Sunday, February 23, 2020

Simply Wish For My 33rd Birthday..

selamat hari lahir buat diri ini Anamusafir..

23 februari...

yang ke-33....

alhamdulillah 

Wednesday, February 19, 2020

Trip to Perth, Australia 2019

Assalamualaikum wbt,

setelah lama tak bersiaran, hari ni aku nak coretkan sedikit pengalaman manis melancong ke

Perth, Australia.
hehe.. besarnye font dia ek..

alhamdulillah, hujung tahun 2019, ( 7-11 disember ) aku dan kawan-kawan ( 3 sekawan ) joined trip ke Perth, selama 5 hari 4 malam.  agent pelancongan yang kami join ni sangat2 best!!

boleh klik kat sini -------------->  ARBA TRAVEL 

Arba travel adalah antara agen pelancongan yang popular di Malaysia. Alhamdulillah sepanjang kami berada di Perth, solat dan makanan halal sentiasa di jaga. Penginapan dan pengangkutan (bas) pon selesa. Penerbangan pula, kami diterbangkan dengan Air Asia X.

hotel - the season of perth yang terletak di tengah2 bandar.. sangat mudah untuk berjalan ke kedai souvenir di sekitar hotel. dan juga kedai2 makanan halal yang ada berdekatan dengan hotel.

cuma... fuh..satu je masalah aku bila kat negara orang putih ni.... tandas xde paip air.. haha.. agak mencabar.. jadi atas inisiatif sendiri aku bawak gayung dari malaysia. (kecik je warna biru).. kalau ikutkan nak bawak sekali paip dgn baldi ..mmm..biasalah..kite ni tipikal org malaysia..dah biasa bersuci kene ade benda tu. lebih yakin dari guna tisu. 

rupenye..australia ni sangat tegas dengan barang2 yang dibawa masuk ke negara mereka. Ade barang yang tak boleh dibawa masuk contohnya produk tenusu, ubat2 yang xde keterangan, biji benih tumbuhan...dan lain2..Masa dalam flight tu, pramugari akan bagi satu borang utk diisi.. / declare barang2 tertentu. borang tersebut hendaklah diserahkan pada petugas yang berada di airport.

contoh borang



contoh list barang yang kene declare..



sampai je kat airport perth, kami beratur untuk ke kaunter ketibaan. dan masa tu ada polis dan anjing datang/berlari ke arah kitorang... ( cek sekali lalu).. lepastu, kene soal gak, ada bawak barang2 terlarang tak and so on.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar, para petugas pon ok, senyum dan mengalu2kan kedatangan kami. 

dan pengembaraan kami pon bermula hari itu............ sepanjang 5 hari 4 malam kat sana.. mmg best..penat jgn ckp la.. banyak berjalan bila kat sana.. 

so enjoy the moments! 

Antara kenangan terindah sepanjang di perth, australia


caversham wildlife
macam-macam haiwan ada..antara yang famous ialah kanggaro, koala, wombat, walabi, burung2, reptilia dan lain2..






ada show ..shearing the sheep.. 




the margaret river chocolate 




ada lagi satu.. kilang madu..


blue boat house



ladang petik buah. 





ni masa sampai kat fremantle.. cari souvenir kat E-shed dan fremantle market.. dan makan fish n chip and lobster, ice-cream..sedap gile!




 fremantle market



e-shed






rainbow container


tengok sungaiii... 


sandune.. main luncur pasir



the pinnacles.. 


masjid ni ada paip air.. akhirnyaa..


king's park



makan kat kedai arab
ni kami pergi waktu hari free and easy


cuci2 mata.. sambil melontar duit a.k.a membeli belah


dan banyakk lagii yang best2..

apa yang best..angin malam kat perth ni..sejuk sangat..macam dalam aircond.. nyaman..
siang nye memang terik..tapi still beranginn..lagi2 bila kat pelabuhan fremantle...kuat sgt angin dia (tepi laut)...


last but not least...

no worries mate! ( slang aussie.)

driver bas- mr. Shannon. (kalau x silap la nama dia ni )- baik dan peramah

tour guide.. mmm ..suka sgt2 ngan beliau ni.. baik sgt2.. En Nuaym Budiman. huhu

tour leader.. Lina! marlina.. rindu die sgt2.. :) mature but comel hee

dann..

sahabat-sahabat kuuu...

Eda dan Fadhilah...!!

terima kasih banyak2 atas memori yang berharga ini.. sentiasa ada bersamaa....

<3 nbsp="" p="" sarangheo="">