Monday, December 19, 2011

Doa buatmu...

YA Allah.. ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang..

Ya Allah.. Lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu..

Ya Allah.. Sesunnguhnya aku bermohon kepadaMu, tabahkanlah kami dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu..

Ya Allah.. kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik2 yang mensucikannya..

Berilah kemudahan pada kami atas segala kesulitan-kesulitan kami, kerana menghilangkan kesulitan itu mudah saja bagi Mu ya Allah..

Amin..ya Rabbal 'alamin...


Wednesday, December 14, 2011

Tempe, the greatest Food in Asia..Really?

Assalamualaikum..

hye everybody! how do you do? today i would like to share some information about Tempe! 

do you know what is tempe? (tem-pe) (^^,)v

tempe is made by soy bean. it is very tasty if you know how to make it. we can eat tempe  by cooking or..just eat it raw.  But better you cook it first la.. hehe. lets look at the picture below about the processing of making tempe ~

(wow..powernye ayat english teman ni..haha)

tulis dalam BM pulak ler...

jom tengok gambo rajah di bawah:-

gambar rajah ni saya copy paste dari blog orang. (klik untuk besorkan)

kalau korang nak tahu cara-cara membuat tempe, boleh juga klik kat website di bawah ni :)


-----> Myresipi...
http://www.myresipi.com/top/detail/6789

tempe ni memang sedap.. sebab saya suke makan tempe. Lembut, rasa penuh perasaan..huhu. Kalau yang mentah2, boleh juga di makan begitu saja atau cicah dgn kicap atau sos. tapi bagi yang kurang gemar, elok la di masak terlebih dahulu.


dan..kenapa tibe-tibe saya nak buat entri pasal tempe ni?...


sebab..malam tadi saya makan tempe mentah cicah kicap..sedap! Alhamdulillah.. Makanan orang kampung n tradisional yang berkhasiat untuk semua.


hahaa.. 

:-) Ok, selamat makan tempe ..:-p

Sunday, December 11, 2011

Jangan Lupa Namaku...

...
semenjak dua tiga menjak ni.. saya sangat suka lagu OST ramadhan terakhir, nyanyian kumpulan Pompa Bensin-Jangan lupa namaku.. 
saya suke lirik die.. entah pada siapa dia tujukan lagu ni.. saya cube kaitkan lagu ni dengan cerita ramadhan terakhir, mybe la sbb anak die sakit barah otak, atau sebab mak die tak tahu yg anak die sebenarnya ialah org gaji die..n etc.. tetapi, satu hari ada kawan saya kata (komen dlm facebook), alangkah indahnya kalau kata2 tu (lirik ni) daripada 'kekasih' kita yg dah lama pergi.. siapa ek.. 
setelah saya fikir.. baru saya tahu.. 
siapa lagi insan yang layak bergelar kekasih sejati untuk kita semua melainkan dia..
dia..insan istimewa, insan pembawa rahmat seluruh alam..Nabi kite, utusan akhir zaman.. Muhammad saw... dan memang lirik lagu pompa bensin ni, agak2 kene juga dengan Nabi dan kita.. :)


Andaikan Rasulullah, Nabi Muhammad saw katakan ini kepada kite:

Walau aku tidak bersamamu
jangan engkau lupakan diriku
walau aku tiada di sisimu 
jangan engkau lupakan namaku..
kerana..
aku mengingatimu..
kerana..
aku mencintaimu...

# kita tahu, Nabi junjungan kite telah lama pergi meninggalkan kita.. hmpir 1430 tahun (Hijrah) yang lalu.. namun, andai saja kite tahu.. sebenarnya Baginda tidak pernah lupa pada kite, sentiasa ingat kite..umat2 nya jauh jauh di akhir zaman ini. Baginda berpesan agar pegang 2 azimat yang paling agung agar kite tak sesat setelah Baginda tinggalkan kita..iaitu azimat Al-Quran dan sunnahnya.. Baginda cintakan kita, Baginda tidak lupa hinggakan pada akhir nafasnya, baginda menyebut ..''Umatku..umatku.."

Andaikan inilah apa yang kita rasa terhadap Rasulullah...:

Andai aku bisa bertemumu
dengan senyum.. ku tadah syukurku,
andai aku..bisa menyentuhmu..
air mata pasti deras gugur..
kerana..
aku merinduimu..
kerana aku sentiasa menyintaimu sepenuh hati...

# kita takkan dapat bertemu dengan Rasulullah di akhir zaman ini.. (melainkan hari kiamat.insyaallah!)..
tetapi andai saja kite mampu bertemu Nabi (macam rancangan Lau kana baina na..-jika Nabi bersama2 di kalangan kita).. apa kite buat?...
ada yg tersenyum  ,,bersyukur tak terkira dapat jumpa Nabi.. atau ada yg menangis..kerana kerinduan yang amat sangat.. andainya kite mampu bersalaman..memegang Nabi.. kerana Nabi juga tahu.. kita umatnya yang akhir ini tidak pernah merasakan kehadirannya di sisi.. 

dan, andaikan jika Rasulullah yang berkata ini

Walau kamu jauh di mataku..
jangan aku hilang dalam kalbu..
saat kamu samar mengingati..
jangan aku.. terus kau lupakan.
kerana... aku mengingatimu..
kerana aku..sentiasa menyayangimu sepenuh hati...

#mungkin kata2 ini sesuai buat kita yang selalu leka dan alpa.. Nabi tahu.. kita jauh dari Nabi.. tetapi Baginda harap kita tidak melupakan ajaran2 Islam.. tidak membuang Nabi dari hati kite.. kerana barangsiapa yang sentiasa ingat Nabi dan berselawat atas Nabi, Allah akan beri kita pahala..dan Allah akan berselawat juga ke atas kite... di saat kita hampir2 lupa kan Nabi..kerana tidak ikut ajaran2 sunnah..lupa kerana keseronokan dunia ini.. ingatlah..Nabi sentiasa ingat kita dan sayang kite... sepatutnya kita malu, manusia yang paling agung di sisi Allah tidak pernah melupakan kita, sedangkan kita insan yg biasa ini selalu lalai...

dan.. 

rangkap terakhir dari lagu ini adalah untuk diri kite kepada Nabi Muhammad sendiri..

Andai aku.. bisa memelukmu..
pasrah aku, tabah di ujimu.. (mungkin ujian keimanan kite.. adakah kite ni pengikut Nabi yg setia atau tak..)
andai aku.. bisa di cintai.. dengan rela menyerahkan hati..
kerana.. 
aku merinduimu..
kerana aku.. 
sentiasa menyintaimu...



wallahualam..
sama2 kite berdoa agar kite tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Nabi di padang mahsyar nanti.. 
ameen ya Rabbal 'alamin..

Friday, December 2, 2011

Berlari Menuju Syurga..


Ismail Qayyum, graduan lulusan Kyoto Universiti dalam bidang kejuruteraan merupakan seorang yang sangat berminat mempelajari ilmu agama daripada murobbi-murobbi Islam ketika beliau menuntut di Jepun. Walaupun masanya sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai presiden persatuan mahasiswa malaysia di jepun, namun ia bukannya menjadi penghalang beliau untuk menghadiri usrah-usrah dan mengetuai program-program pembangunan jiwa rohani sepanjang 4 tahun pengajiannya di sana..Sangat disenangi ramai kerana sifatnya yang tenang, peramah dan tidak sukar menghulur bantuan bagi yang memerlukan.



Proaktif, lincah, lantang bersuara dan pantang di cabar..itulah sebahagian daripada peribadi dan sikap Izuan Zackaria. Pengalaman sedih kehidupan waktu kecil menjadikan dirinya lebih berani dan kadang-kala bersifat pendendam terhadap orang-orang yang pernah menyakitinya di masa lalu. Kerjaya sebagai Pengarah Syarikat  di usia semuda awal 30-an menjadikannya golongan yang berpengaruh dalam bidang perniagaan. 



Hasanah Eisya, gadis berniqab yang separuh mati mempertahankan Islamnya ketika menuntut di Amerika, telah pulang bersama segulung ijazah sarjana setelah hampir 5 tahun di sana dek pelbagai cabaran yang di hadapi demi memperjuangkan haknya. Seringkali di hina sebagai pengganas oleh sebahagian anti-Islam, Eisya tetap bertahan di dorong oleh rakan-rakan dan keluarga dari jauh. Dia kerap menitip semangat itu juga melalui pembacaan dari blog peribadi Ismail Qayyum, graduan Jepun itu. Dalam diam, dia mahu setabahnya kerana masing-masing menuntut jauh di negara orang. 

sekembalinya di tanah air, tanpa di sangka Eisya terlibat dalam satu program motivasi anjuran Proactive Youth Organisation yang di taja oleh syarikat milik Izuan Zackaria, dan pengarah program nya Ismail Qayyum sendiri..

what will happen next?


(-_-)zzz