Contoh Kertas Kerja Kem Bestari Solat (KBS) 2013.
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT
TAHUN 1, 2 & 3 (SIRI I)
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR BERGEMA
TAHUN 2013/1434 H
- PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang
muslim yang sejati. Solat merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib
ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat, maka
pihak JAPIM telah memasukkan satu modul Bestari
Solat di dalam modul perlaksanaan program j-QAF.
Oleh
itu, pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Telok Gadong telah mengambil inisiatif merancang untuk
menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS). Program ini merupakan sebahagian daripada
program j-QAF yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah yang terlibat.
Secara
khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan
wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam
melaksanakan perkara fardhu ain. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang
berkesan memungkinkan murid-murid akan lebih yakin dan mantap segi rohani,
jasmani dan intelek dalam penghayatan secara berterusan.
- OBJEKTIF
2.1 Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat wajib dan sunat.
2.2 Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan
sempurna dan solat dengan betul.
2.3 Menyuburkan kembali budaya kehidupan secara berjemaah yang menjadi
satu amalan yang amat digalakkan.
2.4 Mengembangkan daya siang yang positif di kalangan murid Islam
disamping merapatkan Ukhwah Islamiyyah sesama mereka.
2.5 Memantapkan kenyakinan murid-murid tentang amalan fardhu.
2.6 Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu.
- Kumpulan
Sasaran
3.1 Murid Islam Tahun 1,2 & 3
3.2 Jumlah penyertaan 527 orang murid
- Tarikh
/ Tempat pelaksanaan
4.1 18 Mei 2013 (Sabtu)
4.2 Dewan SK PASIR BERGEMA
- Struktur Ahli Jawatankuasa
(Rujuk Lampiran 1)
- Tentatif Program
(Rujuk Lampiran 2)
- Anggaran Perbelanjaan
(Rujuk Lampiran 3)
- PENUTUP
Model
Bestari Solat adalah sebahagian daripada program j-QAF yang wajib dilaksanakan.
Oleh itu, semua pihak termasuk ibu bapa diharap dapat memberi kerjasama dalam
menjayakan program ini. Semoga pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) ini memberi
kesan positif kepada para pelajar dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan
rasa tanggungjawab untuk melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga segala
gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Disediakan
oleh,
……………………………………………
(EMMA ZARA BINTI YAAKUB)
Setiausaha Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.
Disemak
oleh,
…………………………………………………………..
(NUR
MISHA LAILA BINTI MOHD ISMAIL)
Penyelaras Kem Bestari Solat,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.
Disahkan oleh,
…………………………………….
(MOHD ZAIN BIN SAIRIDEN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasir Bergema.................................... :-)
Untuk Contoh Laporan/ Dokumentasi Kem Bestari Solat boleh Klik Sini >> laporan/dokumentasi Kem Bestari Solat <<<
5 comments:
assalamualaikum tuan rumah, minta ijin copy yeerr..tq
waalaikmsalam.sila2
assalamualaikum . yg lampiran-lampiran tu ada contoh tak?
assalamualaikum..mohon izin untuk copy yea..terima kasih
waalaikmsalamm..boleh
Post a Comment