...
semenjak dua tiga menjak ni.. saya sangat suka lagu OST ramadhan terakhir, nyanyian kumpulan Pompa Bensin-Jangan lupa namaku..
saya suke lirik die.. entah pada siapa dia tujukan lagu ni.. saya cube kaitkan lagu ni dengan cerita ramadhan terakhir, mybe la sbb anak die sakit barah otak, atau sebab mak die tak tahu yg anak die sebenarnya ialah org gaji die..n etc.. tetapi, satu hari ada kawan saya kata (komen dlm facebook), alangkah indahnya kalau kata2 tu (lirik ni) daripada 'kekasih' kita yg dah lama pergi.. siapa ek..
setelah saya fikir.. baru saya tahu..
siapa lagi insan yang layak bergelar kekasih sejati untuk kita semua melainkan dia..
dia..insan istimewa, insan pembawa rahmat seluruh alam..Nabi kite, utusan akhir zaman.. Muhammad saw... dan memang lirik lagu pompa bensin ni, agak2 kene juga dengan Nabi dan kita.. :)
Andaikan Rasulullah, Nabi Muhammad saw katakan ini kepada kite:
Walau aku tidak bersamamu
jangan engkau lupakan diriku
walau aku tiada di sisimu
jangan engkau lupakan namaku..
kerana..
aku mengingatimu..
kerana..
aku mencintaimu...
# kita tahu, Nabi junjungan kite telah lama pergi meninggalkan kita.. hmpir 1430 tahun (Hijrah) yang lalu.. namun, andai saja kite tahu.. sebenarnya Baginda tidak pernah lupa pada kite, sentiasa ingat kite..umat2 nya jauh jauh di akhir zaman ini. Baginda berpesan agar pegang 2 azimat yang paling agung agar kite tak sesat setelah Baginda tinggalkan kita..iaitu azimat Al-Quran dan sunnahnya.. Baginda cintakan kita, Baginda tidak lupa hinggakan pada akhir nafasnya, baginda menyebut ..''Umatku..umatku.."
Andaikan inilah apa yang kita rasa terhadap Rasulullah...:
Andai aku bisa bertemumu
dengan senyum.. ku tadah syukurku,
andai aku..bisa menyentuhmu..
air mata pasti deras gugur..
kerana..
aku merinduimu..
kerana aku sentiasa menyintaimu sepenuh hati...
# kita takkan dapat bertemu dengan Rasulullah di akhir zaman ini.. (melainkan hari kiamat.insyaallah!)..
tetapi andai saja kite mampu bertemu Nabi (macam rancangan Lau kana baina na..-jika Nabi bersama2 di kalangan kita).. apa kite buat?...
ada yg tersenyum ,,bersyukur tak terkira dapat jumpa Nabi.. atau ada yg menangis..kerana kerinduan yang amat sangat.. andainya kite mampu bersalaman..memegang Nabi.. kerana Nabi juga tahu.. kita umatnya yang akhir ini tidak pernah merasakan kehadirannya di sisi..
dan, andaikan jika Rasulullah yang berkata ini
Walau kamu jauh di mataku..
jangan aku hilang dalam kalbu..
saat kamu samar mengingati..
jangan aku.. terus kau lupakan.
kerana... aku mengingatimu..
kerana aku..sentiasa menyayangimu sepenuh hati...
#mungkin kata2 ini sesuai buat kita yang selalu leka dan alpa.. Nabi tahu.. kita jauh dari Nabi.. tetapi Baginda harap kita tidak melupakan ajaran2 Islam.. tidak membuang Nabi dari hati kite.. kerana barangsiapa yang sentiasa ingat Nabi dan berselawat atas Nabi, Allah akan beri kita pahala..dan Allah akan berselawat juga ke atas kite... di saat kita hampir2 lupa kan Nabi..kerana tidak ikut ajaran2 sunnah..lupa kerana keseronokan dunia ini.. ingatlah..Nabi sentiasa ingat kita dan sayang kite... sepatutnya kita malu, manusia yang paling agung di sisi Allah tidak pernah melupakan kita, sedangkan kita insan yg biasa ini selalu lalai...
dan..
rangkap terakhir dari lagu ini adalah untuk diri kite kepada Nabi Muhammad sendiri..
Andai aku.. bisa memelukmu..
pasrah aku, tabah di ujimu.. (mungkin ujian keimanan kite.. adakah kite ni pengikut Nabi yg setia atau tak..)
andai aku.. bisa di cintai.. dengan rela menyerahkan hati..
kerana..
aku merinduimu..
kerana aku..
sentiasa menyintaimu...wallahualam..
sama2 kite berdoa agar kite tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Nabi di padang mahsyar nanti..
ameen ya Rabbal 'alamin..
No comments:
Post a Comment