Sunday, July 25, 2010

Alasan Orang Tak PUASA!!...

 "yea yea.. lagi lagi 2 minggu nak posa!!" (agak2 ade tak yg cakap mcm ni .. hehehe {selalu org hepi bila nak rayer})

salam..
hujung minggu ini.. saya sangat bosan kat rumah.. bosan sampai rasa mcm nak tido sepanjang hari.. 
bosan2... bosan sgt.. huh... pahtu.. saya jumpe majalah Ujang kat umah ni.. layan la baca ujang., best juga.. lucu.. gelak sorg2 (ehem.. bukan gile ok..).. 
so.. kat cni nak kongsi la, benda lucu tntg alasan org x Posa. hehe.. kan dah nak Ramadhan ni.. so kite sume kene prepare la nak sambut bulan posa. Persediaan mental fizikal itu penting, amalan rohani pulak perlu la di naik tarafkan sempena bulan mulia ini. ganjarannya pula sangatlah banyak.. Itula tanda Allah sayang kat kite sume kan kan =)..
okla.. ni nak share ni.. terpulang la nak baca ke tak. janji saya Update Blog. hu2 ;)

+Alasan Orang Tak Posa+

Gastrik
-inila alasan paling popular dari dulu, kini dan selamonyo. Pado hal skarang ni ubat ape pon dah ade!

Tak Sahur
-Kononnya kalau tak sahur perut tak boleh tahan lapar. Alasan ni lebih kurang macam gastrik jugakla~

Lupa
-alasan ni selalu di guna pakai pada hari pertama puasa. Padahal satu dunio dah tahu bilo nak mule puasa!

Tidur
-kononnya bangun je tido, dah tibe waktu berbuka posa, rupe-rupenya baru masuk waktu Asar!

Tak Cukup Umur
-ni la alasan yang paling mengada-ngada. Umur dah lanjut kata tak cukup umur~

Kerja Teruk
-ni alasan bagi yang kerja berat la ni. Macam keje kat tengah panas terik seperti binaan dan ladang..

Tak Sengaja
-..seperti terkorek taik hidong, atau masa mandi terminum air. Iye la.. dah tahu tak sengajo tak apela. Ini tidak, terus je makan Nasik! ~ haha.. 

Friday, July 23, 2010

Kerajaan Salah, rakyat dihukum..(copy)

salam
copying from harakahdaily.. enjoy.. 


Kerajaan salah, rakyat dihukum
YB V.Sivakumar   
Adakah benar bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019? Kenyataan ini tidak dibuat oleh YB Lim Kit Siang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun YAB Dato Seri Tok Guru Nik Aziz.

Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang pemimpin Barisan Nasional sendiri. Seorang menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri telah berani tampil ke hadapan untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa negara kita akan muflis dalam tempoh 9 tahun lagi. Beliau menyarankan supaya subsidi yang diberikan kepada rakyat ditarik balik untuk menyelamatkan negara.

Menurut Datuk Idris Jala , hanya dengan cara ini kita boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang serius dihadapi oleh negara kita. Jika apa yang disebutkan oleh beliau itu adalah benar, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?

Negara kita diperintah oleh komponen BN sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Jika negara kita menghadapi masalah ekonomi yang begitu meruncing, bukankah itu berpunca daripada ketololan dan salah urus kewangan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Sudah tentu kita tidak boleh salahkan DAP, PAS, PKR mahupun rakyat dalam hal ini.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat swasta menjadi muflis, salah siapa? Bukankah itu merupakan tanggungjawab pihak pengurusan syarikat tersebut? Jika benar, bagaimana pula sekiranya sebuah negara menjadi muflis? Bukankah itu merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah negara tersebut.

Dalam hal ini, jelas bahawa kerajaan BN tidak bijak menguruskan kewangan negara. Wang berjuta-juta ringgit dibelanjakan dengan boros tanpa membawa manfaat kepada rakyat. Kita boleh melihat sendiri berpuluh-puluh projek gajah putih telah mengakibatkan wang rakyat dibelanjakan seperti mencurah garam ke dalam laut.

Dimana perginya khazanah hasil mahsul daripada keuntungan petroleum? Rakyat tahu bahawa Petroleum membuat keuntungan berbillion ringgit setiap tahun. Adakah keuntungan Petronas digunakan dengan cara yang berfaedah atau digunakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan politik dan membantu kroni-kroninya? Semua pemimpin-pemimpin BN memekap apabila isu ini dibangkitkan.

Ekonomi Malaysia dalam keadaan bahaya bagaikan biduk tiris menanti karam. Malaysia yang kaya dengan sumber alam dikatakan akan menjadi negara muflis dalam 9 tahun lagi jika polisi-polisi sekarang diteruskan. Yang bersalah ialah kerajaan BN, tetapi yang dihukum pula ialah rakyat kerana subsidi yang dinikmati oleh mereka telah ditarik balik. Ini adalah tidak adil kerana orang bersalah terlepas manakala orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung hukuman.

Jika kerajaan BN benar-benar jujur dalam mendahulukan rakyat , sudah tentu pemberian subsidi tidak akan ditarik balik. Tetapi, dalam keadaan sebenar BN cakap tak serupa bikin. Sebuah kerajaan kebajikan tidak akan membebankan rakyat dengan polisi-polisi yang menekan seperti ini.

Tanggungjawab sesebuah kerajaan ialah mengenakan cukai daripada golongan kaya raya dan menggunakan wang itu untuk menyediakan kemudahan awam dan memberi subsidi kepada golongan pertengahan dan miskin. Menurut seorang pakar ekonomi yang bernama Paul A. Samuelson, tindakan makruf mengagihkan kekayaan dengan cara ini akan membawa kepada kepuasan sosial yang lebih tinggi dalam masyarakat.

Dalam konteks Malaysia, cukai terus dikenakan tetapi subsidi ditarik balik. Ini bermakna terdapat bocoran yang amat ketara dalam urusan kewangan negara. Tambahan pula kerajaan bercadang untuk mengenakan GST yang akan menambahkan beban rakyat tidak lama lagi.

Beban rakyat seharusnya dipikul oleh kerajaan, tetapi lain pula keadaan di Malaysia, beban kerajaan terpaksa dipikul oleh rakyat. Oleh yang demikian, kita memerlukan satu forsep baru untuk memegang ekonomi negara supaya tidak tersungkur kedalam senarai negara-negara muflis.



p/s: agree!!

Saturday, July 17, 2010

..Bikini Versus Burqa'..

Henry Makow..Ph.D

Salam.. hari ini saya bertemu dengan Henry Makow, di atas.. percaya tak?? huhu. tak la..saya menjumpai satu artikel beliau di internet.. lalu saya membacanya dan tertarik mengenai artikel berkenaan. Beliau dilahrikan di Switzerland pada 12 nov 1949 dan menetap di Ottawa, Kanada. Merupakan seorang penulis, pengkaji teori2 konspirasi dan aktif dalam programe Scruples. Mendapat Ph.D di universiti Toronto pada 1992. (wikipedia).

erm.. tulisan beliau tentang Bikini Vs Burka : The Debauchery of Women .. telah menunjukkan terdapat juga para cerdik pandai europah yang melihat Burka dari sudut positif dan mengkritik pemakaian seksi seperti bikini di kalangan masyarakat America. Artikel tersebut ditulis respon mengenai peperangan yang berlaku di afganistan.

dari sudut positif, beliau melihat pemakaian burka bagi wanita sebenarnya bersifat privasi hanya untuk suami dan ahli keluarga mereka sahaja. ini kerana wanita peranan utamanya adalah di rumah. Wanita sebagai isteri yang mendokong suami, melahirkan, ,mendidik dan membesarkan anak-anak. Itulah fungsi dan peranan wanita secara fitrahnya. 

Berlainan dengan keadaan wanita America yang bebas menonjolkan diri mereka di khalayak ramai. meng'expose' diri mereka dengan berpakaian seksi dan bebas itu hanya untuk menarik perhatian umum dan disukai ramai. Mereka adalah hanya diri mereka dan milik semua orang. Pergaulan bebas dan seks menjadi amalan sebelum mereka mengikat tali perkahwinan. Menurut Henry Makow pergaulan bebas wanita seperti ini la yang dimahukan oleh Amerika untuk melaksanakan rancangan New World Order. Semestinya ini akan merosakkan wanita yang sepatutnya menjadi pendidik anak2.

burka.. 

 yang satu: jelas la haram dalam Islam.. yang lagi satu: tutup semua..
 

walaubagaimana pun, beliau berpendapat kedua2nya iaitu berbikini dan burka adalah ekstrem, maka yang seeloknya adalah pertengahan..

di bawah ini saya bawakan artikel asal beliau: baca dan lebih faham~ :)
By Henry Makow Ph.D.

On my wall, I have a picture of a Muslim woman shrouded in a burka.
Beside it is a picture of an American beauty contestant, wearing nothing but a bikini.
One woman is totally hidden from the public; the other is totally exposed. These two extremes say a great deal about the clash of so-called "civilizations."
The role of woman is at the heart of any culture. Apart from stealing Arab oil, the wars in Iraq and Afghanistan are about stripping Muslims of their religion and culture, exchanging the burka for a bikini.

I am not an expert on the condition of Muslim women and I love feminine beauty too much to advocate the burka here. But I am defending some of the values that the burka represents for me.
For me, the burka represents a woman's consecration to her husband and family. Only they see her.It affirms the privacy, exclusivity and importance of the domestic sphere.
The Muslim woman's focus is her home, the "nest" where her children are born and reared. She is the "home" maker, the taproot that sustains the spiritual life of the family, nurturing and training her children, providing refuge and support to her husband.
In contrast, the bikinied American beauty queen struts practically naked in front of millions on TV. A feminist, she belongs to herself. In practice, paradoxically, she is public property. She belongs to no one and everyone. She shops her body to the highest bidder. She is auctioning herself all of the time.

In America, the cultural measure of a woman's value is her sex appeal. (As this asset depreciates quickly, she is neurotically obsessed with appearance and plagued by weight problems.)
As an adolescent, her role model is Britney Spears, a singer whose act approximates a strip tease. From Britney, she learns that she will be loved only if she gives sex. Thus, she learns to "hook up" furtively rather than to demand patient courtship, love and marriage. As a result, dozens of males know her before her husband does. She loses her innocence, which is a part of her charm. She becomes hardened and calculating. Unable to love, she is unfit to receive her husband's seed.

The feminine personality is founded on the emotional relationship between mother and baby. It is based on nurturing and self-sacrifice. Masculine nature is founded on the relationship between hunter and prey. It is based on aggression and reason.
Feminism deceives women to believe femininity has resulted in "oppression" and they should adopt male behavior instead. The result: a confused and aggressive woman with a large chip on her shoulder, unfit to become a wife or mother.
This is the goal of the NWO social engineers: undermine sexual identity and destroy the family, create social and personal dysfunction, and reduce population. In the "brave new world," women are not supposed to be mothers and progenitors of the race. They are meant to be neutered, autonomous sex objects.

Liberating women is often given as an excuse for the war in Afghanistan. Liberating them to what? To Britney Spears? To low-rise "see-my-thong" pants? To the mutual masturbation that passes for sexuality in America? If they really cared about women, maybe they'd end the war.
Parenthood is the pinnacle of human development. It is the stage when we finally graduate from self-indulgence and become God's surrogates: creating and nurturing new life. The New World Order does not want us to reach this level of maturity. Pornography is the substitute for marriage. We are to remain single: stunted, sex-starved and self-obsessed.
We are not meant to have a permanent "private" life. We are meant to remain lonely and isolated, in a state of perpetual courtship, dependent on consumer products for our identity.

This is especially destructive for woman. Her sexual attraction is a function of her fertility. As fertility declines, so does her sex appeal. If a woman devotes her prime years to becoming "independent," she is not likely to find a permanent mate.
Her long-term personal fulfillment and happiness lies in making marriage and family her first priority.
Feminism is another cruel New World Order hoax that has debauched American women and despoiled Western civilization. It has ruined millions of lives and represents a lethal threat to Islam.

I am not advocating the burka but rather some of the values that it represents, specifically a woman's consecration to her future husband and family, and the modesty and dignity this entails.
The burka and the bikini represent two extremes. The answer lies somewhere in the middle.

oleh itu,  marila kita renung firman Allah Swt yang bermaksud: 

"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka (jangan melihat lelaki janabi) dan memelihara kemaluan mereka (tidak berzina) dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak padanya. Hendaklah mereka menutup (aurat mereka) dengan JILBAB hinggalah menutupi dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak saudara lelaki saudara lelaki, mereka atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau pelayan lelaki yang sudah tidak ada keinginan syahwat kepada wanita atau kanak-kanak lelaki yang belum mengerti tentang aurat wanita. janganlah kamu menghentakkan kaki agar diketahui (didengari) perhiasan yang mereka sembunyikan (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"
(AnNur: ayat 31)


Imam Az Zahibi dalam Az Zawajir berkata : "Setengah fitnah yang dibuat oleh kaum wanita ialah .. mereka berpakaian yang jarang dan ketat yang menampakkan susuk tubuh mereka kepada lelaki ajnabi (bukan mahram) dengan mereka. Semuanya adalah tabarruj (solekan dan fesyen pakaian) yang dilarang dan dilaknat oleh ALLAH".


Sunday, July 11, 2010

bACK To the TOwn..

salam..
seminggu yang lalu sempat saya menghirup udara segar di kampung..
nyaman. dingin dan jauh dari bumyi bising kenderaan.
seminggu itu telah pergi.. dan kini saya kembali semula ke kota utk melunaskan kerja2 yang perlu diselesaikan..
KL.. aku dtg!!
malas la nak tulis dah. hehe.. tu je la utk kali ini..
smoga hari esok diberi kekuatan menempuh segalanya..

Saturday, July 3, 2010

Terima Kasih PharmaCogenomic Lab..

 love and appreciate others..
salam..
tanggal 2 julai 2010. hari jumaat, secara rasminya saya telah berjaya menamatkan latihan industri saya di jabatan farmakologi selama 2 bulan.. Alhamdulillah.. 
bercampur antara sedih dan gembira.. sedih meninggalkan kawan2 esp yang dah bnyk membantu saya sepanjang LI tersebut.. dan Gembira kerana LI berjalan dgn baik, dah boleh graduate lepas ni..he2..(insyaallah)..
pengalaman tidak boleh dirasai dengan mendengarnya dari orang lain, tetapi pengalaman dapat dirasai ketika kita sendiri menempuh dan melaluinya...
tension, malas, 'ter'rajin (hu2), boring, penat, sedih, gembira; lucu, kene buli? bengang, geram. ketawa ..semuanya ada dalam pengalaman sepanjang 2 bulan tersebut... ;) biasa la tu kan.. setiap hari adalah hari yang baru.. 
adakah kehadiran saya dirasai oleh semua member2 lab? saya tidak tahu..namun sebagai manusia, saya bersyukur kepadaNya, kerana dapat mengenali mereka, perwatakan mereka, keceriaan mereka, kesedihan mereka, bertukar2 cerita dan lain2..
saya hanya menumpang sekejap dalam kehidupan mereka, walaupun begitu saya gembira, kerana  kawan2 melayan saya dgn baik,(tapi tadi saya tulis kene buli? hee...ade la kes2 tertentu..haha)  terharunyer.. biarpon sebenarnya saya jarang juga berbual dgn mereka, kecuali 1-2 org:).. bila ada antara mereka yg buat lucu, saya tersenyum, cerianyer ;) senyum dr hati.. (time tu tgh buat lab work...senyum sorg2. =)
saya juga sering kali segan kalau bertembung dgn Prof, ;) tapi prof sentiasa melemparkan senyumannye, saya pon turut tersenyum..

:'-) sad and sorrow.. but hidup must go on.. 
sa azkuru kulluhum. i will remember all of them..

zihan.. kak haslyna.. ernchi... gareth...shamsul..aizat..kak siti..minoo, renuga,  Prof dan lain2.. thanks.. terima kasih semua!~ semoga kawan2 semua berjaya dgn cemerlang dalam lapangan masing2..amin :) ade rezeki, kite berjumpe kembali..


with all my heart~