then, time tu plak.. tiba2 nak solat subuh jap dalam rumah tu.. tercari2 mana la ruangan yang sesuai.. dah lepas je solat kat situ, terdengar plak desas-desus yg family beliau x berapa suka org yg agama2 ni,.. (means.org yg solat?..biaq betul)..

sampai hati.. jadi, lebih baik CANCEL je terima lamaran beliau tu..


tibe2..


Eh.. terbangun dah..


ceh.. Rupe-rupenye hanyalah mimpi aku semata-mata.. ingatkan betul-betul la..hoho..

tula, asyik tengok drama teduhan kasih.. kan dah bawak sampai ke mimpi..


>_<... 

apa2pon, cerita tu ada juga la yg side positifnye.. paling x suke mak tiri effa, kaklong dan si ayu tu.. geram betul bila tengok.. kadang tu terpikir gak, ade ke orang mcm tu kat Malaysia ni.. hasad dengki, dendam yang tak berkesudahan.. nauzubillah.. moga2 tak tergolong la dalam kelompok2 mcm tu..

yang si ady putra a.k.a ehsan tu, baik tu memang baik.. tapi sayang, nilai2 agama sangatlah rapuh.. tak solat, clubbing, minum arak..dendam gak dengan mak die.. tu semua sebab dari kecik dia terbiar.. family tak jaga dia elok2.. 

effah tu memang baik..solat.. dan baik la sangat sampai org pijak kepala dia, kene maki hamun pon layan kan jer... tapi lama kelamaan dia dah mula tabah dan berani tepis semua2 tu.. cume.. dia belum terbuka hati nak tutup aurat dengan sempurna.. Opps.. jangan lupe.. solat itu wajib. dan tutup aurat pon wajib. Walau seseorang tu baik mcm mana pon.. kalau tak tutup aurat, sayang la.. kan lebih baik dia tutup aurat sepertimana dia solat kan.. tutup aurat itu bukan kompromi ok :) 


satu je yang pelik.. si ayu tu sepatutnye jadi la cerdik sikit kalau nak kenekan effah tu.. hehe.. 
kan dah dapat tahu yg effah duduk satu rumah dengan ehsan, kenapala tak report pegawai agama jer.. 
biar malu effah tu..kan? .. tapi si syu takkan buat, sbb kalau dia buat mcm tu, sah2 lah effah dan ehsan kene kawin sedangkan ayu tak nak diorg kawin..


hurm.. lagi satu............ sangat la TIDAK PATUT bila effah duduk serumah dengan EHsan walaupun ada Makcik tu.. hurm.. kan dah kire duduk satu bumbung.. kalau kat alam realiti, memang dah lama la kene tangkap dengan pengawai agama..

apa2pun.. cerita je.. hanya rekaan.. tp x mustahil ada gak kisah2 yg ala2 mcm teduhan kasih kat dunia ni..


sekian.. 


:P


Ambil yeng Jernih
Buang yg Jerebu.. a.k.a Keruh..


jaga kesihatan di musim jerebu ni.. 

Wednesday, June 19, 2013

Setelah Kesekian Lama..

Assalamua'alaikum... 

setelah sekian lama..
masa itu berlalu juga akhirnya
menyimpan pelbagai suka dan duka
mengharungi ranjau sebagai seorang baru
dalam mendidik generasi Z...


Alhamdulillah..
setahun setengah sudah pun berlalu, dalam menjalani kehidupan berstatus guru praktikum di S.K Telok Gadong..
9 Jun 2013, tarikh akhir di institut perguruan,
mengharungi kelas, assignment, praktikum, peperiksaan..
dan kini menunggu rezeki penempatan posting..

semoga semuanya berjalan lancar..
insyaallah..


                                  hadiah hari guru dari SKTG :) #kenangan#


kawan yang membantu dalam senang dan susah#kenangan# sama2 sebagai guru praktikum :')


 murid tahun 1 buat persembahan#kenangan# >_<


 rakan-rakan sekels IPIK Q3.2 :)#kenangan# opps..3 org jejaka tak de dalam gambar ^^,


suasana dewan peperiksaan..IP-PAI#kenangan# ^o^




masa darjah 1: nak jadi pramugari (kononnye..haaha)
sekolah menengah: nak jadi doktor.. (pergh)
universiti: nak jadi apa nth, saintis (ala-ala saintis,,dah rasa 1 tahun lebih)
then.. be a teacher.. (best kot)

^__^