Sunday, March 9, 2014

Pray for MAS MH 370 Air Craft


Salam..

biarpun tiada saudara mara yang terlibat..
namun atas rasa perihatin. simpati dan empati,
aku dapat merasakan betapa pilunya hati waris-wari keluarga
yang menantikan kepulangan insan-insan yang mereka sayang...

dengan segala usaha sama yang dijalankan kini dari negara serantau,
semoga hasil pencarian ini akan merungkai misteri kehilangan pesawat ini,
spekulasi, anggapan dan tanggapan yang diberikan
menimbulkan pelbagai versi..

apa yang penting, segala usaha diteruskan,
tawakkal dan terus berdoa dengan tidak putus agar
pesawat MH370 ini ditemui..


...


saya dapat tahu apabila sedang menonton TV9, Nasi lemak kopi 0 hari sabtu, 8 mac 2014.
pelik dan pelik..kapal terbang yang besar tu boleh hilang tanpa kesan...
lantas, saya mengikuti perkembangan MH370 melalui berita2 semasa di TV 1, TV3, TV Astro awani dan internet.

hmm.. 



anggapan pertama saya.. adakah disebabkan kawasan laut itu ada 'something'?.. you know.. macam segi tiga bermuda dan segitiga famosa tu.. 
lepas tgk pesawat tu yang tiba2 hilang dari radar tanpa sebarang komunikasi.. sama macam kes-kes pesawat hilang kat perairan berhampiran segitiga bermuda-bahamas, terakhir tahun 1974. wallahu'alam...

tapi tak tahula yang kat malaysia ni..
jadi, kite tunggu ajelah berita2 yang disampaikan dari semasa ke semasa..

apa-apapun...kita mendoakan yang terbaik agar misteri ini terungkai..dan operasi mencari dan menyelamat dapat menemui jalan penyelesaian..

amin..

Allah.. perkenankanlah doa-doa kami. 

amin.

*antara berita2 yang melaporkan*
1- pesawat hilang komunkasi dari pusat kawalan subang jam 2.40 pagi
2-bertolak dari KLIA (12.34 pagi) dan sepatutnya sampai ke Beijing jam 6.30 pagi -8 mac 2014
3-lokasi terakhir hilang 120 batu nautika dari kota bharu-laut china selatan
4- tompokan minyak ditemui diperairan vietnam 8 mac 2014 (malam)-sekitar jam 10-tv1 (masih dianalisis)
5-tompokan minyak lagi 100 batu nautika dari kota bharu-minyak warna kuning- Astro awani ( masih dianalisis)
6-kemungkinan rendah pesawat hilang disebabkan rampasan pesawat atau pengganas.
7-kemungkinan berlaku kerosakan engine, atau kegagala  fungsi dengan tiba-tiba.

-wallahualam-

radar-MH370 sebelum hilang..

No comments: