Wednesday, March 31, 2010

++ GeLombang KeaDiLaN ++

khaibar-khaibar Ya Yahuud!
Jaisyu Muhammad saufa ya'uud!! 

 
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang

Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah

Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga 

Gelombang Keadilan
Album :
Munsyid : Shoutul Haroqah
http://liriknasyid.com 


Nasyid ini seolah2 memberi semangat kepada saya..
bila dengar lagu ni, ingatan akan kembali kepada suasana pilihanraya kampus sesi 2008/2009.. masa itu saya tahun 2..
Segala puji bagi Allah kerana kemenangan pada waktu itu berpihak kepada Pro-Mahasiswa!
Teruskan berjuang tanpa henti...
insyaAllah..


Dalam dunia hari ini, 
kezaliman ada di mana-mana,
tanpa mengira status dan pangkat..
kezaliman seorang pemimpin sehingga rakyat terabai,
 kezaliman seorang manusia terhadap alam sekitar sehingga berlaku pencemaran,
 kezaliman seorang ketua keluarga sehingga ahli keluarga menderita,
 kezaliman musuh-musuh Islam terhadap agama Islam mulia,
 kezaliman seorang manusia sebagai hambaNya dengan melakukan maksiat,
serta kezaliman diri kerana menyebabkan iman terkoyak..


Mari bangkit, tegakkan keadilan!
menjadi agen-agen keamanan dan kedamaian
dalam membasmi sebarang ketidak adilan..
mengislah diri dan ahli keluarga..
juga masyarakat amnya..
insyaallah..
semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita sume..
amin.........

++anamusafir++ 

Tuesday, March 30, 2010

KaLungan Doa.


kedinginan bayu malam itu,
hanya ada kau dan aku,
menikmati awan indah bersalut bintang..
sejenak..
gerimis menyapa..
membasahi batu-batu dan rerumput,
hanya masih kau dan aku berbicara,
soalnya hati yang lahir dari sanubari,
kau ungkap erti kejujuran,
kau ungkap erti pengorbanan,
kau ungkap erti kesetiaan dan kesanggupan,
di dalam rintikan hujan itu,
doa kau dan aku bersatu,
agar kita menjadi teman hingga akhir waktu,
tenang dalam sapaan sayangmu,
damai dalam renungan kasihmu,
kerana diri kita serupa,
mempunyai impian yang sama,
walaupun kisah kita berbeza,
kau ungkap dua rasa menjadi satu..


terima kasih temanku..


Muga kalungan doamu 
menjadi penguat cinta
antara kau dan aku...


amin...


Anamusafir Mac 2010..

Saturday, March 27, 2010

Rehlah Ulu Yam, Selangor

 Ulu Yam...

Hari ini hari Sabtu. Hari ini 27 Mac 2010. Pada pukul 7.30 pagi saya bersiap-siap hendak pergi ke kampus untuk berkumpul sebelum berangkat ke Ulu Yam. Ulu Yam adalah sebuah tempat air terjun yang dikenali ramai di Malaysia. Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk melawat Ulu Yam. Ini kali kedua saya pergi ke kawasan Ulu yam setelah kira-kira 14 tahun yang lalu iaitu sewaktu ber'rehlah' bersama keluarga dan saudara mara di Sg, Tua. Oleh itu saya sangat gembira. 
Pada jam 9.00++ pagi, saya pun bertolak ke ulu yam menaiki kereta. Rehlah santai ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Selangor di kampus saya (PERMAS). Peserta yang pergi tidak melebihi 20 orang, dan kami kesana dengan 2 buah kereta dan 1 motor. Perjalanan ke Ulu yam tidaklah jauh sangat, tetapi sangat menarik setelah memasuki daerah batu cave, di mana saya dapat melihat bukit menghijau dan pokok2 yang menghijau di tepi2 jalan.
setelah sampai, kami mencari kawasan untuk berkumpul. Kelihatan ramai orang yang berkunjung di Ulu yam, keluarga, kanak-kanak, dan ramai lagi. Keadaan sangat meriah. Kami membakar barbeku di sana. selain itu, nasi goreng juga disediakan untuk menjamu selera. kami sangat gmbira.
kemudian.. saya dan kawan-kawan memasuki air sungai. saya hanya duduk di tepian sahaja sambil merendamkan kaki. Ada antara kawan saya yang berendam di dalam sungai. kami memilih kawasan yang terlindung sedikit dari pandangan awam. 

++ heheeh.. SKEMA nye ayat.. macam karangan darjah 1 kan?? :-))) huhu... alhamdulillah.. besh22.. walaupun simple je rehlah tu, tapi saya rasa best juga.. sekali sekala dapat berjalan dan melupakan semua masalah assignmet, masalah diri, masalah itu dan ini dari benak saya seketika di air sungai/terjun ulu yam yang indah ini..hehe..

Hanya kurang 20 je yang datang, tak ramai tapi best juga.. antara yang hadir:

+Rasydan 
+Salleh ( dia ni suka buat lawak...haha)
+Azhari
+Qayyum
+Sarah Izham
+Adilah Sapie
+Hidayah
+Aisyah
+Liyana
+Ana
+dan.. saya.. huhu..

lepas main-main air.. kitorg solat zohor.. pahtu.. balik.. simple jer:)) tapi best la juga..~ 
++ insyaallah lain kali leh la pi lagi kan.. ^^, ++
-- tamat --

eh.. ada lagi.. haha.. tadi cuak giler.. ada 2 ekor pacat.. 1 kat kasut adilah.. 1 kat dalam kasut hidayah. hehe..
dila ok lagi.. hidayah cuak giler.. then, pacat tadi pon terbunuh.. huhu. cian pacat.. nasib baik xde pacat kat kaki saya. haha.. selamat.. saya paling tak suka pacat ni waa.. geli, 

+ Tamat II +

Monday, March 22, 2010

++ KisaH MenGanTuK ++

 Uh..ngntuknya aku....aish...
satu petang....
di kelas penyakit kronik..(kroniknyerr)..
mendengar syarahan Dr. Yati...
tibe-tibe..
mata jadi ala-ala berat.. rasa ngntuk bertandang..
cuba menahan.. menahan.. dan menahan...gosok2 mata.. aih..~...
tibe-tibe lagi..

"syairah, mengantuk ye, baik u pergi tandas, basuh muka"..dr Yati berkata menggunakan mikrofonnya..

waduh.. terus terjaga..dan tersenyum dan berjalan perlahan bagai di sihir.. hehehe..dan keluar dari dewan kuliah serta menuju ke tandass.. haha.. malu2..(sume org dlm kelas dgr ooo)  tapi cover mcm xde apa-apa...
sekembalinya ke dewan kuliah..
aku meneruskan jihadku mendengar segala bait-bait kata pensyarahku.. petang-petang begini.. ( kelas jam 4-6) agak memenatkan cdikit.. hehe....

++ TamaT ++

Hari yang berikutnya.. kelas yang sama pada hari lain.. 
petang itu juga rasa ngntuk cube ku tahan.. alhamdulillah.. boleh la cover lagi.. bila rasa ngntuk cepat-cepat aku pi tandas.. hehe ( sebab xnak nama kene sebut lagi)..
tapi.. ku sangkakan panas berpanjangan.. ghopenye guruh di tengah hari,. (cewah..) Sebelum bersurai kelas petang tu.. Dr Yati bersuara lagi. hehe..
  
"syairah.. saya tengok awak selalu mengantuk.. kenapa? tido lewat ke? main facebook ye?" haha.. kali ni aku terkedu..terkedu.. 

oh tidak.. main facebook sampai lewat malam tu.. er.. agak tepat.. hehe...
Dr yati masih menunggu jawapan ku.. gulp gulp..

tibe-tibe Kak Nor bersuara..." dia baru lepah make (makan) Dr.." ( dlm loghat kelantan beliau).. 

"oo.patutla.. guna tenaga nak digest makanan.." kata Dr yati.


haha.. malu sgt.. waa... tapi memang betul pon, sebelum masuk kelas tu, sempat makan ngn kawan kat kafe.. aduhaiii.....

++ TamaT ++

satu petang lagi.. ( 22 mac 2010)
kali ni ingat tarikh, sebab baru je berlaku ptg tadi.. haha..
di kelas yang sama dan pensyarah yang sama,.
kali ini aku pilih tempat duduk yang hujung sebelah kanan, iaitu terletak di tengah dewan kuliah.
sebelum pergi ke kelas penyakit kronik, aku sudah pun membeli gula-gula dan air mineral 1 liter..( beli kat AI)..dengan 1 harapan.. agar tak mengantuk semasa di kelas ..cewahh.. 
kelas pun bermula.. tumpuan di pertajam...
selang seli mengajar, Dr suka b'tanya-tanya soalan.. kebetulan , time tu aku semangat ler jawab soalan.. suara agak kuat sedikit.. hehee..
pahtu.. ahh.. malu lagi.. tp bercampur sedikit segan-segan silu.

"ha.. bagus pun, walau tidur pon boleh jawab jugak, tido-tido pon boleh dengar saya ajar.. " lebih kurang gini la ayat Dr sambil senyum pdku..


hehe.. ++ ni puji ke.?? tak tahu ambo.. hehe ++ kawan-kawan lain sume mcm sengih2..
lepas pada tu.. mmg tak ngntuk.. sehinggalah 30 minit terakhir .. rasa ngntuk.. dan terus pi tandas... huhu
dan hari ini kelas berakhir dengan bahagia.. bahagia?? (^^,) huhu
next-next week: test chronic disease.. dan Dr pesan supaya baca  notes dan paham.. ok..:)))
++ TamaT ++

pengajaran : kalo ngntuk tu basuh la muka, kunyah gula-gula ke. selawat banyak2 ke.. atau lakukan apa-apa aktiviti yang akan hilang ngntuk.. hehe.. biasala dlm nuntut ilmu ni...banyak cObaannyer...

p/s: malu..

bye bye!!

Tuesday, March 16, 2010

Nikah Kawin Sahabatku~

my eternal love..

Tahniah kepada kawan-kawan saya..

ex-majmuah 2 nilampuri, 2005-2007 :)

3 org sahabat semajmuahku telah selamat akad nikah:).. tahniah2!! yang lain2 bila lagi yer? hehe...
Semoga Jodoh Kalian berpanjangan hingga ke Syurga, Amin..

 1. Farhana Muda ( 18 disember 2009)


2. Farhah Hazirah ( 6 februari 2010)
 
3. Nurul Shuhada' (12 mac 2010)

p/s: gambar semasa di nilampuri.. huhu

Friday, March 12, 2010

Sheikh Tantawi Meninggal Dunia..al-Fatihah...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau...
 

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.(10 mac 2010)


Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera. Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam. Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.
"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya. 

#Berita ini dipetik dari malaysiakini.. al-Fatihah buat beliau.. Syeikhul Azhar

anda masih ingat Allahyarham Fathi Yakan..? beliau juga telah kembali kerahmatullah pada jun 2009 yang lalu...

saya jadi teringat dengan tanda-tanda akhir zaman, hilangnya ilmu-ilmu Islam adalah dengan banyaknya kematian cerdik pandai dalam agama..

Monday, March 8, 2010

M.U.B Symptom....

 
Simptom M.U.B ....

Salam..
dukacita di maklumkan..
saya.. anamusafir...
terkena satu penyakit yang bersimptom.. M.U.B.. iaitu..

MALAS..UPDATE BLOG.. huuu...

buat masa sekarang la.. harap maklum~
---> hee.. beriya je buat announce.. ~

sebelum meninggalkan anda, mari lihat hadith di bawah, sebagai reminder bersama..

..dalam hadith, Nabi menyebut,
" Sesunggunya dia (Dajjal), adalah seorang pemuda yang sangat kerinting rambutnya, matanya tersembul keluar, seolah-olah aku menganggapnya dia menyerupai Uzza bin Qatan (salah seorang sahabat Nabi)" 
( riwayat Muslim)..
Kronologi Perjalanan Kehidupan DAJJAL...

Kronolgi ini di ambil daripada sumber hadith Nabi dan himpunan kata-kata Para Nabi yang ditemui oleh Muhammad Isa Daud. 

" dia di lahirkan dengan penuh keanehan ( penampilan fizikalnya) hasil pengaruh jin atau syaitan ( menurut sesetengah pendapat ulamak, kelahirannya adalah hasil percantuman benih manusia dan jin)..

Dia lahir sekitar zaman Nabi Sulaiman as (menurut Imam al-Barzanji), dibesarkan tanpa ibu bapa, ( dia di bawa pergi dari ibu bapanya setelah ramai mengesyaki keganjilannya dan diletakkan di bawah pemeliharaan seorang pendita di sebuah biara). Dia hidup terpisah dari keluarganya. 
Kemudian dengan ketentuan Allah, tanah kelahirannya ditimpa bencana akibat kemaksiatan yang berleluasa; namun atas sifat Rahman dan Rahim Allah, dia diselamatkan dari bencana kemusnahan itu, dan dibawa tinggal di sebuah pulau di laut Yaman serta hidup bersama makhluk Allah bernama Jassasah.

Ketika dia mula dewasa, dia bebas keluar dan kembali ke pulau itu, dia mengembara sekitar benua berhampiran atas dorongan Allah untuk mencari kebenaran ( menjadi janji Allah, .....

alamak, pnjg lagi kene taip.. nnti sambung la yer..

rujukan: Membongkar Misteri Dajjal, -muhammad Nurani Maarif- Hijjaz records Publishing
 

Saturday, March 6, 2010

Pohon Itu..


 




.............:-)

Thursday, March 4, 2010

Nabi Isa Muncul pada tahun 2022 ???

 
imam mahdi akan muncul sebelum tibanya Nabi Isa...

assalamualaikum wrhmatullah..
hari ini kelas cuma ada satu jer, genetik asas. selepas kelas, saya dan kawan2 bersantap di kafe fak sains.
pahtu kami berpisah, saya menuju ke koperasi fak sains dn berjumpe dengan kawan saya farhana:-) kami berbual2 panjang mengenai diri dan kehidupan.. cewah hehe.. terima kasih kepada farhana yang memberi saya kata-kata semangat utk meneruskan hidup ini. yang berlalu biar berlalu..
kemudian saya terus ke library, dlam on the way ke lib, saya telefon ibu saya utk bertanya khabar..
sampai di library. saya lepak kat ruangan komputer. hehe.. sebabtu leh je update blog ni.. haha..

ada satu website yang sangat menarik utk di kongsi.. tak tipu! bukak sendiri baru leh tahu.. hehe..
semoga mendapat manfaat dan peringatan bersama..

--> betulke akan berlaku sesuatu yang dijangka kiamat pada 2012?
--> bila imam mahdi muncul? selepas mangkat raja saudi arab ke?
---> peperangan besar akan berlaku antara org islam dan org kafir, bila dan di mana?
---> nabi Isa akan muncul pada tahun bila?

wallahualam.. semua ini akan terjawab di website berkenaan.. apa2pon sebenar-benar Ilmu itu hanya dr Allah.. kite amik la buat pengajaran.. wallahualam...

 klik di bawah ni jer...

 
sesungguhnya hari akhir itu akan berlaku..

Monday, March 1, 2010

Kamal Ataturk Hero Penyelamat Wanita?

salam sidang pembaca sekalian, post kali ini saya ambil dari salah satu artikel yang dikirimkan ke email saya, saya harap anda semua dapat membaca dan mengambil pengajaran dan peringatan dari email berkenaan, syukran, :) smoga manfaatnya kita dapati bersama
Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki


TOKOH revolusi Turki, Mustafa Kemal Ataturk pernah berkata, perubahan sosial hanya boleh berlaku melalui tiga perkara.


Pertama apabila pendidikan diberi kepada wanita. Kedua apabila kebebasan diberi kepada wanita dan ketiga, apabila lelaki menukar pemikiran apabila hidup bersama wanita.


Bertitik tolak dari itu, Turki berubah dengan sekelip mata. Kini, golongan wanita di republik ini semakin melakar kejayaan dalam pelbagai sektor dari bidang akademik sehinggalah ke bidang politik.


Kesempatan berada di kota Istanbul baru-baru ini membuka mata saya betapa tokoh revolusi negara ini, Ataturk, seorang tokoh yang amat disayangi rakyatnya, berjaya mengubah sistem sosial Turki terutama dalam membuka peluang kepada wanita.


Tokoh Revolusi Turki


Ataturk, pengasas dan presiden pertama Turki itu, dilahirkan pada tahun 1881 di Salonika, Greece dan memulakan kerjayanya sebagai seorang askar.


Setelah kejatuhan Empayar Ottoman, beliau mengetuai Pergerakan Turki Nasional dalam peperangan untuk mencapai kemerdekaan dan membuat pembaharuan pada sistem politik, ekonomi dan budaya negara ini.
Ketua Pengarah Hal Ehwal EU di Kementerian Perdagangan Luar Turki, Husnu Dilemre berkata, Attaturk merupakan seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.


"Beliau merupakan pengasas Turki dan hero kami.Kami merupakan negara yang pertama di Eropah dan dunia yang memberikan hak kepada wanita untuk mengundi orang pilihan mereka. Negara Eropah lain yang dikenali kononnya menegakkan hak asasi manusia sebenarnya mengikut jejak Turki," katanya kepada Bernama baru-baru ini.


Dilemre berkata, perubahan bukan sahaja dapat dilihat menerusi kemajuan golongan wanita malah ia turut meningkatkan tahap pendidikan serta menerapkan nilai demokrasi.


Selain itu, revolusi yang dibawa Ataturk turut merubah struktur pemerintahan Turki dari sebuah empayar menjadi sebuah republik.


Pesanan Ataturk yang dipegang hingga kini


Pendidikan ketika itu antara fokus utama Ataturk.


Beliau mahu melihat golongan wanita bukan sahaja pandai menjaga anak-anak, membuat pakaian dan menguruskan rumahtangga malah dapat menyumbang kepada ekonomi negara.


Ini dapat dibuktikan melalui kata-katanya yang menyeru wanita supaya bekerja keras untuk menimba ilmu.


"Wahai wanita: menangilah peperangan menerusi pendidikan, nescaya lebih banyak yang boleh kau sumbangkan kepada negara berbanding kami. Kepada kamulah, kami merayu.


"Kepada lelaki: sekiranya golongan wanita tidak dapat berkongsi dalam perkembangan sosial negara, nescaya kita tidak akan mencapai pembangunan sepenuhnya. Kita akan kekal ketinggalan dan tidak berupaya untuk melayan atas syarat yang sama dengan tamadun Barat," kata Ataturk ketika itu.


Mengenangkan sumbangan besar beliau kepada negara, setiap tahun pada 10 November dan tepat pukul 9.05 pagi, seluruh negara akan berdiam diri dan semua kenderaan akan berhenti selama seminit bagi menghormati pemergian beliau pada tahun 1938.


Kejayaan wanita Turki


Ataturk percaya wanita perlu diberi hak untuk mengundi dan dipilih menjadi pemimpin kerana demokrasi menetapkan ada kepentingan yang perlu wanita pertahan dan ada tanggungjawab sosial yang perlu wanita laksanakan.


Ini terbukti apabila beliau mengumumkan pada 5 Disember 1934 bahawa Turki memberikan hak kebebasan berpolitik sepenuhnya kepada golongan wanita.


Tindakan itu ternyata lebih awal berbanding beberapa negara Eropah yang lain. Selain itu, hak sama rata untuk wanita dalam perkahwinan turut diwujudkan. Hasil daripada dasar itu, lahirlah beberapa tokoh wanita yang prolifik antaranya Nezihe Muhittin, pengasas parti politik wanita pertama di Turki; Sabiha Gokcen, juruterbang pesawat perang wanita pertama di dunia dan Safiye Ali, doktor wanita pertama di Turki.


Ataturk sumber inspirasi


Sabiha Gokcen, wanita pertama yang menjadi juruterbang pesawat perang di dunia juga ialah anak angkat kepada Ataturk.


Ataturk yang pada ketika itu mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang, mendorong minat Sabiha untuk menceburi bidang itu yang dimonopoli golongan lelaki.


Sepanjang kariernya bersama Tentera Udara Turki, Sabiha berjaya menerbangkan sebanyak 22 pesawat dan mencatat jumlah jam penerbangan sebanyak 8,000 jam, yang mana 32 jam melibatkan pertempuran aktif dan misi pengeboman.


Selain itu, beliau juga berjaya melatih empat juruterbang wanita di bawah didikannya.


Sehingga kini, namanya disebut seantero dunia dan merupakan satu-satunya juruterbang wanita yang dipilih untuk poster 20 juruterbang terhebat dunia yang diterbitkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1996.


Harapan generasi muda


Ketika berada di ibu kota Turki, penulis sempat berkenalan dengan Ayse Denknalbant, pelajar tahun akhir kedoktoran bidang Arkeologi di Universiti Istanbul dan bertanyakan perasaannya tentang tokoh itu.


Ayse menyifatkan perubahan yang dibawa Ataturk, bukan sahaja membawa kemajuan kepada republik ini, tetapi seluruh strata sosial Turki sehinggakan golongan wanita ketika itu yang agak terbatas pergaulan dan tingkah laku, berjaya keluar dari kepompong itu.


"Bagi kami, perubahan yang dibawa membuka peluang yang luas bagi kami untuk mempelajari dan meneroka bidang yang sebelum ini hanya dikuasai lelaki," kata pelajar berusia 32 tahun itu.


Katanya, sebagai negara Islam, Turki boleh berbangga kerana pembangunan yang dicapai setakat ini turut disumbang oleh golongan wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang hasil reformasi republik hampir 80 tahun lalu.


Walau apa pun bentuk kejayaan yang dicapai oleh wanita Turki sehingga kini, ia tidak akan bermakna sama sekali sekiranya wanita melupakan tugas asalnya iaitu mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.


Sambil memetik kata-kata penyair Jalaludin Rumi yang memulakan perjalanan sufinya di Turki: "Wanita ialah cahaya dari Allah, dia bukan sekadar untuk dikasihi, tetapi ciptaan Allah yang istimewa."


Itulah kekuatan wanita Turki, yang ironinya lakaran kejayaan mereka bermula daripada usaha seorang lelaki -- Mustafa Kemal Ataturk. - Bernama


Sumber: Utusan Malaysia, 16/02/2010


Tolonglah! Kamal Attaturk BUKAN hero untuk wanita!!


Masya Allah! Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa artikel di atas adalah artikel yang ditulis oleh seorang yang buta sejarah. Inilah propaganda media yang keliru, menganggap bapa peruntuh sistem khilafah sebagai bapa kemodenan Turki, dan firaun moden ini dijoloki sebagai pencetus kepada kebebasan wanita. Memang benar, beliaulah pencetus kepada kebebasan, dalam erti kata sebenarnya, umat Islam ‘dibebaskan’ dari ikatan syariahnya, malah dipaksa untuk menerima sistem pagan sekularisme apabila beliau mengisytiharkan secara rasmi dalam tahun 1924 bahawa Daulah Khilafah Islamiyyah telah runtuh dan digantikan dengan Republik Sekular Turki! Malah beliau turut menyatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang lapuk dan perlu digantikan dengan peradaban Eropah yang kononnya canggih. Maka, undang-undang syariah digantikan dengan undang-undang Switzerland yang telah diterjemah secara verbatim.


Beliau juga memaksa azan dilaungkan di dalam bahasa Turki, memaksa penggunaan topi Eropah, melarang umat Islam di Turki dari mengerjakan haji, menukar tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf-huruf Arab, memberi kebebasan kepada wanita termasuk untuk mendedahkan aurat mereka, mengharamkan pendidikan agama di sekolah-sekolah, mengharamkan pakaian khas bagi wanita Turki ‘sharshaf’ (seperti abayah hitam),  melarang sejarah kegemilangan kerajaan Islam yang lepas daripada didedahkan kepada orang ramai dan juga mewasiatkan bahawa selepas kematian beliau, Turki hendaklah dipimpin oleh British. Dialah yang menutup beberapa buah masjid , malah mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja! Tahukah anda, Turki yang 99% rakyatnya beragama Islam, adalah negara pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian tudung ke atas wanita-wanita muslimah di sekolah-sekolah agama, universiti-universiti, pejabat-pejabat kerajaan malah istana presidennya sendiri, jauh lebih awal daripada negara-negara barat seperti Perancis, Belanda dan Britain!


Biarpun mengaku kononnya ia merupakan negara pertama yang memberikan hak untuk mengundi dan berpolitik kepada wanita, hak tersebut ternyata dinafikan jika yang bersuara itu adalah wanita muslimah yang bertudung! Merve Kavakci contohnya, adalah muslimah Turki yang memenangi pilihanraya parlimen di Turki tetapi kehadirannya ke bangunan parlimen untuk mengangkat sumpah disambut dengan cercaan dan penghinaan kerana muncul sebagai wanita pertama bertudung di dalam parlimen Turki!. Tidak cukup dengan itu, beliau dihalau dan dipecat dari menjadi anggota parlimen Turki. Suleiman Demirel (ketika itu PM Turki) menyebutnya sebagai agen provokator dan 11 hari setelah diusir, kewarganegaraan Turki Kavacki dicabut. Dia dituduh sebagai penyebar permusuhan di tubuh masyarakat Turki serta sosok yang akan menghancurkan sistem pemerintahan Turki. Mahkamah Konstitusi Turki pula bertindak menutup partinya bahkan 5 orang anggota parlimen Turki dari parti itu turut dipecat. Parti yang diwakili oleh Kavakci dan 5 anggota parlimen itu adalah Parti Fazilat.


Kejahatan golongan sekular bukan sahaja kepada Kavakci, namun ibu bapanya turut merasai diskriminasi itu. Ibunya dipecat dari jawatannya sebagai profesor di Universiti Attaturk kerana tidak mahu menanggalkan tudung yang dipakainya dan bapanya pula, Yusuf Ziya Kavakci yang merupakan dekan pengajian Islam di sebuah perguruan tinggi turut dipaksa berhenti kerana dukungannya kepada wanita bertudung. Amat malang sekali apabila, Kavakci juga dipaksa menghentikan program kedoktorannya di Universiti Ankara. Perlakuan ini berlaku kerana peraturan sekular Turki yang mengimani bahawa “wanita bertudung akan mencegah penyerapan ilmu pengetahuan”.


Vural Savas, kepala kehakiman Turki ketika memutuskan untuk mengharamkan Parti Fazilat menyebut, “ Parti Fazilat adalah ‘vampire’ …tugas Merve Kavakci terlihat ingin menghancurkan sistem yang sudah ada”. Beliau turut menyamakan Kavakci dengan pengebom berani mati bangsa Kurdi.


Ya! Inilah dia rupa bangsa Turki versi Kemalis (Kamal Attaturk)! Tiada politik, tiada pendidikan, tiada peluang bersuara untuk wanita hanya kerana nilai tudung yang mereka pakai!


Hanya setelah lebih kurang 83 tahun wanita-wanita muslimah di Turki terseksa oleh peraturan zalim manusia yang berpegang kepada ideologi sekularisme ini, barulah parlimen negara itu meluluskan pindaan perlembagaan yang menarik balik peraturan pengharaman tudung. Itupun setelah melalui debat dan kontroversi berpanjangan kerana terpaksa berhadapan dengan pengaruh sekularisme yang diperkenalkan oleh Mustaffa Kamal.


Wahai pihak media, sangatlah besar penipuan yang kalian lakukan kepada umat Islam! Tidakkah kalian pernah menjengah kehidupan sebenar wanita di ‘negara antara dua benua’ itu? Fenomena Honour Killing yang pernah menggegarkan selatan Turki cukup untuk membuktikan betapa wanita-wanita mereka hidup dalam keadaan ketakutan dan tanpa pembelaan negara. Salah satu laporan media di penghujung 2007 melaporkan lebih kurang 158 wanita dari Selatan Anatolia terpaksa meminta bantuan daripada  badan pelindung wanita (KAMER) kerana pelbagai jenis kekerasan domestik, termasuklah ancaman dibunuh untuk melindungi kehormatan keluarga! 23.4% darinya, diancam untuk dibunuh kerana menolak perkahwinan yang diatur keluarga, menolak untuk mengadakan seks dengan abang ipar atau ayah, menolak pelacuran, enggan mematuhi kehendak ayah, abang atau suami walaupun dalam perkara yang bercanggah dengan agama, membantah pemerkosaan ayah ke atas anak perempuannya, malah boleh diancam untuk dibunuh hanya kerana memotong percakapan lelaki! 17% yang lainnya pula diancam bunuh tanpa sebab! Ayah dan suamilah yang berhak untuk memilih cara pembunuhan yang mereka kehendaki ke atas anak perempuan atau isteri mereka. Inilah yang menjadikan Turki negara Honour Killing terbesar di dunia. (sumber:  http://www.ansamed.info/en/news/ME03.YAM19190.html). Maka, masih layakkah kalian meletakkan negara sekular Turki sebagai negara yang membebaskan wanita-wanitanya?


Wahai pihak media yang memutarbelitkan fakta!!


Cukuplah penipuan yang hanya menunjukkan kejahilan kalian tentang sejarah! Cukuplah selama ini umat Islam dihidangkan dengan sejarah yang tidak boleh diterima akal manusia waras, meletakkan seorang pembelot agama Allah dan musuh Rasulullah SAW dan umat Islam sebagai hero.


Wahai umat Islam, khususnya para muslimah! Kenalilah tokoh boneka Barat yang benar-benar telah meletakkan umat Islam ini di kancah penderitaan. Dialah yang menyebabkan kalian terpaksa hidup di dalam sistem yang meng’halal’kan pelacuran, mempermudahkan jalan kemaksiatan seperti zina dan hedonisme, meletakkan anak-anak umat Islam dalam belenggu gejala sosial yang tidak putus-putus dan memperbanyakkan populasi pencuri, perompak, perogol, pembunuh dan anak-anak luar nikah!. Dialah yang menyumbang kepada pembunuhan ibu-ibu kita, saudara-saudara kita, kakak-kakak kita, adik-adik kita dan anak-anak kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Bosnia dan seluruh belahan dunia lainnya, kerana kehilangan perisai pelindung kita, iaitu Daulah Khilafah Islamiyyah!.


Wahai pemimpin umat Islam! Sesungguhnya bukan sedikit kehancuran yang dilakukan oleh tangan Mustafa Kamal laknatullah 'alaihi, hanya kerana kuasa yang ada di genggamannya. Dan sesungguhnya, kesan-kesan kerosakan dan musibah dari idea-idea perubahan yang diterapkan di negaranya itu masih lagi berlanjutan walaupun beliau sudah kembali kepada Penciptanya. Maka, bermuhasabahlah kalian! Kalian juga akan dipertanggungjawabkan atas setiap amanah, tindakan, keputusan dan sistem yang kalian terapkan di atas muka bumi Allah ini! Adakah kalian memilih untuk terus menjerumuskan diri dan umat ini ke lembah kejahilan sistem kufur sekular-kapitalisme ini, lantas menempah tiket ke neraka Allah, atau mengubah secara total sistem ini agar sesuai dengan kitabullah dan sunnatullah, lalu mengecap sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat?


Dari Abu Ya’la ra. bahwasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tiada seorang pemimpin yang memikul amanah Allah berupa rakyat kecil, lalu mati ditengah-tengah rakyat yang ditipu olehnya, kecuali Allah mengharamkan baginya Syurga” [HR. Bukhari dan Muslim]


Dalam riwayat lain: “Tiada seorang penguasa yang mengatur urusan umat Islam, lalu tidak bersungguh-sungguh menasihati / mengaturnya (sesuai dengan syariat Islam) dan tidak memperhatikan keperluan mereka, kecuali tidak masuk Syurga bersama mereka” [HR. Muslim]


Wallahua’alam


--
jumpa ana di : jebbat.blogspot.com