Monday, March 31, 2014

Contoh Kertas Kerja Kem Bestari Solat (KBS)




Contoh Kertas Kerja Kem Bestari Solat (KBS) 2013.


KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 1, 2 & 3 (SIRI I)
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR BERGEMA
TAHUN 2013/1434 H

  1. PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat, maka pihak JAPIM telah memasukkan satu modul Bestari  Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Telok Gadong  telah mengambil inisiatif merancang untuk menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat. 
Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam melaksanakan perkara fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.

  1. OBJEKTIF
2.1  Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.
2.2  Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan solat dengan betul.
2.3  Menyuburkan kembali budaya kehidupan secara berjemaah yang menjadi satu amalan yang amat digalakkan.
2.4  Mengembangkan daya siang yang positif di kalangan murid Islam disamping merapatkan Ukhwah Islamiyyah sesama mereka.
2.5  Memantapkan kenyakinan murid-murid tentang amalan fardhu.
2.6  Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu.


  1. Kumpulan Sasaran
3.1  Murid Islam Tahun 1,2 & 3
3.2  Jumlah penyertaan 527 orang murid

  1. Tarikh / Tempat pelaksanaan
4.1  18 Mei 2013 (Sabtu)
4.2  Dewan SK PASIR BERGEMA

  1. Struktur Ahli Jawatankuasa
(Rujuk Lampiran 1)

  1. Tentatif Program
(Rujuk Lampiran 2)

  1. Anggaran Perbelanjaan
(Rujuk Lampiran 3)
             
  1. PENUTUP

Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan. Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa diharap dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) ini memberi kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.



Disediakan oleh,

……………………………………………
(EMMA ZARA BINTI YAAKUB)
Setiausaha Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.

Disemak oleh,

…………………………………………………………..
(NUR MISHA LAILA BINTI MOHD ISMAIL)
Penyelaras Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.


Disahkan oleh,

…………………………………….
(MOHD ZAIN BIN SAIRIDEN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.



................................... :-)


Untuk Contoh Laporan/ Dokumentasi Kem Bestari Solat boleh Klik Sini >> laporan/dokumentasi Kem Bestari Solat <<<

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum tuan rumah, minta ijin copy yeerr..tq

+AnamuSafir+ said...

waalaikmsalam.sila2

Anonymous said...

assalamualaikum . yg lampiran-lampiran tu ada contoh tak?

asyran said...

assalamualaikum..mohon izin untuk copy yea..terima kasih

+AnamuSafir+ said...

waalaikmsalamm..boleh