Sunday, November 21, 2010

SMS yg membawa PADAH..



Assalamualaikum.. 
Pe kabar semua? Sihat ke harini.. banyak makan daging??? he2...raya haji la katakan,murah  rzki dapat daging korban.. so, hari ni saya nak share satu peringatan yang penting buat kita semua. Artikel ringkas dari Facebook.... Bagi remaja yang sedang bercouple atau sedang berjinak2 nak bercouple atau yg belum bercouple, meh la baca ni skejap buat peringatan bersama... Prevention is better than cure rite?..

sumber:http://www.facebook.com/profile.php?id=100000047910970#!/note.php?note_id=129296287128935&id=144555412229389
 
Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....

*****************************************************************
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni..  tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

**************************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI... 
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

#adakah kita pernah menggunakan ayat-ayat diatas mahupun,terjerumus dengan ayat2 manis diatas....
urmmm,renung-renungkan dan ambil iktibar....

Thursday, November 18, 2010

Raye versi 2..

 "mkn daging banyak2 tau..=)"
salam..

kini hari raya kedua bagi umat Islam telah pon tiba..

hari raya aidiladha..@ hari raya haji...atau hari raya korban...

selamat mengenal erti pengorbanan sebenar pada hari raya ini..

kullu 'am wa antum bikhair.. amin..

Sunday, November 7, 2010

saja nak melawak..

Selalunya, kalau korg berjalan-jalan di shopping kompleks atau di tempat2 awam yang ramai orang, korg akan terserempak dgn jurual2 yang ramah dan mesra. Mereka pasti akan membuatkan kita berhenti untuk dengar promosi diorang., selalunya mengambil masa dalam 5-10 minit, atau pun paling lama 1-2 jam. last2 korang pon tak berminat dan xnak beli, dan ini sudah pasti akan membazirkan masa dan air liuh mereka. hehe.. tapi korang boleh buat benda ni beberapa saat atau mint je untuk escape dr mereka bile korang dlm keadaan rushing sgt.. antaranya:

1) Bile korang di sapa oleh jurujual, korang bagitau yang korang dah beli barang tu 3 tahun lepas, padahal tu produk barang yg baru kuar minggu lepas.
2) Bile dioramg tgh promote barang, korang pandang je muka diorg tanpa berkedip, lepas tu sengih2 dan ketawa kuat2,.
3) kalau rushing sangat, masa tgh dipromote, korang buat kelam kabut tgk jam tangan korang dan ketuk2 jam mcm dah hbs bateri.. tak cukup dgn itu, korang tgk jam tgn jurujual dan terus beredar
4) mungkin barang yg dipromote tu sangat best, lantas korang amik barang u dan lari sekuat hati. hehe..
5) bila diorang nak promote barang, korang cakap dah 10 kali korang dipromote barang yang sama
6) kadang2 korang penat berjalan sebb nak rushing, dan di sapa oleh jurujual..korang terus kata.. tak apalah, korang ngntuk sangat sambil tersengih2 kat jurujual tu.
7)atau  korang memang teringin nak beli, tapi korang xcukup duit dan terus bgtau cepat2, jiran nenek korang dah beli, boleh guna brg jiran nenek je,

hehe..~ hnya lawak sahaja._

Tuesday, November 2, 2010

Takutnya...kesian Wanita itu..

-hiasan..-

assalamualaikum, 
salam hari selasa 2 november 2010...
sekadar mahu berkongsi petikan artikel di bawah.

nauzubillah..semoga kita dijauhi daripada perkara berikut.. 

Rasulullah saw ada bersabda, menurut riwayat Muslim:
" Sesungguhnya termasuk ahli neraka ialah perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang membuat maksiat... mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya..."

Rasulullah saw bersabda lagi..
"Hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan dari umatku, di seksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan, lalu aku menangis kerana berat seksaan mereka yang aku lihat. Aku melihat perempuan yang digantung rambutnya serta mendidih otaknya..."

kemudian baginda bersabda lagi..
"wahai anakku, adapun perempuan yang di gantung dengan rambutnya adalah kerana ia tidak menutupi rambutnya dari pandangan lelaki ajnabi (bukan muhrim) "..


Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.

Daripada terjemahan hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa:
Perempuan Islam yang sengaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum selain dari suaminya atau muhrimnya, akan diazab dengan siksa yang amat dahsyat bermula dari azab kubur hingga ke azab siksaan api neraka yang amat menyiksakan.

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur.

Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

nauzubillah...

sumber: http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1090

erm.. demikian lah antara seksaan yang akan diterima oleh wanita-wanita yang mendedahkan auratnya. Ini yang di gambarkan oleh Rasulullah saw, kalau yang sebenarnya lagi la mengerikan dan tak sanggup hendak menanggungnya.. Ini bukan fantasi, tetapi realiti yang sebenar2nya..

Oleh itu, kepada kaum wanita, semoga ini memberi peringatan kepada kita semua. Bila lagi masanya kita mahu menutup aurat seperti yang di sarankan agama? Setiap hari kita sentiasa di intai2 oleh malaikat pencabut nyawa..setiap detik bayangan maut selalu mengekori kita. Bimbang jika tidak sempat bertaubat sebelum maut bertandang.


jangalah di dunia ini berasa bangga dengan kecantikan yang ada..tetapi di akhirat kelak  menangis tidak terkata.. 

menyesal dahulu pendapatan...menyesal kemudian tiada gunanyer..


yg dhoifah-anaMusafir-