Tuesday, June 27, 2023

Rumah Kabilah Jin (Novel) by Anuar Darwisy


 Assalamualaikum, hai pembaca yang budiman..

Perkenalkan novel seram terbaru daripada penulis novel yang tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat beliau.. RUMAH KABILAH JIN.. 

Berdasarkan pembacaan aku, novel ni bukan biasa-biasa dan berbaloi diterokai. Berikut adalah ulasan ringkas aku, sekadar pandangan peribadi..:

1) Jalan cerita : 5 bintang.. best.. Antara yang terbaik dan menarik yang pernah aku baca selain karya penulis; Kala senja dia datang, Amukan jembalang tanah dan Bunian.

2) Plot twist : 5 bintang. Plot twist dalam novel ni boleh dikatakan lebih daripada 2. Saspen dan mengejutkan!

3) Perkembangan watak : 4.5 bintang, semua watak saling berkait dan berperanan penting dalam menerajui jalan cerita.

4) Gaya penulisan : 4.5 Best dan mengujakan:) cuma, kali ni penulis menulis nombor dalam perkataan, contoh 86 ditulis -lapan puluh enam.. kalau tulis dalam bentuk angka..lagi senang nak baca ;) tapi maybe orang lain ok je^_^. 

kemudian, ada satu tu, penulis jelaskan kedudukan pintu2/ruang dalam rumah tu..banyak kali aku baca tapi x dapat nak bayang.. ke otak aku je kot lambat hadam..huhu

5) Imaginasi: 5 bintang. Macam ada vibe LOTR bila baca scene alam jin tu :) Best dan mendebarkan.

aku habiskan masa selama 3 hari untuk hadam cerita ni.. Kalau buat filem ni..dah boleh bayangkan barisan pelakon-pelakonnya.. hebat2 ^__^ hehe


Watak-watak dalam Rumah Kabilah Jin


1) Ustaz Baihaqi (Fendy Bakry)











2) Ustaz Ukasyah (Fattah Amin)











3) Tok Guru Rahman (Jalil Hamid)










4) Haji Raden (Faizal Hussein)










5) Soleh (Raja Atiq)











6) Ismail (Firdaus Ghufran)    


7) Ahmad (Rykarl Iskandar)










8) Baem (Nik Adam Mika)










9) Mukhlis (Kamarul Eqifshah)










10) Lokman (Amerul Effendi)









11) Samiha, Sadik, Subki (human form) (Siti Saleha, Syafiq Kyle, Syafi Tee)







12) Pak Rased dan Cik Siah (Kazar, Liza Abdullah)








13) Latifah (Nad Zainal)










14) Burqon (bulroq)










cadangan watak, sekadar fiksyen ^_^.. 


Tuesday, June 20, 2023

JALAN SERIBU LIKU (NOVEL) by Maskiah Masrom

 


Assalamualaikum,

Novel Jalan Seribu Liku. 

Novel pertama yang aku baca, dan takkan aku lupa. Pertama kali baca masa aku tingkatan 2 rasanya.. then, jumpa balik novel ni masa aku kat U.. dan.. baru-baru ni aku teringin nak baca lagi.. Aku cari kat internet. Jumpe ^_^. Aku pon beli kat Play Books.. Baca lagi.. rindu rasanya, macam mengimbau masa lalu. hehe.. Tiap kali baca mesti terbayang watak-watak dalam novel ni. Post kali ni aku taknak cerita atau ulas jalan ceritanya.. kalau nak baca, boleh beli kat Play books atau e-sentral.. Play Books lagi murah berbanding e-sentral.

So.. kat sini, aku saja nak letak gambar2/ imaginasi watak dalam novel ni.. ;-) enjoys

Watak -watak Utama

1. Christina sita dewi (CSD) / Khairun Nadia- watak ni berdarah kacukan (australia-portugis-cina) rambut perang2..so aku rasa juliana evans ni ada ciri-ciri tu.:) cantik, manis, terkenal dikalangan warga sekolah dan Universiti kerana keunikan yang dia miliki..



2. Edward Tan (Ayah) dan Natasha Carl Ferdinand (Ibu)- Parents kepada CSD. Ayah dia ni Cina Kristian, dan Ibunya kacukan India-Australia (eurasian) Hindu. Aku letak Pelakon Cina ni..Chow yun fat dan Madhuri dixit. hehe..Boleh la kot..Macam kene je dengan wataknye..




3. Eddie Sebastian - Best Friend kepada CSD. Kacukan juga, (india-portugis) rambut perang dan bermata biru. watak ni mcm susah sikit..sbb nak cari muka yang ala-ala kacukan indian-portugis. Mata  biru pula tu. then, aku jumpa gambar ni.. macam sesuai je.. aku just ubah sikit warna mata dia. (warna asal coklat).  Avan jogia..




4. Fatimah Az-Zahra - Kawan CSD.. Sangat Baik orangnya.. dalam novel, watak ni macam ada mix pakistan..mata cantik, sopan.. So, aku rasa Izara Aisyah sesuai ^_^




5. Luqmanul Hakim - Abang kepada Fatimah Az-Zahra. Perwatakan pendiam dan tenang. Hensem, berkumis.. So aku rasa Haris Baba ni ada ciri-ciri tu. :)





6. Aunty Jenny - Watak pembantu rumah keluarga CSD. Wanita cina, sederhana orangnya. Aku letak pelakon cina ni Zhao wei. watak ni memula baik..lama2..haish..rasa nak sepak je. huhu



7. Dr Isfan Izzudin- Pensyarah kepada CSD. Orangnya tinggi, matang, sweet talker dan kacak. Watak ni terus aku terbayang Zul Ariffin.. Watak ni nampak baik, tapi sebaliknya.. jeng jeng jeng..



Ok, sekian sahaja lah imaginasi watak-watak dalam novel Jalan Seribu Liku ni.. Maybe korang yang dah baca novel ni, ada imaginasi masing-masing..^_^ apa-apapun, yang penting, novel ni mantap! ;D