Sunday, August 13, 2023

PRN: PILIHANRAYA NEGERI (SELANGOR)

Assalamualaikum,

PRN.. Selangor.

12 Ogos 2023, kira2 jam 8.30 pagi aku dan ayah keluar pi ke pusat mengundi. Mak aku pulak katanya nak gi petang. 

Pagi tu, keadaan pusat mengundi tempat aku ni agak lancar dan tidak terlalu sesak seperti PRU lepas. Mungkin sebab masih awal pagi. Ayah aku ke saluran 2, manakala aku ke saluran 5. Pergh.. memang lancar.. aku sorang je pengundi masa masuk dalam bilik saluran 5 tu.  Lepas tu ada sorang lagi yg dtg.. hehe sekejap betol. Selesai memangkah kat kertas undi.. aku pi turun, tunggu ayah aku pulak. Saluran 2 agak ramai.. ada lah dalam 10-15 minit tunggu ayah aku siap. 

Jumpa pula dengan Cikgu aku dulu (jadi petugas) kat pusat mengundi sini, dan jumpe kawan sekerja kat sini.. sempatla borak sikit itu dan ini.. 

Dan.. Tamatlah kisah pengundian hari tersebut. Malamnya pulak, kitorang sekeluarga tengok TV..  Mandat Rakyat kat TV3. Dan.. Calon PN menang kat tempat aku. Tahniah.. sapa2 yg menang, semoga dapat menjalankan tugas dengan saksama.. aiseyy.. 

okla, sekian sahaja la cerita hari mengundi yang tidak lah terlalu mengujakan huhu.. Life must go on.. chao... 

No comments: