Tuesday, October 23, 2018

kawan dan sakit hati

aku ingin mencoret sebuah kedukaan di sini
tahukah kau, aku ini seorang perantau,
perantau sendiri dibumi yang belum pernah aku jejaki
mengenal tapak berdikari satu persatu
dengan bantuan rakan-rakan baharu
yang aku temui di sini (dengan izin Allah) termasuk kamu..

sehingga ke hari ini
status aku masih lagi sendiri
aku tidak punya apa-apa hubungan
melainkan dengan ahli keluargaku yang jauh didaerah lain

sungguh perjalanan aku disini
bukanlah sekuat yang orang lain sangka
luaran aku mungkin nampak biasa
namun disaat duka melanda, aku tidak bisa
menyembunyikannya
selalu aku meratapi kesakitan hati di malam hari

aku tidak tahu mengapa..
kamu antara orang yang banyak memberi tunjuk ajar
namun kamu juga orang yang selalu buat hati aku terluka
aku sakit wahai rakan
hati aku sakit saat kamu perlakukan aku begini

bukan sekali.
banyak kali.
tahukah..aku seorang diri.. kalau aku sakit hati, aku rawat sendiri.
aku menangis sendiri.
aku seorang.
aku menangis sendiri.
aku tiada famili di sini.
ibu bapa aku jauh didaerah lain.
aku sendiri.
hanya rakan2 sahaja yang aku ada.
aku ulang lagi.. aku tiada ahli keluarga disini... yang boleh bersama aku dalam aku susah.
tiada di sini..

namun..kenapa kamu sewenang2nya melukakan hati aku.....
aku tak suke perasaan ini. ia seakan menyesakkan dada aku tiap kali memikirkannya.

aku seringkali terfikir.
teruk sangatkan diri aku ini?
jika aku memang ada buat silap..teruk sangatkah aku ini?
hingga aku seperti dibuang, bukan kawan, bukan teman. seolah terlucut semua gelaran itu.
perasaan aku terbeban.
aku tak tahu kenapa.
aku rimas dengan perasaan ini.membuatkan aku seperti tidak mahu menunggu hari esok... nauzubillahi min zalik.

tolonglah faham...
sehingga kini.. aku masih ingat lagi
di saat aku seperti dihina oleh kamu
hanya kerana aku tidak seperti apa yang kamu mahu..
aku tidak akan lupa saat itu..
saat kamu berpaling dengan pandangan seolah2 aku sangat kamu benci.
kenapa aku diperlakukan sebegitu?..

tolonglah..jangan terasa dengan hal-hal
yang boleh ditolak ansur..
sungguh demi Allah.. demi Allah..aku sangat terkesan.

ya Allah.. bantulah aku
bantulah agar diberi kekuatan jiwa
agar tidak rasa mudah lemah
dengan manusia.




Wednesday, June 20, 2018

Hari Raya's Stories


Ini pulak kisah raya 2018

raya. raya, raya.. seriously, setahun sekali hari raya ni mcm sekejap je.. eh? dah raya balik.. mcm juge puasa.. ehh..dah habis dah bulan puasa..nampak sangat la masa itu berlalu pantas + atau aku sendiri yang bnyk sia2 kan waktu?? heee..hurm.

raya tahun ini bagi aku simple jer.. Ayah kerja pada hari raya pertama..(xde gambar sekeluarge) pahtu, ayah balik petang sikit, tu pon sebab saudara mara sebelah ayah datang petang tu. Selautan dan segerombolan saudara mara datang beraya di rumah kitorg..  seriously ramai..mcm kenduri.. soalan femes yang biasa diajukan kepada aku ialah "bila nak kawin??", "kawin la cepat.." haha.. aku dah xde jawapan dah untuk soalan tu melainkan jawapannye "insyallaahh.. redho dengan takdir (skrip drama)."

malam raya pertama tu, aku letih gile. kaki sakit .. tertidur la aku lepas maghrib.. solat isyah dekat2 pukul 12.

hari raya ke-2 dan seterusnya..xde apa2 yang menarik melainkan saudara mara datang rumah toklang, and kawan2 ibu datang rumah. aku takde beraya mana2 pon.

benda paling annoying tapi ( sabar) ialah apabila kucing berak dan kencing dalam rumah.. 2 hari berturut-turut. .Hari ini ada taik bawah kerusi ruang tamu (tv). malam esoknye, ada taik dan kencing kat tepi kerusi + terkena dekat tikar ruang tamu utama.. malam tu memang aku tolong ibu bersihkan najis tersebut. tikar yang kat ruang tamu terpaksa dikeluarkan..mop. sabun.. etc...

alhamdulillah..lepas setengah jam settle gitu, ada tetamu datang rumah.. adik kepada kak ipar..
( mujurlah dah bersihkan semuaa)

lepas adik kakak ipar balik.. si adam plak ( anak sedara aku-4 tahun), terpecahkan balang kaca biskut raya.. pap.. berkecai kat ruang tamu tu.. dah kene bersihkan pulak.. abang aku dan ibu yang bersihkan..

selang setengah jam gitu... datang pulak tetamu... kawan ibu.. huhu.. malam tu tak berhenti busy..
yang kelakarnye bila ibu tersilap bagi duit raya kat orang.. hee.. xpela bu, rezeki org tu "(^o^)

:)

tu je la..kisahnyer.

selamat hari raya~

A simple story of puasa..



Kenangan Puasa..

satu petang, selepas balik kerja.. lepas zohor, aku tidur sebab kepenatan..
tidur punya tidur, punye tidur... tetiba aku terjaga.. mcm dah gelap.. 
aku tengok jam.. Oh My Allah.. dah pukul 7 mlm.. ape lagi.. terus pecut aku pi bilik air., ambik wudhuk dan solat asar!.. makanan berbuka semua tak prepare langsung.. aku xde pilihan melainkan masak  maggi..haha..itu je  mknn sedap yang ada dalam simpanan aku kat dapur. lepas berbuka dan solat maghrib..aku keluar juga pi beli nasi :P.
alhamdulillah kenyang gak malam tuu..

sekiann...


Wednesday, April 25, 2018

Seindah Cinta semalam

Angin pantai bagaikan menampar-nampar pipi Aicha. Dia leka duduk sendirian di situ. tudung shawl corak-corak bunga tulip terbuai-buai dihembus angin. sesekali dia menyeka airmata yang jatuh membasahi pipi. pasir putih pantai dan ombak biru menjadi temannya saat itu.

Perlahan-lahan Aicha menatap foto kecil berukuran passport. foto itu sedikit kekuningan, agak lusuh dimamah usia.

Hatinya tiba-tiba disayat pilu.

"Kenapa awak tak berterus-terang dulu...?" gumam Aicha sambil menatap foto itu. Ingatannya terhadap seseorang terpapar di ruang mindanya kini. Aicha masih tidak dapat melupakan kisah itu. Barangkali itu kisah cintanya?.. Aicha menangis teresak-esak...

2001

suasana di kampus itu agak tenang. para pelajar kelihatan tekun menelaah pelajaran di sekitar kawasan kampus.  Minggu peperiksaan yang bakal tiba seminggu lagi menjadikan suasana kampus itu sunyi dari riuh-rendah penghuninya. 

di satu sudut perpustakaan, kelihatan seorang gadis sedang tekun belajar. Dia membelek-belek buku yang dibacanya, mulutnya kelihatan muncung. mukanya berkerut. 

"Aih.. tak berapa nak faham la penerangan ni." gadis itu mengeluh sendiri.

gelagatnya diperhatikan oleh seseorang dari jauh..

"Hai...Aicha..Aicha kan?" tegur satu suara.

"hah?..eh..ye, saya, er..awak siapa?" Aicha mendongak sambil sedikit terkejut.

"Opss..sori, saya satu kuliah dengan awak, er.. kuliah Farmakologi..saya Adrian Lee" lelaki itu perkenalkan diri.

Aicha menggaru-garu kepalanya. Adrian Lee? Dia memang tak ingat lelaki itu. Manakan tidak, pelajar yang mengikuti kelas farmakologi bukan sedikit, hampir 150 orang. 

"oh..yeke? maafla, saya tak perasan.. " Aicha tersenyum kelat.

Adrian tersenyum sahaja. Dia berdiri mengadap meja Aicha. Aicha memandang lelaki itu kehairanan. 

"kenapa awak berdiri kat sini?" Aicha melontarkan pertanyaan.

"er..boleh saya duduk sini?' Adrian lekas-lekas menjawab.. Dia segan sebenarnya untuk duduk tanpa meminta izin Aicha.

"La.. duduk jela. kerusi ini bukan milik sapa-sapa" Aicha tersengih memandang Adrian.

Adrian duduk menghadap Aicha. Adrian menunjukkan minat terhadap buku yang dibaca oleh Aicha. dari tadi, dia memerhatikan Aicha yang khusyuk membaca itu. 

"Awak baca apa tu?" soal Adrian. 

"oh, saya baca tentang the method of HLC..x faham pulak" Aicha menunjukkan helaian itu kepada Adrian.

"Oh..awak tak faham yang mana? saya boleh terangkan" Adrian tersenyum. Dia sangat berbesar hati dapat membantu Aicha.

Aicha gembira dengan pelawaan itu. Dia tidak kisah untuk mendapat tunjuk ajar dari Adrian Lee memandangkan Adrian bersungguh-sungguh mengajarnya. Mereka bersama-sama mengulangkaji di perpustakaan sejak hari  itu. 

Aicha bukan tiada kawan yang lain, tetapi dia lebih selesa belajar bersendirian untuk lebih fokus. walaupun dia sedar belajar berkumpulan itu lebih banyak manfaatnya, namun dia lebih suka sendiri. Jika tidak faham, barulah dia bertanya kepada rakannya atau pensyarah secara personal. Itu cara dia belajar sejak di bangku sekolah lagi. Kini Adrian Lee lah yang sering menjadi tempat untuk dirujuk sepanjang minggu peperiksaan. 

satu petang, selepas mereka mengulangkaji bersama di perpustakaan, Adrian mengajak Aicha ke kafetaria. 

"Jom, Aicha, saya belanja awak" ujar Adrian sambil senyuman tak lekang di bibirnya.

"eh..apa pula, awak banyak tunjuk ajar saya, biar saya belanja" Aicha sedikit malu-malu.

"hehe..tak apalah, saya belanja ok? bukan selalu" Ujar Adrian. Penuh yakin.

Aicha hanya senyum dan mengangguk..ok! 

mereka duduk di satu sudut di kafetaria. Minuman dan makanan yang mereka pesan tadi sudah pun dihidangkan di atas meja.

Aicha menghirup air jus tembikai yang ada di depannya. Tanpa dia sedari, Adrian asyik leka memandang Aicha dengan senyuman kecil dibibirnya. Adrian dapat rasakan sesuatu di hatinya.

Ketenangan.

2003..

selepas tamat pengajian, Adrian dan Aicha masing-masing mengikut haluan tersendiri. Aicha bekerja sebagai pegawai sains di hospital kerajaan, manakala Adrian meneruskan perniagaan bapanya di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Sejak bekerjaya, mereka jarang sekali berhubung, cuma sesekali sahaja.

beep..beep.. bunyi mesej di smartphone Aicha berbunyi. Aicha baru sahaja pulang ke rumah setelah keluar membeli barang-barang di supermarket.

"Hye Aicha. Adrian ni, lama kita tak jumpe, boleh kita jumpa esok?.." Mata Aicha membulat ketika membaca mesej itu. Dia tersenyum sendiri.

"Oh,. Adrian! baru nak text ya, busy betul awak. . nak jumpa? kat mana?" Aicha menekan-nekan keypad smartphoneya.

"kita jumpe kat Taman Botani Putrajaya nak? esok hari minggu kan, i got something for you"..

Aicha hanya membalas "Ok ". Dia juga tak sabar nak bertemu dengan Arian esok.

...................................................................................................................................................................

10.30 pagi, Taman Botani Putrajaya.

Adrian duduk termenung. Dia seperti gelisah menantikan kehadiran Aicha. sekejap-sekejap tangannya membuka dan menutup kotak baldu kecil bewarna merah hati itu.

"macam mana kalau Aicha menolak?" gumamnya. Sudah lama niatnya terpendam. kini dia tak mampu untuk berselindung.

Adrian berdiri dan mundar- mandir di situ. Di bawah gazebo kayu jati berukir  itu dia melepaskan gemuruhnya.

"Adrian! Adrian! " kedengaran suara yang amat dikenali memanggilnya. Adrian lantas menoleh. Aicha berlari-lari anak ke arahnya. Dengan muka yang kepenatan, Aicha meminta maaf atas kelewatannya, keretanya meragam pagi tadi. terpaksalah dia menaiki kenderaan awam. Aicha tidak putus-putus memohon maaf atas kelewatannya.

"Oh,,tak apa-apa, kenapa tak call saya? saya boleh ambil awak" ujar Adrian.

"tak apa..lagipun public transport banyak kat sini" Aicha membalas.

'wah! handsome la awak sekarang, Adrian. macam bisnesman, Apa khabar awak, dah ada makwe ke.. " Aicha saja mengusik Adrian. memang betul, Adrian kelihatan semakin kacak. Dengan baju kot sederhana perang muda, t-shirt putih di dalam, berseluar biru gelap.

"haha..mana ada.. macam ni jela.. takde makwe nak suka kat saya," Adrian tergelak disakat Aicha.

Adrian memandang Aicha yang tersenyum-senyum kerana berjaya mengusiknya. Cantik dimata Adrian melihat Aicha yang berjubah biru gelap, dan bertudung shawl biru muda bercorak bunga pastel itu.

Mereka berborak dan bersembang tentang kerjaya masing-masing. Keduanya sangat gembira dan mulalah mengenangkan kisah-kisah kenangan ketika zaman belajar satu ketika dulu.

cuaca baik pada ketika dan ramai juga pengunjung yang bersiar-siar di Taman Botani waktu itu. Tidak sunyi dan agak meriah sekali. Namun dalam kemeriahan itu, hati Adrian sebenarnya sungguh berdebar-debar. Dia masih teragak-agak untuk menyatakan hasratnya kepada Aicha. Melihatkan Aicha yang sedang rancak bercerita, tangan Adrian meraba-raba kotak baldu yang tersimpan di poket seluarnya itu.

.."Aicha.. saya , saya" agak tergagap Adrian cuba meluahkan rasa hati.

" ya, kenapa awak?" Aicha melihat adrian sedikit kehairanan.

Adrian tersengih sendiri sambil memegang kepalanya yang tidak gatal.

"la..tersengih pulak dia" Aicha tertawa kecil.

"Aicha..sebenarnya.." Adrian cuba mencari kekuatan.

tiba-tiba..

................................................

"Eh..ni Aicha ke?" tegur satu suara. 

Adrian dan Aicha menoleh ke arah suara itu.

"ya..saya.. eh..Zaira kan?" Aicha seakan mengenali sosok itu setelah mengamati wajahnya.

"iya..ni zaira la..! ya ALLAH..rindunya .lama kita tak jumpa kan. " Seronok zaira melontarkan girangnya.

Adrian di situ tersenyum melihat dua gadis itu yang seakan dalam program 'jejak Kasih'.

Zaira, adalah kawan baik Aicha ketika di sekolah menengah dahulu. Selepas tamat SPM, mereka terpisah kerana Zaira melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kaherah, Mesir dalam bidang perubatan.

"Aicha, ini husband Aicha ke?" tiba-tiba baru Zaira sedar kehadiran Adrian di situ.

Adrian terkejut seketika kerana pertanyaan itu. Mukanya tiba-tiba merona merah.

Aicha yang ada di situ tertawa kecil dan turut terasa malu,

"Eh. maaf-maaf, Zaira, ini Adrian Lee, kawan saya masa kat Universiti dulu. Kami sekadar kawan la. hehe" Aicha memperkenalkan Adrian kepada Zaira.

"Ohh..hai Adrian, saya Zaira, Maaf tadi saya seronok sangat sebab jumpa Aicha ni" Zaira tersenyum kepada Adrian.

Adrian tersenyum kecil. "Oh, tak apa. lagipun saya pon dah nak balik ni. Tiba-tiba dapat sms ada hal". Adrian menyembunyikan rasa sedihnya bila Aicha memperkenalkannya sebagai kawan sahaja. Tiba-tiba sahaja hasratnya untuk meluahkan rasa cinta kepada Aicha terbantut.

"Eh.. Adrian nak balik dah ke? Apa kata saya belanja kita semua makan kat kafe di situ" Aicha memberi cadangan. Hairan juga kerana Adrian hendak pulang begitu sahaja.

Namun Adrian menolak secara baik. Dia benar-benar ingin pulang kerana ada hal yang mustahak.

"Ok. kalau begitu , next time ok? " Ujar Aicha tersenyum.

Adrian mengangguk sambil senyum kepada Aicha.

"Eh..lupa pula saya ni, Aicha" tiba-tiba Zaira bersuara. Dia memanggil seseorang yang sudah lama memerhatikan gelagat mereka tidak jauh dari situ.

Adrian yang baru sahaja melangkah kaki untuk beredar sempat bertemu mata dengan orang itu. Seorang lelaki, lebih tinggi sedikit daripadanya. Berpakaian kemeja putih kemas, berseluar hitam..sehitam janggutnya yang sejemput di dagunya itu. Mata Adrian dan mata orang itu bertemu dan orang itu tersenyum pada Adrian. Adrian perasan wajah lelaki itu seakan kawan Aicha tadi, Zaira..

"Oh..mungkin ini abang Zaira.."bisik Adrian dalam hati.

Adrian pun tersenyum sekali dan menundukkan sedikit kepalanya.

.................................................................................................

"Aicha..ni abang saya, Hakimi.." Zaira senang sekali memperkenalkan Abangnya, Hakimi kepada Aicha.

"Saya Aicha, kawan Zaira", sedikit bergetar Aicha memperkenalkan dirinya. Sekilas sahaja dia memandang Hakimi. Entah mengapa hatinya terasa lain.

Hakimi mengannguk sambil memandang sekali imbas wajah Aicha. Bibirnya tersenyum sebelum matanya memandang kembali kepada adiknya Zaira.

Dari jauh... sempat Adrian Lee berpaling dan memandang ke arah mereka bertiga yang masih lagi di situ..

Hatinya tiba-tiba berdetik..Lelaki tadi itu seakan sangat sesuai di samping Aicha.. Entah apa yang dia rasa saat itu.. tapi dia sayangkan Aicha... namun luahannya tidak kesampaian saat itu.


2010..

(bersambung..kalau rajin menaip)

Monday, April 16, 2018

A moment with you! a short story..


Assalamualaikum,

Semakin dewasa, seakan kita semakin kurang kawan yang boleh get along with us.

mungkin disebabkan kerjaya kita, masa kita untuk lebih bersuka ria dengan member tak sebanyak ketika zaman belajar dulu.

walauapapun, aku masih bersyukur, dekat area pagoh ni ada 2 orang kawan yang sama masa kat nilampuri dan UM dulu. Wee dan eda! :) * well, ekceli ada sorang lagi, kak dayah, cume lebih rapat ngn dia waktu posting kat johor ni..sebelum ni x kenal pon dia masa belajar UM dulu.. hehe. yang ni memang selalu kitorg keluar lepak sama2 kalau free*

alhamdulillah ada diorang, sedikit sebanyak, dapat juga luangkan waktu untuk berborak2 dan bercerita kisah semasa dan kisah kenangan2 lalu. Memang sungguh rindu zaman muda-muda dulu. takde masalah yang berat2 menghempap otak ni. haha

wee sekarang sedang berbadan dua.. ibu kepada dua anak ini sangat gigih menjalani kehidupannya di pagoh. hujung tahun ni, wee dan keluarganya bakal ke Jepun, kerana mengikut suaminya sambung belajar PHD.. ( wah..seronoknyee)  

Eda pula, sama2 di bidang perguruan cuma dia setahun awal dan bakal bergelar graduan master! :D    i am proud of you.. aku je yang belum lagi nak sambung belajar. hee..n belum bergelar ibu..ahaks.

hari jumaat yang lepas, 14 april, aku keluar berdua-duaan dengan wee. kitorang bersarapan bersama2 di panchor. makan nasi lemak dan beli roti canai.. kitorang bersembang2 hal terkini, politik, kehidupan, dan wat so ever. Dengan keadaan dirinya yang sedang alahan mengandung, dia sanggup luangkan masa lepak ngn aku hee..  sebelum keluar, dia dah siap masak mee goreng untk family dia. 

aku plak suke tengok anak2 wee.. umar dan mariam. comel je. ;) masa mula2 jumpe dulu, diorang agak kekok sebab tak kenal aku..sekrang ni, dah ok dah. hehe. seronok tengok diorang anak beranak.

hmmph.

i wish my problem will vanish forever
i hope we can stay together until the end..(to my dearest friends, eda, wee,,)

..uh..rindu juga kat kawan2 yang lain.. asiyah, ifti, yasmira, pipah.. dalam kebanyakan post2 aku yang dulu, nama2 ni yang selalu aku tulis..hmm..nama2 yang lain..aku tulis dalam hati.

Sunday, April 15, 2018

Rindu ini



rindunya
bila mana 
ku lihat kembali
foto-foto lama

sepertinya
ingin mengintai
masa itu

disaat aku menempuh
perjalanan 
hingga ke tahap ini

momen suka
momen duka
mencorak warna
kehidupan

terasa ingin memberi
pesan kepada diri
teruskanlah juang
jangan berhenti

tetaplah senyum
kerana kau bisa
mengharungi
hari-hari mendatang


Friday, April 13, 2018

JOM BERCAMPING! 2018~

seriously? dah masuk bulan April 2018, baru aku nak update blog.



 camping 2018 SKPR..


Assalamualaikum, kali ni aku nak share sikit aktiviti sekolah yang telah dijalankan pada 5 dan 6 April yang lalu.. iaitu Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform. Pada tahun ni, persatuan Puteri Islam yang handle aktiviti ini, bermakna kertas kerja dan segala tok nenek dia dirancang dan diurus oleh cikgu-cikgu Puteri Islam sekolah.

Alhamdulillah sepanjang 2 hari 1 malam ini, aktiviti perkhemahan berjalan dengan baik..walaupon ada sedikit kekalutan yang wujud, tapi dapat diselesaikan dengan bantuan rakan guru yang lain. Apa yang menariknya, tahun ni, salah seorang rakan guru ada menjemput seramai 10 orang pelajar IKTBN Pagoh sebagai Fasilitator bagi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta a.k.a budak2 sekolah aku ni la sepanjang camp ini. 

Personally, aku tabik la dengan 10 orang Fasi ni sebab berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Sis respect bro.

Antara pengisian sepanjang perkhemahan adalah..:

1) Larian berhalangan ( ala-ala rancangan america ninja warrior) + latihan Kawad (xde gambar plak)



 


2) Prtandingan Kawad Kaki ( tak sempat nak amik gambar) + Pertandingan Memasak berkumpulan






3) Malam Kebudayaan.. (Pertandingan setiap kumpulan)..
Malangnya, kamera aku tak cukup power untuk mengambil gambar berlatar belakangkan kegelapan.. Walaupun cahaya agak terang jugaklah kat pentas tu. Tema persembahan Lakonan Bisu.. jadi kebanyakkan pserta semua bisu.. haha..buat gaya je.. tapi seriously, tak sangka diorang pon kreatif juga.. cuma..banyak adegan bunuh-bunuh, buli-buli..pahtu insaf,...( idea budak2 ni mcm agak creepy je.)

lepas tu..ada buat panama dance, nyanyi2, ..pegh..siap lah korang.. kejap je lagi semua insaff untuk aktiviti seterusnya..  hihi

 gambar blurr...


4) Makan Malam dan Berbeku.. ( guru-guru, peserta-pserta camp dan semua yang ada kat padang)

5) Penghayatan Malam.. 
   Malam yang penuh keinsafan sambil merenung kelemahan diri. Aspek utama untuk aktiviti ini ialah kejujuran terhadap diri sendiri.. semua peserta termasuk fasi-fasi, dan termasuk aku sekali berdiri di padang beratapkan bintang-bintang di langit. Apa yang paling ditekankan dalam slot ini ialah Solat! Ada peserta yang menangis, dan ramai juga yang lenguh kaki sebab berdiri terlalu lama.. termasuklah aku. Jadi aku pon duduk lah sambil tengok diorang ni menerima tarbiyah daripada ustaz. Aktiviti ini tamat kira2 jam 12.30 pagi. Aku harap semua orang insaf malam tu. :P

6) Aktiviti Tidur yang Tak Macam nak Tido.
Budak-budak ni memang tak tidur la walau dah disuruh tido.. seronok sangat kot dapat duduk khemah, ada yang mengunyah jajan la bagai.. tak kenyang2 lagi agaknya budak2 ni. Fasi-fasi pulak terpaksa dok melayan diorng. haha.. ada yang marah suruh tidur.. padan muka korang budak..kan fasi dah marah. 


7) Qiamulail..
yang ni aku tak join la.. sebab cikgu perempuan tak tidur kat padang. penat wei seharian jaga budak2 ni.. dah la jadi pen. kem komandan.. haha.. (penat ke? :P).. penat tau. sampai jalan dah mcm biawak kene gout. apapun, aku harap budak2 ni insaf sekali lagiii..

8) Next Morning...

-Senaman ringkas

dan the last one is aktiviti khidmat bakti masyarakat. yang ini, setiap kumpulan yang diketuai oleh fasi-fasi akan pergi ke rumah-rumah (yang telah memberi kebenaran) untuk melakukan kerja amal..seperti tolong sapu halaman rumah, cabut rumput atau kerja2 yang bersesuaian. Guru2 pembimbing kumpulan yang berkelapangan pon turut serta sekali. 



 beres...bersih dah halaman rumah.. hehe.. 


9) Penutup dan penyampaian hadiah


 guru besar bagi ucapan~ 


sesi beri hadiah kepada Fasi-fasi IKTN Pagoh
yang ni aku cuma ingat beberapa nama je, Wan, Fadil, Rambo, Roy, Amir, Sahar..yang lain, sorry ..












 budak-budak ni menahan panas..sabar ye


sesi beri hadiah kepada semua kumpulan (ketua kumpulan). Gembira semua dapat hadiah..dan Sijil~




















ucapan akhir daripada fasi~ + sesi bergambar..yg ni aku tak simpan gambar sbb aku yang tolong ambik gambar diorang dgn pserta2 camp guna hp diorang okay .:D.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU-GURU, PARA IBU BAPA YANG TERLIBAT DALAM MASAK-MEMASAK, FASI-FASI JEMPUTAN, PEKERJA-PEKERJA SWASTA SEKOLAH, KAKITANGAN SEKOLAH, DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG, SIARAN LANGSUNG MAHUPUN TIDAK BERLANGSUNG UNTUK AKTIVITI PERKHEMAHAN TAHUN INI  ^___^  JASA KORANG AKAN DIKENANG SAMPAI TAHUN DEPAN.. :-p

TAMAT-

eh.lupa. nama2 setiap kumpulan bertemakan filem P Ramlee. Spt: Kumpulan Ahmad Albab, Bujang Lapok, Doremi, Sarjan Hasan, Anak Bapak, dan tiba2 ada 1 kump ni letak nama SUDIN. ceh..haha..dah ketandusan idea nampaknye. 


gambar bonus. 




geng belakang tabir ninja warrior